Monday, May 25, 2015

Buffet Ramadhan 2015 | Palace Of Golden Horses Hotel, Seri Kembangan Selangor

Hi Korang,


Ini adalah entry pertama untuk Ramadhan food review untuk tahun 2015.


Dapat jugak Cik Lily Putih berkunjung ke Carousel International Coffeehouse di Palace of Golden Horses hotel ni bagi sessi food review hidangan berbuka puasa tahun ni.





Macam biasa, pihak Carousel menyediakan hidangan ala kampung berkonsepkan kiosk-kiosk comel di bahagian luar coffeehouse ini. 

Di antara hidangan ‘signature dish’ bagi buffet Ramadhan 2015 di Carousel Coffeehouse ini adalah

• Bubur Lambuk by Chef Nasri


• Sup Gear-Box by Chef Tarmizi


• Gulai Kawah by Chef Tarmizi


• Roasted Whole Baby Lamb by Chef Sayed


• Laksa Johor by Chef Tarmizi


• Roasted Whole Grouper by Chef Sayed


• Palace Char Kway Teow by Chef Seng


• Nasi Bukhari by Chef Tarmizi


• Stall- Kuih Ketayap by Chef Joseph

"Patronising diners can be rest assured that they will always find something new if they were to dine at our restaurant for consecutive days. We also have live action stalls to ensure that dishes are always fresh," kata Francis Alberto, Resident Manager of Palace of the Golden Horses.











Selain daripada ‘signature dish’ adalah jugak hidangan kampung lain seperti Ayam Dara Goreng Berkunyit, Serunding Ayam, Paru Goreng Berlada, Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Sambal Tempoyak, Cencaluk, Kicap Pedas, Budu, Sambal Mangga Muda, Sambal Cili Kelapa,lauk pauk kampung, bubur lambuk, pencuci mulut dan lain-lain lagi.







Untuk buffet dinner ‘Sajian Buka Puasa’ ni, ianya bermula dari 18hb Jun 2015 hingga 17hb Julai 2015.

Harga buffet ramadhan di Carousel International Coffeehouse ni adalah

RM115nett untuk dewasa

RM58nett untuk kanak-kanan (5 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas

Untuk 3 hari pertama dan 3 hari terakhir Ramadhan, pihak PGH menawarkan 30% diskaun tau. SPECIAL RATE for group booking kalau lebih dari 30 orang. FREE DINING untuk seorang bagi 10 guest berbayar dan ada 30% OFF untuk tempahan awal sebelum 10 June 2015.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8946 4888 atau pun email je ke fnbreservation@pgh.mines.com.my


Jom kita ke

Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor

Tel : 60 3 8946 4888

Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau. 

Cik Lily Putih Terfikir : Senantiasa ingat makan berpada-pada di bulan Ramadhan yang akan datang ni tau


Koleksi HandBag SEMBONIA ‘The Liberal Art of Geometry’ Yang Saya Minat Lagi Suka

Hi Korang,


Dengar je nama SEMBONIA mesti korang ingat butik handbag dan kasut ala-ala datin-datin dan mak-mak kan. Huahuahau memang pun. Mak aku je yang suka handbag SEMBONIA sebab designnya sesuai dengan jiwanya.


But now not anymore ye..

Aku sendiri pun terpegun bila tengok koleksi handbag Sembonia ni hari tuh masa media tour hari tuh di Sembonia Boutique di Berjaya Times Square. 

Koleksi ‘The Liberal Art of Geometry’ Sembonia



Untuk musim bunga dan panas tahun ni, Sembonia melancarkan koleksi ‘The Liberal Art of Geometry’ yang memterjemahkan gaya lebih dramatic, berani hingga memberkan paten lebih baru dan polos. Rekaannya sungguh menarik dengan kombo power-packed geometri bersudut dan garis berstruktur. 

Lagi satu yang korang kena tau, handbag Sembonia yang asli adalah bautan Itali yang bernilai RM4++ hingga ke RM7++ ke atas dan kalau yang murah daripada itu adalah keluaran daripada China/Vietnam yang bernilai RM1++ hingga ke RM3++.

