Friday, November 19, 2010

Filem 2 Alam, Dah Pecah Panggung!

Hi Korang,

Nak tanya sket nie, korang dah pi tengok ke filem 2 Alam nie? Ala Dr Rozmey punya. Eh, dah keluar panggung okeh, 18hb Nov. Semalam lah tu. So far aku tengok trailernya not bad jugak. Rasa cam nak pi tengok tapi not sure may be bila ada free time kot weekend nie.


 
So aku sesaje la google pasal review citer kat internet. So ini aku dapat. Komen dari penonton yang dah tengok filem 2 Alam nie.


Ambik dari Facebook Dr Rozmey

Hah kau, ramai kata best filem nie. Masa aku on the way tadi, aku dengar kat radio Era.FM, diorg call Dr Rozmey sendiri untuk tanya perkembangan filem nie di Jitra Kedah. Jawapan Dr Rozmey, sangat memberangsangkan, panggung totally penuh. Kutipan tiket dah sama banyak dengan kutipan filem Harry Potter. Wah, kagum jugak aku dengar.

Tapi ada orang cakap tak best langsung. Trailer je best tapi citer kureng. Nah, korang check it out nie.

Di ambil dari OhBulan!

Ada, few blog yang review pasal filem nie. Di antaranya ialah Andyhowtt , BeautifulNara , Eizlanyusof, dan Mohdhafizuddin. Actually banyak lagi, but ini je yang sempat aku jumpa.

Ermm, itu wartawan/bloggers yang komen tau bukan aku. Maybe tak semua orang suka benda yang sama, betul tak?

Bagi membuktikan filem nie best ke tak, aku cuba paksa mrBig pi tengok citer hehehhehe. Tapi dia bukan peminat filem melayu, ermm cam ne nie ek?

Thursday, November 18, 2010

Highway Jem, Sebab Apa Ek?

Hi Korang,

Update citer simple2 lah hari nie.

Aku baru je sampai umah dari umah mak aku. Dari Melaka sampai umah aku lebih kurang 1 jam lebih je. So taklah jauh sangat kan.


But malam tadi, memang aku marah betul. Aku dari masuk highway dari toll Bangi. So masuk je dah terus jem. So ingatkan jem biasalah. Jalan dah tersenggut2 cam siput. Ok fine. Buat bodoh lagi lah. Layan FB dan Twitter je, sambil nyanyi2 kan.

Tapi bila kereta aku tersenggut2 dekat 20 minit pada tempat yang sama, aku mula naik heran.  Mr Big cakap accident kot. Itu yang panjang jem tu. So dekat 1 jam lebih aku baru sampai toll Seremban. Pas tu terus laju je jalan. Aku nak tengoklah jugak, mana accident yang teruk tu, ermm jawabnya hampeh.Tak de apa2 pun kiri kanan jalan.


So pelik gak aku, apa punca jem nie? Adakah di sebabkan kereta2 mahal kat highway nie tak daya daki bukit? atau lori tangki minyak/bus ekspress duduk lane kanan? ataupun pemandu kereta yang sambil lewa bawak kereta kat lane kanan ek?

Ishk, muskil lah aku nie? Macam main puzzle plak ? Korang tolong bagitau aku sket, boleh tak?

Tuesday, November 16, 2010

Nuffnang Press Screening : Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 1

Hi Korang,


Dengan bantuan daydeck, aku dapat jugak Nuffnang invitation for press screening Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 1 nie di GSC Mid Valley, semalam pagi.


Ini serba sedikit sinopsis filem nie.

Harry Potter and the Deathly Hallows merupakan series yang ketujuh dan series terakhir di dalam series filem Harry Potter, di mana ianya di bahagikan kepada 2 series yang panjang.

Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 1 bermula 19 November 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 2 akan ditayangkan 15 Julai 2011

Bahagian 1 mengisahkan Harry, Ron dan Hermione menjalani satu missi pengembaraan yang amat merbahaya iaitu menjejaki dan menghapusksn rahsia keabadian dan kuasa Voldemort – The Horcruxes. Tanpa bantuan professor dan pengetua Dumbledore, 3 sekawan ini harus saling membantu sesame sendri untuk menangani segala apa jua dugaan yang datang. Tetapi Dark Forces senantiasa akan memecah belah mereka bertiga ini.


