Wednesday, May 22, 2013

Resipi Kek Batik Comot


Hi Korang,

Aku memang tak pandai masak.

Kalau setakat untuk makan berdua lepas lah, tapi nak masak dalam quota kenduri tu mintak maaf la ek. Ilmu amat kurang di dada lagi.

So hari tu, memang teragak sangat nak makan kek batik ni. Gara-gara si Sumijelly la ni, dia post gambar kek batik ni kat Instagram. Terus aku tergoda di buatnya.

Nak pi beli bahan, malas plak. So terus selongkar apa yang ada kat dapur comel aku ni.


Inilah bahan-bahannya:-

Milo (tapi aku guna Milo 3 in 1)
Susu tin
Butter (aku guna butter yang sapu kat roti tuh)
Esen Vanilla sket
Biskut Marie (aku guna biskut JACOB’s Weetameal)

Aku tak ikut sukatan pun, pakai agak-agak je dari resipi yang aku cilok kat Google ni. Memintak tuan punya resipi tak marah ek coz aku alter resipi dia ni sket.

Cara masak :-


Cairkan butter dan masukkan semua bahan kecuali biskut di atas dapur. Kacau sampai sebati, jangan sampai melekat pekat ye. Tutup api. 


Kemudian tuang dalam casserole yang beli kat Langkawi tak pernah pakai ni secara berlapis-lapis biskut.Tak kisahlah korang nak hancurkan ke tak ek. Terpulang pada si tukang masak.


Dah siap sampai abis, pi masukkan dalam fridge dan sejukkan sampai 4 jam. Kalau tak sabar, pi makan yang cair-cair tu jelah.


Di sebabkan aku main hentam keromo je buat kek batik ni, hasilnya pun cam tu gak lah.Walaupun tak cantik tapi sedap dan ada rasa lemak-lemak masin sket kata Mr Big. Dia makan 10 ketul selebihnya aku bawak pi office kasi bebudak ni rasa dan komen.


Last-last diorg yang kasi nama KEK BATIK SLOOPY ye..

Kalau korang nak tiru boleh but sukatan agak-agak sendiri la ek. Aku tak pandai nak sukat...

Chow



Wordless Wednesday - Paling Comel

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


Ok ok siapa paling comel?

korang rasa yang mana ek.... pada aku haruslah si molly tu kan.. sebab dia tu dah la gemuk pemalas plak tuh. Mr Big tak yah kira la dia memang paling comel no. 1 kan...

ehhehee...


Tuesday, May 21, 2013

Siapa Mau MAYBELINE BB Lips FREE?


Hi Korang,

Giveaway ni khas untuk pembaco den yang berada di Seremban dan sewaktu dengannya. Tak kisah lah Labu, Senawang, Jempol, Nilai, Ampangan, Jempol,Batu Hampar,  Rembau even Tampin pun kan.



As long as korang boleh datang collect di L’Oreal Sales yang akan berlangsung pada

Tarikh : 25th – 26th May 2013
Masa : 10am – 10pm
Tempat : Labu Room, The Royale Bintang Resort & Spa, Seremban

Apmacam?

Dekat tak dengan tempat korang? Setahu aku Royale Bintang Hotel ni betul-betul dalam Seremban town kan sebab aku pernah datang ke sini dulu. Memang tak boleh nak sesatlah coz banyak signboard ada.

So cara nak menang Giveaway ni mudah je, meh baca step mudah ni

1. Komen je kat entry ni ‘Kenapa Korang Nak Sangat Maybeline BB Lips ni?

2. Like OnlyBeauty Facebook Page https://www.facebook.com/OnlyBeautyMalaysia

3. Lepas komen tinggalkan nama dan email address je so senang sket aku nak contact.

Ok kan. As simple as that.


10 komen terbaik akan menerima Maybeline BB Lips ni. Korang kena pi collect masa sale tu nanti ye.

Aku haruslah pi ke L’Oreal Sales ni coz time tu aku memang ada kat area Seremban, so abis je event teruslah ke sini ek cuci mata sambil mengabiskan duit kan hehehehehe

So selamat mengomen korang ye….



