Showing posts with label Tea Dan Kopi 888. Show all posts
Showing posts with label Tea Dan Kopi 888. Show all posts

Wednesday, September 13, 2017

An Evening With The Tea Dan Kopi 888

Hi Korang,


Pernah dengar jenama 888?

Bagi kita orang-orang KL dan selatan ni memang langsung tak pernah dengar dan tau mengenail jenama 888 ni tapi bagi mereka yang tinggal di utara dan pantai timur jenama 888 ni cukup sinomin dengan mereka. 

Oh keluaran syarikat utara ni la kan.


SyarikatThong GuanTrading Sdn Bhd (STGT) adalah merupakan pembuat dan pengedar terbesar teh, kopi dan berbagai produk lain di Malaysia di bawah jenama "888'. lanya adalah milikan penuh syarikat subsidiari Thong Guan lndustries Berhad, sebuah syarikatyang tersenarai di dalam Papan Utama Bursa Malaysia sejak 1997.

Terletak di Sungai Petani, Kedah, mereka menghasilkan lebih dari 2000 tan teh, kopi dan minuman bijirin dalam setahun. Di biayai oleh kumpulan syarikat kewangan yang stabiL mereka membuat penyelidikan dan pembangunanyang berterusan demi memastikan mutu penghasilan yang memuaskan buat pam pelanggan dengan jaminan keselamatan makanan dari awal hingga akhir


Itu ceritanya..

Kebetulan bila dapat invitation di The Forum Mont Kiara tuh hari akak lily cuti so apalagi haruslah tak lepaskan peluang untuk menghadiri majlis hi-tea yang ekslusif ni.


Seronok jugak mendengar sejarah mengenai Jenama 888 ni, berbekalkan dengan hanya RM50 sahaja mendiang En Ang Thong Guan memulakan perniagaan dan kisah ini diceritakan sendiri anaknya Mr Ang Toon Cheng yang sekarang ni menjalankan perniagaan Jenama 888 ni. 

Terdapat beberapa jenis teh keluaran Jenama 888 ni iaitu serbuk teh Ceylon, teh wangi Ros, teh hijau organik, Pio xiang tea dan teh cina Pu-er. Tapi yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia adalah teh Ceylon dan teh wangi Ros la kan.


Yang best tuh, kami bersekesempatan untuk merasai keunikan daun-daun teh yang di import dari beberapa negara iaitu China, Indonesia, India, Sri Lanka dan Kenya untuk di jadikan produk teh Jenama 888 ni.

Meh layan video tak seberapa ni ek hehehhe


Kelakar kan!!

Yelah hantu kopi kena buat Tea Tasting memang blur-blur. Setiap teh yang dicuba mempunyai rasa dan tekstur yang tersendiri yang kita boleh kenal pasti. Macam teh dari Indonesia agak pekat, teh dari China agak enak, teh dari India agak kelat di hujungnya, teh dari Sri Lanka dan Kenya ternyata memang pekat dan akak Lily rasa sesuai dibuat teh tarik bagi kita selera rakyat Malaysia ni. 

Yeah its makan time!!

Kami di hidangkan dengan 3 hidangan iaitu

Go Green Nutritional Wrap

Homemade Black Tea Loaf with Salted Butter

Roasted Smoke Chicken

Black Tea Cookie dan Rose Cake

Semua hidangan berasaskan teh dan kami boleh rasa kandungannya bila makan. Memulakan ingatkan manis dan rasa akan jadi pelik ermm rupanya tidak ye, sedap lagi ade lah. 

Eh ada lagi ye lepas tuh


Kami dibawa ke tingkat atas (rooftop level) untuk menikmati hidangan ala cocktail. Ermm lepas makan, minum-minum pulak arrr memang penuh dah perut time tuh. Tapi sempat jugak kak lily 1-2 jenis minuman yang berasaskan teh, bila dah di campur-campur makan lagi lagi enak pulak. 


Even event dah habis kami lepak-lepak di situ sebab pemandangannya yang cantik sambil menikmat hidangan teh yang lazat

Terima kasih Jenama 888 di atas undangan yang istimewa ni






Produk 888 boleh di dapati di pasaraya utama di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur seperti Tesco, Giant, Econsave, Mydin, Aeon Big, TFValue, NSK, Hero, Pasamya Hwa Tai, KP Mart, Pasaraya Maslee, Sabasun, Servay Supermarket dan Pasaraya CKS.

Teh dan Kopi 888 telah di edarkan secara meluas di Semenaryung Malaysia, Malaysia Timur dan juga di eksport ke negara-negara seperti Thailand, Brunei, China, Singapura, New Zealand, Hong Kong dan Taiwan.

Korang kalau nak check it out mengenai Teh & Kopi Jenama 888 ni boleh ke

Website : 

Facebook : 

Instagram :


So tetap BREW, tetap BEST!!!










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com