Wednesday, September 13, 2017

An Evening With The Tea Dan Kopi 888

Hi Korang,


Pernah dengar jenama 888?

Bagi kita orang-orang KL dan selatan ni memang langsung tak pernah dengar dan tau mengenail jenama 888 ni tapi bagi mereka yang tinggal di utara dan pantai timur jenama 888 ni cukup sinomin dengan mereka. 

Oh keluaran syarikat utara ni la kan.


SyarikatThong GuanTrading Sdn Bhd (STGT) adalah merupakan pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi dan berbagai produk lain di Malaysia di bawah jenama "888'. lanya adalah milikan penuh syarikat subsidiari Thong Guan lndustries Berhad, sebuah syarikatyang tersenarai di dalam Papan Utama Bursa Malaysia sejak 1997.

Terletak di Sungai Petani, Kedah, mereka menghasilkan lebih dari 2000 tan teh, kopi dan minuman bijirin dalam setahun. Di biayai oleh kumpulan syarikat kewangan yang stabiL mereka membuat penyelidikan dan pembangunanyang berterusan demi memastikan mutu penghasilan yang memuaskan buat pam pelanggan dengan jaminan keselamatan makanan dari awal hingga akhir


Itu ceritanya..

Kebetulan bila dapat invitation di The Forum Mont Kiara tuh hari akak lily cuti so apalagi haruslah tak lepaskan peluang untuk menghadiri majlis hi-tea yang ekslusif ni.


Seronok jugak mendengar sejarah mengenai Jenama 888 ni, berbekalkan dengan hanya RM50 sahaja mendiang En Ang Thong Guan memulakan perniagaan dan kisah ini diceritakan sendiri anaknya Mr Ang Toon Cheng yang sekarang ni menjalankan perniagaan Jenama 888 ni. 

Terdapat beberapa jenis teh keluaran Jenama 888 ni iaitu serbuk teh Ceylon, teh wangi Ros, teh hijau organik, Pio xiang tea dan teh cina Pu-er. Tapi yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia adalah teh Ceylon dan teh wangi Ros la kan.


Yang best tuh, kami bersekesempatan untuk merasai keunikan daun-daun teh yang di import dari beberapa negara iaitu China, Indonesia, India, Sri Lanka dan Kenya untuk di jadikan produk teh Jenama 888 ni.

Meh layan video tak seberapa ni ek hehehhe


Kelakar kan!!

Yelah hantu kopi kena buat Tea Tasting memang blur-blur. Setiap teh yang dicuba mempunyai rasa dan tekstur yang tersendiri yang kita boleh kenal pasti. Macam teh dari Indonesia agak pekat, teh dari China agak enak, teh dari India agak kelat di hujungnya, teh dari Sri Lanka dan Kenya ternyata memang pekat dan akak Lily rasa sesuai dibuat teh tarik bagi kita selera rakyat Malaysia ni. 

Yeah its makan time!!

Kami di hidangkan dengan 3 hidangan iaitu

Go Green Nutritional Wrap

Homemade Black Tea Loaf with Salted Butter

Roasted Smoke Chicken

Black Tea Cookie dan Rose Cake

Semua hidangan berasaskan teh dan kami boleh rasa kandungannya bila makan. Memulakan ingatkan manis dan rasa akan jadi pelik ermm rupanya tidak ye, sedap lagi ade lah. 

Eh ada lagi ye lepas tuh


Kami dibawa ke tingkat atas (rooftop level) untuk menikmati hidangan ala cocktail. Ermm lepas makan, minum-minum pulak arrr memang penuh dah perut time tuh. Tapi sempat jugak kak lily 1-2 jenis minuman yang berasaskan teh, bila dah di campur-campur makan lagi lagi enak pulak. 


Even event dah habis kami lepak-lepak di situ sebab pemandangannya yang cantik sambil menikmat hidangan teh yang lazat

Terima kasih Jenama 888 di atas undangan yang istimewa ni






Produk 888 boleh di dapati di pasaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur seperti Tesco, Giant, Econsave, Mydin, Aeon Big, TFValue, NSK, Hero, Pasamya Hwa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee, Sabasun, Servay Supermarket dan Pasaraya CKS.

