Friday, July 19, 2013

My MAGIC Eyes

Hi Korang,

Nak citer pasal makan, kang korang marah plak so kita citer bab make-up plak ek.


jom buat magic

Tajuk cam ni lain macam bunyinya kan. My Magic Eyes. Macam buat silap mata je plak.

Actually cam ni,

Bagi orang-orang yang tak de masa cam aku ni, yang senantiasa ‘on the go’ tak kira masa dan hari. Kita perlu cepat dalam mencantikkan diri kita. Tak kan nak duk depan cermin tuh, 1 jam plak sebelum keluar kemana-mana. Sangat buang masa.

So ini dia MAGIC Eyes.


Ianya merupakan eyeshadow pallete  yang telah direka mengikut kombinasi warna mata yang korang perlukan. Ermm nampak cam pelik tapi best ooo

semua colour favourite aku ni


Meh aku citer cara untuk gunakan Magic Eyes ni. Alamak camne plak boleh terlekat kat jari ni ek, gopoh benau gamaknya.


1. Pilih warna eyeshadow yang korang suka. Kalau aku ikut warna baju aku. So aku pilih warna biru.


2. Tutup mata dan letakkan si atas kelopak mata


3. Tarik hingga kehujung kelopak. Nampak cam ganas je aku buat kan. Itulah nak bagi dia melekatkan, padahal sket je pegang tu dah boleh

wah kemain lagi ek


4. Kemudian ratakan apa yang patut. Ke kiri ke, ke kanan ke, janji blendkan warna tuh




5. Tada... dah siap pun



Mintak maaf aku buat comot sket coz baru first time guna kan. Itu yang nampak cam messy banyak tuh, di tambah plak dengan mata ala-ala panda so tak berapa cun sket lah. Kalau nak tengok cara yang betul dan mudah, korang boleh klik ke http://www.supermodels-secrets.com/2010/03/in-blink-instant-eyeshadow.html  untuk dapatkan tips yang sesuai mengenai Magic Eyes ni.

Harga RM39.00 (free shipping) dan dalam 1 kotak tu ada 6 pasang mata warna-warni ehehee..


Hah, nak beli la tu kan.


Takper menda baik cam ni, haruslah aku kongsi dengan korang. Nak tengok koleksi yang yang lelain Magic Eyes ni boleh check it out kat info bawah ni

Instagram Follow us @supermodels_secrets

jangan bimbang semua tunjuk cara pun disediakan

Bukan setakat eyeshadow instant je diorang ni ada, ada memacam lagi barangan make-up yang unik lagi mudah serta cantik untuk korang cuba.

Nak raya ni kan, memacamlah kita nak shopping. Betul tak? 

Of courselah betul...

p/s: masa main eyeshadow ni buat kat opis time lunch, orang sibuk pi makan, aku duk sibuk bercamwhore.. eheehehehe

Seminggu Di Bulan Ramadhan

Hi Korang,

Apa yang korang rasa setelah seminggu berpuasa?

Haruslah lapar, dahaga, penat tak cukup tidur tu standard lah kan. Semua orang rasa cam tuh. Lelain tak de ke


Macam aku plak,

1. Bekerja dalam bulan puasa tahun ni memang mencabar sebab kena take over kerja orang lain buat sementara waktu yang orang tu tak brief langsung (kedekut ilmu betul) apa nak buat. Di samping itu gak, ada 2 tender yang aku kena tolong buat sekali yang nak kena submit dalam bulan puasa ni gak.
Rasa: penat sampai malas nak citerlah

2. Seminggu tak jejak kaki ke Bazaar Ramadhan lagi, walaupun depan rumah je bazaar ni. Jimat banyak tuh. Semuanya masak apa yang ada kat dapur ni.
Rasa: Bangga coz dapat tepis dugaan selera nak makan macam-macam.

2. Skill memasak aku lebih improved sebab sekarang ni aku masak tak payah rasa pun cukup itu dan ini. Hasilnya tak masin dan tak tawar, just nice kat Mr Big.
Rasa: Seronok coz aku dapat gunakan deria sebaik mungkin

3. Waktu menonton TV dan memblog semakin kurang berikutan, aku tidur awal dan penat.
Rasa: Rugi plak tapi tak per TV aku boleh record dan Blog aku dah disiapkan schedule post time weekend

Hah memacam rasa kan, walaupun apa sekali pun aku ikhlas mengerjakannya. Tapi yang paling sedih aku belum ada kesempatan lagi nak ke masjid buat solat terawih. Memang sadis sungguh, rasa rugi sesangat.

Apa-apa pun dalam 3 minggu akan datang ni, aku akan cuba buat. Dapat 2-3 kali pun jadilah daripada tak de kan.

