Wednesday, January 15, 2020

REALME Buds Air Dan REALME 5i Kini Di Pasaran Pada Harga Tak Masuk Akal!

Hi Korang, 

realme Malaysia sebagai salah satu jenama yang semakin pesat berkembang hari ini mengakhiri tanda tanya peminat realme seluruh negara dengan melancarkan dua produk yang amat dinantikan laitu produk audio realme Buds Air dan telefon pintar realme 5i sebagai ahli baharu keluarga sirl kelima realme. 

of course wajib bergambar di photo booth yer

Selain pelancaran pengenalan bagi tahun ini, realme Buds Air juga merupakan produk loT pertama realme. 

Semalam merupakan pelancaran bagi kedua-dua gadget ini dan kak lily berkesempatan untuk ke majlis yang di adakan di EX-8 Subang Jaya ini. Meriah sebab ape? sebab boleh di katakan ramai kenalan kak lily juga turut padang menambahkan kemeriahan lagi. 

amik ko, suker benau memasing bergambar ek

Of course bergambar di photobooth jangan di lupakan, bukan 1, bukan 2 malah berkeping-keping gambar di ambilnya buat kenang-kenangan hehehhehehe... itulah perangai kami bila dah berjumpa kan. 

Seperti biasa majlis di mulakan dengan kata-kata aluan dari team realme

jauh sket gambar sebab duduk belakang-belakang hah

Menurut Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia, "Tahun lepas merupakan tahun yang menakjubkan dan kami pasti rakyat Malaysia yakin bahawa realme akan terus membawa produk satu lonjakan ke hadapan sejajar dengan misi dan visi kami. Hari ini, kami akan memulakan tahun 2020 dengan satu lagi kejayaan penting dengan menawarkan produk audio tanpa wayar, realme Buds Air. Tidak lupa juga, realme 51 dengan yang dikenali sebagal produk Quad Kamera Raja Bateri. Setiap produk yang kami bawakan ada pengelasan penggunanya tersendiri dan paling menjadi tumpuan sudah semestinya reka bentuk dan prestasi produk itu sendlri." 

Untuk pelancaran kali ni siap dengan ada lagu tema yer..

HA TEPOK!!!

nampak tak akak ko yang excited kat tepi tuh?? siap nyanyi-nyanyi bagai

ok kite sambung lagi nyanyi-nyanyi ek!!

Ada yer penyanyi lagu ni hadir untuk membuat persembahan, of courselah semua orang teruja sambil sama-sama menyanyikan lagu ni hehehehehehe kak lily pun sama gak joint he crow tau


realme Buds Air - True Wlreless1 Smart Assistant 


Produk yang menjadi tumpuan ini menawarkan pengalaman audio tanpa wayar, sekaligus memberikan kebebasan mendengar muzik di mana sahaja. Ciri audionya ditambah baik dengan custom R1 chip dan Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera dan stabil antara realme Buds Air dan telefon pintar. 


Bukan ltu sahaja, pengunaan realme Buds Air juga memberi prestasi bateri yang lebih balk dan akses kawalan pintar (smart assistant) yang menyenangkan.


Dengan transmisi dwi-masa sebenar, realme Buds Air dioptimumkan dengan Mod Permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi, iaitu kelewatan bunyi bagi mod biasa adalah 243.Sms, manakala bagi mod permainan adalah 119.3ms. lni sudah pasti bakal menjadi buah mulut dan idaman setiap peminat mobile gaming tegar. 


realme Buds Air juga dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellatfon yang mengenal pasti setiap perkataan dan menyaring sebarang bunyi latar belakang. Semasa pengguna membuat panggllan contohnya, suara korang  akan tetap jelas walaupun dalam suasana yang bising. Manakala bagi pengecasan penuh melalui kabel type-C, realme Buds Air boleh digunakan untuk tempoh sehingga 17 Jam. Dari segi reka bentuk, realme Buds Air mempunyai bentuk kanal telinga yang sangat sesuai secara semulajadi terintegrasi dengan telinga korang. 


Produk realme Buds Air turut menyokong operasi sentuhan pintar dan menyediakan kawalan pintar untuk menjawab atau menamatkan panggilan, menukar muzik, melancarkan pembantu suara serta keluar masuk mod prestasi dengan sentuhan. Teknologi melalui Google Assistant inl membolehkan seseorang menlkmatl gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon, boleh mengawal playback muzik, panggilan, pelarasan volume dan perkhidmatan maklumat seperti cuaca. 

realme 5i - Quad Camera Battery Hero 


Model ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 An 11nm, yang beroperasi pada kelajuan jam 2.0GHz bersama-sama dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan dan generasi Qualcomm Al Engine ke-3. Sudah pasti memberikan prestasi cemerlang dalam segmen harganya. la dilengkapi dengan bateri sebesar 5000 mAh yang memberikan pengguna prestasi hayat bateri yang lama dan tempoh stand-by 30 harl. 


realme 5i juga dilengkapi dengan pemisahan perlindungan tahan api dan tiga kali perlindungan untuk menjamin keselamatan bateri. Bagi ciri kamera, ia tersedia dengan quad kamera ultra lebar - 119 lensa sudut lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP). Kamera utamanya juga menyokong kesan EIS yang lebih baik, jadi pengguna boleh mengambil video yang lebih stabil semasa bergerak. 



Bagi nilai estetik, realme 51 mempunyai reka bentuk Matahari dengan kesan biji-biji di bahagian belakang yang diproses oleh mesin ukiran radium ketepatan lima-paksi Jerman yang terkemuka di lndustri realme 


5i boleh didapatl pada dua warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.


Apa macam terbeliak tak mata korang??? bukan korang je kak lily pun sama gak hah

giler harga tak masuk akal cam ni lah kan


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website : 

Facebook: 

Instagram : 


#realAIoT
#realWireless
#MYrealmeBudsAir
#realmeMalaysia


No comments :