Teh dan Kopi 888 telah di edarkan secara meluas di Semenaryung Malaysia, Malaysia Timur dan juga di eksport ke negara-negara seperti Thailand, Brunei, China, Singapura, New Zealand, Hong Kong dan Taiwan.

Korang kalau nak check it out mengenai Teh & Kopi Jenama 888 ni boleh ke

Website : 

Facebook : 

Instagram :


So tetap BREW, tetap BEST!!!










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Tuesday, September 12, 2017

My Gaston Luga Backpack…

Hi Korang,

Memanglah akak lily banyak beg tapi koleksi backpack memang kurang. Normally kak Lily guna sport backpack macam Deuter je untuk travel ke mana-mana tapi kalau untuk formal travel tak kan nak guna beg pack sport kot. 

Bila nampak backpack Gaston Luga kat website diorang ni rasa cam teringin plak nak beli kan sebab designnya cantik dan eksklusif. Akak Lily sampai tak tau nak pilih yang mana sebab semuanya cantik-cantik belaka so jangan tamak dan akhirnya akak Lily ambil keputusan untuk memilih Praper Blue-Brown ni, alah senang nak mix and match dengan baju-baju yang ada tuh lah hehehhee

nampak siapa yang excited dengan backpack Gaston Luga ni? ermm DakUban la kan

Setelah beberapa hari lepas order so sampailah parcel yang di tunggu-tunggu tau. Aku saja keep track nak tengok parcel tuh kat mane wah jauh rupanya dia berjalan dari Estonia sampai terus je depan pintu office akak Lily ni dan tak sampai seminggu pun cepat jugak servis penghantarannya. 

Cantik kan!!



Bergaya la akak Lily hari tuh hehehehhe sampai Mr Big pun jeles tau.

Backpack Praper ni bagi akak Lily rekaannya kemas, memang tak de satu compartment di bahagian luar tapi kalau tengok sebelah dalam adal banyak poket sebenarnya. Boleh letak ipad, mini laptop, paperwork, personal stuff dan banyak lagi lah. 

kompartment dalam backpack Gaston Luga, boleh letak document, ipad, powerbank dalam poket kecik-kecik tuh 

poket belakang ni akak lily simpan MRT card, Touch n Go card so senang naik train tak yah bukak beg

Yang penting, langsung tak rasa berat walaupun cam banyak barang di isi, selesa memang selesa menggunakannya dan rasa gorjes tau.


Untuk korang yang berminat benau nak dapatkan backpack dari Gaston Luga ni, korang boleh dapat FREE shipping + 20% off as tax rebate rebate (from non-EU countries) tau. 

Dan lagi korang boleh guna unik code akak Lily iaitu 'ciklilyputih' untuk dapatkan 15% diskaun tambahan daripada harga asal.


Korang boleh check it out website Gaston Luga‘s untuk melihat sendiri koleksi backpack yang cantik-cantik belaka ye. 

Apa lagi meh follow lekas

Website : 

Instagram : 


Selamat bershopping…



Monday, September 11, 2017

Tut's Egyptian Eatery Di1 Utama Shopping Centre, Makan Makanan Mesir Tau

Hi Korang,


Makanan arab dan makanan dari negara Mesir memang langsung tak sama ye.

Totally different!!

Nampak sama tapi bukan dia hehehehhee

Bila dapat jemputan makan-makan untuk merasai sendiri makanan mesir ni of courselah excited kan. Yelah balik-balik makan nasi arab je so haruslah bosan. 


So Ahad lepas, kitorang berdua ke Tut’s Egyptian Eatery di One Utama ni. Kat GL floor new wings Oval area. Nak senang depan Kluang Station ni je hah


Di namakan Tut’s Egyptian Eatary sempena nama Raja Tut Mesir yang memerintah Mesir sejak 3000 tahun dahulu. Restoran Tut ini merupakan restoran pertama di Malaysia, so tak payah lah nak susah payah nak merasa makanan Mesir kan sampai nak ke sana. Bahan-bahan masakannya boleh di dapati di Malaysia kecuali beberapa bahan rempah yang di import dari Mesir. 




Tengok dekorasi restoran ni ek, memang bertemakan ala-ala Mesir pun cuma kalau ada replika piramid lagi awesome boleh bergambar kat situ.

Mari lihat beberapa minuman ‘signature drinks’ di sini.


