Thursday, November 25, 2010

Cikgu Shida Buat Hal Lagi

Hi Korang,

Sambil tengok movie Toy Story 2 nie, aku layan lah youtube kejap.

Surfing punya surfing sambil layan video clip kelakar nie kan, aku terpandang video Cikgu Shida nie. Dulu dia pernah buat miming video clips lagu Stacy - Jahat. Memang menjadi lah dia buat. 2-3 kali aku ulang2 tengok balik.

Now, aku terjumpa lagi video clip Cikgu Shida yang terbaru. Kali nie dia miming lagu 'Kalau Berpacaran' tuh yang sekarang tengah hot kan.

Korang nak tengok gak,nak layan nie :-



Ya allah, tergelak2 aku bantai gelak. Cikgu Shida nie memang superb lah. Pandai betul dia buat editing video nie. Yang best siap tukar2 karektor lagi kan. Bagi aku dia memang creative lah. Aku suka watak pakwe yang pakai songkok tu. Kelakar.

Aku tau, ramai yang pertikaikan bakat dia nie. Tapi dia bukan buat benda2 yang senonoh kan.

Have fun guys!

Wednesday, November 24, 2010

TM EVERYONE CONNECTS BIRTHDAY BASH

Hi Korang,


Pada hari Ahad lepas , aku bersama geng2 blogger yang lain dapat invitation ke TM Everyone Connects Birthday Bash di Centre Court, The Curve Mutiara Damansara. Rupa-rupanya TM EC celebrate ulangtahun yang pertama.


Antara bloggers yang aku jumpa ialah K Ina KL, redlinda, Anakperak, Bean, Ruby, Zaid,Chearmster, Ery, Eleywn, Darkbatman, JMR, Jenthi,Shah, Eyiqazz, dan ramai lagi lah. Nuffies  like Fresh, Yuenny, Nicolas pun ada.


Sekejap je dah setahun kan? La korang ingat tak, tahun lepas ada satu konsert ala-ala karaoke yang ramai gila orang tu kat BIntang Walk, ala yang ada Bunkface tu yang nyanyi lagi ‘Through My Window’. Hah yang tu lah.

So emcee event nie ialah:

Ben dan Hunny Madu, DJ Fly Fm.. Kelakar betul diorg nie tau.

Memacam aktiviti lah yang TM disediakan untuk pengujung yang hadir. Semuanya menyeronokkan. Yelah lah boleh surfing website Everyone Connects, main guitar heroes, main Wii dan memacam lagilah. Bunkface pun buat performance, dah macam mini konsert plak time tu.


Dan acara kemuncak iaitu sessi potong birthday cake beramai-ramai. Wah seronok tau! So bernyanyilah ktorg beramai-ramai.

Dapat jugak berkenalan dengan Duta-duta Everyone Connects yang drop dead gorgeous tau.

Di antara nya :

Bunkface

Summer Ashley Khoo. Eh dia nie profesional gamer tau. Memang comel tapi ganas tau di game battle.

Zeffrey Chong & Family. Tak sempat amik gambo coz cari tak jumpa diorg nie.

Dia orang nie sesangat peramah dan mesra rakyat tau. Tak dapat nak borak lelama dengan diaorg nie. Ramai beratur panjang nak amik gambo dengan diorg nie tau.


Selain tu jugak, TM  memperkenalkan portal / website “Everyone Connects” yang baru iaitu http://www.everyoneconnects.net/.  Pelbagai feature yang best2 lah dalam website nie seperti

- Open House
- Sini Maa
- Jamming Garage
- EC Hall of Fame
- The Stadium

Dengan bertagline kan 3 C iaitu Connect, Communicate, Collaborate. Aku rasa TM berjaya merealisasikan bahawa dengan berhubung segalanya akan dapat dilaksanakan.

Anyway,

Congrats to TM Everyone Connects for 1st Birthday Bash.

Disclaimer: Ini adalah sponsored post.

