Friday, January 24, 2014

Makan BURGERBYTE Di Seksyen 15, Bangi

Hi Korang,

Bila tak mood or tak sempat nak masak, jawabnya makan kat luar lah kan.

Selalunya area Bangi lah, Kajang cam nothing to eat melainkan ada orang rekemen tempat makan tu sedap dan selesa serta aku tak pernah pergi. Biasalah nak try, test dan rasa kan.


So pusinglah satu Bangi tuh, duk cari kedai makan. Masuk area Seksyen 15 ni.

Ternampaklah kedai hujung sekali bawah tangki air ni. Ermm dah malam pas tu hujan rintik-rintik plak kan, alah masuk jelah malas nak pusing-pusing lagi ni kata Mr Big.

Oh kedai burger rupanya, bolehlah.


Masa ktorang masuk tu, banyak lagi meja kosong. So pi usha menu dulu. First timer, jadi mintak tolong budak cashier tu rekemen apa yang sedap dan berperisa sekali dalam pilihan menu tuh. Ok pilih-pilih dan bayar.

Next time datang, nak try menu lagi gak lah.


Once duduk tuh, barulah tengok sekeliling restoran ni. Sekali perasan ada gambar kat atas meja tuh. La rupanya inilah restoran BurgerByte yang tokehnya selebriti Zizan Razak tuh. La memang tak sangka betul, dah buka cawangan di Bandar Baru Bangi plak ek.


Apa lagi update instagram, bikin kecohlah. Spread the news so barulah jadi viral. hahahaha udah jangan ko nak mengarut Lily ek. Makan je.

Ktorang order

Signature Beef Burger (RM16.80)

Signature Lamb Burger (RM18.80)

2 Jumbo Juice (RM7.00 secawan beso tu ek)

Tengok daging burgernya, kan. Mampat dan tebal namun lembut je. 



Selain ada grilled patty, ada gak cheddar cheese, beef bacon dan vege butter. Di hidangkan sekali dengan fries gak but unfortunely friesnya sejuk kaku. Please work it on it ye.

So korang boleh pi cuba ek,


Restoran BurgerByte
No. 11-GF, Jalan 15/1D,
Seksyen 15, Bandar Baru Bangi

Tel : 03-8920 0380


Landmark senang, sebelah tangki air je. Kedai corner lot. Kalau korang dari Petronas tu masuk perhatikan tangki air tinggi tu sebelah kanan. Hah itulah kedainya. Sebelah belakang sket, kalau orang tak familiar memang tak jumpe lah.

Lagi satu aku nak pesan, kalau nak datang, sebaiknya lepas maghrib tak pun dalam kul 9 lebih cam tuh. Kalau datang kul peak hours tuh dalam kul 8 memang tak de table ye.

Mentang-mentanglah kedai Zizan Razak kan, mesti ramai duk heboh nak datang. Mintak maaf lah ye janganlah berharap sangat yang tokeh ni akan ade kat kedai. Kalau korang terjumpa tu memang miracle la ek.

Apa lagi, selamat makan korang..

Thursday, January 23, 2014

Hamper Raya Cina

Hi Korang,

2 3 4 hari ni memang sangat busy.

Kerja hakiki terlampau melambak-lambak, dateline bersepah-sepah sampai kitorang terpaksa dinner kat luar sebab aku balik lambat so tak de masak favourite food Mr Big lasagne air tangan bini dia.

balik pun dah senja, takut ooo

Tapi dalam sibuk-sibuk tuh, sempat gak pi beli hamper untukClient ktorang ni. 

Biasalah bos aku dah nak terberak baru nak cari jamban, itu perumpamaan lah. Ishkk korang ni. Dah tak tau source kat mana nak cari sudahnya ktorang pi Giant je. Mudah kan.

Memang banyak pilihan hamper yang disediakan di Giant ni. Korang nak yang murah, yang mahal semua ada. Dari harga RM68 hingga ke RM398 pun ada.

Pendek kata, kalau ada duit semuanya boleh kan.

Ok ktorang pilih 2 hamper, satu RM108.00 dan RM168.00. Cukuplah dengan budget yang Finance dah siapkan.


Ni RM108.00 punye

Ni RM168.00 punye

Kira oklah kan, memacam ada dalam tuh. Ada cendawan, abalone, chocolate sket, drinks, essence jadilah.


Sebab ktorang belanje lebih daripada RM200.00, so Giant bermurah hati kasi voucher ek. Alah RM10 pun jadilah, lepaslah beli jajan-jajan makan dalam opis ni.




Wednesday, January 22, 2014

Makan-makan Sempena Tahun Baru Cina Di Tung Yuen Chinese Restaurant

Hi Korang,

Dah nak dekat perayaan Tahun Baru Cina kan. Kejap je rasa. Itulah aku sendiri pun tak sangka, cepat benau.


Yeah dapat jemputan makan-makan lagi di Tung Yuen Chinese Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA). Diorang pun ada jugak menyediakan hidangan HALAL iaitu Auspicious Yee Sang Menu, Golden Prosperity CNY Set Menu A or B or C, Lunar Ever Special Set Menu dan juga Special CNY All You Can Eat (AUCE) Menu.

Of course lah menu special ni di sediakan orang tukang masak profesional dari dapur Grand BlueWave sendiri.


Menu Auspicious Yee Sang adalah merupakan hidangan yang menjadi permintaan ramai di kala Tahun Baru Cina. Menurut kepercayan kaum Cina, Yee Sang ini merupakan cara untuk kita mendapat kekayaan dan kesihatan sekeluarga. 



