Showing posts with label premiere screening. Show all posts
Showing posts with label premiere screening. Show all posts

Thursday, July 27, 2017

Join Kontes ANUGERAH SCREEN BITE Coklat M&M's 2017 Segera!

Hi Korang, 


Kepada kaki wayang yang senantiasa tiap-tiap minggu check in kat panggung wayang tuh, ada kontes baik punye untuk korang tau.


Jenama coklat kegemaran ramai M&;M's kini mengundang semua peminat untuk mendemonstrasikan minat mereka terhadap M&M's berserta aktiviti skrin kegemaran mereka melalui Anugerah Screen Bite 2017 yang sulung. Pertandingan serantau ini sedang dilancarkan secara serentak di tiga buah negara - Malaysia, Filipina dan Thailand - dan ia bakal menyaksikan peminat M&M's bertanding bagi merebut peluang percutian untuk dua orang ke Universal Studios di Osaka, Jepun. 

Bermula dari 1- 22 Ogos, peminat M&M's dan konsumer Malaysia akan diminta untuk berkongsi saat-saat ceria 'skrin' mereka dengan menghantar sama ada gambar atau video pendek berdurasi 20 saat berasaskan tiga kategori- #BestWOW (aksi), #BestLOL (komedi), atau #BestXOXO (cinta) - yang turut memaparkan M&M's kegemaran mereka. Enam calon dari setiap negara akan disenaraipendekkan ke fasa undian di mana mereka perlu mencapai bilangan undian tertinggi untuk memenangi Hadiah Utama.


"M&M's mengiktiraf kepentingan aktiviti skrin dalam kehidupan warga Malaysia; sama ada ia melibatkan menonton wayang di panggung wayang, TV di rumah atau video melalui YouTube, melayari media sosial atau bermain permainan mudahalih atau konsol. Maka, kami menganjurkan Anugerah Screen Bite M&M's untuk para peminat berkongsi saat-saat masa skrin indah mereka bersama rakan dan kaum keluarga. Kami percaya bahawa kempen ini adalah satu platform yang baik buat kami untuk berhubung dengan peminat M&M's dan membawa mereka bersama-sama meraikan keseronokan dan hiburan dengan teman masa skrin yang sempurna, iaitu M&M's," komen Vee Pek Kuan, Pengarah Kategori MARS Chocolate SEA.



Sempena pelancaran Anugerah Screen Bite M&M's, rakan-rakan M&M's Malaysia telah dijemput untuk bersama menyaksikan tayangan eksklusif filem Baby Driver, salah satu daripada filem yang paling hangat pada musim panas ini, di MBO Cinemas di Starling Mall. Selaku teman masa skrin yang sempurna, pengalaman sinematik ini ditingkatkan lagi dengan campuran khas coklat M&M's, untuk dinikmati semasa filem sedang ditayangkan. Antara rakan M&M's yang telah hadir termasuk sensasi YouTube Luqman Hakim Kamaruddin (Luqman Podolski) serta pelakon Shaheizy Sam yang membintangi 'Polis Evo'. 

Syarat-syarat Pertandingan Anugerah Screen Bite M&Ms 

Untuk menyertai Anugerah Screen Bite M&M's, konsumer hanya perlu mengikut tiga langkah mudah berikut: 

1) Bermula dari 1- 22 Ogos, log masuk ke Iaman web rasmi Anugerah Screen Bite M&M's:  www.screenbiteawards.com

hah kena gelak macam akak lily ni tau, baru boleh menang

2) Daftar dan pilih kategori untuk memuat naik gambar atau video 20 saat anda:
  • #BestWOW: Kongsikan detik paling penuh aksi atau beradrenalin dengan M&M's kegemaran anda
  • #BestLOL: Kongsikan cara anda menikmati M&M's kegemaran anda yang paling lucu dan kelakar
  • #BestXOXO: Cinta berada di mana-mana sahaja! Kongsikan cara yang paling romantik atau comel di mana anda berkongsi M&M's1 kegemaran anda bersama insan yang disayangi
3) Muat naik saat masa skrin terbaik anda untuk peluang memenangi Hadiah Utama


Dua finalis daripada setiap kategori akan dipilih untuk mewakili negara mereka di fasa undian bermula dari 7-21September 2017, di mana para konsumer berpeluang untuk mengundi saat masa skrin yang digemari. Pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada 29 September 2017.

Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Screen Bite M&;M's, sila layari www.screenbiteawards.com atau www.facebook.com/mmsMalaysia.





Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com



Tuesday, April 17, 2012

Review Filem 'Berani Punya Budak'

Hi Korang,

Last week aku dgn Mr Big dapat pi premier screening filem 'Berani Punya Budak' ni kat E-Curve Mutiara Damansara. Thks to Azwan dari Alternate Pictures yang sudi jemput ktorg blogger2 comel ni.


Kalau korang tak tau lagi mengenai filem 'Berani Punya Budak' ni, korang leh baca sinopsis dan tengok trailer sekali kat entry aku yang sebelum ni.


Hah, dah baca kan.

Bagi aku:

Ini first time aku tengok citer aksi komedia yang rasanya 100% penuh dengan lawak dubbing. Ye dubbing ye. Semua pelakon dari Thailand tu suaranya di dubbing mengikut kesesuaian pada watak yang di lakon kan. Dialognya majoriti semuanya merapu.