Sobya Milk @ RM7.50
(Milky sweet coconut drink)

Egyptian Lemon Mint @ RM8.00
(Citrus lemon and sharp mint in milk concoction)

Tropical Tamarind @ RM7.50
(Exotic aged)

Nampak cam biasa je tapi minuman Sobya Milk menjadi pilihan kitaorang, sebab keenakkannya campuran kelapa dan susu yang unik tapi sedap. Terus tambah order lagi secawan. Untuk Egyptian Lemon Mint ni untuk hilangkan rasa lemak-lemak yang kita dah makan tuh memang sedang elok. 

Crisp toast with TUT’s fiery Chilli Dip

Hidangan ni di berikan secara percuma kepada setiap pelanggan. Sedap gak roti garing bersama sos istimewa TUT’s Chili Dip ni ek.

Molokhia Minced Leaf Stew @ RM9.90

Sup tau, nampak cam hijau semata je kan tapi rasanya berlemak. Ada rasa cam kacang-kacang sket.

Tut’s Dynasty Fries / Sweet Potato Fries @ RM4.50 per portion

Snack simple tapi menyenyangkan jugak, keledek di potong ala-ala kentang goreng dan dihidangkan bersama sos dan kentang goreng di salut dengan rempah khas untuk menambah selera korang.

Koshari Mixed Grain Bowl @ RM14.30

Ni makanan orang miskin katanya mengikut sejarah yelah sebab tak de protein semuanya karbohidrat dan kekacang je. Masa nak makan di gaul semua bersama sos istimewa tuh then baru makan. Sedap akak lily suka bebenau 

Hawaoshi Baked Meat Foldover @ RM17.90 

Ala-ala murtabak tapi bukan ek, berintikan daging, rotinya tuh tebal tapi garing. Di hidang sekali bersama sos tartar istimewa

Herbal Hot Plate Chicken with Baked Rice + Vegetables (Original/Spicy) @ RM25.90

Hidangan utama yang dihidangkan di atas pingga hot plate. Nasi, ayam dan sayuran, di atas nasi tu sebenarnya di curahkan sos béchamel bagi menambahkan lagi lemak pada nasi tersebut. Ayamnya di perap semalaman sebelum di grill.

Boleh di dapati dalam 3 pilihan, iaitu:
-Herbal Hot Plate Chicken + Vegetables + Baked Rice
-Herbal Hot Plate Chicken + Baked Rice
-Herbal Hot Plate Chicken + Vegetables

Dessert Time

Walaupun dah kenyang makan yang savoury ni tapi still nak jugak pekena dessert kan. Kalau tak makan rasa macam tak lengkap makan kita tuh. So ada 2 hidangan pemanis mulut yang menambat hati kitaorang iaitu

Nutty Nile Nougat @ RM7.50

Kita tau nougat kan rasa kenyal-kenyal tapi yang memang awesome, lemak berkrim campuran nougat dan ais krim vanilla yang enak

Om Ali Bread Pudding @ RM9.80

Puding roti yang simple dengan haruman rempah ratus istimewa dan di hidangkan sekali dengan ais krim gula melaka dan kelapa dari Sangkaya, tidakkah itu senang nyaman

Apmacam, bila tengok semua sedap kan sampai tak tau yang mana satu benar-benar jadi pilihan akak lily hehehehhe orang tamak memang cam tuh.


Kak Lily rasa:

1. Walaupun hidangan Mesir tapi rasa-rasa hidangan tersebut macam kita makan makanan local taste jugak. Yelah kalau pelik sangat kang tak de plak orang nak makan

2. Boleh suggest kengkawan lepak makan kat sini, yelah harga pun tak delah mahal mana pun, sesuai dengan budget poket kita kan.

3. Kena cuba Hawaoshi Baked Meat Foldover dan Koshari Mixed Grain Bowl, barulah style.

Apa lagi, jom kita ke:


Tut's Egyptian Eatery
LG333A New Wing
(next to the Rainforest)
1 Utama Shopping Centre,
Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya




Facebook: fb.com/tutsmy

Instagram: @tutsmy

Tak delah pelik mana hidangannya, sedap la macam rasa-rasa tekak kita orang Malaysia jugak lah. Itulah pi cuba dulu ek..










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com