Saturday, March 27, 2010

Beautiful Blogger Award

Morning bebs,

Aku dapat Beautiful Blogger Award. Hehehehehhe sukenya la hai.

Bukan sorang bagi aku award nie, tapi ade 3 orang bagi aku award nie tau. Jangan memain okeh. Bangga mak kejap tau!

Diorang yang bagi award nie ialah:-

IsaBelle

Aku rasa mesti ada lagi orang nak bagi award kat aku kan. Tapi tak perlah cukup2 la tu. Jangan tamak tau.



Wah!!! Cantik ke aku nie ek? anyway thks untuk semua yang bagi aku award nie


Ini adalah 7 fakta tentang diri saya....

1) Seorang yang suka sangat tengok tv, sampai kene marah dengan mrBig sebab dah tengah malam still tengok tv lagi. Dah nama gilatv kan. Haruslah menggila kat tv nie.

2) Isteri/Best fren/Geng gaduh dengan mrBig a.k.a hubby tercinta


3) Tak de Credit Card, bangga tau.


4) Suka online, sesubuh pagi. Time tu line streamyx best je, cepat je dapat download lagu.


5) Suka tengok ikan koi dalam kolam kat balkoni umah


6) Anak kepada seorang polis pencen a.k.a tokeh karaoke


7) Memang lahir kat Melaka tapi expert jalan2 short cut dalam JB Town. Tak caya? leh test aku tau!

okeh, aku dengan rasa besarhati untuk menganugerahkan award nie ke:-



Korang, jangan lupe jawab tau, walaupun lambat. I spotcheck okeh!

Friday, March 26, 2010

Meluat Aku Dengan Dialah

Salam korang,

Satu hari x menulis, mengigil plak rasanya kan? Bukan x de entry tapi x sempat nak tulis. Busy nau semalam lah. Sampai umah pun kat kul 11pm. Balik,mandi2 then trus tido. Makan pun tak. Itu yang aku meluat nie. Eh bukan pasal kejelah. Keje mane boleh meluat bahaya tau! Kang hilang periuk nasi kite.


Nie aku nak citer pasal pagi tadi,. on the way pi keje aku dengar SinarFM. La korang ingat SinarFM tu untuk orang tua je ke? Tolong sket eh. Aku pendengar x berape setia tau! So pagi nie pasal masalah, memacam masalahlah yang aku dengar, majoriti pasal keluarga lah.

So ada satu pendengar nie call, orang utara. So aku x bpe tangkap la apa yg dia cakapkan. Nasib baik DJ 3 serangkai tu buat translation, so lehlah paham sket. Citernya cam nie, mak mertua (MIL) dia nie (dia tu menantu pompuan), kalau macam orang x setuju/sokong apa yg MIL dia nie buat, confirm2 MIL dia trus meluat dgn orang tuh, even MIL dia salah pun, then orang cuba tegur, terus MIL dia nie meluat. Yang jadi persoalannya nie, bila MIL dia dah meluat, terus cari menantu dia luahkan rasa meluat2 dia. Itu x kisahlah, dia sebagai menantu kenalah jaga hati MIL dia ni. So dengarlah segala bijik butir kemeluatan MIL dia tu. Tapi yang x syoknya, si MIL nie mengadu domba kat menantu dia nie tak kira masa, bila si MIL nie tengah meluat waktu pagi, dia pi call menantu dia time keje. bile meluat waktu malam, si MIL nie pi ketuk pintu umah menantu dia nie (diorg nie duk dekat2 je). So macam x de privacy langsung si menantu nya nie. 24 jam kene melayan kerenah MIL dia nie lah.

Aku dengar pun rasa bingit gak, yelah nak mengadu domba tu boleh, tapi tengok2lah time orang tu buat apa. Kalau kene dalam meeting, si MIL tu call, tak ke niaya je menantu dia tu. Tak pasal2 dapat warning letter kan. So si DJ 3 serangkai nie, korek2 lah konon nak memperbetulkan keadaanlah. Jawapannya memang kelakar, disebabkan MIL pompuan tu janda, so diorg suggest carikan jodoh dan kawinkan cepat, so senang sket si menantu nie coz confirm2 si MIL akan membebel dengan laki baru dia nanti. Aku yang dalam kereta nie, punyelah gelak sampai x ingat. Hampir2lah nak terlepas simpang nak masuk Cyberjaya nie. Ishk! memang kelakarlah, nak nak cara Salih Yaakob cara style 'akak-akak' kan.

Anyway itu adalah secebisan kisah rumahtangga untuk kali nie. Lain kali kalau citer best2 + kelakar2 bodoh lagi, nanti aku citer kan korang ek!

Wednesday, March 24, 2010

Terima Kasih PengikutKu

Salam korang,

Hah, apa yang aku fikirkan sampai buat keputusan nak bagitau korang semua nie?

Sebenarnya cam nie, disebabkan aku boleh terlupa apa yang aku nak tulis untuk hari nie(padahal dah ingat semalam, tapi buku nota tertinggal kan umah plak). So aku tulis jelah pasal bende2 I follow u, u follow me lah.

Selain dari Bean, Aus,K ina KL,Daydeck, Bro GTO, Eny ,Tasha,PojieMelromeo,Cik Hel, Fat & Hairi, MatJoe yang selalu sekodeng blog aku ari2 sambil tinggalkan komen yang kelakau2 sesangat.

