Showing posts with label baby product. Show all posts
Showing posts with label baby product. Show all posts

Monday, March 20, 2017

LAZADA 5th BIRTHDAY Surprise Box 2017

Hi Korang,


Tau tak korang yang Lazada's 5th Birthday Surprise Sale akan berlangsung pada 22 - 24 Mac 2017. Giler tuh online sales kan, haruslah aku tak akan lepaskan peluang.


Dah 5 tahun rupanya wujudnya LAZADA ni ek, pejam celik pejam celik tup-tup dah lama kan. Kiranya dah banyak jugak aku laburkan wang kat website ni yelah perempuan dan shopping memang tak dapat nak dipisahkan hehehe

tengok QAQC aku tengah check barang..

La nak shopping online pun tak tau ke? Ishkk korang ni jangan nak bagi malu anak negeri ye huahauhauahua

Jap aku share kan cara-cara nak shopping sempena Lazada's 5th Birthday Surprise Sale pada 22 - 24 Mac 2017 :-

1. Klik website LAZADA

2. Pilih barang yang hendak di beli.

3. Proses ke payment (Nilai diskaun tu, kita akan dapat setelah siap pilih barang dan nak proses ke pembayaran)

Selamat membeli belah ye korang, beli item yang banyak diskaun tau hehehe

Aku, tak shopping?

Korang dah kenapa kan

Lazada Malaysia
Nak korang klik kat gambar ni, terus direct ke LAZADA website

Nampak ni

LAZADA SURPRISE BOX DAH SAMPAI, 
Sempena Lazada's 5th Birthday Surprise Sale pada 22 - 24 Mac 2017

Ye aku tunjukkan lah pada korang ni sabar sabar sabarrrr

GooN Friend Pants Super Jumbo Pampers [ XXL and M Size] 



Philips Avent Breast Care Essentials Pack SCF257/00 



Wah ni memang betul-betul surprise!!!

Rumah aku ni mane ada baby, tapi di berinya barangan baby tak per tak per mane tau ada rezeki nak dapat baby tak lama lagi agaknya..

So bersyukur lah…

Terima kasih Lazada. You really make my day!

Dah dah tuh, jangan lupa

Save the date

22-24 March 2017

tentunya di LAZADA

Oh ye, HAPPY 5th BIRTHDAY LAZADA!!!

Saturday, March 8, 2014

Dynas Mokhtar Duta Johnson’s Baby Milk and Rice, Baik Untuk Bayi dan Ibu

Hi Korang,

Memang Johnson & Johnson ni terkenal dari aku kecik dulu.


Especially baby yang baru lahir, mak-mak confirm beli produk Johnson & Johnson ni kan. Kira brand no. 1 dalam market kalau produk untuk baby kan.

Sekarang ni Johnson & Johnson memperkenalkan rangkaian baru Johnson’s baby Milk and Rice. Ianya di perkaya dengan ekstrak beras, rangkaian baru ini membantu memberi khasiat menyeluruh untuk kulit dan menjadikannya lebih lembut dan mulus, selepas hanya 1 kali penggunaan je.

Aku sendiri dah pun cuba masa media launching hari tuh.




Sementara nak tunggu guest lain sampai, aku sempat pi singgah ke booth urutan yang di sediakan. Lega betul rasanya bila dapat mengurut, walaupun kat tangan je tapi best oo. Orang plak tak de, so dapatlah urut kedua belah lengan. Terbaek ooo


Cik Eunice Tan, Pengurus Komersial Johnson & Johnson Malaysia, berkata dalam ucapannya bahawa para ibu sememangnya ingin menumpukan perhatian mereka pada anak-anak mereka, walaupun mereka mempunyai jadual yang padat demi menguruskan kerja dan keluarga pada masa yang sama.



Duta baru untuk rangkaian baru Johnson’s®baby Milk and Rice dan ibu kepada dua orang anak, Dynas Mokhtar merupakan simbol wanita moden yang sibuk untuk mengimbangkan kehidupan peribadi serta kerjayanya. Walaupun memainkan pelbagai peranan, antaranya sebagai hos TV, pelakon, model, dan usahawan, dia berasa adalah penting untuk menjalin hubungan yang unik dengan kedua-dua orang anaknya, Khyra Khalyssa, 4 tahun, dan Mohamed Haqaish, 1 tahun setengah.


Dynas juga berkongsi bahawa Mandian Johnson’s® baby Milk and Rice merupakan mandian kegemaran anak-anaknya. Mereka menggemari wangiannya yang lembut dan menenangkan serta kelembutan kulit mereka selepas mandi.


“Selain daripada mematuhi standard yang ketat, rangkaian produk Johnson’s® baby mempunyai tanda perniagaan Clinically Proven Mildness®. Tanda ini meyakinkan para ibu dan pakar kesihatan bahawa produk ini sesuai bagi kulit bayi yang sensitif,” kata Tan.



Rangkaian baru Johnson’s® baby Milk and Rice kini boleh didapati dalam bentuk mandian, losyen dan bedak dan boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara. 


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/iLoveJohnsonsBaby.com.