Tuesday, January 8, 2019

Staycation Di The Pearl Kuala Lumpur

Hi Korang,

Awal-awal tahun dah ada staycation ek hehehhe 

Padahal kerja baru 3-4 hari di tahun baru dah nak berehat, eh mestilah kan kita kan mengamalkan work life balance so haruslah kena seimbang hehehhe 


Ya ampun bukan nak riak kan tapi ada rezeki kak lily dapat merehatkan minda di The Pearl Kuala Lumpur yang dulunya di kenali sebagai Pearl International Hotel di Jalan Klang Lama ni. 


Dan kak lily nak war-war jugak yang The Pearl Kuala Lumpur ini telah pun memenangi ‘Best Muslim Friendly Hotel’ di Asia Halal Brands Awards 2017. Haruslah tiada syak wasangka lagi mengenai kebersihan bilik dan kesucian menu yang di hidangkan betul tak?? 

lobby The Pearl Kuala Lumpur, cantik kan

check in beramai-ramai cam ni lah kan

Kak lily check in pukul 2 petang camtuh, amik ½ day leavel lepas kerja terus gerak ke sana ya ampun dalam 20 minit dah sampai ke The Pearl Kuala Lumpur ni, jalan tak jem lagi. Kak Lily sebilik dengan blogger Nana Ma, ya ampun comey lotey orangnya tapi blur-blur sket hahahahaha just kidding je Nana tau hehehhe 

Kak lily menginap di bilik 1306 bersama blogger Nana Ma ni

Deluxe Room with super single bed


boleh lepak-lepak tengok pemandangan kat luar


mesti mau posing satu ek

kalau haus boleh buat kopi atau teh memalam kan



kalau rajin berendam lah kan

Deluxe Room yang berkeluasan 366 sqf ini hanya RM253 semalam termasuk sarapan untuk 2 orang. Sangat-sangat selesa dan luas plak rasanya hehehe

Di sebabkan itinerary tidak terlalu strict, most of the time kak lily lepak je dalam bililk sambil tengok tv dan Nana plak sibuk siapkan kerja officenya. Cuti pun kerja lagi budak ni tau. 

Petangnya kami ada program bersama Beauty Xtra untuk sessi perkenalan produk-produk keluaran mereka, yang tuh nanti kak lily citer kat entry lain la ek panjang nau plak kang.. 

King Of Grill – Chinese New Year Buffet Di Executive Lounge 23 

Malam ni kami menikmati hidangan ‘King Of Grill – Chinese New Year Buffet’ di Executive Lounge di tingkat 23. 



Cantiknya pemandangan dari tingkat 23 ni di waktu petang dan malam, indehh sesangat kan. 

Pelbagai jenis makanan yang dihidangkan yang pastinya membuatkan korang akan duduk tersandar dan makan tak henti-henti sehingga pukul 10 malam hehhehehe 






Rasa puas betul dapat makan oyster yang banyak pilihan rasa ni. Kak lily makan yang mentah, yang di grill dan di letak cheese pun ada. Saiz oysternya besar-besar tau dan kurang berair gituh. Bertambah-tambah makannya oyster ni sebab ingat senang nak dapat ke kan hehehhe





Ni kan BBQ so haruslah banyak makanan yang di grill, cakap je nak grill apa. Daging ayam, daging steak, lamb, udang, pelbagai jenis ikan dan banyak lagi. Hanya order je dari Chef then terus dia grill kan, samada well done, medium well, medium rare untuk kesukaan k orang lah kan.









