Wednesday, August 10, 2011

Nasib Baik Masih Ada Yang Sudi

Hi Korang,

Lately ni kalau aku pi event mesti aku bawak camera compact or guna hp camera aku je untuk amik gambo kan.   Bila orang tanya, aku cuma cakap malas nak pikul DSLR aku yang gedabak tu kan. 

Actually bukan itu sebenarnya.


Citernya cam nie, ktorg kalau pi event mesti bawak DSLR siap dengan complete set of accesorries. tak kiralah standard lens ke, zoom lens ke, micro lens kan. Dek sebab asyik tukar2 lens je. Tup tup satu hari one of the lens which is yang standard punya lens tu, motornya naik giler. Bunyi crack yang macam nak nangis lah bila dengar kan. ON bunyi crack bila OFF pun bunyi crack. Memang irritating betul lah. So we decided untuk simpan je camera nie buat sementara waktu sambil cari lens baru kan.


So mulai hari tuh, pantang ada kedai camera ktorg duk singgah dan tanya ada ke tak lens tuh? Majoriti semua kedai cakap Sony dah tak produce lens tu lagi, dah di gantikan dengan product yang lain. Alamak jawabnya memang nan ado lah kan. Kalau ada pun brand Tamron dan Sigma. Tapi mr Big tak berapa minat. Dia still suka dengan Sony lagi. 


Until one day dia duk lepak2 kat Sony pun fanpage kat FB. Tup tup ada orang buzz dia pasal lens tuh. Apa lagi teruslah mr Big tanya details dengan budak tuh. Rupanya dia memang nak jual lens tu coz dia dah ada lens yang lain. Teruslah dia nego harga dan mr Big terus setuju tanpa dakwa dakwi lagi. 


So malam tadi, lepas buka terus je ktorg ke Kelana Jaya to meet him personally. So lepas borak2 sket pasal camera, sony and everything. Dia pun tunjukkan lens tu. Walaupun 2nd tapi nampak cam baru coz dia jarang pakai. 


Lepas ni, dapatlah ktorg bercamwhore dengan camera ni balik. Rindu tau nak lenguh2 tangan pegang camera nie, rindu nak pose2 gaya photographer kan kahkahkahakhakaha....



WW - Bagus Kan

Hi Korang,

Wordless wednesday untuk this week ialah


Apa macam? bagus kan kempen2 cam nie.

Bagi aku bagus apa..

Lalalalalallala

Tuesday, August 9, 2011

“My Favorite Smurf”

Hi Korang,

Tengah seronok-seronok lepak depan tv, tup-tup ada lembaga biru keluar dari celah-celah pasu bunga sebelah tv aku. Oit terus terperanjat kan. Terus berderau aku tau.


Rupanya Papa Smurf dan anak-anak buahnya tersesat ke hingga ke bandar besar ini dan terus sampai ke rumah aku. 


So aku pun tanya lah si Papa Smurf ni:

CLP : Cam ne boleh sesat ke mari?
Papa Smurf : Itulah sibuk sangat cari makan, tup-tup terjatuh dalam air dan terus sampai ke mari
CLP : La cam tu plak, abis cam ne balik ke Smurf Village ni?
Papa Smurf : Itulah nak tengah duk fikir ni. May be ada few plan kot.
CLP : Hah, citer lah cam ne, kot-kot saya boleh tolong kan.
Papa Smurf : Ok ok. 

Cara-caranya:-


1. Kenalpasti Smurf Village kat mana
Yelah tup-tup jatuh terus ke sini, So saya mesti tau mana Smurf Village kan. So kena studylah map yang awak ada kat rumah awak ni. Once dah locate baru lah kan.


2. Study jalan or route ke Smurf Village
Pas tu barulah belajar guna GPS ek, pinjam awak punya tau. Cari jalan yang paling ringkas dan mudah serta tersorok dari manusia. Yelah manusia suka benda2 cute dan adorable macam ktorg nie. Silap-silap boleh kena culik kan. 


3. Make sure tak de musuh ikut
Hah, ini paling penting. Ktorg Smurf people memang banyak musuh tak kiralah, banyak binatang lain jeles dengan kecomelan ktorg ni kan especially kucing. So kenalah belajar menyamar diri. Jadi patung ke, sembunyi ke, pendek kata kena pandai survival diri lah kan.

So setakat itu jelah yang tengah ada dalam otak Papa Smurf ni, so meantime we smurf people will enjoy in human world hehehehehehe.


Aku memang suka dengan Papa Smurf ni sebab dia kan dah tua kira 'otai' gitu kan. Kredibilitinya memang tak boleh di sangkal lagi kan.