Ok nak share sket yang Sembonia sedang mengadakan OOTD Contest untuk kaki instagrammer tau.


Caranya:

Selfie je Sembonia handbag dan post gambar di Instagram dengan hashtag #sembonia_style #OOTD dan tag @SEMBONIA. Mudah sajor. Aku guna gambar ni je, kira oklah tuh kan.



Ktorang di bawa je butik Sembonia di tingkat G ni untuk melihat sendiri koleksi ‘The Liberal Art of Geometry’ dan koleksi-koleksi lain yang bersesuaian dengan musim ini. Hah terbuntang mata kan semua orang. Sana cantik sini cantik situ cantik arrr pendek kata semua cantiklah…




Itu je ke gambar handbag, eh ada lagi ni







Warna-warnanya sangat ceria dan menambat hati sungguh kan cuma poket saja tak belum buat hati tertawan lagi. Huhuhuhu 

Tengokla model-model tak berbayo ni kan

blogger comel - Wendy Phua

blogger mak Qaireen -  Yana Yassin

blogger anak dara - Wiida Ribbon

ini blogger mak dara - Cik Lily Putih, nak jugak jadi model kan

Korang pulak yang hatinya dah tertawan dan tak keruan lepas tengok gegambo ni baiklah pi singgah ke butik Sembonia tuh ek, cuci-cuci mata dulu mana tau ada yang berkenan kan

dengan ladies blogger yang sporting abissss

Untuk info lanjut mengenai Sembonia, meh klik social media diaorang ek

Website – www.sembonia.com


Makin Rajin SELFIE Sejak Ada IPHONE 6

Hi Korang,

Memang betul lah Iphone ni cameranya sangat bagus.

Memula aku ingat diorang bedek je, cakap lebih tup-tup bila tengok bebudak BEAUTY blogger asyik duk bantai main selfie guna iphone kat event jadi jeles plak kan.

Ermm hati tak boleh tahan so kebetulan ada rezeki lebih bulan lepas so tanpa fikir panjang terus je angkat iphone6 guna MAXIS plan. Jadi tak delah bayar mahal sangat pun dalam RM1900 gak lah. Alah tak perlah, memang dah plan lama pun.

Ternyata betul ooo

selfie dengan Mr Tall, Dark & Handsome - YB KJ

Ambil gambar dengan iphone sangat cantik especially gambar makanan dan selfie.

So setiap kali pi event, haruslah pekena gambar makanan dan selfie jugak.Seronok wei, tak yah nak adjust apa pun. Focus je then snap. hehehhehehhe

belanja satu lagi ek, dengan YB Khairy Jamaluddin

Betullah aku tak tipu memang cantik ambil gambar dengan iphone tau.

hauhauahuahauha

Ok dah pi buat keje ek...

Cik Lily Terfikir : saja je nak bako line korang pepagi ni kan hauhau

Saturday, May 23, 2015

Saksikan Aksi Bertenaga Atlet Negara Di Sukan SEA Ke-28, Hanya Di ASTRO ARENA 801

Hi Korang,


Ada berita baik bagi peminat sukan tanahair kan

Peminat sukan tanahair kini berpeluang mengikuti liputan komprehensif Sukan Sea ke-28 menerusi siaran secara langsung temasya itu yang akan disiarkan selama 16 jam setiap hari di kesemua platform Astro Arena.



Astro Arena, saluran sukan tempatan Malaysia pertama, akan mula menyiarkan acara pra­ kejohanan temasya dwi tahunan tersebut bermula 28 Mei ini di Saluran 801, dan juga dalam definisi tinggi (HD) di saluran 802. Sepanjang temasya yang akan berlangsung daripada 6 hingga 16 Jun itu, seramai 180 krew produksi Astro Arena akan berada di Singapura, bagi memberikan liputan terbaik untuk semua peminat sukan Malaysia.


Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Kay berkata "Astro Arena teruja dan bersedia untuk memberikan liputan terbaik Sukan SEA untuk semua rakyat Malaysia . Saluran Astro Arena boleh ditonton oleh semua pelanggan Astro dan Njoi. Lebih menarik lagi, semua rakyat Malaysia termasuklah yang tidak melanggan Astro, boleh menonton Astro Arena di platform Astro on The Go selepas melakukan pendaftaran."

Menerusi platform radio dan digital, Arena Radio akan menyediakan liputan radio secara dalam talian manakala Iaman sesawang stadiumastro.com bakal menjadi pusat maklumat dan berita terkini berkenaan Sukan SEA Ke 28.

Pembaharuan Kerjasama Strategik Astro Arena dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM)

Astro Arena juga memperbaharui kerjasama strategiknya bersama Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam menyediakan liputan media untuk persatuan-persatuan sukan kebangsaan yang bernaung di bawah majlis itu untuk tempoh 5 tahun lagi bermula 2015 sehinggalah tahun 2020. Pengumuman pembaharuan kerjasama strategik itu berlangsung dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin.


Khairy Jamaludin berkata "Kementerian Belia dan Sukan memuji kerjasama di antara Astro Arena dan juga Majlis Olimpik Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai industri sukan negara. Liputan meluas Sukan SEA ke-28 di pelbagai platform adalah sesuatu yang sangat baik dan saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan aksi atlet kita dan menyatakan sokongan padu kepada mereka. Saya berharap dengan kerjasama ini, kita dapat mengembalikan semula kegemilangan sukan tempatan seperti bola sepak, sepaktakraw, badminton dan juga hoki. Saya berharap dalam masa 5 tahun lagi, kita dapat melihat perkembangan yang lebih positif. Kita mengharapkan atlet negara kita dapat memberikan prestasi terbaik."


Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri lmran Tuanku Ja'afar, berkata "Kerjasama strategik di antara Majlis Olimpik Malaysia dan Astro Arena telah berjalan dengan amat baik dan saya percaya ini adalah kerana kedua-dua pihak mengambil berat akan prestasi sukan tempatan dan berkongsi minat dan harapan yang sama iaitu untuk melihat para atlet kita menyinar dalam bidang sukan masing-masing. Yang pasti, sudah banyak sukan tempatan telah mendapat manfaat menerusi liputan meluas yang telah disediakan Astro Arena."


Tambah Lee lagi "Sejak Astro Arena dilancarkan pada tahun 2010, kami telah berkerja secara langsung dengan MOM untuk memperbanyak liputan berkenaan sukan tempatan. Kami dengan berbesar hati mengumumkan sebanyak 17,000 jam kandungan sukan tempatan telah pun dihasilkan, dan secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan nama beberapa sukan tempatan. Ia juga telah membuka peluang untuk Astro berkerja secara langsung dengan persatuan sukan tempatan dalam menaikkan lagi sukan tempatan ke peringkat seterusnya. Adalah sesuatu yang boleh dibanggakan bila mana kita berjaya menjayakan SepakTakraw League, yang telah dilancarkan November lalu. Liga amatur pertama Sepaktakraw seumpamanya telah berjaya diadakan hasil daripada kerjasama Persatuan SepakTakraw Malaysia dan juga Asia Sports Venture, yang bertindak selalu pemangkin SepakTakraw Astro."

Jangan lupa untuk menyaksikan liputan komprehensif Sukan SEA ke-28 hanya di Astro Arena, Njoi dan juga Astra on The Go. Untuk melanggan Astro dan Njoi, layari Iaman sesawang www.astro.com.my atau hubungi 03-95433838. Untuk maklumat lanjut berkenaan Astra on The Go, layari www.astroonthego.com.

Friday, May 22, 2015

REVIEW | SYALAA BB Cushion Cream

Hi Korang,

Musim sekarang ni pompuan-pompuan dah pandai guna BB cream, alah ikut orang Korea la tu kan. Ewah jangan cakap orang aku pun sama gak, pantang ada je menda baru yang boleh licinkan kulit muka confirm aku memang cuba tak kiralah murah ke mahal sekali pun kan.


