Sunday, July 12, 2015

Nak Joinlah Peraduan Ceria Raya Bersama F&N

Hi Korang,

Khas bagi mereka yang kaki contest!

Ada contest menarik dari F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd ni. 


Peraduan Ceria Raya Bersama F&N bakal menawarkan hadiah berjumlah lebih daripada 1 juta Ringgit. Hadiah-hadiah yang disediakan termasuklah sebuah MPV (kenderaan pelbagai guna), sebuah kereta sedan dan kediaman kontemporari di Shah Alam, Selangor bernilai RM1 juta! Terdapat juga hadiah-hadiah harian untuk dimenangi dan apa yang anda perlu lakukan hanyalah menikmati pelbagai jenis minuman F&N pada Hari Raya ini!

Peraduan Ceria Raya Bersama F&N ini sungguh mudah untuk disertai. Anda hanya perlu melakukan empat langkah mudah berikut untuk menang besar!


1) Beli mana-mana produk F&N yang terlibat dalam peraduan ini. Jenama-jenama yang turut terlibat adalah 100PLUS, F&N Fun Flavors, F&N SEASONS NutriSoy, F&N SEASONS NutriWell, F&N SEASONS Tea dan Oishi.

2) Jawab 3 kenyataan 'BETUL' atau 'SALAH' pada borang penyertaan.

3) Lengkapkan borang penyertaan dengan butiran peribadi anda.

4) Hantar penyertaan anda bersama-sama dengan Bukti Pembelian (tab tarik, label botol atau pek TetraPak jenama yang terlibat) dan hantarkan ke alamat:

Peraduan CERIA RAYA BERSAMA F&N
Peti Surat 8861, 
Pejabat Pos Kelana Jaya,
46899 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Lima peserta akhir yang bertuah akan dipilih daripada penyertaan peraduan yang layak dan dijemput untuk mengambil bahagian dalam suatu acara pada bulan Ogos, di mana mereka akan melalui satu siri cabaran untuk memenangi lima hadiah utama yang hebat. Pemenang dipilih berdasarkan satu siri cabaran di acara tersebut dan diberi peluang di ‘pilih dan menang’ dengan kunci yang betul berpeluang memenangi Hadiah Utama. Pemenang berpeluang membawa pulang sebuah rumah impian 80' x 20' (ruangan binaan 2429 kaki persegi) yang terletak di kawasan perumahan prestij di Laman Glenmarie, Shah Alam Selangor bernilai RM1 juta!


Hadiah lain yang ditawarkan di acara akhir adalah: 

• Hadiah Pertama, sebuah Toyota Innova 2.0E M/T bernilai RM97,000;

• Hadiah Kedua, sebuah Nissan Almera 1.5L E A/T bernilai RM63,000;

• Hadiah Ketiga, satu Set Sistem Teater Rumah yang terdiri daripada 1 TV UHD Samsung 65", 1 Sistem Teater Rumah Samsung & 1 JBL Sound Bar bernilai sebanyak RM30,000; dan

• Hadiah Keempat, iaitu wang tunai RM10,000.

Bukan itu sahaja – F&N juga akan memberikan lima (5) hadiah harian, iaitu wang tunai RM200 setiap satu, untuk 61 hari berturut-turut kepada pemenang bertuah!

Jadi, apa tunggu lagi? 
Sebarkan berita gembira perayaan dan anda semakin hampir untuk berpeluang memiliki rumah impian bernilai RM1 juta dengan peraduan Ceria Raya Bersama F&N!

Peraduan Ceria Raya Bersama F&N berlangsung dari 1 Jun 2015 hingga 31 Julai 2015. Borang penyertaan peraduan boleh didapati di semua kedai yang menyertai di seluruh negara dan boleh dimuat turun daripada laman web FNBM http://www.fnbm.com.my/

Thursday, July 9, 2015

Sahur Di Hotel

Hi Korang,

Ini entry tak boleh tidur lepas sahur pagi tadi.

