Saturday, May 15, 2010

Nice Bloggers Award TQ!

Hi Korang,

Rasa puas hari nie menjawab semua tag2 & award yang di berikan oleh peminat2 sekalian.

Sebagai seorang blogger baru, aku rasa amat terharu mendapat award nie.

Nice Bloggers Award

Award ini diterima daripada Cik Afzan kite yang baik hatinya.

Sebelum aku di anugerahkan award nie, aku kena menjawab beberapa soalan yang diberikan.


1)Copy award nie kat blog korang
   SUDAH

2)Buat ucapan korang kpd pmberi award dan perasaan korang
Terima kasih di ucapkan kepada Cik Afzan yang memberikan award nie. Rasa bangga plak tetiba bila di gelar nice blogger. (Saya sebenarnya garang okeh! hehehehehehhe)
3)jawab soalan2 tag nie;

1. Ape yang bermain di fikiran anda sekarang
    Dah sampai ke belum mr Big nie kat Ampang Sports Planet,dahlah lambat kuar umah tadi.

2. Apakah nama samaran korang
    Cik Lily Putih

3. Berikan 3 orang yang anda sayang
a- mr Big
b- my Family
c- my Frens

4. Panggilan untuk si dia
    Dear

5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa
    Nak baby girl ke boy ek?

6. Blog mana yang korang suke visit n yang leh aku follow gak
    Semua blog aku suka baca, semuanya interesting

7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda
    Ok no problem.


 
Kengkawanku jangan lupa homework nie tau, biar lambat jawab okeh. Seperti biasa aku akan buat pemeriksaan dari semasa ke semasa ke blog korang tau!
 
I need you baby, and if it's quite all right

I need you baby to warm a lonely night
I love you baby
Trust in me when I say

Tengah melalak2 lagu nie dalam bilik hiburan sementara tunggu mr Big balik.

Sunshine Award Diterima

Salam Hujung Minggu kat Korang,

Tak de banyak benda sangat nak update cuma kena menjawab beberapa tag yang peminat(cam celebriti plak kan) telah amanahkan.

The Sunshine Award

Terima kasih kepada Puan Isah dan juga Cik Juan kite (alamak cam ne aku boleh lupa nie tadi ek)kerana bersungguh-sungguh mengetag saya. Dengan bangganya saya mendapat the Sunshine Award. Lega rasanya tag dah siap nie.

So caranya cam nie :

Rules:


1. Put the logo on your blog.
    DONE

2. Pass the award on to 12 bloggers.
    TRY TO DO UNTIL 12 BLOGGERS

3. Link to the nominees within your post.
   DONE

4. Let them know they received this award by commenting on their blog.
   DONE

5. Share the love and the link to the person from whom you received this award. 
   ORITE

Dan calon-calonnya adalah :













So kengkawan sila lah jawab ye. Cam biasa pengawas akan datang buat spotcheck tau!



You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are gray

You'll never know dear, how much I love you
Please don't take my sunshine away


Sukenya matahari terik hari nie, cepat kering kain baju lah.

Friday, May 14, 2010

Apa Korang Buat Time Lunch?

Salam Jumaat kat korang,

Ermm saja je nak tulis pasal nie plak. Lagipun aku kekeringan idea dan gusi akibat banyak berfikir dan banyak gelak dari pagi tadi.

Normally lunch hour yang seberapa nie tak kiralah 1 jam ke 2 jam macam2 benda yang boleh kita buat.Selalunya yang dapat aku perhatikan bila time lunch orang selalu buat perkara-perkara nie :-

Makan secara berjemaah. Maklumlah boleh car pool kan.
Baca surat khabar. Tak kiralah online ke kertas kan, at least tau gak pasal dunia

Tidur, penting oo at least nanti buat keje tak delah ngantuk kan
 
Borak2 Kosong a.k.a mengumpat. Ala biasalah gossip2 office kan

Hah nilah plak, time ari jumaat sebab time rehat lama kan. Untung sapa yang officenya dekat dengan Sogo ek!

Tapi aku plak lain kejenya. Korang tengok nie aku buat apa.

Update blog!. Hehehehhe

Aku rasa semua orang akan buat benda yang sama gak kan.Rasa-rasanya, korang yang mana satu di atas ek?

Semalam I call you, you tak answer

You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true

Ermm, kene pi site ke esok ek?

Thursday, May 13, 2010

Awas! 2 Beradik Dikehendaki Untuk Rawatan

Salam Korang,

Aku boleh terlupa nak cerita pasal kisah nie. Masa cuti hari tuh, atas dasar sayang dan cintakan haiwan berbulu nie aku & mrBig bawak si Abang + Kakak Ning ke Klinik Haiwan dekat-dekat umah mak aku nie.