Di antara pilihan Yee Sang adalah seperti Yee Sang with Abalone & Pear, Yee Sang with Salmon Fish, Yee Sang with Pacific Clam dan Vegetarian Yee Sang. Harga di antara RM30++ hingga RM260++ dengan minimum 2 orang bagi setiap pesanan.




Tung Yuen juga menawarkan Golden Prosperity CNY Set Menu untuk keluarga dan company gathering atau dengan kawan-kawan dan rakan perniagaan. Ia bermula pada harga serendah RM988++ (Set A: 7 course), RM1188++ (Set B: 8 course) dan RM1488++ (Set C: 9 course). Tawaran untuk set menu disediakan untuk makan tengah hari atau makan malam untuk 10 orang untuk satu meja dengan tempahan awal.








Malam Tahun Baru Cina khas khusus untuk majlis makan malam yang hebat dengan tersayang satu. Ia menawarkan 8 hidangan dalam menu set pada harga daripada RM688 + + untuk 5 orang dan RM1288 + + untuk 10 orang. Ini menu set eksklusif termasuk Yee Sang with Salmon Fish & Pear, Double Boiled Dry Seafood Soup with Ginseng Sliced, Steamed Village Chicken with Garden Green & Superior Stock, Baked Baby Lobster with Cheese & Garlic, Steamed Pomfret with Superior Soya Sauce and Preserved Radish, Braised Mixed Vegetable with Sea Moss and Bean Curd Skin, Fried Rice with Pumpkin & Chicken Meat in Lotus Leaf and end with Mixed Local Fruits Platter.


Di samping itu, Tung Yuen Chinese Restaurant juga menawarkan Special CNY All You Can Eat Menu dengan gaya carte a la untuk mewujudkan sambutan lebih gastronomi dengan rakan sekerja dan rakan-rakan. 




Terdapat banyak pilihan untuk dim sum, sup, ayam dan itik, makanan laut, daging merah, sayur-sayuran, mi dan nasi dan juga pencuci mulut.

Korang suka lah tu kan, dah ada port nak pi makan Chinese food. Aku pun sama gak cam korang ye.


Special CNY All You Can Eat Menu boleh di dapati:-

Tung Yuen Chinese Restaurant,
Level 1,
Grand BlueWave Hotel, 
Shah Alam

Harga : RM85.00++ (Dewasa) RM42.50++ (Kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun)


Korang pun mesti teruja nak cuba kan, alah sekali sekala apa salahnya tukar selera makan makanan cina plak kan.

Selamat makan korang!

Wordless Wednesday - Terasa Mewah Di Jari

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


Cantik kan.

Tengok harganya cantik tak kat ton?

Giler mahal sungguh..

Tuesday, January 21, 2014

Promosi Teriyaki Chicken Di Kenny Rogers

Hi Korang,

Hari tuh, pi One Utama sengsorang coz ada jemputan food review dari team Kenny Rogers. Abis je keje terus zass ke sana, Mr Big tak sempat ikut.

ramai geng bloggers yang lain ade.

Nasib baik geng-geng yang lelain ada, so tak delah rasa cam lone ranger sket kan.


So untuk Sambutan Tahun Baru Cina ni, Kenny Rogers ada hidangan terbaru iaitu KENNY's TERIYAKI CHICKEN. La tak kan makan ayam je. ishk ada lagi ni.


Selain daripada suku ayam yang diperap bersama sos teriyaki khas dengan herba dan rempah dan di bakar sempurna, dihidangkan juga sekali dengan Aromatic rice dan juga semangkuk sup ayam cendawan serta pemanis mulut iaitu Kenny's Home-made Muffin.

So semua ni sepinggan hanya RM19.90* je.. ok kan.


Eh, ada minuman juga sekali yang sesuai di minum bersama iaitu Tropical Paradise. Sejenis minuman campuran orange dan nenas dan sedikit strawberry, baru ala-ala tropical sket. 


Harga baru RM7.90* je.


Kan musim-musim perayaan ni, mesti ramai yang datang bertandang kerumah. So kalau rasa tak sempat nak makan ataupun tak cukup makanan yang dihidangkan, dont worry Kenny Rogers ada sediakan promosi Take It Home Feast. Ini sudah bagus kan.


Meh kita tengok apa yang ada di dalam hidangan promosi ini

ayam teriyaki

BBQ baked bean

variety flavours of muffin

garden pasta salad

golden corn and carrot

asia salad

tropical drinks

ada 6 keping à la carte Kenny Teriyaki Chicken, 2 mangkuk Aromatik Rice dan 1 mangkuk setiap Salad Asia Pedas , BBQ Kacang Panggang , Golden corn & carrot serta Pasta Salad. Mesti muffin mestilah ada jugak dan di tambah lagi dengan 6 botol jus buah-buahan yang manis lagi menyegarkan.

Alah harga baru RM148.80* satu set hidangan untuk 6 orang sekali makan.


So apa lagi meh lah pi makan kat sana. Aku dengan Mr Big memang tiap-tiap bulan akan pekena KRR ni. Jadi dapatlah Mr Big merasa menu terbaru ni ek.

Layari laman web www.KRR.com.my untuk dapatkan maklumat tentang aktiviti dan promosi terkini oleh Kenny Rogers ROASTERS, atau boleh juga layari Facebook.com/KRR.My.


Terima kasih pada team Kenny Rogers yang sudi menjemput ktorang makan di sini ye...

Nanti kalau ada menu terbaru dari Kenny Rogers ni aku bagitau kat korang tau..