Terms & Conditions:
1.Giveaway starts from now until 24th May , 2013 12noon.
2.Must LIKE OnlyBeauty Facebook Page https://www.facebook.com/OnlyBeautyMalaysia
3.Winners will be contacted via e-mail after 5pm.
4.Winners to show / print prize redemption e-mail at the OnlyBeauty L’Oreal Sales Seremban from 25th – 26th May (10am – 10pm).
5.Only 1 prize per reader per winner
6.prize redemption can only be made during the OnlyBeauty L’Oeal sale at Seremban. Strictly no posting of prizes.
7.Prizes not collected will be forfeited.


Video Shooting with DiGi #BuddyzAizat

Hi Korang,

Dah lama rasanya tak join activities ke arah artis-artis ni lah. So itu sebabnya aku secara suka-suki pi join video shooting event ni

Maklumlah DiGi Evangelist katanya


So pepagi tu aku dah suruh Mr Big anto aku kat Taman Tasik Titiwangsa, KL. Single invite so dia kena tinggallah. Sesampai je orang tak de lagi, aku pun terus melencong ke atas bukit tepi jalan ni  coz nampak ada bebudak #BuddyzAizat shooting.

Ada Eliza Razak, Syed Ali, Alif Satar dan Wawa Zainal.

Dapatlah tengok in person diorg ni camne. Semuanya comel-comel dan hensem-hensem belaka, diorg tengah shooting. Kejap jadi kejap tidak.

Balik ke registration booth untuk register.


Den dapat pun media pass, so kira macam all access gitu. But still kena gak dengar cakap production krew ye.


Ktorg diberi kesempatan untuk tengok sendiri cam ner Aizat dan buddiesnya berlakon.. Keadaan kat tempat shooting tu kena senyap yelah kalau korang bising-bising terrecord plak apa yang korang cakap kan.





Seronok gak plak, dapat tengok sesuatu yang baru bagi aku. Production crew sangat friendly, sembang-sembang kejap dengan ktorg malahan directornya Mr Hunter really funny. Cara dia direct sempoi betul, siap joget-joget lagi bila kata CUT.

Aizat plak sangat sporting melayan ktorg. Dah macam kengkawan kan tapi bila shooting nampak he’s having fun. Alah korang tengok jelah KEEK aku tu ek.

peminat hardcore Aizat eehehe

Aku tak tunggu sampai abis pun coz ada wedding plak pas tu. So gerak dulu la ek


So all the best to Aizat and his buddies. Hopefully short drama ni dapat mendapat tempat di hati korang ye. Tak silap aku DiGi Buddies ni dah nak masuk second season dah tapi aku tak berapa ingat TV apa plak diorg main citer ni.

Tata......



Monday, May 20, 2013

VUVUZELA Ride @ Sunway Lagoon, Rasa Nak Tercabut Nyawa

Hi Korang,

Ni bukan citer pasal Vuvuzela yang orang Brazil dok tiup during football match tu ek. Ni pasal latest attraction di Sunway Lagoon theme park iaitu Vuvuzela Ride.


Memang betul pun, bentuknya sebijik macam Vuvuzela tuh.


Dari jauh lagi dah boleh nampak Vuvuzela ni, yelah ianya sebesar 3,360mtrs ( 3 kali saiz Olympic standard swimming pool), 30 meters tinggi, 11 tingkat, ada evelator sendiri untuk naikkan rakit kuning dia tuh.



So masa official launch hari tu dapatlah jugak aku merasa naik menda alah ni.

Ni tengok KEEK aku ni ek

Disebabkan ktorg naik Vuvuzela ride ni malam so ktorg dinner dulu di Lighthouse Cafe then baru je Waters of Africa WaterPark untuk majlis perasmian dan main gergasi merah kuning ni.


