Wednesday, January 16, 2019

Staycation Di Le Meridien Putrajaya

Hi Korang, 

Ini memang betul-betul tak plan. 

Kejadiannya 2 minggu lepas hah, jumaat malam tuh kak lily kan tidur di The Pearl KL dengan kengkawan blogger yang lain. So pagi sabtu tuh baliklah awal sebab nak breakfast sekali dengan Mr Big, tup-tup dia membungkang tidur plak sampai kak lily call so tapau nasi lemak jelah kan. 

Tengah- tengah breakfast to ada video call plak tanya apa plan weekend tuh, tak delah apa pun terbaring kat umah je pun. So mama cakap siap-siap pack baju untuk semalam coz Gemuk my BIL ajak tidur hotel. Aduimak tak pergi kang kecik ati so pack jugaklah baju ek. 

Lepak kat lobby sementara tunggu yang lelain sampai

La bukan jauh pun tidur hotelnya, sekangkang kera dari rumah je ni hah. 

Kitorang tidur di Le Meridien Putrajaya je ermm jalan kaki pun tak sampai sejam boleh sampai tempat ni hahahaha tapi tak per sebab first time tidur hotel ni ek. Gemuk booking 3 bilik, satu untuk papa, satu untuk dia dan satu untuk ktorang geng Sakeep hah. 

bilik Gemuk

toilet see thru ekkk hehehehe


ni bilik ktorang hah

lepak dulu hah



ko tak sabo nak main air kan sakeep

Bilik ktorang connecting so bebas bebudak ni main lari-lari kan, biliknya luas. Ktorang tidur bawah je hah sebab malas nak mintak extra bed. Senang bebudak ni nak menempel tidur kang. Petang tuh lepak dalam bilik sambil tunggu dinner time dan adik beradik lain sampai. 

Dah reramai ni dinner kat mane ek?


Haruslah di Pak John je hah

Malam tuh ktorang reramai dinner steamboat dan grill di PakJohn. Turun bawah hotel terus je jalan kaki kat luar tuh. Yelah hotel ni sebelah mall so senanglah, booking siap-siap table untuk 25 orang sampai sana bayar dan makan jelah. 






Korang taulah Pak John kan, pilih je apa nak makan tambah banyak kali pun boleh. All you can eat and eat all you can so bangun duduk bangun duduk pi ambil makanan. Tapi seronoklah sekali sekala makan ramai-ramai cam ni, family bonding di situ. 


semua nak menempel hah tidur dengan kak lily ek

Malam lepak kat bilik sambung borak-borak lagi hah memang takde aktiviti pun kan, borak-borak cam ni yang best sebenarnya dapat tau aktiviti masing-masing kan. Sudahnya semua orang pengsan sebab sambil borak sambil baring kan hahahahha 

Esoknya ktorang tak sarapan pun kat hotel sebab sorang kena bayar RM68 kan so Gemuk keluar pi area Bangi lama ni pi beli sarapan yang tak sampai RM40 pun hah hahahaha makan dalam bilik, buat kopi sambil tengok tv hehehee. 

Main mandi-mandi dalam bathtub bebudak ni kemudiannya pack balik untuk check out hah. 


Ktorang abis masa di ioi city mall je, lunch dan jalan-jalan je lah. 


Begitulah berakhirnya hujung minggu ktorang di minggu pertam 2019. Dapatlah spend time dengan family kan











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

1 comment :

MrsEnoxis said...

Sometimes yang unplanned trip tu la yang akan jadi best. Bilik dia agak besar jugak ea. Paling best tengok bath tub dia. Best kalo berendam tu.