Showing posts with label Digital lifestyle expo 2010. Show all posts
Showing posts with label Digital lifestyle expo 2010. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Shopping At Digital Lifestyle Expo, KLCC

Hi Korang,




Ingat aku tulis pasal Digital Lifestyle Expo hari tuh? Ala yang kat KLCC tuh. Ermm sempat jugak lah aku pi, lepas abis sessi mentekedarah dengan ex-schoolmate aku yang tak berapa kerat tuh kan.



Ramai jugak orang pi, eventho tak besar dan tak banyak barang cam expo dulu. So tak penat jugak aku jalan kan. Yelah korang bayangkan ktorg jalan kaki dari Corus hotel sampai ke KLCC convention centre. Haruslah berpeluh ketiak kan?

MrBig sibuk betul nak beli projector tv nie. Kat mana dia nak tala pun aku tak tau.

Kalau dah gamers tu, gamers jugak lah kan.. Lama jugaklah aku bertapa kat section nie. Nasib baik menang hadiah tau.

Anyway, expo tu terbahagi into 5 section. Ada barang elektrik, eletronik, handphone, multimedia, online games dan broadband. So semuanya aku pi melawat lah. Majoriti barang2 berjenama lah kan but affordable. Banyak jugaklah yang buat aku tergoda but tahan je nafsu nie untuk membeli-belah kan. Simpan duit untuk pi bercutilah.


Semua booth, wirelessnya disponsor oleh TM Unifi tau.

Luckydraw pun ada, tapi malas nak tunggu
Ramai orang jugak lepak kat area desktop/laptop accessories cam hardisk,bag laptop, mouse dan memacam lagi lah. Yang golongan tak berapa muda iaitu remaja suka lepak kat online games. Memang sesaklah tempat tu, sebab banyak dapat free gift. Section yang paling bising dan warna-warni sekali ialah area broadband. Yelah ada Celcom, Maxis, TM Net, P1Wimax. Gila-gila promosi diaorg nie. Betul2 cari pelanggan kan. TM plak sibuk promosikan TM Unifi, ala-ala cam Astro tuh but baru je start area Klang Valley. Area umah aku maybe lama lagi kot.

Ini je yang sempat disambar, hardisk dan cooling pad dan fan. Murah je


So itu je, nothing much to story. Yang penting banyak jugak gadget2 yang aku baru kenal lah.Maklum lah aku nie tak berape celik IT sangat.

Friday, December 10, 2010

PIKOM Digital Lifestyle Expo 2010

Hi Korang,


PC Fair datang lagi. yeah aku suker.. tapi diorg tak panggil PC fair pun. Dah tukar nama dah,Digital Lifestyle Expo. Wah gempak gitu nama kan.

Expo nie berlangsung selama 3 hari kat KLCC convention centre. Mula hari nie 10 December sampai Ahad 12 December.

As usual, gadget2 elektrik dan jugak elektronik la punya barang kan. Antaranya :

- 3Cs Pavilions – Apple, Panasonic, Sony and Toshiba

- 3D/LED TVs and AV / Home Entertainment – LG, Philips, Onkyo, Samsung, DETV, EACAN, Edifier, Sonic Gear, Swedish Statement and Vivitek

- DCIM – Fujifilm, Nikon, Olympus, Panasonic and Samsung

- ICT / Multimedia / Devices – ACER, Dell, HP, Lenovo, Samsung, Toshiba and Western Digital

- Games – Ballun, CIB Net Station, DF Interactive, Garena, MOL and Razer

- Mobile / Broadband / Wireless – Blackberry, CSL, Huawei, Nokia, Celcom, Digi, Maxis, P1 Wimax and TM

Hah, terbeliak mata korang kan? Confirm murah2 punya. Aku maybe pegi kot hari sabtu pagi. Ala sesaje je jalan, tak de nak beli apa pun. Cuma nak cari bag untuk netbook kecik aku nie dengan nak beli hardisk kot. Itu pun kalau cukup duit.

So selamat mencuci mata dan habiskan duit nanti. Chow!