Korang doakan ye…

Amin

Thursday, July 18, 2013

Mark Your Calendars For MFACE 2mins-2fame GRAND FINALE

Hi Korang,

Berpuluh-puluh ribu harapan Malaysia bermimpi menjadi bintang bagi MFACE 2mins-2fame dan pada 21 Julai hanya seorang akan dinobatkan superstar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting.

Di bawah bimbingan seorang bintang yang sukar ditandingi seperti Dato 'AC Mizal, pelawak kegemaran ramai Sathiya, dan tuan rumah yang tiada tandingan Chiong Pei Pei, kesemua  peserta memberikan bakat terbaik mereka  selama 6 pusingan awal di seluruh negara - untuk menjadi THE SUPERSTAR MALAYSIA.


Kini, selepas persaingan sengit hanya 20 finalis yang paling berbakat terus berjuang bagi peluang pada tajuk didambakan!


Para finalist  adalah


Penang Times Square (Round 1)

Jamilah Abu Bakar

Blazin Squad – BBoy Dance

Jack T – Dance



Viva Home Cheras, KL (Round 2)

Avery & Sylvia – Quick Change Act

Vanessa Wong – Performance Art

Hip Flo – Dance



AEON Bandaraya Melaka (Round 3)

Jackson Chua – Dance

Amelia Lee – Dance

Yee Jia Hui – Singing



KSL City Mall, JB (Round 4)

Wani – Singing

Play Play Boyz – Dance

PC Freestyle – Juggling Act



Sunway Pyramid, Selangor (Round 5)

Rejuvenate Dance Crew ft Beat Nation– Beat Boxing & Dance

Nicholas Kho – Dance

Fantasy Crew – Acrobatic



Berjaya Times Square, KL (Round 6)

Mezan – Roti Canai Terbang

Fire Eater – Fire Act

Jess Lee Pei Ling – Singing
Aby Norila – Singing

Chan Sher Ly – Dance

Kalau korang nak tengok bakat diorang bolehlah ke MFace 2mins-2fame’s Youtube page:www.youtube.com/user/2minutes2fame

Segala kritikan daripada hakim di jadikan panduan, tetapi rakyat  Malaysia yang ditentukan yang mana satu auditioners akan mara ke mface 2-minit-2fame GRAND FINALE di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting pada 21 Julai 2013.

Undi melalui sms, entri akhbar dan penyerahan dalam talian akhirnya mengecil kepada 20 finalis yang akan bertanding untuk beberapa hadiah utama dan gelaran Superstar Malaysia. Ini adalah langkah pertama mereka menjadi nama-nama isi rumah dan membuat tanda mereka.


Di samping menjadi perkara yang besar dalam perniagaan persembahan, 20 peserta akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah utama:

·         1st Prize –  Luxury Car + RM30,000 cash + Aver products worth RM1,500
·         2nd Prize –  4D3N Australia Gold Coast holiday + RM15,000 cash  + Aver products worth RM1,500
·         3rd Prize –  3D2N Lang Tengah island holiday + RM5000 cash + Aver products worth RM1,500
·         BEST SMS –  RM2000 cash + MBI Water Purifier + Aver products worth RM500
·         BEST STAGE PERFORMANCE –  RM2000 cash + MBI Air Purifier + Aver products worth RM500

Saksi meningkat kepada kemasyhuran dan kemasyhuran SATU SUPERSTAR MALAYSIA khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting pada 21 Julai, 2013.

Layari www.mFace.me untuk maklumat lanjut.


Wind Chimes in a Bakery By Samsung GALAXY S4

Hi Korang,

Terlambat plak aku citer pasal citer baik ni.


Last week aku ke media launch di Bangsar bagi Wind Chimes in a Bakery. Sejak bila plak aku boleh minat dengan citer-citer Korean ni kan. Itu yang pelik tuh. Ni Samsung punya pasal la ni hehehehhe joking jelah.


Wind Chimes in a Bakery adalah kisah cinta yang diilhamkan pengarah Korea iaitu Jang Jae Hyeok dan dibawa oleh Samsung GALAXY S4. Siri 8 episod web ini akan disiarkan diSamsung Malaysia Youtube Channel pada 20 Julai 2013, setiap hari Sabtu selama 8 minggu.

Kemain lagi Samsung  ni ek, dah buat drama plak guna Samsung GALAXY S4. Hebat ni


Meh baca jap sinopsis cerita Wind Chimes in a Bakery ini.

“Semuanya berlaku dengan begitu cepat. Satu-satunya perkara Adam dibiarkan dengan adalah telefon Sue. Telefon Sue adalah Adam hanya berharap dapat ingat masa terbaik mereka berkongsi bersama-sama. Walaupun bersedih kehilangan beliau, terdapat adalah satu pemikiran yang terlintas di fikiran Adam, sesuatu yang tidak betul.