Dah sekian lama aku duk kat hotel ni, baru aku tahu yang hotel ni ada sediakan sahur. 
Terukkan? siapa teruk? aku lah yang teruk.

Berat sangat nak bukak mulut untuk bertanya

Ni gara-gara office mate aku duk mintak kupon breakfast malam tadi. Aku pun gegatal la tanya, kenapa hotel tak provide sahur untuk muslim guest. Terus je budak reception cakap ada kak dan dia bagi kupon sahur.

Sengal kan..

So pagi tadi bersungguhlah aku bangun untuk sahur ni.

Sampai lobby sudah, gelap semacam je pulak cafe ni. Pandang kiri kanan tak de orang pun, then nampak budak reception tu tanye lagi.

CLP : adik kata ada sahur?
Reception : ada kak kat sebelah.
CLP : sebelah mana?
Reception : kedai mamak sebelah tuh. Akak bagi je kupon dan mintak je nak makan apa.
CLP : oh gituh. Patutlah tengok Cafe gelap je kan.

Terus pi sebelah cafe tuh.

Rupanya melambak-melambak guest hotel tengah makan. 


Ishk segan sungguh i la, dengan muka cuci cam tuh je, dengan mata tak leh nak bukak terus je order makan. Dahlah semua orang ingat, apa gilernya budak cina ni bangun sahur kan hauhauhaua. Mata sampai tak leh nak bukak tuh. Just imagine, mulut nganga tapi mata sampai biji mata pun tak nampak. 

Teruk nau la perangai kan. 

Makan cepat-cepat terus naik bilik dan tido. Ermm tapi tak tido pun, sibuk main dusbsmash lagu raya kan huahauhauhauhau

Wednesday, July 8, 2015

Buka Puasa Di Rayyan Corner Kempas

Hi Korang,

Sebelum sebelum ni aku memang tak pernah berbuka di kedai tomyam.

Biasalah time buka dulu, selalunya aku akan buka kat umah atau pun buka di hotel sebab ada event dengan Mr Big. So kali ni bila sendirian, belajar-belajar lah hidup sebagai orang bujang kan huahauhau 

nak makan pun sibuk business lagi kawan aku ni kan

Last week pi buka dengan kawan aku Cikgu Mariana sekeluarga.

Memang tak plan pun, last minit diorang call ajak buka sekali. Padahal time tu dah kul 6.15pm so berdesup dari Nusajaya ke Setia Tropika. Hari jumaat jalan tak jem sangat coz orang gomen kat Johor ni cutikan. 

Ktorang berbuka puasa di Rayyan Corner ni. 


Alah betul-betul kat traffic light Kempas yang manjang je jem bila petang kan. Of courselah menunya makanan Thailand, dah nama pun kedai tomyam kan. 

sambal belacan dengan kurma diaorang siap-siap letak atas meja

So order apa-apa yang patut

kerabu mangga

sotong goreng tepung - macam cekodok plak kan

ayam paprik

siakap 3 rasa - ikannya garing

tomyam seafood

sayur campur

Hah ambik ko!


Cukuplah makan berempat. Licin semuanya lepas buka, sedap pun sedap makan kat sini. Tomyamnya takdelah pedas sangat pun. Semuanya cukup perasa bagai. Kira ramai gak orang berbuka kat sini, sampai meja pun fullhouse. 

Ermm itu je


Nasiblah orang puasa di perantauan ni. Mana sempat boleh je buka di mana-mana je…



InnerShine® Nak Hadiahkan Baju Raya Dari INNAI RED

Hi Korang,

Untuk pengemar InnerShine®, ni ada berita baik untuk korang ek

Semua orang mengidamkan penampilan baru dengan pakaian istimewa untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh gembira. Kini InnerShine® menjadikan impian anda suatu realiti kerana anda berpeluang untuk memenangi pakaian hasil daripada pereka fesyen terkenal, INNAI RED yang dipadankan dengan aksesori yang berkilauan.

