Sunday, February 1, 2026

Buffet Ramadan 2026 | Laman Tradisi di WTC Kuala Lumpur

Hi Semua,

World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) memperkenalkan Bufet Ramadan 2026 bertemakan “Laman Tradisi”, sebuah konsep yang mengangkat citra warisan Melayu dan suasana perkampungan tradisional, sekali gus menghidupkan kenangan berbuka puasa di kampung halaman sepanjang bulan suci Ramadan.



LIMA PENGGILIRAN MENU

Diketuai oleh Chef Rusmi, pasukan kulinari WTCKL mempersembahkan lebih 200 pilihan menu menerusi lima (5) penggiliran menu berbeza, diinspirasikan daripada resipi tradisional yang diwarisi turun-temurun.

VARIASI HIDANGAN UTAMA

Bufet ini merangkumi 22 hidangan utama (ayam, daging & kambing), 21 hidangan makanan laut, 13 jenis ulam-ulaman tradisi, 28 variasi pencuci mulut klasik, 11 jenis minuman menyegarkan





Setiap sajian bukan sekadar mengenyangkan, tetapi membangkitkan rasa kebersamaan, kesederhanaan dan kehangatan Ramadan zaman dahulu.

DEKORASI LAMAN TRADISI : KAMPUNG DALAM KOTA, SUASANA DESA YANG MENDAMAIKAN

Pengalaman iftar ini diperkukuh dengan dekorasi berinspirasikan rumah kampung dan laman tradisi, melambangkan nilai kekeluargaan, kesyukuran dan nostalgia — menjadikan setiap detik berbuka puasa lebih bermakna.

KOLABORASI ISTIMEWA, RASA TEMPATAN & ANTARABANGSA, NASI KANDAR IKONIK & SAJIAN TIMUR TENGAH

Selain hidangan istimewa pasukan kulinari WTCKL, bufet ini turut menampilkan:

Nasi Kandar Saddam, jenama terkenal di Kuala Lumpur
Nasi Mandy & Kunafa melalui kolaborasi bersama Restoran Mandy Al Yemen

Gabungan ini melengkapkan pengalaman berbuka dengan kepelbagaian rasa tanpa menghilangkan identiti tradisi.

WTCKL ANGKAT NILAI KEKELUARGAAN

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Dato’ Sri Dr Irmohizam bin Ibrahim, tema Laman Tradisi dipilih bagi mencerminkan roh sebenar Ramadan.

“Ramadan bukan sekadar tentang hidangan, tetapi tentang kebersamaan, kesyukuran dan perkongsian. Konsep Laman Tradisi menyatukan rasa, suasana dan tradisi untuk pengalaman iftar yang lebih bermakna.”

HARGA BUFFET RAMADAN

23 Februari – 19 Mac 2026 | 6.00 petang – 10.00 malam | Aras 2 Legar, WTCKL


Early Bird: RM118 | Standard Dewasa: RM138 | Warga Emas & Kanak-Kanak (7–12 tahun): RM85 | Flash Deal: Serendah RM100 (Eksklusif pengikut media sosial WTCKL)

Saddam is Back! Jom pi Laman Tradisi WTCKL #wtckl #ramadan #berbukapuasa #saddam #nasikandar #kl

PAKEJ KORPORAT

Bermula RM148 bersih | Minimum 100 pax



Website | Contact: 03-2614 6701 / 03-2614 6702 | WA: 019-267 8960

Saddam is Back! Jom pi Laman Tradisi WTCKL #wtckl #ramadan #berbukapuasa #saddam #nasikandar #kl

INISIATIF CSR : INFAQ KASIH 3.0

WTCKL meneruskan Infaq Kasih 3.0 bersama ikhlas.com, Creative Seven Legacy, Mamee dan Wipro Unza, dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Aktiviti CSR bakal merangkumi Doa Selamat & Tazkirah, Iftar Jama’i, Solat Tarawih dan pengagihan barangan Keperluan.



Program ini bakal berlangsung di Rumah Sri Kenangan Cheras, dimana membaca keceriaan kepada warga emas sepanjang Ramdan


No comments :