Hi Korang,
Aku baru je lepas tengok episod akhir Drama Gemilang kat TV 3 ni. Kesudahannya.. ermm kita re-cap dulu episod sebelum nie ek
Saifullah  berasal daripada keluarga penoreh getah yang sangat susah apabila   dunianya berlegar sekitar ladang getah pada 1960-an. Saifullah ada tiga  lagi  adik. Ketika mereka empat beradik itu masih kecil, ibu mereka sudah  meninggal  dunia.Tidak lama kemudian ayah mereka pula menyusul  menyebabkan mereka adik  beradik terpaksa berpisah kerana diberikan  kepada keluarga angkat. Saifullah  menjadi anak angkat keluarga berada  tetapi dia tidak pernah melupakan  asal-usulnya.
Watak Saifullah  adalah seorang yang cekal, tabah dan kuat. Meningkat remaja,  Saifullah  menjadikan gurunya, Cikgu Talib (Datuk Jalaluddin Hassan) sebagai   mentornya.
Apabila dewasa, Saifullah berjaya menyambung pelajaran  dan selepas tamat  pengajian dia bekerja di bank di bandar. Bagaimanapun  hatinya meronta untuk  kembali ke kampung halaman bagi menabur bakti  kepada penduduk di sana. Dengan  semangat meluap, Saifullah menubuhkan  sekolah swasta yang dinamakan Institut  Gemilang.
Institut Gemilang  dibuka pada tahun 1976 untuk memberi peluang kedua kepada  pelajarnya. Mereka yang gagal  atau yang tidak dapat menduduki peperiksaan MCE  dan HSC amat  dialu-alukan di sekolah itu. Niat baik Saifullah menubuhkan  Institut  Gemilang turut disokong bekas rakan sekolejnya, Umar (Kamal Adli),  Asma  (Tiz Zaqyah) dan Ruhana (Tasha Shilla). Mereka semua adalah guru  perintis  di institut itu.
Pada episod lepas, pula Saif berjaya menjejaki adiknya yang bernama Sidek. Rupanya Sidek yang menyelamatkan anak muridnya iaitu Rizal dari tuduhan membunuh. Jadi kesemua anak muridnya selamat menjalani peperiksaan MCE bagi tahun itu. Sementara menunggu keputusan peperiksaan, mereka bertiga bersepakat untuk menutup sementara Institut Gemilang sehingga keputusan di umumkan bagi mencari dana untuk menampung perbelanjaan Institut. 
Akhirnya kesemua anak muridnya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan mereka bertiga Saif, Umar dan Asmah berjaya membangunkan kembali Institut Gemilang dengan jayanya hingga ke hari ini. Menariknya  drama ini apabila watak empat guru itu digambarkan sehingga ke  usia  emas mereka di mana watak Saifullah dipegang Aimi Jaar, Asmah (Kismah   Johari), Umar (Zulkifli Zain) dan Ruhana (Aznah Hamid).
Ermm betul kan, happy ending. Even Ruhana pun ada masa ending tau. Aku suker so tak de lah adegan nangis2 kan. 
Hehehehe..So minggu depan citer lain plak. Tengok trailer cam not bad jugak lah.