Kali ini aku nak cuba SYALAA BB Cushion Cream produk terbaru keluaran Syalaa Empire ni.

Meh nak cite sikit apa specialnya produk ni tau


SyaLaa BB Cushion Cream ni mengandungi 5 manfaat dalam 1 sentuhan sahaja iaitu :

- Sebagai makeup dan merawat kulit wajah anda.
- Melindungi kulit anda dari sinar UV.
- Mengandungi SPF yang tinggi.
- Berfungsi sebagai pencerahan 5x ganda dar biasa.
- Menyegarkan dan melembapkan kulit anda.

Di antara 10 Bahan semulajadi yang terkandung di dalam BB Cream ni ialah :

Aloe Vera 
Menyejukkan kulit. Memiliki fungsi yang sangat bagus untuk merawat kulit wajah sensetif.

Ekstrak Bunga Mawar
Ekstrak bunga mawar sememangnya berkesan untuk merawat kulit. Ia berupaya mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit yang berminyak.

Jojaban
Berupaya mengawal kulit berminyak dan mampu merawat jerawat. Melindungi kulit daripada bakteria berbahaya. Agen anti penuaan.

Chamomile
Bertindak sebagai anti radang, antiseptik dan regenasi kulit. Memabtnu proses penyembuhan sel kulit yang rosak, merawat wajah berjerawat, serta merawat kulit wajah sensitif anda.

Squalene
Pelembap semulajadi untuk kulit kering atau cenderung kulit. Anti oksidan / anti penuaan.

Jasminum Officinale
Mampu mengatasi jerawat Dapat mengatasi radikal bebas dan anti penuaan.

Centella Asiatica
Menyembuhkan luka dan menghilangkan parut

Narcissus
Anti penuaan, anti-tumor dan wangian

Freesia Refracta Extract
Penyaman kulit

Lilium Candidum
Menyejukkan kulit Membantu menyembuhkan dan menghilangkan bekas luka di kulit.

Apalagi tak sabar nak cuba ni, jom lah kan.



Memula sebelum nak sapu BB Cushion Cream atau make up, korang perlu add on Pore Silky Balm yang berfungsi untuk menutup pori dan garis halus. Selain daripada mengawal minyak, ia boleh dijadikan sebagai primer makeup dan menjadikan makeup lebih kekal lama… hehehhehe senyum panjang aku lepas ni kan..


Kemudian barulah di sapu BB Cushion Cream ni, tekap sahaja di bahagian Cushion Cream tu dan kemudian dap dap dap sajor di bahagian muka. Jangan tarik span ek sebab tak cantik lah nanti. Orang biar nak sekata je. So tekan-tekan manja je di sekeliling muka.

Kemudian siap, tadaaaaa!

nampak tak first day guna, testimoni Syalaa BB Cushion Cream

Memang aku simpan je Syalaa BB Cushion Cream ni dalam handbag, senang di bawa kemana-mana saja. Rasa cam tak cukup cantik je terus dap dap dap kat muka..

Korang kalau berminat nak mencuba dan mendapatkannya, boleh baca keterangan lanjut di bawah :


Harga Syalaa BB Cushion Cream ni adalah 
RM129.90/SM RM139.90/SS 
termasuklah
SPECIAL FREE GIFT
REFILL (PEK ISIAN SEMULA)
SyaLaa Pouch
SyaLaa Pore Silky Balm ( PEK TRIAL )
(kuota terhad!)


Nak tahu info lebih lanjut meh check it out di social media Syalaa seperti berikut:-

Instagram : #syalaaempireofficial
contact no : 03-87414957 / 0182393947/0182441506

So apa lagi, cuba jangan tak cuba kan

Cik Lily Terfikir : Rasa nak pakai selalu sebab baunya harum mewangi tau