Anda hanya perlu membeli pek enam botol InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu yang boleh didapati dari mana-mana outlet Mydin untuk menyertai “Peraduan Gaya Bersinar Raya”.

Setiap penyertaan membuka peluang anda untuk memenangi baucer bernilai RM2,000 bagi mendapatkan pakaian pereka fesyen terkenal berserta dengan 5 baucer dari Pandora bernilai RM500 setiap satu.
 

“Nikmatilah kecantikan dan kesihatan optima setelah mengikuti program detosifikasi selama 12 hari yang semula jadi dan lembut dari InnerShine® pada musim Raya ini. Untuk memiliki kejelitaan yang lebih terserlah, anda juga berpeluang untuk memenangi pakaian pereka fesyen dalam promosi ini,” kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang.

Bagi menaikkan lagi seri kilauan hiasan daripada Pandora, InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu merupakan padanan yang paling sesuai kerana ianya diperbuat daripada pati buah-buahan yang mujarab serta selamat diminum, untuk memantapkan lagi kesan detoksifikasi yang baik untuk badan agar nampak lebih berseri terutamanya sepanjang bulan puasa ini. 

Diminum setiap malam sebelum tidur, InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu boleh membantu sistem penghadaman untuk menyahtoksin demi mengecapi kecergasan dan kecantikan yang menyeluruh.

Isi kandungan Vitamin C daripada buah prun dan Camu-Camu bertindak sebagai antioksidan yang kuat untuk memerangi semua radikal bebas agar kulit kelihatan lebih muda berseri.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang cara menyerikan wajah anda menjelang Raya ini, kunjungi pasar raya Mydin atau layari laman InnerShine Club di Facebook atau hubungi Talian Khidmat Prihatin Pelanggan di 1300 228 300

Tuesday, July 7, 2015

Rojak SINGAPORE Untuk Di Buat Berbuka Semalam

Hi Korang,

Sejak duduk rumah tak berdapur ni, memang aku tak leh nak masak apa pun.

Kang bawak multicooker, housekeeping hotel rampas pulak. Sudahnya masak kat kedai atau bazaar je lah untuk bulan puasa ni. Tak perlah sabar je dugaan bulan Ramadan ni.


Kalau pi bazaar aku selalu cari makanan yang unik-unik sket, yelah yang payah nak dapat kan. So kali ni, aku ternampak rojak Singpore. Ntah cam ne dapat nama pun aku tak tau tapi Singapore jugak yang diorang pilih untuk letak nama rojak tuh. Ntah-ntah memang dari Singapore kot hehehehhe

Not bad jugak rojak Singapore yang aku beli kat Bazaar Ramadan Gelang Patah ni. Kuahnya sedap dan tak pedas langsung. Banyak pulak tuh yang paling penting harganya murah baru RM4.00 sebanyak tuh. Puas makan ulang 2-3 kali. Hehehehe

Eleh aku tau korang mesti nak google resipi buat rojak Singapore ni kan. Ni hah aku dah tepek sekali kat bawah ni. 

RESEPI KUAH ROJAK SINGAPORE

Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 sudu mkn serbuk cili
3 sudu mkn gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 sudu mkn asam jawa + 2 sudu mkn air (pekat)
2-3 sudu mkn kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak

Cara membuat:
1. Kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
2. Serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati.
masukkan keledek yg telah dikisar dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg 
telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
3. Selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2.
4. Kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah.
ditambahkan gula.
5. Masukkan sedikit pewarna merah utk menaikkan warna.
6. Kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah dikisar (letak sikit utk dptkan rasa).
7. Akhir sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati.


Bahan Sampingan:
Tauhu goreng
Sengkuang
Timun
Kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
Telur, direbus & dihiris 

credit resipi : amik dari google.com

Ok senangkan, hah dah boleh buat balik keja nanti ek..

Selamat makan…