Sauteed Baby Lobster with Olive Oil

Balsamic Duck Breast

Braised Oxtail





Memang sangat sangat berselera kitaorang makan ooo, sedap benar nampaknya kan. Dessert tuh macam-macam ada

Ini je yang ada, yang lelain tuh dah balik bilik kekenyangan makan hah hahhaa

Di sini kak lily sertakan harga untuk panduan korang tau 

‘King Of Grill – Chinese New Year Buffet’ 

Date : 1hb Januari 2019 – 17hb Februari 2019 

Harga buffet : 

RM98++ untuk dewasa 
RM45++ untuk kanak-kanak 

Kecuali pada ‘Chinese New Year Eve’, harganya lain sedikit kerana pertambahan menu untuk sambutan malam tahun baru cina 

Date : 4hb Februari 2019 

Harga buffet : 

RM118++ untuk dewasa 
RM45++ untuk kanak-kanak 

Dan pada ‘Chinese New Year Eve’, pihak hotel akan membuka buffet dinner ini sama seperti menu di ‘King Of Grill – Chinese New Year Buffet’ di Cafe 5 di tingkat 5. 

Date : 4hb Februari 2019 

Harga buffet : 

RM98++ untuk dewasa 
RM45++ untuk kanak-kanak 

So korang boleh pilih yang mana satu untuk korang cuba kan, tapi sememangnya sedap bak hang sungguhlah kan. 

Malam tuh lepas makan, kitaorang abiskan masa melepak di Starbucks alah di lobby hotel ni je. Kemain ramai jugak orang tau. Ntah sampai kul berapa pun tak ingat plak, yang penting kak lily naik duu sebab perut meragam akibat makan sangat makan hahahahaha 



By the way kalau korang nak tau, The Pearl Kuala Lumpur ini bersambung dengan dengan Pearl Shopping Gallery. Wah pusat membeli belah tau, memacam ada di sini yang menanti korang. Kalau nak makan tak yah keluar lah sebab di lobby hotel ni macam-macam restoran ada, Old Town, Secret Recipe, Ayam Penyet even kalau nak dapatkan keperluan harian pun ada gak seperti Econsave, Watson dan lagi. 7-11 di buka 24 jam disebelah kanan lobby hotel ni. Tak ke mudah semua tuh kan, yang penting tak payah nak keluar ke mana-mana pun, semuanya ada di sini. 

Buffet Sarapan di Cafe 5 

Bangun awal pagi sabtu tuh tau sebab dah janji dengan diorang ni nak sarapan sesame. 

Macam-macam jugak menu sarapan yang di hidangkan, tapi takde lah kak lily ambil semuanya makan kan, kang meragam perut ahkak ko ni hahahaha 









Errm alhamdulillah kenyang perut hah. 


Kak lily terus balik lepas sarapan tuh but bebudak ni sambung pi swimming pulak, kemain cantik swimming poolnya besar dan luas seronok kalau dapat mandi ni kan hehehhe tak per tak per next time lah kalau ada rezeki lagi. 

Untuk buat tempahan bilik korang boleh ke www.pearl.com.my untuk pilih bilik yang mana satu korang berkenan kann hehehe 


Beberapa lokasi-lokasi yang berdekatan dengan THE PEARL KUALA LUMPUR (driving distance)
• KLCC Suria and Petronas Twin Towers – 15 minutes
• Mid Valley Megamall – 8 minutes
• Thean Hou Temple – 10 minutes
• Brickfields-Little India – 10 minutes
• Axiata Arena and National Sports Complex (Bukit Jalil) – 10 minutes
• Sunway Lagoon Theme Park – 10 minutes
• Chinatown – 15 minutes
• I-City – 15 minutes
• Subang Airport – 30 minutes
• Kuala Lumpur International Airport (KLIA) – 45 minutes
• KLIA2 – 35 minutes 

Jom kita ke 

The Pearl Kuala Lumpur 
Batu 5, Jalan Klang Lama, 
58000 Kuala Lumpur 

Phone : 603-7983 1111 
Fax : 603-7621 9777 



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Facebook : 

Instagram : 


















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

2 comments :

Fatin Syaza said...

Staycation memang boleh buat otak rileks! feeling freshhhh gituu

Maha Mahu said...

Heiii ada pic kita kena kutip royalti ni hehehehe....