Monday, December 23, 2013

My Beauty Resolutions for 2014

Hi Korang,

Yeah, sekejap je dah sampai penghujung tahun 2013.

Rasanya cam baru je celebrate new year, tup-tup dah nak abis kan. Jawabnya kena pasang azam dan impian untuk tahun akan datang ni ek.

pic credit from kartunisubi.com

Seriously, azam aku memang amat banyak. Mana satu nak buat dulu ek!

So sekali lagi The Butterfly Project Malaysia bersama dengan YADAH Malaysia ni, nak tau apakah agaknya azam aku dalam 'My Beauty Resolutions 2014' ni.


Citer sket pasal YADAH ni...

YADAH Malaysia ni adalah jenama skincare yang terkemuka gak tau. Ianya semata-mata organic, natural plant goodness, tiada artificial coloring, preservatives, chemicals, mineral oil, sulphates and animal extracts. Rangkaian produk botanical skincarenya sangat gentle yet effective.

Kesemua produk YADAH disahkan daripada Korean FDA (Food and Drug Association) dan berformulasi hypoallergenic dan non-comedogenic (doesn’t block pores). Dengan gabungan bahan-bahan botanical yang sememangnya asli, organik dan 95% bahannya mempunyai Ecocert Certification.


Yang paling aku suka sekali, logonya merupakan budak perempuan comel yang bernama YADAH! Cutekan

Ermm bestnya, oklah mehlah aku kongsi dengan korang ek.


Di antara 'My Beauty Resolutions' for 2014


1. Belajar Pilih Produk Skincare Bersesuaian

Aku ni cepat terpengaruh dengan promosi. Kalau ada yang best je beli tanpa check dulu sesuai ke tidak dengan muka. Akibatnya muka naik jerawat, minyak muka berlebihan dan memacamlah. Memang kena cari produk yang organic, natural dan juga gentle yet effective.

2. Bersenam

Kena tingkatkan usaha untuk bersenam, bukan untuk kurus tapi untuk kesihatan diri. Nak jaga jantung supaya tak sakit dengan tetiba je.

3. Mahu Pi SPA Selalu

Yesza, tahun memang tak sempat langsung nak ke Spa kecuali ada media event ni. Itu pun sekejap-sekejap. So tahun 2014 ni memang kena cari masa untuk manjakan diri. Gosok yang mana patut kan.


Memintaklah aku dapat buat semua azam tahun baru aku ni nanti ek.

Doakan..


Ermm rasanya tak sabar nak join YADAH party bersama The Butterfly Project Malaysia Januari ni. Mesti best giler punyalah!


Untuk info pasal YADAH skincare and cosmetics, meh klik je link kat bawah ni!


Dan juga klik link The Butterfly Project Malaysia ye!


 

Hatiku Kecewa

Hi Korang,

No mood nak tulis pepanjang hari ni.

Hati sangat sakit

Sebab apa?


Memory card dalam camera corrupted / error / rosak / tak boleh bukak / data hilang

So rasa geram / hati sakit / nak nangis / no mood semua ada.

Jawabnya tak de menarik untuk hari ni ek...

Jadi esok jelah kita sambung main tulis-tulis ni ek..



Saturday, December 21, 2013

Rezeki Berblogging Dari Philips Malaysia

Hi Korang,

Weekend ni malas nak citer panjang-panjang coz orang kan ramai bercuti dari blog.

So nak citer sket je ni.

Tengok kat bawah ni

Jeng jeng jeng..

Gift dari Philips Malaysia

Bukan 1, bukan 2 malah lebih dari 5 jenis barangan elektrik daripada Philips ni. Kebanyakannya aku dapat daripada contest dan juga rewards masa buat project #meaningful innovation baru-baru ni.

Ramai yang dok tanya kat aku, tak nak jual ke bebarang ni. Ermm aku rasa may be tak kot. Sebab tak sampai hati plak nak jual, hasil titik peluh menulis ni. Tapi who knows, may be terbuka hati nak jual murah-murah kan.

Apa pun

Itulah berbudi pada blog tanpa jemu so inilah hasilnya.

Tak dapat masuk suratkhabar cover 1 page macam blogger AmirNawawi dan HazmanFadzil dan menang awards personal blog di Blogr.MY macam Bro Denaihati, menang hadiah kecil-kecilan pun jadilah kan.

Anyway, 
Happy Weekend Korang...