Ada gak orang2 yang sudi2 lepak2 kat blog aku nie. So kat bawah nie ade senarai orang yang memfollow aku:-

http://malinot-malinorte.blogspot.com/
http://liza365.blogspot.com/
http://penyapu-terbang.blogspot.com/
http://mamaadablog.blogspot.com/
http://inilahakuameera.blogspot.com/
http://ceritera-sindarela.blogspot.com/
http://sayangkema07.blogspot.com/
http://arena184.blogspot.com/
http://tetikuskukus.blogspot.com/
http://mumyshaneqeisha.blogspot.com/
http://harizpohsudah.blogspot.com/
http://ajwinajeera.blogspot.com/
http://mybloggerunited.blogspot.com/
http://gadis1810.blogspot.com/
http://darlingnathaniel.blogspot.com/
http://kulihatbintang.blogspot.com/
http://diaryumi.blogspot.com/
http://elissmie.blogspot.com/
http://www.kenalikomputer.com/
http://mkajunai.blogspot.com/
http://miezaniera.blogspot.com/
http://miabellymushkin.blogspot.com/
http://helomilothehamster.blogspot.com/
http://faye0504.blogspot.com/
http://myjazmanie.com/
http://alimaz.blogspot.com/
http://sfbabysofia.blogspot.com/

Selain mengucapkan ribuan terima kasih, kerana sudi menepek kat blog aku siap dgn mengikut perkembangan hidup aku seharian, aku akan tinggalkan nota2 kecik kat blog korang sambil berblogwalking okeh!(mane boleh cakap rahsia!)
Tapi ada gak yang follow aku, tapi x nak aku view blog diorang. Kenape ek? Maybe nak privacy kot. Ala tak perlah, aku okeh je.

Sesape yang rasa link dia tertinggal dalam list nie, sila letak kat ruangan komen ek!

p/s: untuk orang lain, nak tau note kecik tu ape, meh sini aku nak tanye korang follow aku ke?

Tuesday, March 23, 2010

Workaholic, itu aku

Salam bebs,

Nak tanye korang nie, aku nie seorang workaholic ke? Korang agak2. ermm rasanya tidak kot. Tapi bebudak kat opis nie gelarkan aku workaholic sebab diorg x penah nampak meja aku nie bersih dan kosong dari start keje kul 7 sampai kul 7 malam cam tu gak lah.Mana taknya pagi menimbun, tengahari kang surut sket, petang bile diorg balik dr site, bertimbun balik meja aku.

Tapi cube korang tengok gambo2 nie (diambil tadi)

Pandangan Jauh

Pandangan Sisi (Eh, cawan minum milo pun kat situ lagi lah)

Pandangan Depan (Buku nota yg sentiasa kat tangan.)

Ini adalah sebahagian dr paperwork2 yang kene buat. Lom tengok yg lelain lagi. So workaholic ke tak? Rasanya ntah kot. Aku rasa ramai lagi orang yang lagi teruk keje dari aku. Walaupun aku nie based technical, tapi keje2 admin pun kene buat gak coz lom cari lagi bebudak admin untuk tolong aku. Dahlah sekarang nie part time jadi PA untuk bos German aku plak. Ermm macam2 lagi lah keje2 machai yang aku kene buat.

Apa-apa pun ini dah jadi sebahagian dari hidup aku kan, so kenalah buat sesungguh hati kang x berkat duit gaji tu kan.So far aku lom penah complain lagi dengan HR,mlaslah nak kecoh2 kecuali dgn mrBig jelah.Tapi kalau aku tak workaholic, makin bertimbunlah kertas2 yg bercetak nie kan, but I really love my job.

Kalau dah dalam jamban pun nak keje gak, payah dik non!
all grafic pics from google.com

So korang plak cam ne? Rajin cam aku gak ke? ke rajin surfing time keje nie??

p/s: sebut betul2,wor-ka-ho-lic tapi bukan alcoholic or acrobatic okeh! tapi minum horlics bole.

Monday, March 22, 2010

No Sweat

Salam mesra yang ku berikan,

No sweat? ko tau ke ape? Tiada peluh lah. Ishk tak kan itu pun tak tau, kalau tak tau gak pegi kat Google Translate. Nanti keluarlah, apa maknanya kan.

Nie pasal peluh nie, biasalahkan semua orang berpeluh. Kalau tak peluh tu tak tau species apa plak tu kan.

Tapi orang berpeluh nak banyak kategori. Ada yang peluh tapi tak berbau dan ada yang berpeluh tapi baunya ya allah boleh pengsan lah. Pas tu plak, tak semua orang kuar peluh kat tempat yang sama, ada yang kepala je peluh2, ade yang ketiak basah dan ada plak yang satu badan basah disebabkan peluh.Agaknya hormon x berape stabil kot kan

Nak2 mrBig, ya allah dia nie memang kuat peluh. Kejap je dah peluh, kekadang tu pas mandi pun dia boleh berpeluh. So far kalau dia berpeluh taklah busuk sangat lagi kan. Kalau busuk gak. aku suruh je dia pakai nie.

Tapi dia memang pakai barang2 dari Adidas pun. Selain dari toiletries, baju, seluar, kasut semuanya Adidas. Maklumlah orang sukanlah katakan.

 
Apa-apa pun, aku nak promote kat korang jangan lupa tengok Project Alpha Season 2 nie. La korang tak tau ape bende nie, hah korang click kat sini:-

Korang tengok dulu, nanti korang tau lah project apa nie tau! Project nie start bulan April 2010 nanti.Project nie dapat tajaan P1wimax dan MAS (dapatlah aku terbang2 ke awan ek) dan dipersembahkan oleh Adidas Action 3 (ermm bertambah2 lah wangi mrBig kan!)
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1wimax and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

p/s: pics credit to Google.com