Ala bawak pi klinik kerajaan je, senang kurang orang.

Service yang ditawarkan, murah plak tu

Bukan apa, si Abang tu dah start batuk2 plak. Tapi yang kelakarnya bunyi batuk dia sebijik macam orang, terperanjat plak masa memula aku dengar tuh. Yang Si Kak Ning plak, nak bawak pi bagi injection jangan beranak je. Maklumlah betina kan, pembersih dan lincah plak. Kang asyik kena attack je dengan kucing2 yang lain.

Korang tengoklah aksi-aksi semasa kejadian ini berlaku :

Kemana lah kita nak di bawak nie ek dik? Kata Abg Ning

Si pencinta kucing yang setia, mr Big bukan main sayang dengan 2 beradik nie

Tengok bila kena cucuk, diam je

Ah, kene urut-urut sket untuk legakan rasa sakit tuh.

Hah cianlah dah lembik2 + longlai bila balik. Dalam kereta senyap je 2 beradik nie. Sampai umah, lepaskan diorg nie trus tido bawah katil. Aku perasan dah petang baru nampak muka 2 beradik nie,menjerit nak makan.

Kau ku cinta

Engkaulah yg ku puja
Tertunggu selama ini takku jumpa
Dgn mu ku di lamun indah
Ku harap cinta akan tiba di hati kita..

Seronok plak nyanyi2 lagu nie lah ari nie

Wednesday, May 12, 2010

Why Smartphones can be Dumbphones


Salam Korang,

Tajuk entry saja sudah gak kan! 'Why Smartphones can be Dumbphones' iaitu Kenapa telefon pintar boleh jadi tak berapa pintar atau erti kata lain telefon bangang.

Kenapa saya cakap cam tu? Sebenarnya bukan telefon yang tak berapa pintar tapi tuan punya telefon itu sendiri. Sekarang nie dah jadi trend penggunaan Smartphone nie, dari yang berkerjaya sampai bebudak sekolah semuanya tahu akan kewujudan telefon pintar nie. Bagi yang berkerjaya penggunaan Smartphones nie amat penting di dalam segala urusan yang dilakukan. Ianya menjadi alat perhubungan yang berteknologi tinggi yang dapat membantu segala jenis perkerjaan yang hendak di lakukkan.

So kenapa saya katakan tuan punya telefon yang tidak berapa pintar? Di sebabkan mereka2 nie hanya pandai membuat / menjawab panggilan, menggunakan kamera, mendengar mp3 dan berSMS sahaja. Bila di tanya kenapa membeli Smartphone nie? Jawapan mereka ialah mereka hendak mengikut trend terkini dan takut di gelar buta IT. Itulah yang menyebabkan Why Smartphones can be Dumbphones.

Kita boleh buat kaji selidik mengenai isu nie dan saya rasa rata-rata pemilik smartphones akan mengaku bahawa mereka tidak pandai menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam Smartphone ini. 

Majoriti pemilik smartphones hanya menggunakan 20% aplikasi di handphone mereka. Ini adalah kerana kos untuk untuk melayari internet daripada smartphones mereka agak mahal. Dengan alasan baik surfing kat opis x payah bayar. Janganlah begitu, sekarang nie Digi telah menlancarkan plan mereka yang terbaru iaitu DG Smart Plan. Dengan bayaran serendah RM68 sebulan, saya rasa mungkin tidak menjadi masalah untuk kita semua bertukar ke Digi Line. Betul tak?
Tapi kenapa saya menulis mengenai tajuk nie ye. Ermm kerana, saya ingin ke :-

The DiGi Break Free Party

Date: 29 May 2010 (Saturday)
Time: 6pm – 10pm
Venue: Ecoba, Lot No. B-G-02, Level 1 Menara Bata (Tower B), PJ Trade Centre, No. 8 Jalan PJU 8/8a Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya

Yang best tuh, party ini bertemakan costume party iaitu Prisoners and Villains. Wah! Haruslah saya ingin menjadi CATWOMEN yang sangat evil tuh, walaupun saya gemuk tau! Dan yang penting iaitu hadiah-hadiahnya yang sangat-sangat menarik seperti dibawah nie

Best pre-event blog post – Blackberry Bold 9700

Best-dressed blogger at the party – HTC Legend
Best post-event blog post – Blackberry Bold 9700
Runner-up for post-event blog post – Blackberry Curve 8250

So mintak2 lah dapat invitation nie, dapat gak lah aku nak jadi CATWOMEN gemuk yang ganas tapi comel! miauuuuwwww...