Tuesday, November 23, 2010

Nestle World Walking Day 2010

Hi Korang,


Pagi ahad lepas, aku paksa jugak mr Big pi Nestle World Walking Day 2010 kat Tasik Titiwangsa nie before ktorg pi TM Everyone Connects B'day Bash kan. Awal jugak ktorg bangun dalam kul 5.30am cam tu lah.


Memandangkan dekat dengan umah MIL aku, so ktorg sampai kat situ dalam 6.35am cam tu lah. Rupa-rupanya dah penuh parking kat situ. So kenalah cari untuk selit2 kereta aku nie kan. So nasib baik dapat parking yang betul2 dekat dengan tempat register tu.

Beratur tau aku, ikut peraturan

Ermm dah dekat dah, tengok2 ramai yang potong que

Beratur memang panjang but moving, so tak perlah. But by the time aku rasa a few langkah nak sampai registration counter tu, diorg boleh announce yang registration dah penuh 2000 orang. So secara automaticnya, aku tak dapatlah t-shirt hijau yang cantik tu kan.

Lautan Manusia kat belakang aku tuh. Selori free gift tau dah siap menunggu.


So dengan rasa hampanya, ktorg pun blah dari situ trus pi tempat lain.Tapi sempatlah bergambo jugak kan untuk hilangkan rasa sedih tu.

Bagi menghilangkan rasa sedih aku nie, mr Big ajak pi b'fast tempat sedap kat area Kg Baru nie. Nah korang layan gegambo nie.

Nasi lemak untuk di bawak balik umah

English B'fast, sedap tapi aku boleh terlupa nama plak.

B'fast jugak nie, dalam roti nie ada sausage + cheese. Mengancam kan.

Apa macam, sedap kan? Hilang jugaklah rasa sedih aku nie..



Monday, November 22, 2010

Lepak Dengan BunkFace + Bloggers @ The Curve

Hi Korang,

Comel diorg nie tau!

Seronok dapat outing dengan bloggers semalam petang di The Curve. Di tambah lagi dengan Bunkface pun ada jugak. So double enjoy lah kan.

Tengoklah diorg nie kan

Cam ne boleh lepak2 dengan diorg nie semua? Tunggu entry akan datang okeh..

p/s : Pagi semalam aku pi world walking day kat Titiwangsa, ermm ternyata hampeh! Nanti aku citer gak lah.. Actually banyak benda gak aku nak citer kat korang nie.. Nanti lah ek

Friday, November 19, 2010

Case of the Stolen Keys to Tron: Legacy by TGV

Hi Korang,


Korang perasan hari ni, ada satu berita di webpage Nuffnang pasal TGV telah hilang kunci bilik projector yang mana tersimpannya filem Tron Legacy yang akan ditayangkan pada 15 november pada jam 7.30malam. So mereka sekarang ni sedang menjalankan siasatan terperinci. Pelik kan, cam ne boleh hilang ek? Nie mesti orang2 yang terlalu taksub dengan filem Tron Legacy nie kan.


Best sangat ke citer tuh sampai boleh hilang kunci bilik projector tu kan, ermm korang baca sinopsis nie.



Hah, apa macam? Best tak. Aku rasa pun cam best jugak lah. So berbalik pasal cam ne korang nak tolong TGV cari balik kunci yang hilang tu. Nah, korang baca plak:

1. korang kena like fanpage www.facebook.com/TGVCinemas dan register kat sini untuk mengetahui keadaan semasa kes kunci ni

2. korang kena selalu alert dengan clue2 yang diberikan di fanpage TGV cinema tu..

poster



Tengok, TGV bermurah hati nak bagi hadiah yang best, kalau korang jumpa kunci tu lah. La tak percaya, baca lagi bawah nie :

 
TGV Cinemas and partners are giving out A Private Screening Hall for any movie + a Panasonic 50” 3DTV and many other attractive prizes to the ones who manage to solve the case.

So, ada berani?