Mr Bill Holman, Consultant Director of Sunway Lagoon citer sket ‘We are proud to have introduced the world’s largest water ride, right here in Malaysia. The Vuvuzela is also equipped with its own programmed, colourful LED light display, which shows the location and phenomenal size of the Vuvuzela within the water park at Sunway Lagoon at night’

Tengok bunga api dulu


May 10, 2013 | Bunga api cantik by CikLilyPutih on Keek.com


Nak naik Vuvuzela ni, korang mestilah berketinggian 3’ dan 7.3’’ (110 cm). Satu rakit tu boleh muat maksimum 4-6 orang yang beratnya 454kg.

Memula korang kena naik tangga tower 11 tingkat tuh, nama je 11 tingkat tapi tak terasa tinggi pun. Cuma aku je yang semput sket yelah jarang exercise kan. Duduk dalam rakit then turun. Bayangkan korang boleh rasa cam nak terbalik tapi tak sebab apa, tarikan gravitinya yang kuat, korang boleh duduk dengan stabil walaupun rakit tu berpusing almost 200 darjah.

Memang rasa macam nak tercabut nyawa tapi tak pun sebenarnya.

Propa je lebih hehehehhe

Lepas turun je masa first ride tu, muka pucat lesi dan kaki mengeletar ntah kemana tapi aku gagahkan diri gak untuk mencuba kali kedua. Ternyata second attempt tu memang best dan lebih enjoy. Totally sangat release tension coz korang boleh menjerit sekuat mana yang termampu.

Korang yang saiz-saiz badan comel seperti aku  dan Mr Big ni jangan risau boleh naik punya lah, tak akan terbalik pun. Cuba dan rasai sendiri lah. Malas aku nak membebel panjang.


Nak more info lagi, meh call 03-5639 0000, check it out www.sunwaylagoon.com tau pun connect to www.facebook.com/sunwaylagoonMalaysia


Sementara tengah ada promotion murah ni setiap bulan, baik korang pi merasa naik kan.

Release tension sekejap tau...




GAMBAR | Blogger Sempoi Di Seminar Buat Duit dengan BLOG

Hi Korang,

Dalam masa sibuk tak tentu pasal minggu ni, sempat gak aku ke Seminar Buat Duit dengan BLOG anjuran Denaihati Network di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya semalam.

Seharusnya blogger mestila ramai kan, tanda sokongan kepada Bro Denaihati.

Tak caya?

Meh tengok gegambo ni

cian pen merah jetlag baru balik dari Macau


ryan si traveller comel

dengan food bloger Hazman

si Hilal Azmi, Yana Yassin, Jamar dan Ruby kaki camwhore

Myra Jay mai dari Penang tau

blogger Alin Marlini menang iPad Mini tau

dengan Kujie, Sharidawati dan Intan

nampak tak si Nisa Kay buat Gwiyomi


Banyak syiok ooo

Sememangnya ktorg sangat happy walaupun tak menang satu lucky draw pun. Alah yang penting dapat kenal blogger lain dan buat networking kan.

Pengisiannya plak, bukan main best lagi. Rupanya banyak lagi ilmu blogging yang aku baru tau.

Ok nanti update later..

note: gambo pakai Samsung S4, bukan tak sharp tau tapi tangan aku yang pengkor ye lagipun time tu nak cepat ... ehehehe





Saturday, May 18, 2013

Weekend Chill Out

Hi korang,

Lama betul tak lepak kat blog ni.

maklumlah minggu ni semuanya schedule entry. Memang busy tak bertempat. Dengan media travel ke Singapore lagi, food review lagi.

Memang exhausted sungguh.

so weekend ni aku pi satu event je, yang lelain semua aku tolak.

Jom chill out frens, lepak minum dulu ek

Have a great weekend tau...

Friday, May 17, 2013

Terima Kasih Follower Ke1000


Hi Korang,

Sampai gak hajat aku nak meningkatkan jumlah follower kan. Ternyata dah 1000 lebih follower aku sekarang ni.

Syukur Alhamdulillah


Terima kasih kepada tuan punya blog www.miorikhsan.blogspot.com kerana sudi menjadi follower aku yang ke 1000.

