Thursday, October 28, 2010

Live-Dalam Keretapi


P281010_21.36.jpg
Originally uploaded by CikLilyPutih

Live ni tau. Pi bercuti over the sea.. 14 jam tau.. Ok nie je sempat ambik. Pas nie dah tak de line. Terlupa nak buat roaming lah..

Hehehehehe

Senyum Sket

PAK PANDIR NAIK FLIGHT



Ok..alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Aznil dlm pagi di era.. ,

Walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..

Dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.

Sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..

Sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur.

"Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang..."eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii pramugari).. takpalah nak..pak cik selesa dah kat sini.."

*Mana tak selesanya.. bisnes klass..mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala..

Pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..

Pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir."pak cik.. boleh tengok tiket?" pak pandir kasi tiket..

"Oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?"

"yer nak... "

"Taapi pak cik.. kerusi depan nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!"

"Yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."


Ermm, mesti korang senyum2 kambing kan pagi khamis nie...

p/s: Entry ringan, itu pun amik kat google sebab aku tengah sibuk packing barang nie..

Wednesday, October 27, 2010

Korang Pandai Buat CPR Ke?

Hi Korang,

Quick update.



La bukan nak citer apa pun, cuma nak tanya, pandai ke korang buat CPR ek?


Aku dah reti dah. Dan tak lama lagi aku jadilah First Aider yang bertauliah dan bersijil serta berskill.

Nantilah aku citer lagi ek...

Tuesday, October 26, 2010

Gangguan Respirasi Seketika

Hi Korang,


Hari nie tak dapat nak pi keja. Ambik MC dari doktor tadi. Badan dah tak larat dah sebab 2-3 hari straight kena hujan je nie di tambah plak dengan sakit tekak dengan semalam berembun kat Mid Valley lagi kan



Walaupun kerja aku nie tak pakai suara pun boleh, tapi di sebabkan bebudak kat opis nie suka sangat melepak kat bilik aku so haruslah kena bercakap jugak kan. So doktor dah pesan jangan banyak bercakap dan makan pun kena jaga-jaga sket, so lebih baik aku rehat je kat umah nie.

Segala pesanan tentang kerja dah pun aku tinggalkan kat orang yang ganti aku hari nie. Penuh kerja sekajang dia tulis aku rasa.Maklumlah hari nie ada meeting dengan Client so haruslah banyak issue kan.

Oklah, nak berehat kejap. Tengahari kang sambung update lagi.

p/s: Nasib baik tulis blog pakai tangan kan, kalau pakai suara mampus aku rasa cam tercekik2 je



Monday, October 25, 2010

Nuffnang premier Screening You Again

Hi Korang,

Ermm terlambat plak citer pasal nie sebab last week sibuk pergi course untuk jadi doktor tau. La korang tak caya ke? Tunggu nanti okeh.



Jumaat lepas, dapat jugaklah aku tiket free from Nuffnang citer You Again nie kat Cathay Cineleisure Damansara. Aku di antara orang2 yang terawal sampailah. Sempat lah pi makan kat Ikea kan.


Citer You Again nie best gak. Kelakar tau. Ala citer time sesekolah dulu. Yang asyik duk kena buli je kan. Bila dah besar yang membuli boleh jadi bakal kakak ipar yang dibuli. Hah, terus terperanjat. Disebabkan takut abang dibuli nie kena buli lagi teruk so memacam caralah yang dibuli nie memprotect abangnya dari sipembuli nie. Padahal pembuli nie dah insaf sebenarnya.


Dengan Akuzle Ayu


Ramai jugak jumpa bloggers lain seperti akuzle Ayu, Ruby,Vinnie, Nia, makdara terdiva dan Amy. Geng2 tali barut pun ada gak seperti CheArm,Sumijelly,Jejai Fink, Anakperak,Redlinda. La abis movies baru jumpa RedMummy yang padahal sebaris je duk dengan aku. Hamzah, sejak ko ada CikShara nie, k lily pun ko tak perasan ek.. ishkk menyampah tau..

Memekak2 dalam panggung sebelum citer tu start. Maklumlah ktorg duduk semuanya dekat2 belaka. Kelakar betul lah...

p/s: sesape ada gambau muke aku, bagitau tau. Nak ek? plz...