Hi Semua,
Novo Nordisk hari ini mengumumkan ketersediaan Wegovy® (semaglutide 2.4 mg) (MAL24126014AZ) di Malaysia, iaitu pilihan rawatan tambahan bagi dewasa yang menghidapi obesiti dan berat badan berlebihan serta mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbiditi berkaitan dengan berat badan.
Pelancaran ini dibuat berlandaskan kebimbangan yang kian meningkat dari sudut kesihatan, dengan data terkini daripada Tinjauan Kebangsaan Morbiditi dan Kesihatan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) 2023 mendedahkan bahawa hampir 54.4% orang dewasa di Malaysia dikategorikan mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.
Obesiti ialah penyakit yang dikaitkan dengan lebih 200
potensi komplikasi kesihatan, menjadikannya penyakit ‘pintu masuk’ kepada
penyakit yang lebih serius seperti diabetes tahap 2 dan penyakit
kardiovaskular.Keadaan-keadaan ini
memberikan kesan yang besar terhadap jangka hayat serta kualiti hidup
seseorang.
Wegovy® (semaglutide 2.4 mg) ialah ubat suntikan mingguan yang berfungsi dengan meniru hormon semula jadi GLP-1 yang dilepaskan oleh usus selepas makan. Mekanisme ini menyasarkan bahagian tertentu dalam otak yang mengawal rasa lapar dan keinginan untuk makan, sekali gus menjadi pilihan rawatan berkesan bagi individu yang berdepan dengan kesukaran mengawal berat badan.
Profesor Dr. Rohana Abdul Ghani, Pakar Perundingan Endokrinologi dan Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS), menekankan bahawa obesiti adalah satu kondisi yang kompleks, dan jauh lebih daripada sekadar isu kemahuan diri atau pilihan gaya hidup. “Obesiti merupakan keadaan biologi, tingkah laku dan persekitaran, serta bukan sekadar akibat kekurangan disiplin atau pilihan gaya hidup yang buruk. Malangnya, ia sering disalahertikan, menyebabkan rasa bersalah dan stigma dalam kalangan mereka yang terjejas. Halangan emosi dan sosial ini boleh menjadikan pengurusan berat badan yang berkesan semakin mencabar. Dengan menggabungkan terapi perubatan dengan pendidikan, empati dan penjagaan multidisiplin, kita dapat menggalakkan pendekatan holistik — iaitu pendekatan yang membina ketahanan, mengurangkan stigma, dan menggalakkan individu untuk mencapai peningkatan kesihatan yang berterusan.”
Profesor Emeritus Dr. Chan Siew Pheng, Pakar Runding Endokrinologi, menekankan betapa pentingnya pendekatan kolaboratif dalam pengurusan obesiti: “Pengurusan obesiti yang berkesan memerlukan dorongan daripada pasukan multidisiplin profesional penjagaan kesihatan, termasuk doktor, pakar pemakanan, pendidik jururawat, ahli fisioterapi dan profesional kesihatan mental untuk memberikan penjagaan holistik dan bersepadu yang memenuhi pelbagai keperluan individu ini. Adalah penting untuk menangani stereotaip umum iaitu obesiti hanyalah isu gaya hidup, kerana pandangan sedemikian boleh menyebabkan individu yang bergelut dengan isu berat badan menyalahkan diri mereka sendiri. Selain itu, perlu difahami bahawa apabila seseorang menurunkan berat badan, perubahan metabolik akan berlaku dan cenderung menyebabkan peningkatan berat semula, sekali gus menegaskan bahawa perjalanan ini memerlukan pemahaman yang lebih mendalam tentang tindak balas tubuh terhadap penurunan berat badan. Dengan menggabungkan ubat-ubatan dengan pendekatan diet dan gaya hidup yang diperibadikan, kita dapat meningkatkan hasil rawatan dengan ketara serta menyokong individu dalam perjalanan kesihatan mereka. ”
Dato’ Sri Dr. Azhari Rosman, Pakar Perunding Kardiologi Kanan / Pengarah Jabatan Pengalaman Pelanggan menekankan hubungan langsung antara obesiti dan kesihatan kardiovascular dengan berkata, “Hubungan antara obesiti dan penyakit jantung tidak boleh diabaikan. Melaksanakan strategi pengurusan obesiti yang berkesan adalah penting untuk meningkatkan hasil kesihatan secara menyeluruh.”
Novo Nordisk Malaysia kekal komited untuk mengubah kehidupan individu yang terjejas akibat penyakit kronik serta cabaran yang berkait dengannya. Syarikat ini bertekad untuk menggalakkan masa depan yang sihat bagi jutaan rakyat Malaysia dan bekerjasama bagi membuka lembaran baharu dalam penjagaan kesihatan.
Perihal
Novo Nordisk
Novo Nordisk ialah salah satu syarikat
penjagaan kesihatan global terkemuka yang diasaskan pada tahun 1923 dan
mempunyai beribu pejabat di Denmark. Tujuan utama kami adalah untuk memacu
perubahan untuk menewaskan penyakit kronik yang serius, berasaskan warisan kami
dalam bidang diabetes. Kami melakukannya dengan menerajui penemuan saintifik
baharu, memperluas akses kepada ubat-ubatan kami, serta berusaha mencegah dan
akhirnya menyembuhkan penyakit. Novo Nordisk mempunyai kira-kira 72,000 orang
pekerja di 80 buah negara dan memasarkan produknya di sekitar 170 negara di
seluruh dunia.
Perihal Novo Nordisk Pharma Malaysia
Novo Nordisk ialah salah satu syarikat
penjagaan kesihatan global terkemuka dengan kehadiran kukuh di Malaysia.
Matlamat dan komitmen kami adalah untuk memacu perubahan dalam usaha menewaskan
diabetes serta penyakit kronik serius lain, termasuk obesiti dan gangguan darah
serta endokrin yang jarang berlaku. Sejak penubuhannya pada tahun 1992, Novo
Nordisk Pharma Malaysia telah berkembang menjadi sebuah pasukan berdedikasi
yang mempunyai seramai 170 orang pekerja pada tahun 2024. Produk inovatif kami
telah memberikan manfaat kepada lebih 250,000 penduduk di Malaysia.
.jpeg)





.jpeg)
No comments :
Post a Comment