Monday, January 13, 2020

Kismis California, Bahan Serba Guna Pilihan Chef Bertaraf Dunia

Hi Korang,

Apakah itu kismis? 

Kismis merupakan anggur yang di keringkan secara semulajadi oleh matahari samada dibiarkan di pokok ataupun pada dulang kertas setelah di petik.


Kismis tanpa biji semulajadi (Sun-Dried) termasuklah Thompson seedless dan kultivar baru yang lain seperti Selma Pete, Fiesta dan DOVine. California Golden Seedless dan Kismis California Dipped Seedless dikeringkan secara mekanikal dan diproses. Jenis-jenis kismis lain seperti Zante Currant, Muscat, Monnuka, Sultana, dan Seedless yang lain. Setelah kering, kismis dibawa dari kebun-kebun anggur, disimpan di dalam tong kayu, dan diproses seperti yang diperlukan dengan memotong batang dan stemnya, kemudian disusun mengikut saiz, dibersihkan dan dibasuh di dalam air untuk memastikan produk akhir yang selamat dan selamat. 

Kismis mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semula jadi dan sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak & kolesterol. Kismis ialah snek yang sihat dan boleh menggantikan gula dalam banyak resipi masakan dan roti serta kek.


Jadi antara kelebihan Kismis California adalah:- 

· Mempunyai rasa manis secara semulajadi dan tidak mengandungi gula tambahan. 

· Tidak mengandungi lemak dan kolestrol. 

· Rendah natrium (garam) semulajadi. 

· Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf) 

· Sumber serat 

· Sumber nutrien 

· Mengandungi fitonutrien yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi. 

Memacam khasiat ada dalam kismis ni, tak kira berapa banyak pun kita makan tetap tak akan gemuk jugak ek hehehhe 

Selain di makan begitu sahaja, kismis juga boleh di buat bahan di dalam apa jua hidangan, samada hanya sekadar tabor sahaja di atas menu yang kita telah siap ataupun di jadikan sebagia bahan utama dan juga sebagai sos.


Kismis bukan sahaja lazat dan membuka selera, tetapi juga kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan memandangkan isu-isu kesihatan yang semakin meningkat disebabkan diet tidak sihat. 

Jawatankuasa Pentadbiran Kismis (RAC) menyambut tahun baharu dengan sentuhan manisan berasaskan resipi yang dicipta khas menggunakan Kismis California di majlis 'Samplings On the Fourteen Restaurant' di Berjaya University College baru-baru ini dan kak lily sempat ke majlis yang begitu santai ini. 

Kesemua resipi dicipta oleh chef selebriti bertaraf 2 bintang Michelin, Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan Erich Anton Roos, yang meraikan 40 Tokoh Berpengaruh utama di Malaysia. 

Resipi sajian gourmet yang disediakan oleh dua chef tersohor ialah: 

Chef Emmanuel Stroobant (3 resipi) 

1. Kismis California, Ketam dan Kubis Bunga


2. Pasta Kismis California dengan Jintan Hitam dan Udang


3. Kismis California dengan Rusuk Lembu dan Buah-Buahan Musim Sejuk



Chef Erich Anton Roos (Manisan) 

4. Simfoni Kismis California yang terdiri daripada:


• Mufin Kismis California dengan krim 

• Aiskrim Kayu Manis Kismis California 

• Paf epal

Serba sedikit latar belakang mengenai Chef Emmanuel Stroobant dan Chef Erich Anton Roos


Chef Emmanuel Stroobant tidak perlu diperkenalkan kerana chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Michelin ini telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre. 


Chef Erich Anton Roos, warga Switzerland yang telah mengumpul pengalaman berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa, meliputi banyak negara Barat dan Asia. Buat masa ini beliau berpangkalan di Bangkok, memainkan peranan yang lebih tertumpu kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa. 


Menurut Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Malaysia, Encik Richard Lieu, bagi kebanyakan pengguna, terutama sekali kanak-kanak, Kismis California adalah makanan snek yang sihat berbanding makanan snek lain, kerana Kismis California manis secara semula jadi dan tidak mengandung sebarang gula tambahan. "Kami teruja dan berbangga dengan penghormatan yang diberikan untuk bekerjasama dengan Chef Emmanuel dan Chef Erich kali ini dengan mencipta resipi dan rasa yang menakjubkan dengan Kismis California bagi merayakan ketibaan tahun 2020 bersama tokoh-tokoh yang berpengaruh di Malaysia," kata Richard. 

Cik Tan Yen Sing, seorang pakar diet klinikal turut hadir untuk menerangkan khasiat kebaikan dan kelebihan Kismis California. 


Menurut Cik Tan, hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih banyak buah-buahan & sayur-sayuran, iaitu melebihi 5 sajian sehari, dikaitkan dengan pengurangan 17% penyakit jantung koronari. 

"Pemakanan yang baik sememangnya cara terbaik untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan. Kismis, dengan antioksidan polifenol tinggi mengandungi kira• kira 3,037 unit ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity - satu kaedah mengukur antioksidan dalam makanan) dalam kira-kira 2/3 cawan. Bahan keperluan ini penting untuk perlindungan daripada tekanan oksidatif yang berkaitan peningkatan usia dan penyakit," kata Tan. 

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengesyorkan orang dewasa mengambil 1 Yz hingga 2 cawan buah-buahan sehari. Buah-buahan sedia untuk dimakan dan mudah dibawa ke mana-mana, seperti Kismis California, sesuai untuk mengisi kuota ini. Malah, pengguna hanya memerlukan Yz cawan kismis untuk mengisi keperluan harian berbanding 1 cawan penuh buah-buahan segar.

semua orang happy dapat makan kismis banyakkkk yeah!!!


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 



1 comment :

Kerja Sendiri said...

Buat naai beriani letak kismis pun sedap.