Ini adalah cerita tentang Adam dan Sue – seorang budak dengan hanyalah mimpi dan seorang gadis dengan segala-galanya tetapi hanya cinta. Mereka mempunyai satu impian. Untuk membuka sebuah kedai roti bersama-sama. Ia adalah impian Adam tetapi dia terlalu teragak-agak untuk mengambil risiko sehingga dia bertemu Sue.”

Wah sangat romantiknya. Baru lah cerita cinta katanya


Eh duta Samsung S4 jangan dilupakan jugak, Awal Ashaari dan Liyana Jasmay pun akan membuat penampilan istimewa dalam siri ini. Aku pun tak tau diorg ni pegang watak apa, yelah baru je tengok trailer je time tu




Cepat mark jadual korang pada 20 Julai 2013 nanti. Aku pun rasa tak sabar lak nak tengok. hehehe. Kisah cinta.. memang jumpa Ahmad Nabil tu, dia cool dan comel plak. La korang jangan ingat Nabil Raja Lawak plak. Nama je sama tapi orangnya lelain ye

Aku plak yang tak sabar nak tengok kan.



For more details ke nak kenal dengan Ahmad Nabil ni ke, korang boleh check it out diSamsung Malaysia Youtube Channel, atau ke Samsung Mobile Malaysia Facebook Page


Wednesday, July 17, 2013

AURA HOT!! Suplement Untuk Mereka Yang HOT

Hi Korang,

Wah ayat, kemain nau ko Lily kan. Abis yang tak berapa HOT cam ne plak?


Hah sebab tulah kena ambil produk AURA HOT ni bagi korang lagi bertambah HOT sepanjang masa tak kiralah dengan sesapa pun kan.

Produk Aura Hot ni merupakan produk kesihatan sampingan yang mengandungi Bio-Stem Cell dan juga kolagen. Ok apa, sambil menyihatkan badan dapat juga mencantikkan diri. Maklumlah kita-kita yang tak berapa nak remaja ni, mulalah sakit-sakit timbul. Sakit itu lah, sakit ini lah dan memacam lagi kan.


Di antara bahan-bahan yang terkandung di dalam produk Aura Hot ni. Segala jenis ekstrak buah-buahan kan. Baguslah semuanya bersumber alam semulajadi. Kira rasa selamat bila kita minum.

Meh check it out kebaikan mengambil Aura Hot ni

•Mencerah, anti penuaan dan mengembalikan keanjalan kulit anda

•Anti oksida untuk mengatasi kesan radikal bebas

•Membantu menambahkan hormone estrogen

•Meransang tubuh menghasilkan lebih Glutaion lebih dari biasa dan secara semulajadi

•Menegangkan kembali payudara dan punggung

•Mengembalikan kehangatan rumahtangga

•Menaikkan kadar metabolisma dan pembakaran kalori

•Menurunkan berat badan dengan mudah, berkesan dan terkawal serta mengurangkan kolestrol

•Menambahkan tenaga, menyegarkan badan

•Merawat masalah kemurungan

•Diformulasikan berasaskan farmaseutikal

•Memberi manfaat dari luar dan dalaman tubuh anda

•Terbukti mampu mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit dalam tempoh 2-4 minggu pengambilan yang berterusan

Hah ko banyak betul manfaat tuh. Rasanya produk lain boleh lawan tak?


Aku rasa tak sabar nak menghabiskan supplement ni, paling best mix fruit botanical wooooo.. satu lagi,dalam satu box ni ada 20 sachet. cara penyediaannya sonang betul, cuma campurkan 1 paket aura hot powder bersama air suam ataupun jus buah-buahan lepas tu minum lah.

Kalau korang nak rasakan keberkesanannya, di nasihatkan minum 2 paket sehari untuk bulan pertama dan 1 paket sehari untuk bulan seterusnya.

Moga-moga nampaklah perubahan kan

Nak cuba, ni klik kat sini:-



ataupun terus je call Cik Aisyah di 019-6690054 untuk more details. Nak tanya apa-apa pasal produk Aura Hot ni pun boleh.

Lagi satu,

Stokis dan agent diperlukan, ulang lagi sekali, stokis dan agent diperlukan ni,sesiapa yang nak side income korang boleh call kak aisyah kita ni, bolehlah tambah pendapatan untuk bayar duit kuih raya nanti ek.



FAIZAL TAHIR Bersama WATSONS Dan Azam Rayanya

Hi Korang,

Yeah puasa datang lagi, then lepas tu RAYA yeah!