Tengah2 lawan boleh cerita pasal tembikai, pasal nak makan apa dan memacam lagi. Setelah di explain oleh pelakon dan juga pengarah Afdlin Shauki, yang memang mereka merapu segala dialog dalam filem ni untuk menjadikan filem ni lebih kelakar lagi.

Tapi aksi lawan tu memang superblah. Maklumlah orang Thailand kan pandai berlawan so segala action tu memang real lah.

So Mr Big kasi 3/5 star. Oklah untuk gelak2 katanya.

So korang yang nak release tension, boleh lah layan filem Berani Punya Budak ni yang akan mula di tayangkan padal 26hb di seluruh pawagam kat Malaysia ni.

CLP notes : Lupa nak pesan, sebelum pi tengok sila pahamkan sinopsis dulu ye..




Monday, September 19, 2011

Premiere Screening Of 'The Kennedys' @ GSC Pavillion

Hi Korang,

Last week sempatlah aku pi tengok the premiere screening of The Kennedys ni kat GSC Pavillion. Di sebabkan premiere mini-series ni exclusive so tak ramai yang dapat invitation lah kan, hehehhe

special tiket, tengok siap ada logo History Channel lagi tau

'The Kennedys ini merupakan satu mini series epik sejarah presiden Amerika Syarikat iaitu Presiden Kennedy. Ditayangkan dalam 8 episod selama 1 jam dari 19th Sept hingga ke 22nd Sept, 9pm di  Astro History Channel 555.

Special guest okeh

Mari makan-makan

Dapat popcorn dan drinks lagi tau bila dalam panggung

Sebelum masuk panggung tu, ktorg di hidangkan dengan simple party cocktail. Apa lagi, makan lah kan. So sambil makan sambil borak2 kosong dengan Nuffies yang lelain tuh. Sempat jugak berkenalan dengan orang-orang beso Astro lah jugak kan.

Meh layan sinopsis citer nie dulu ek :



THE KENNEDYS, a major new four part series, uses public events as a background to tell the intimate story of this iconic family. It is about epic achievements and private failures, about loyalty and love, resentment and betrayal, about people imbued with great gifts and burdened by great flaws, about success of Biblical proportions and tragedy worthy of the Greeks.

Di antara dress yang dipakai Katie Holmes dalam The Kennedys ini

It is a story of family loyalty, of lives built on the deaths of siblings, and of sons bending to the will of their dominant father.


Disebabkan aku ni boleh lah dikatakan minat sejarah so sewajarnya aku tengok mini series ni kan. Lagi pulak bila lepas tengok premiere 2 episod yang pertama ni, terus aku teruja nak tau kesudahan 'The Kennedys' ni.

Special gift from History Channel

So korang yang kaki sejarah boleh lah menonton mini series drama 'The Kennedys' ni kan.


The Kennedys

19th September - 22nd September 2011

9pm

Astro History Channel 555

Jangan lupa tau...

Tuesday, August 9, 2011

“My Favorite Smurf”

Hi Korang,

Tengah seronok-seronok lepak depan tv, tup-tup ada lembaga biru keluar dari celah-celah pasu bunga sebelah tv aku. Oit terus terperanjat kan. Terus berderau aku tau.


Rupanya Papa Smurf dan anak-anak buahnya tersesat ke hingga ke bandar besar ini dan terus sampai ke rumah aku. 


So aku pun tanya lah si Papa Smurf ni:

CLP : Cam ne boleh sesat ke mari?
Papa Smurf : Itulah sibuk sangat cari makan, tup-tup terjatuh dalam air dan terus sampai ke mari
CLP : La cam tu plak, abis cam ne balik ke Smurf Village ni?
Papa Smurf : Itulah nak tengah duk fikir ni. May be ada few plan kot.
CLP : Hah, citer lah cam ne, kot-kot saya boleh tolong kan.
Papa Smurf : Ok ok. 

Cara-caranya:-


1. Kenalpasti Smurf Village kat mana
Yelah tup-tup jatuh terus ke sini, So saya mesti tau mana Smurf Village kan. So kena studylah map yang awak ada kat rumah awak ni. Once dah locate baru lah kan.


2. Study jalan or route ke Smurf Village
Pas tu barulah belajar guna GPS ek, pinjam awak punya tau. Cari jalan yang paling ringkas dan mudah serta tersorok dari manusia. Yelah manusia suka benda2 cute dan adorable macam ktorg nie. Silap-silap boleh kena culik kan. 


3. Make sure tak de musuh ikut
Hah, ini paling penting. Ktorg Smurf people memang banyak musuh tak kiralah, banyak binatang lain jeles dengan kecomelan ktorg ni kan especially kucing. So kenalah belajar menyamar diri. Jadi patung ke, sembunyi ke, pendek kata kena pandai survival diri lah kan.

So setakat itu jelah yang tengah ada dalam otak Papa Smurf ni, so meantime we smurf people will enjoy in human world hehehehehehe.


Aku memang suka dengan Papa Smurf ni sebab dia kan dah tua kira 'otai' gitu kan. Kredibilitinya memang tak boleh di sangkal lagi kan.

Adui yai, apa yang aku merepek ni. Ni gara-gara nak cakap tiket wayang citer 'The Smurf' yang akan di tayangkan tak lama lagi di seluruh Malaysia.


The Smurfs

Date: 24 August 2011 (Wednesday)
Time: 9.00 pm
Venue: TGV KLCC


So apa lagi jom cepat2 join contest ni. Just click kat link nie je.

Lalalalalalalal.. lalalalalallala.... bernyanyi riang lagu Smurf kan..