Ganjaran awak k lily dah bank in ye

Memintaklah dimurahkan rezeki lagi supaya aku boleh buat giveaway ek


Thursday, May 16, 2013

Teruja Dengan Benda-Benda ULTRA!

Hi Korang,

Lately ni ada banyak menda ULTRA yang aku suka

Ye ko..

Bila nama ULTRA haruslah sesuatu yang unik, canggih dan meletops korang.

Meh layan video ULTRA ni ek





Ini merupakan  Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook yang terbaru dah tercanggih sekali. Ia di ilhamkan daripada Intel. Sangat nipis. Seriau plak aku menengoknya.

Sangat detachable dan ultraportable. Touch centricnya sangat awesome.

Tak caya?

Cuba layan sekali lagi video tuh ek. Tak payah nak tunggu DJ yang buat assistant pun boleh dengan adanya Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook nie.

Manyak syiok oooo...


Bag Of Love ‘Earth Month’ April Edition


Hi Korang,

Ingat tak aku pernah citer pasal aku received Bag of Love last month. Ermm mestilah ingatkan coz bagnya yang sangat comel kan. So this month aku dapat lagi, yeah. I love it!

So ini dia,



Bag Of Love, Earth Month April Edition


Tau tak yang beg di diperbuat daripada sehelai canvas yang telah pun dicuci dan di letakkan sekali tag comel. Walaupun nampak cam tak berapa nak lawa but beg ni heavy duty woi, banyak barang berat yang di isi tau.

Meh kita tengok apa yang ada dalam beg comel ni




1. Decleor Hydra Floral Moisturising Cream (RM271 for 50ml)

Ni tube 15ml je. Cara pakai sapu je siang dan malam selepas muka dibersihkan.




2. Nuxe Brightening BB Cream SPF30/PA+++ (RM120 for 30ml)

Titikkan kat dahi, hidung, dagu dan pipi. Sapu dan ratakan seluruh muka.Macam pakai krim muka yang lelain gak.




3. The Body Shop Quiet Night Dreamy Pillow & Body Mist (RM59 for 100ml)

Ini best, memang senang nak buat korang tidur. Spray kat badan ke, bantal sebelum tidur. Memang nyaman je rasanya. Selesa



4. Burt's Bees Richly Replenishing Cocoa & Cupuacu Butters Body Lotion (RM62.80 for 170ml)

Sapu kat memana yang korang suka tapi aku sapu kat badan lah. Wangi macam bau rasberries, macam nak makan pun ada.


5. Phytojoba Intense Hydrating Shampoo (RM88 for 200ml)

Nama sample tapi saiznya besar. Haruslah suka kan. Kalau bawa pi travel best ni, confirm tak tumpah kan.




6. Definite Contour Brush (RM88)

Masa previous bag, dapat Definite Face Blending Brush kali ni plak dapat Contour brush. Ianya lembut dan blend je bila pakai kat muka. Tak de lah nampak comot kan



Bagi aku:-

Banyak brand yang aku tak pernah dengar ada dalam bag yang penuh kasih sayang ni. Barang-barang yang ada dalam bag sangat variety tak tertumpu pada satu jenis produk je.Aku paling suka Pillow Mist tu coz aku ni payah sket nak lelap mata but once dah cuba spray kat bantal ermm terus lena dibuai mimpi yang indah beb!. Amat berbaloi dengan harga lah orang kata.

Syiok kan.

Itulah memang worth it kalau korang subscribe  Bag of Love ni. Memacam produk kecantikan berjenama yang korang boleh dapat.


Nak subscribe? Meh ikut instruction kat bawah ni

Subscribe for a month at RM39.90 each, 
or RM119.70 for 3 months dapat hadiah misteri 
or RM478.80 for 12 months dan bulan ke-13 dapat PERCUMA!

Meh check it out kat www.bag-of-love.com


 Facebook: fb.com/Bag-Of-Love




Ermm memang berbaloi-baloi sungguh !

Korang cuba la ek!