Monday, August 31, 2015

Selamat Hari Merdeka 2015

Hi Korang,

Ye hari ni merupakan Hari Kebangsaan yang ke 58 bagi negara kita Malaysia

Dan genap jugak 5 hari aku tak menulis di blog ni, ye betul langsung tak de kesempatan untuk bukak blog apatah lagi nak menulis kan. Seriously masa mencemburui aku sungguh kan.

Rasa macam loser sangatlah ada blog tapi tak berupdate ek...

Enough of that..


Anyway aku cuma nak ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 58 buat Malaysia, semoga lebih aman dan makmur walaupun sekarang ni kisah politik makin hebat kan hahahhaha

Walaupun negara kita dah merdeka tapi rasa-rasa kita ni merdeka ke tak ek? Ermm fikir-fikir kan la ek..




Selamat bercuti semuanya...

Thursday, August 27, 2015

ILM ARTS FESTIVAL 2015 – Gathering Personaliti Muslim Terbesar Di Dunia

Hi Korang,



Ini merupakan once in lifetime tau!


Aku sendiri pun rasa tertarik untuk pergi ILM Arts Festival 2015 ni kerana ianya merupakan acara pertama yang akan mengumpulkan barisan personaliti muslim dan artis antarabangsa dan tempatan didalam satu arena.


Festival yang hanya akan berlangsung selama satu hari ini bakal menampilkan lebih daripada 30 artis dan personaliti antarabangsa dan tempatan daripada pelbagai genre karya dan hiburan; antaranya fotografi, karya graffiti, seni pertahanan diri,sukan papan lungsur ,nasyid, kaligrafi, komedi dan yang lain-lain lagi. 

Ermm bunyi cam menarik kan! ermmm (garu-garu kepala jap ek)

Jom baca lagi ek..

Ini di antara petikan ucapan daripada En Sajid Hussain, penganjur Festival ILM Arts.

"Ini adalah satu acara yang unik, dan ianya tidak pernah diadakan sebelum ini. Pengunjung akan dapat melihat sendiri kepelbagaian ekspresi seni menerusi persembahan barisan artis dan personaliti dalam acara ini. Acara ini diadakan untuk membuka mata masyarakat dunia bahawa Islam itu bukanlah satu agama yang terlampau liberal atau ekstremis seperti yang kerap dilaporkan oleh media massa antarabangsa”

“Hakikatnya, hiburan adalah salah satu daripada cara untuk mendekati golongan muda dan golongan bukan Islam dan menarik minat mereka untuk melihat sendiri akan keunikan dan keindahan Islam,” tambahnya lagi.

Festival Ilm Arts ini juga bakal menjadi platform untuk menarik minat para pelancong untuk menyaksikan dan mengalami sendiri keindahan dan keunikan negara ini. 


Festival ini bakal menampilkan persembahan daripada personaliti terkenal seperti artis hip hop Altimet dan Mizz Nina, Muadz Dzulkefly, Shazet dan Syafiq Zane chef terkemuka dan pemilik restoran FIQs Gastronomy dari Malaysia; Qari terkenal Sheikh Mishary Alafasy, penyanyi nashid Zain Bikha (Afrika Selatan) dan Ahmad Bukhatir (UAE). Antara lainnya, festival ini juga akan menampilkan personaliti komedi Hollywood, Omar Regan (AS) dan Baba Ali (AS) .

Tak kan persembahan pentas je kan, ermm ada lagi ni aktiviti lain ek


Korang akan dapat menyaksikan pertunjukan aksi sukan papan lungsur daripada personaliti Jordan Richter dan Joe Ipoh (Msian Famous Skateboarder). Peminat bidang fotografi juga akan mempunyai peluang untuk bertemu dengan Peter Sanders, ikon dunia fotografi Islam yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Personaliti Islam terkenal antarabangsa seperti Ustaz Nouman Ali Khan dan Syeikh Daood Butt juga akan turut tampil untuk memberikan ceramah di festival ini.


Nampak tak, memacam cara untuk kita berdakwah, eh non-muslim pun boleh join event ni kan. 

Ewah, excited dah tu kan.

Ini details bagi Festival ILM Arts ni

Festival ILM Arts

Lokasi : Stadium Malawati Shah Alam
Tarikh : 30hb Ogos 2015
Waktu : 11 pagi hingga 10 malam


Harga tiket : RM55, RM108, RM161, RM257, RM 373 ( mengikut zon tertentu)

RM1,062 for VIP – Violet Zone (including VIP Parking, Numbered Seating, Backstage Pass, Dinner, Free Gift & Group Photo)

FREE ENTRY untuk kanak-kanak bawah 12 tahun (mesti ditemani pemegang tiket dewasa

Untuk maklumat lanjut atau perkembangan terkini, korang boleh check it out di social media berikut.

Facebook: 

Twitter: 

Instagram: 


Main organisers : Ilm Arts Sdn Bhd 

Main Sponsors: Tourism Malaysia, Ministry of Tourism & Culture Malaysia (MOTC) ,Festivals Malaysia, MY Malaysia, Tourism Selangor, Astro Oasis, Harian Metro, iM4UFM, Karangkraf, HAYAA, iknowvation, Soul City Arts, Hadramawt, Orizon, Ghard, Sepang Gold Coast

Wednesday, August 26, 2015

The Pirates Adventures Kini Di Melaka Alive

Hi Korang, 


Memang kita tahu Melaka merupakan bandaraya bersejarah yang penuh dengan keunikannya yang tersendiri. 


jadi media jap pagi sabtu ari tuh

Dan kini Melaka menambah lagi elemen keunikkannya iaitu dengan pembukaan The Pirates Adventures yang di bawahkan khas oleh Melaka Alive. 



