Showing posts with label stadium putra bukit jalil. Show all posts
Showing posts with label stadium putra bukit jalil. Show all posts

Monday, November 4, 2013

GIVEAWAY | 8TV Shout! Awards 2013 Ticket

Hi Korang,

Tetiba datang mood nak buat giveaway plak kan.

Yelah ade rezeki lebih, so haruslah di kongsi bersama-sama pembaca blog aku yang setia.

Biasa dengar Shout! Awards?

La tak biasa nye. Actually Shout! Awards ni di adakan untuk menghargainya artis, selebriti, pelakon tanahair melalui undi para peminat.


So tahun ni Shout! Awards 2013 di adakan di Stadium Putra Bukit Jalil

Meh tengok artis yang akan mengiburkan kita di malam itu ek

Opening Act
Tribute to Electronic Dance Music by Imma Bleep You Up 

DJs
Daniel Veerapen, Vince Chong, Sharon Chong and Inversion crew.

Performers
Joe Flizzow
Paperplane Pursuit
Froya dan Najwa Latif
Salammusik
Reshmonu
Manifesto


Special Appearance
SHANE FILAN!!  (International act - Member of band WEST LIFE)

Bestnya artis yang perform kan, itu belum lagi artis-artis yang bertanding. Haruslah yang hadir semua mantap-mantap. Ada fazura, shaheizy sam, sila isi....

Aku berbesar hati untuk memberikan 10 pasang tiket kepada korang bagi menyaksikan anugerah berprestig tersebut.

Caranya, mudah je..

1. Sila komen, kenapa korang nak sangat tiket Shout! Awards 2013 ni

2. Bagitau gak, dengan sapa korang akan datang? Awek ke, mamat ke, BFF ke, musuh ketat ke kan.

3. Dah siap, sila tinggalkan sekali nama dan email address kat ruangan komen tu gak.

Pemilihan plak,

Siapa komen yang paling best, kelakar, menyakitkan hati, sedih akan aku pilih ye..

Itu je

Dateline untuk GIVEAWAY ni ialah 07th November 2013

Kalau korang dapat, aku contact thru email ye untuk confirmation coz tiket kene collect di pintu masuk stadium nanti.

Ok cepat-cepat komen ye...



Monday, January 7, 2013

Gambar | Persembahan Artis Di Anugerah Juara Lagu 27


Hi Korang,

Ngantuk-ngantuk ni but still gak aku buat editing gambar yang sempat aku ambil guna Samsung GALAXY Camera masa event kat Stadium Putra Bukit Jalil.

Sorry gambar tak berapa cun sangat lah.

Alah korang tengok lah dulu ek


Comel Aizat kan

Bestnya Adira di dukung Aaron Aziz wow

Ajai main piano dari tempat tinggi tuh


'Memang aku ini anak orang miskin' - Best performance diorg ni







Marsha macam princess

Misha Omar superb!

Ziana Zain

Shila Amzah

Suker Stacy


Tangan aku cam shaking bila ZOOM 21x masa nak ambil gambar ni. Itu sebab yang tak cantik tuh, lagi pun tempat yang ktorg duduk tuh di halang oleh palang camera yang jalan-jalan tuh lagi lah tak banyak shot.

Now, tengah tunggu gambar dari Mr Big plak yang guna Sony SLR (long shot) guna lens gedabah panjang tu kan. Yang tu confirm cantik lah, professional yang amik gambar kan.

Nak citer pasal event? Alah korang dah tengok pun secara LIVE kat TV3 kan semalam but aku citer gak nanti betapa gamatnya bila duk dalam stadium ni ek.

Chow…

p/s : Sesiapa yang cilok gegambo ni, TOLONG bagi bagitau aku dan bagi KREDIT kat blog aku ni ye. Sebab bila event-event cam ni, ramai  nau yang suka CILOK gambo aku dan CROP watermark aku tu sekali. Jangan ingat aku tak tau ye, ada tu siap cilok masuk TV lagi tau.


INGAT ye!




Saturday, January 5, 2013

Finalist Anugerah Juara Lagu Ke 27

Hi Korang,

Memang HOT keyword bagai blogger yang dahagakan trafik berkoyan-koyan time-time weekend ni.


Mana taknya Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke 27 akan berlangsung pada 6hb Januari ni di stadium Bukit Jalil. Boleh jadi hang Twitter tu nanti dengan komen-komen bertauliah dari penonton kan.

So ini dia Senarai Finalist Finalist Anugerah Juara Lagu Ke 27


Idola – Azlan & the Typewriter

Pelangi Senja – Stacy

Terukir Di Bintang – Yuna

Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee

Ombak Rindu – Hafiz & Adira

Tanpamu – Amir Jahari

Lagu – Bedroom Santuary

Teman Pengganti – Black & RJ

Ku Akui – Hafiz

Simetri – Hazama & Amy Seach

Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo

Patah Seribu – Shila Amzah



Korang rasa siapa boleh menang?

Jangan tanya aku coz aku rasanya semuanya hebat. Semuanya lagu kegemaran aku. Kalau ada undian dan confirm-confirm aku vote semua lagu ni.

Alah korang tengoklah nanti kat tv ek. Aku dengan Mr Big dapat special pass dari CELCOM untuk ke majlis berprestij ni. Dah confirm-confirm, aku akan paksa Mr Big snap gambo bebanyak kan.

Selamat Menonton ye...



Monday, November 14, 2011

Gambar | Artis Popular Di Blue Carpet AIM 2011

Hi Korang,

Sabtu lepas sempat jugak lah ktorg ke Stadium Putra Bukit Jalil ni tengok AIM 2011. Thanks to Nuffnang coz sudi bagi aku last pair of this AIM ticket. Memang bernasib baik lah sebab aku dah frust masa Astro announce 40 winner untuk AIM tiket nie kat websitenya tapi nama aku tak de kan. 

Ktorg sampai dalam kul 7 lebih cam tuh, then gate bagi Blue Zone pun belum bukak kan. So menempek aku dengan Hazman dan Kid kat Blue Carpet untuk tengok artis lalu kan. Mr Big plak dah hilang pi amik gambo.

Mehlah tengok gambo yang tak seberape ni dari photographer yang tak bertauliah

Amanda Imani

Amy Search dan wife

Andrea Fonseka

Awal dan Azlan The Typewriter

Marsha 

Norman dan Edry KRU

Neelofa

Najwa Latif

Sarimah Ibrahim

Stacy

Shila Amzah

Qi dan Yuna - sweet couple

Ziana Zain

Bukan senang nak amik gambo diorg ni, eventho dekat pun ramai media lain yang blocking area lbue carpet tuh. So Mr Big cakap 3-4 orang depan dia masa dia nakamik gambo tuh. Ermm itu je yang aku rasa yang ok kot untuk letak kat entry ni, yang lelain tu aku simpan buat kenangan dan jugak study kenape gambo2 yang lelain ni tak berape nak cantik kan. 

Later bagi peminat Bang Nuar Zain, aku akan postkan beberapa gambo beliau masa dalam stadium ek.

Aku rasa Mr big ni dah macam paparazi dah, segala mak neka gambo orang semua dia amik sampai gambo yang tak sepatutnya pun dia amik jugak hehehehhehe

Hope kroang enjoy yeah..