Friday, May 20, 2011

Video Jeng Jeng Jeng Cik Lily Putih Di YouTube

Hi Korang,

Dah makan ke belum? Aku dah.. kenyang betul dapat minum Rootbeer Float A&W tadi kan.. Alhamdulillah.

Ermm sambil melayani internet tengahari2 ni kan, tetiba aku terperasan nama aku ada kat youtube plak. Aduh hati dah cuak gak ni. Video apa plak pasal aku ni kan. Ntah ntah.. video jeng jeng jeng...tapi aku tak pernah pun buat video terlampau kan..

Tak caya,meh korang tengok sini.






Huahauhauahuahau... bukan video tut tut tut lah tapi video masa ktorg pi Selangorlicious sunset beach party minggu lepas. Yang best part tuh, Mr Big yang kene interview pun bukan aku hehehhe cuma jual nama aku je kan. Seronok wei. Dapat bercamwhore bagai, makan memacam lagi sampai sengkek perut dibuatnya.

Thank you to Cakapniaga kerana mengambil video nie untuk ktorg.

Later nanti aku citer lagi pasal Selangorlicious event nie ek..

Thursday, May 19, 2011

3D Special Screening 'Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides'

Hi Korang,
Isnin lepas dapat jugak aku pi tengok Pirates of the Caribbean : On Stranger Tides. Thanks to Nuffnang coz sudi lagi bagi tiket kat aku kan. La tak caya meh tengok entry sakai yang lawak tahap cipan ni kan.


Sampai agak awal jugak, ktorg pi makan dulu. Lepas collect tiket, sempat pi shopping barang dapur kat Jusco kejap. Ala beli barang untuk masak esoknya.


Naik balik kat cinema lobby, ktorg dah kena surrender all electronic gadget. Dah 2 kali kena cam ni but kali proper sket lah kan. Tak macam aku kena masa tengok citer TRON dulu.

Eh lupa nak mention. Wayang ni 3D okeh. Walaupun ni 2nd time aku tengok 3D movie but not for Mr Big, kira dia jakun kejap lah kan. Siap belek2 lagi.


Dah-dah aku nak citer pasal movie nie.

Persengketaan 2 negara Eropah dan Sepanyol dan juga tuan punya Blackbeard iaitu Edward Teach untuk mencari keabadian diri. Untuk sequel kali ni, no more William Turner dan Elizabeth Swan. Jack Sparrow keseorangan dalam mencari Telaga Awet Muda tanpa Black Pearl dan krew2nya. Dia juga terpaksa berdepan dengan penyamar dirinya yang korang tak sangka lah siapa dia tuh.

Bagi aku :

Totally sangat menarik. Form beginning until the end. Walaupun pada mulanya banyak dialog kemudian pelbagai aksi di pertontonkan selepas itu. Dari darat ke laut kemudian ke hutan erm memang2 best. Di tambah lagi dengan cermin mata 3D kan, terasa air laut masuk ke dalam mata aku tau.

Rating yang Mr Big bagi 4/5. Tak boleh perfect kang diorg tak nak produce lagi citer2 best kan.


Filem ini mula ditayangkan hari ini di semua pawagan yang berhampiran dengan korang. Baik cepat book ticket oooo.Kalau sesiapa yang pi tengok kat Mid Valley mesti korang akan perasan ada kapal besar dekat centre court. Ini kapal blackbeard lah tu kan..

Weekend ni banyak citer2 best kuar kat panggung tau.

Note : Memang confirm aku terperasan nampak Hanis Zalikha masa collect handphone hati tulah. Tapi dia cam memalu gitu. To Hanis Zalikha, u memang cantik dan sweetlah.

Btw korang boleh tak click link nie, aku tengah dalam race nie.


then korang click kat sini plak


Wednesday, May 18, 2011

Promotion Beli 1 McChicken Dapat 1 Lagi Free Untuk Hari Ini Sahaja

Hi Korang,

Apa kata korang pi makan Mc Donald hari ini kerana McDonalds sedang mengadakan promotion Mid Month.

iaitu beli 1 Mc Chicken dan dapat 1 lagi Mc Chicken burger secara percuma.


Hah download je gambo kat atas ni dan print. ala print black and white pun tak per. Kemudia cepat-cepat lagi ke Mc Donald yang dekat dengan korang kan. 

Tak mahal pun dalam RM 6++ je. Dapat 2 burger lagi kan.

Aku? dah beli tadi..

Baik Cepat..

WW - Ruginya

Hi Korang,

Korang tengoklah ni


Camne aku boleh lupa ek? Kan dah rugi. Beli kupon bukan main nak rak bagai kan. Last-lat boleh terlupa plak nak redeem.

Tuesday, May 17, 2011

'Our World, Their War'

Hi Korang,

Ermm tak lama Transformer 3 nak kuar kat panggung kat Malaysia ni. Memang tak sabar rasanya. Yelah sequel yang sebelum ni iaitu Transformer dan juga Transformer : Revenge of the Fallen aku tengok so confirmlah Transformer 3 : Dark of the Moon ni mestilah nak tengok kan.


Nuffnang ada nak kasi tiket wayang untuk bloggers yang kaki wayang kan. Aku mestilah tak ketinggalan kan, so kenalah entry pasal Transformer 3 ni kan

Ini soalannya :


Question : Tell us how you would protect the world from the Decepticons, and which Autobots character you would like to transform into to protect the world.


Rasanya aku akan belajar dari semua Autobot cara-cara untuk menentang Decepticons dari segala segi tak kiralah belajar pasal peralatan perang, cara Deception berfikir dan macam-macam lagi. Tak ketinggalan juga aku akan bersama-sama menyediakan pelan untuk bertindak apabila Decepticon ini menyerang dunia kita.

Autobots character yang aku suka untuk melindungi dunia.

RATCHET

Selain daripada Optimus Prime dan BumbleBee, aku juga suka kepada Ratchet. Ratchet ni merupakan doctor kepada semua Autobot kerana ia boleh bertukar menjadi ambulance bila di dalam keadaan kecemasan.


By the way, EON Bank Credit Card juga akan memberikan 50% discount untuk semua tiket wayang, movie merchandise dan juga F& B kat semua outlet GSC.

Eh macam-macam lagi lah promotion yang diorg berikan kepada pengguna EON Bank Credit Card.


Jangan tunggu lagi, cepat-cepat lah sign-up for GSC-EON Bank Credit Card hari ini.