Baru-baru aku sempat ke majlis pelancaran (soft launching) The Pirates Adventures ni, hah bestkan sampai ke Melaka ktorang berjalan untuk berblogging. Ermm itulah nama rezeki. 

Majlis ini di rasmikan oleh Mohd Nizar B Mohd Najib, Advisor to Nuevo Attraction & Destination bersama Y. Bhg Datuk Haji Khamis B Haji Abas, Pengurus Besar PERZIM.


Sedikit aku petik ucapan daripada En Mohd Nizar B Mohd Najib

“The appeal of Melaka Alive is that it makes the rich history of our city accessible to people of all ages and backgrounds”,there is great potential for tourism in this city – there is living history everywhere and a truly multicultural population – and we want to do our part to celebrate this history and boost the local economy”



Yeah, dengan rasminya The Pirates Adventures di buka untuk orang ramai ek



Jom kite explore apa yang ada di dalam kapal besar di The Pirates Adventures ni ek









Eee walaupun kat dalam ada ramai pirate but still rasa creepy jugak, maklumlah aku kan penakut set hehehehe. 


Ada tayangan video jugak dalam kapal besar ni, mengenai kisah si pirate ni semua.

bersama rakan media yang lelain ek

nampak tak aku, kecik nau bawah belon

Harga tiket untuk The Pirate Adventures bermula dari RM20 untuk kanak-kanak berumur 4-12 tahun dan warga emas, serta RM25 untuk dewasa berserta diskaun untuk pemegang MyKAD. Tiket-tiket boleh di beli di www.melakaalive.com.my atau pun di kaunter tiket Melaka Alive 


Untuk maklumat lanjut boleh check it out di


Melaka Alive Official Website Link http://www.melakaalive.com.my/index.php




Tuesday, August 25, 2015

Ini Rupanya TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

Hi Korang,

Cian kat aku ni ek..

TBS pun tak pernah pi lagi, la dah memang tak de tujuan so buat apa nak penat-penat diri jejalan ke sana kann. At least kalau ada shopping mall hahahahahahha jahanam pun budak tau..

Inilah pertama kali aku jejak kaki ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan) tau.

tengok happy sungguh kan orang darah manis ni ek

Sebab nak balik JB hari tuh naik bas so ke sinilah jawabnya kan. So tiket dah beli online siap-siap, Mr Big just drop aku kat lobby TBS ni dengan food blogger Hazman tu sebab kebetulan dia pun nak balik ke Sepang. Lepas tu redeem tiket bas tuh, ktorang pun tawaflah satu TBS ni.

First impression, wow macam airport dah wei!

screen beso untuk tengok bas mana yang nak bertolak dan sampai ke TBS kan

Ada area untuk departure dan ada tempat untuk arrival. Siap ada monitor besar untuk tunjukkan waktu perjalanan bas keluar masuk di TBS ni. So kat sini kita boleh refer nak turun platform berapa, jam berapa dan memacam lagi lah.

petunjuk yang beso, senang nak tengok kan

Ktorang pun tawaf lagi untuk tengok apa lagi yang ada kan.

tempat duduk orang awam yang selesa dan banyak pulak tuh

balai polis penting oo kena ada ni

kedai runcit 

yang 24 jam pun hado

tempat tunggu teksi ada kat level 1

locker simpan beg pun hado, so tak delah bawak kehulu ke hilir kan

Actually memacam lagi ada kat TBS ni cuma aku tak kesempatan nak check it out.

lobi nak turun tempat nak naik bas

tiket beli online sajor, senang je kan

tuh dia bas dah datang

Okok bas nak sampai ni, so gerak dulu ek. Bas dah sampai. Sangat puntual tau. Tiket bas cakap kul 5.00 petang kan memang sampai on time. 10 minit driver bas loading beg-beg semua dan terus jalan tau.

Hah itu je... 

So bolehlah di jadikan panduan untuk korang yang first time nak naik bas di TBS ni ek




Monday, August 24, 2015

Fancy Cookies Ni Warna Warninya Rupanya

Hi Korang,

Nak kata tak reti masak, aku ni kira level amatur gituhlah bila bab masak ni.

Janji boleh makan udah ler kan.

Tapi baking-baking ni memang aku out sungguh lah, sebab aku malas nak duduk depan oven yang panas-panas tuh boleh cair mekap mak noks hahahhaha. 

Ini fancy cookies plak!


Ishk kawan aku la ni, si Cikgu Mariana ni. Rupanya dia ada buat kelas deco fancy cookies untuk budak sekolah ni. Apa kejadahnya la menda alah ni, bila tunjuk gambo then baru la aku tau kan. Yelah, zaman aku sekolah dulu memang tak de belajar menda-menda ni ek.


Fancy cookies ni merupakan biskut biasa yang di bakar cam tuh kan tapi nak bagi up sket level fancy cookies ni kita kenalah deco biskut comey ni. Oooo belajar mendeco la ni ek 

Cantik kan bila dah siap deco, warna warni dan tentu dapat pikat hati anak-anak nak makan kan


Cuba rasa sket.


Not bad, boleh tahan jugak ek

Berita baik untuk adik-adik yang nak sangat belajar atau parents yang suke nak mencungkil bakat anak-anak mereka dalam seni kulinari ni.... 


Art's Cool Studio akan mengadakan workshop 'Making ChefHat & Fancy Cookies Decoration' minggu depan. 

Details:
Date : 29th August 2015 (Saturday)
Time : 9am - 12pm
Venue : Tadika Khalifah Mursyid, 8-01, Jalan Kolam Air, Nong Chik Heights JB. 
Fee : RM40 per person

Apa lagi, meh cepat contact Teacher Anna di 019-7700807 untuk details dan booking ek... Jumpe nanti tau