Adui yai, apa yang aku merepek ni. Ni gara-gara nak cakap tiket wayang citer 'The Smurf' yang akan di tayangkan tak lama lagi di seluruh Malaysia.


The Smurfs

Date: 24 August 2011 (Wednesday)
Time: 9.00 pm
Venue: TGV KLCC


So apa lagi jom cepat2 join contest ni. Just click kat link nie je.

Lalalalalalalal.. lalalalalallala.... bernyanyi riang lagu Smurf kan..

Monday, August 8, 2011

Pengalaman Pertama Shopping Online, Ternyata Mudah Dan Cepat

Hi Korang,

Hebat ke penangan shopping online nie?

Nowdays memang banyak website or blog yang menawarkan pembelian secara online ni. Tak kira lah tudung, baju, bag, kasut, accessories dan memacam lagi lah kan..

Aku memang tak percaya sesangat shopping online ni. Sebab dulu aku dah pernah kena tipu sekali. Walaupun harga barangan yang aku purchase tu tak lah semahal mana but duit kan. Terasa cam di buang begitu saja lah.


But last 2 week, entah macam mana aku boleh terjebak dalam shopping mopping nie kan. Aku memang suka product dari Tupperware ni. So adalah Tupperware fanpage kat facebook ni yang tawarkan koleksi yang limited edition. Dekat seminggu lebih jugak lah aku dok usha2 product ni nak beli ke tak kan. 

So jumaat lepas, process deal harga pun dah settle. Rupanya memang boleh dapat harga murah daripada dalam katalog. Tak sangka betul aku lah. Akak tukang jual tu pun baik je orangnya, sabar je layan kerenah aku yang takut sangat barang tak sampai kan. 


Pagi tadi, masuk ke pintu gate site aku dah kena tahan dengan bebudak guard. Rupanya ada parcel untuk aku. Check2 rupanya parcel dari akak rashidah tokey tupperware tuh. Bestnya memang cepatlah. Dia cakap dengan aku hari isnin sampai, tapi sabtu lepas dah ada kat guard house.

Anyway terima kasih Kak Rashidah a.k.a Tokey Tupperware kerana urusan jual beli berjalan lancar sekali tanpa sebarang masalah pun kan. hehehehhehe. Lepas ni rasanya aku mesti beli lagi lah bebarang Tupperware  ni dengan dia lah.

Korang plak, ada pengalaman tak mengenai shopping online nie? Jom kongsi2 tau...

Kulit Kekal Muda Dengan L'Oreal Revitalift Night Essence


Hi Korang,

Selalunya sebelum tidur, korang pakai tak krim muka? Tak kira lah krim muka untuk putih ke, hilangkan jerawat ke kan. Mesti pakai, betul tak? Aku pun sama. Nak cantiklah kata kan. 

Banyak jugak krim muka malam yang aku dah cuba dan resultnya ok ok je. Sekadar untuk perlindungan kulit luar muka je lah. Tapi yang bahagian dalam plak cam ne ek? Ermm untuk itu L'Oreal memperkenalkan 


New Revitalift Night Essence dengan anti penuaan dan dapat menegangkan kulit.

Bila kita ni umur dah meningkat so memacamlah yang jadi kat kulit kita kan. Jadi L'Oreal Paris telah dapat mengesankan 8 tanda-tanda penuaan di bahagian muka dan leher kita orang pompuan ni kan, iaitu:-


1. Dahi
2. Di antara kening
3. Kelopak mata
4. Bahagian tepi mata
5. Pipi
6. Di bahagian tepi mulut
7. Rahang muka
8. Leher

Hah, bukan main banyak lagi kan. Itu yang kita tak perasan tuh. Tempek je kat muka tapi tak tau apa function. 

Macamana kedutan terjadi ek?
Bila kulit epidermis semakin menipis, dermal fibers menjadi kecut dan epidermis dan dermis sudah tidak seimbang lagi. Hah cam tu lah kedut terjadi.


REVITALIFT Intensive Night Repair Essence ini mempunyai kandungan DERMALIFT dan juga Pro-Retinol A yang dapat menganjalkan kulit dan juga melawan penuaan secara terperinci. 

Dengan gunakan REVITALIFT Intensive Night Repair Essence ini, ianya akan dapat memperbaiki kulit muka kita secara semulajadi, seperti:


Serum yang unik
Titisan yang berbentuk air yang menggalakan ia bergerak lebih pantas menyerap ke permukaan kulit muka.

Keputusan yang menakjubkan
Kulit muka mula berubah pada keesokkan paginya secara perlahan-lahan dan hari semakin hari kulit muka akan berseri dan segala kedutan mula berkurangan.


Kalau nak lebih berkesan, boleh lah cuba L'Oreal dari Dermalift Range ni. Alahnya bukan mahal pun, harga berpatutan tau.