Sesuatu yang setahun sekali datang dalam hidup kita ni mesti di hargai macam puasa macam raya kan. Seboleh-bolehnya kita nak treasure betul-betul, enjoy the moments.
Uisk ayat tak boleh blah hahahaha

Bercakap pasal raya ni korang pun mestilah pasang niat apa yang korang nak untuk Hari Raya tahun ni. Macam aku nak masak sendiri masa 1st day Raya tu nanti, maklumlah selama ni semua mak aku yang masak, aku cuma tolong-tolong sket je. So now, giliran aku plak masak kan.


Korang plak cam ne, mesti ada gak Azam Raya kan cam aku.

Kalau ada bagus!!

Bukan apa, sekarang ni WATSONS sedang adakan kempen ‘Azam Raya Bersama Watsons’ sempena bulan Raya nanti. Apa plak kempen ni kan?

Cam ni citernya,

Korang boleh hantarkan apa juga Azam Raya korang kepada Watsons di www.facebook.com/watsonsmalaysia sebanyak mana mungkin dan personality TV, penyanyi, composer FAIZAL TAHIR selaku DUTA bagi kempen ini akan menzahirkan Azam Raya korang ni ke lagu Raya ciptaannya yang akan didendangkan pada Hari Raya nanti.

Wah, kemain kelass kan. Dari berazam bagai terus ke lagu raya. Syiokk ooo


Eh ada lagi, bagi setiap Azam Raya yang terpilih  Watsons akan menghadiahkan RM5 beauty care vouchers untuk korang guna masa shopping nanti. Lepas tu, korang-korang yang hantar Azam Raya ni kalau nasib baik, salah seorang dari korang akan dipilih untuk beraya dengan Faizal Tahir di rumah korang dan Watsons akan sponsor catering makan tau. Wah, jimat duit ooo

Mana aku tau semua ni?

La hari tuh aku ada pi media launch untuk Kempen Azam Raya Bersama Watsons ni kat Al-Amar Restaurant, Pavillion KL. Siap ada Faizal Tahir sekali tau, lagi la best kan.


Masa sessi chit-chat tu, Director of Marketing and Business of Watsons Personal Care Stores Sdn Bhd, Ms Jessican Ng berkata ‘ In keeping with the spirit of this festive season, Watsons is happy to share our new campaign Azam Raya Bersama Watsons, with an objective to provide a platform to our valuable customers to share their Azam and inspire one another with uplifting stories. What’s more exciting is that our celebrity ambassador Faizal Tahir will compose an exclusive Raya song by seeking inspiration for the Azam posted on our dedicated facebook page.’


Kempen ini akan bermula dari 18th Julai hingga Hari Raya. So berdasarkan Azam Raya yang korang hantar tu, Faizal Tahir akan memilih yang mana bersesuaian untuk di masukkan ke lagu Raya ciptaannya nanti. Lagu Raya ini akan berkumandang semasa Hari Raya di TV, radio station dan juga di www.facebook.com/watsonsmalaysia dan juga di youtube.

Bestnya..


Selain daripada ni, jualan Hari Raya secara besar-besaran akan berlangsung dari 18hb Julai hingga 2hb September di kesemua Watsons outlet di Semenanjung Malaysia dan 25hb Julai hingga 9hb September bagi Sabah dan Sarawak. Kepada para pelanggan yang berbelanja RM30 ke atas, Watsons akan menghadiahkan tikets konsert untuk menghadiri Sambutan Hari Raya Watsons bersama Faizal Tahir pada 6hb September 2013 di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Untung orang JB kan, dekat dengan korang lah. Orang KL boleh je datang ke JB kan.

Abis je chit-chat session tu, apalagi its makan time. Ktorg dijamu selera oleh Al-Amar Express Restaurant. 

Ye ko makanan arab tuh. 





Memacam la aku cuba. Sesuatu yang unik dan baru, so makan tak hingga kan. Diorg yang lelain ni, makan non-stop sambil tunggu peluang nak bergambar dengan Faizal Tahir kan.


Dapat makan + Dapat ambil gambar Faizal Tahir + Dapat goodies = HAPPY FACE!


Anyway thanks to Watsons for this special event, dapat gak jumpa 4 mata dengan Faizal Tahir ni dan juga pada Al-Amar Express Restaurant kerana menghidangkan makanan arab yang sedap lagi unik. Tak lupa gak untuk Nuffnang coz sudi ajak aku kan. Hehehehehe lain kali ajak lagi ek.

Ingat jangan lupa hantar Azam Raya korang tau di  https://www.facebook.com/watsonsmalaysia/app_199406096885124 


So korang apa lagi, cer cepatlah submit Azam Raya korang tu ek. Mana tau untung-untung ada rezeki masa Raya nanti kan.

Sesuci... di hening subuh sunyi

Sesuci... terdengar nurani
Sesuci... salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri


Ewah lagu raya plak, sudahla puasa dulu ye