Thursday, January 10, 2019

Murad Hydro Dynamic Ultimate Moisture Dew A Little, Senang Bawak Masa Travel

Hi Korang, 

Menda yang paling payah nak bawak sekali kalau pi travel ialah skincare dan makeup, sebab apa? Sebab saiz produknya yang variety. Yelah satu besar, satu kecik, satu panjang, satu pendek kan. 

Nak tak nak, kalau nak travel memang kak lily kena cari bekas yang sesuai dan kecik ngam-ngam budget untuk berapa hari then kak lily letak dalam bekas kecik tuh di jadikan sekata dan senang nak packing dan bawak. 

So ada satu produk dari Murad ni memang menawan hati kak lily betul lah, daripada kat butik Murad hari tuh kak lily dah duk usha line je. 

Memperkenalkan 

Murad Hydro Dynamic Ultimate Moisture 

Kemain panjang bebenau namanya padahal moisturiser je, alah pelembap muka hehhehe tapi bukan sebarang pelembap muka ye sebab hebat sebenarnya khasiatnya kalau korang nak tau 

Selain daripada melembapkan muka, Murad Hydro Dynamic Ultimate Moisture ini juga berfungsi untuk hilangkan kedutan dan garis-garis halus di muka kita ni. Nampak?? Bagus tak fungsi utamanya ek, memang akan menjadi barangan kegemaran kak lily lah pas ni kan 


Bahan - bahan utamanya adalah daripada:- 

Teknologi asid hyaluronik tinggi 
Teknologi ini dapat meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh di dalam permukaannya untuk penghidratan yang sengit, tahan lama. 

Ekstrak kelapa
Menyediakan pengekalan kelembapan yang lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan memberi kulit tekstur licin muda. 

Mentega Shea, Avocado, bunga matahari dan minyak buah zaitun
Membantu memulihkan kelembutan dan menyokong halangan kulit yang sihat 


Pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture memang selamat di gunakan kerana tidak mengandungi Parabens, Sulfat, Phthalates dan Gluten 

Mengikut kajian, dari 92% pengguna Pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture Dew A Little mengatakan garis halus dan kedutan di muka mereka kelihatan kurang selepas 1 minggu. 

Seperti yang kita tahu barangan Murad adalah hasil dari doktor Howard Murad MD ahli dermatologi yang disahkan lembaga, ahli farmasi terlatih dan Profesor Klinikal Perubatan di Sekolah Perubatan Geffen, UCLA. 

Cara Penggunaan Murad Hydro Dynamic Ultimate Moisture 

Ya ampun senang sangat wei, colek je sedikit krim pelembap ni terus sapukan di muka, leher dan di dada setiap hari. 


Senangkan ! 

Selain Hilangkan Wrinkle dan Fine Lines dengan Pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture Dew A Little. Produk Murad Dew A Little ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri iaitu :- 
  • Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan keseimbangan air serta kelembaban pada kulit 
  • Penghidratan 24 jam dan tahan lama serta melembapkan kulit 
  • Kurangkan penampilan garis- garis halus dan kedutan pada wajah 
  • Sesuai untuk di bawa berjalan, sebab itu kak lily suka ni 

Yang penting ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit tak kira kulit jenis Kering, Kombinasi, Normal atau Sensitif. 


Harga untuk pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture adalah RM88 dan korang boleh dapatkan di mana-mana butik Murad ye

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website : 

Instagram : 



#MuradMalaysia
#MuradMY













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

No comments :