Sementara itu, di dunia Sihir menjadi sesuatu tempat yang paling merbahaya bagi musuh Dark Lord. Peperangan yang tiada kesudahan sudah bermula dan tentera Voldemort ‘Death Eaters telah berjaya menakluki Kerajaan Sihir dan Sekolah Hogwarts. Ini kerana mereka mencari sesuatu yang bernilai untuk Voldemort iaitu Harry Potter, The Chosen One.


Harapan Harry adalah untuk mencari The Horcruxes sebelum Voldemort menangkapnya. Apakah kesudahannya, ermm korang kenalah tengok kan filem nie kat panggung.


Bagi aku, cerita nie memang best. Sound effectnya yang superb. Jalan ceritanya mudah untuk difahami walaupun ada a few babak tu nampak cam lembab sket.

So kalau korang nak tengok citer nie, please make sure korang tengok series yang sebelumnya, so dapatlah korang catch up watak2 dalam filem nie.

Rating 8.2 out of 10. I Like.. Cepat book tiket sekarang..

Monday, November 15, 2010

Pelakon Baru Untuk Dottie Musim Terbaru

Hi Korang,

Kini aku persembahkan pelakon baru yang akan menggantikan Dottie untuk musim terbaru..

Jeng.. jeng..jeng..



Korang kenal tak, sape tu? Sapa lagi aku lah. Hah, apa macam? Sama cam dottie kan?

MrBig yang cakap aku cam Dottie, bila pakai constume nie. Ini semua gara-gara Annual Dinner company aku lah.. Memang nasib baik lah malam tu. Banyak gak menag hadiah.

Ok, nanti aku update lagi citer nie. Tunggu gambo dari official fotographer ktorang kat opis nie.

Kejayaan Proton Di Kejuaraan Rally China 2010

Hi Korang,

Nie nak cerita sket pasal kejayaan pengeluar kereta no. 1 di Malaysia iaitu PROTON di mata dunia dalam kejohaan APRC 2010 di China.



Setelah 5 tahun berehat dari perlumbaan antarabangsa, PROTON kembali beraksi di Asia Pacific Rally Championship (APRC)2010 dan telah memenangi satu dua di kejohanan tersebut, baru-baru ini di China.


 
Alister McRae dan Chris Atkinson selaku pemandu jentera Sateria Neo S2000 telah mengalahkan Mitsubishi Lancer dan Subaru Impreza yang selama ini sentiasa mengungguli kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti ini.


Tambahan lagi, kejayaan McRae menduduki tempat ketiga dalam kategori pemandu, menambahkan lagi kegembiraan pasukan PROTON dan menjadikan kejayaan terbesar musim ini.



"Kami gembira dengan kemenangan ini dan ini dapat membuktikan daya saing Satria Neo S2000 dan PROTON sebagai pengeluar di arena rally antarabangsa. Memandangkan kami telah menyatakan sejak awal musim bahawa tahun ini akan menjadi salah satu tahun yang dikhaskan untuk ujian dan pembangunan, dan pada tahun yang mendatang adalah untuk mengutip kejayaan untuk kejohanan APRC".– Kata Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad.

 
PROTON telah pun melengkapkan 5 daripada 6 pusingan APRC untuk tahun ini yang bermula dengan Rally Malaysia, Rally of Japan, Rally of New Zealand and Rally of Australia. Pasukan PROTON ini telah menaruh harapan yang tinggi untuk menambahkan lagi mata di Rally of Indonesia tetapi kejohanan tersebut di batalkan oleh FIA disebabkan keadaan cuaca yang begitu sesuai untuk kejohanan tersebut. Selain di China, PROTON mendapat tempat kedua di kejohanan Rally of New Zealand.
Satria Neo S2000 juga telah melengkapkan Intercontinental Rally Challenge (IRC) pada tahun ini bersaing dengan pasukan pengeluar terkemuka seperti Peugeot, Skoda, Ford, Abarth Fiat, Honda dan tidak ketinggalan juga Mitsubishi dan Subaru.

Bagi tujuan promosi, kedua kejohanan APRC dan IRC diberikan publisiti televisyen di seluruh dunia bagi menaikkan lagi jenama PROTON. APRC boleh ditonton lebih daripada 129 negara pada 2009 dan mencecah 390 juta penonton. Untuk IRC pula, ia di tayangkan melalui Eurosports TV di 59 negara seluruh Eropah, Asia, Afrika dan Amerika dan lebih 240 juta penonton. PROTON juga senantiasa memberikan info terkini melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Pics : Google