Showing posts with label Computer gadget. Show all posts
Showing posts with label Computer gadget. Show all posts

Monday, December 23, 2013

Hatiku Kecewa

Hi Korang,

No mood nak tulis pepanjang hari ni.

Hati sangat sakit

Sebab apa?


Memory card dalam camera corrupted / error / rosak / tak boleh bukak / data hilang

So rasa geram / hati sakit / nak nangis / no mood semua ada.

Jawabnya tak de menarik untuk hari ni ek...

Jadi esok jelah kita sambung main tulis-tulis ni ek..



Monday, December 13, 2010

Shopping At Digital Lifestyle Expo, KLCC

Hi Korang,




Ingat aku tulis pasal Digital Lifestyle Expo hari tuh? Ala yang kat KLCC tuh. Ermm sempat jugak lah aku pi, lepas abis sessi mentekedarah dengan ex-schoolmate aku yang tak berapa kerat tuh kan.



Ramai jugak orang pi, eventho tak besar dan tak banyak barang cam expo dulu. So tak penat jugak aku jalan kan. Yelah korang bayangkan ktorg jalan kaki dari Corus hotel sampai ke KLCC convention centre. Haruslah berpeluh ketiak kan?

MrBig sibuk betul nak beli projector tv nie. Kat mana dia nak tala pun aku tak tau.

Kalau dah gamers tu, gamers jugak lah kan.. Lama jugaklah aku bertapa kat section nie. Nasib baik menang hadiah tau.

Anyway, expo tu terbahagi into 5 section. Ada barang elektrik, eletronik, handphone, multimedia, online games dan broadband. So semuanya aku pi melawat lah. Majoriti barang2 berjenama lah kan but affordable. Banyak jugaklah yang buat aku tergoda but tahan je nafsu nie untuk membeli-belah kan. Simpan duit untuk pi bercutilah.


Semua booth, wirelessnya disponsor oleh TM Unifi tau.

Luckydraw pun ada, tapi malas nak tunggu
Ramai orang jugak lepak kat area desktop/laptop accessories cam hardisk,bag laptop, mouse dan memacam lagi lah. Yang golongan tak berapa muda iaitu remaja suka lepak kat online games. Memang sesaklah tempat tu, sebab banyak dapat free gift. Section yang paling bising dan warna-warni sekali ialah area broadband. Yelah ada Celcom, Maxis, TM Net, P1Wimax. Gila-gila promosi diaorg nie. Betul2 cari pelanggan kan. TM plak sibuk promosikan TM Unifi, ala-ala cam Astro tuh but baru je start area Klang Valley. Area umah aku maybe lama lagi kot.

Ini je yang sempat disambar, hardisk dan cooling pad dan fan. Murah je


So itu je, nothing much to story. Yang penting banyak jugak gadget2 yang aku baru kenal lah.Maklum lah aku nie tak berape celik IT sangat.