Friday, January 3, 2014

Laptop LENOVO Merah Saya

Hi Korang,

Ini bukan review, cuma citer-citer je. Tapi malay foodblogger ni suruh tulis gak hehehehehe..

konon buat keje la tu kan

Memang aku dah lama berangan nak beli laptop baru bagi menggantikan notebook HP aku yang comey lotey tuh. Tapi budget bulanan tak mengizinkan so kumpul jelah duit seberapa banyak yang boleh.

So almost penuh gaklah tabung gajah aku tuh but bila ada je sale je keluarkan balik, pakai buat pi shopping plak. Aduiyai cam ni sampai bila pun tak boleh penuh kan.

Sudahnya hari tuh masa cash out duit Nuffnang hasil berblogging tuh, terus je tutup mata angkat laptop baru.

Tak de nak survey berhari-hari pun, heret je Mr Big pi Low Yatt.

Dia tak delah pakar bab IT ni but at least dia lagi terrer daripada aku yang lemah akal fikiran dalam bidang computer ni.


Bagi aku, tak kisah specified jenama pun yang aku minat, asalkan boleh guna untuk surfing, update blog, main facebook dengan twitter cukup lah. Kalau nak tengok-tengok movie, baik tengok kat TV rumah aku beso dan luas pandangannya

Ye tak?

Sudahnya aku dapat

LENOVO Intel 4th GEN - Red

4GB RAM DDR3

500GB HDD

Free Dos / No Window

Intel HD Graphic

Ok tak?

Ntah ni yang Mr Big deal dengan budak yang jual laptop tuh.

suke keyboard cam ni, senang nak bersihkan habuk terselit kan

Spec terkini hiburan sensasi. Sesuai dengan aku yang tak berapa sangat #havoc guna laptop ni. Kang kalau beli yang high technology plak, payah aku nak membegernya kan.

tengok video clips sangat best ooo ada sound system canggih

Adik tu tanya nak Window 8 ke? aku cakap tak yah la dik, akak bukan pandai sangat pun. Lagipun banyak lagi device yang tak compatible dengan Window 8 ni. Wah kemain kerlass aku jawab ek. Macam orang celik IT je padahal tanya pasal RAM pun tergagap nak jawab.

Itulah kisah laptop LENOVO merah aku...

Kira nampak gaklah duit blogging aku kali ni


Thursday, January 2, 2014

Pagi Itu di Levain Boulangerie & Patisserie

Hi Korang,

Pagi tuh kalau tak silap aku ada event di Changkat Kia Peng.

Tambahan plak ada keje office sket kat area KLCC ni jumpa bos aku so sempat singgah ke Levain ni dulu sementara nak tunggu bos aku datang.


Alah bukan melantak apa pun sekadar mengalas perut yang kosong, kang kat event dapat makan sedap lagi.

Suasana dalam Levain pagi Jumaat yang berbahagia tuh.




Ermm sangat tenang bila berada dalam kedai kopi ni.

Kalau nak tengok gambar-gambo roti yang sedap menarik tertarik kau memang deboom, meh klik kat SINI sebelum ni aku pernah kemari untuk breakfast dengan kawan blogger Yuki.

So cuma order

secawan Americano

Chicken Cutlet Sandwich

Itu je.

feeling-feeling omputih sket la

nak minum pun sempat camwhore gak, perasan punye pompuan

Sambil makan so sambil camwhore sket untuk hilangkan rasa boring. Nak update social media ni malas plak.


Sedap-sedap tengah makan tuh, tup-tup dah kul 9 pagi. Bos call cancel appointment plak, adusss kene balik opis kejap ni sebelum pi event.

Terus berlari start enjin kereta, dasss berdesup pi office jap.

Kelam kabut betul pagi tuh, hilang mood omputih aku tau..



SNOWDROP Cloth PAD, Ke Arah Lebih Sihat

Hi Korang,

Untuk tahun baru ni, aku rasa cam nak ubah sket lifestyle aku ke arah back to nature. Kengkonon nak save the earth gituh.

So langkah pertama, memperkenalkan

Snowdrop Cloth pad

Sebagai ganti kepada disposable panty liner dan juga pad.

Ermm apmacam, gaya kan?


Itulah..

Sikit sikit lelama jadi bukit. Tak bolehla sekali rap nak berubahkan. 


Ok nanti review aku ye mengenai Snowdrop Cloth Pad ni


p/s: blog thru iPad je coz dah malam ni, malas nak ON laptop.