Tuesday, August 26, 2014

Jaga Kesihatan Dalaman Dengan Produk Legacy Secret

Hi Korang,



Ingat tak aku selalu duk minum produk Harum Malam dari Legacy Secret tuh?


Hah yang tu lah, yang mantopps selalu tak kira siang dan malam kan. Eleh suker lah tu orang lelaki, nak mantap manjang je kan.

Disebabkan khasiatnya yang tak ternilai, aku suka nak hebah-hebahkan pada korang yang masih belum tau ni apa itu Harum Malam ye.


Produk HARUM MALAM ni adalah supplemen yang membantu mengatasi masalah dalaman dan seterusnya mengekalkan kesihatan seseorang wanita itu sepanjang masa. Diadun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba seperti sirih, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria lobata, pueraria mirifica yang dapat membantu mengatasi masalah yang kurang enak dari tubuh.

Ermm senyum simpul nampak!!

Ini merupakan di antara kebaikan dan khasiat untuk produk Harum Malam ni

✔ Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual
✔ bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
✔ Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
✔Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
✔ Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
✔ Mengurangkan tekanan dan tension
✔ Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan


Dan Di Antara Khasiat Lain Harum Malam Adalah:-

1. Membantu menyegar & menyihatkan badan.
2. Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
3. Membantu menghilangkan bau badan & mulut.
4. Melegakan panas badan.
5. Menegangkan payudara.
6. Memulihkan rasa rapat.
7. Mengencang otot kewanitaan.
8. Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
9. Menambah keharmonian suami isteri.
10. Menyihatkan rahim.
11. Mencantikkan payudara agar sihat & montok.

Lagilah terbaek noks!

Mereka yang sesuai mengambil dan mengamalkan produk Harum Malam ni ialah wanita berkahwin, anak dara, wanita berpantang, sesuai bagi wanita yang menyusukan anak dan sesuai juga bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Wah mak-mak kita boleh jugaklah minum kann, alah untuk tambah bertenaga je.


Eleh excited nak beli lah tu untuk si isteri tercinta, boleh sajo. Tapi korang juga kena kenal pasti sama ada produk Harum Malam dari Legacy Secret ni original atau cetak rompak. Kemain plak sekarang ni ada yang tipu ek, takut plak aku dengar. Kang kalau tersalah beli merana badan makan tipu punye.



1. Pengesahan Melalui Visual
Lihat perkataan “LS”dari sudut serong 15 darjah


2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari


3. Pengesahan Melalui QR Wechat
Imbas kod produk dan info akan diberikan



PERINGATAN !!!

• 1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .

• Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.

• Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.

Wechat ID : harummalam

Ni aku tunjukkan sedikit video ye, so korang mudah lagi nak paham.






Cara nak order, cam ne plak? check it out kat link bawah ni 

WEBSITE : 

FACEBOOK : 






Instagram : 


contact no : 016-4460677 (whatsapp,wechat, sms, call)

Apa lagi, meh lah cuba ek..

Monday, August 25, 2014

“Sesame Street Live – ELMO Makes Music“ Media Launch Di One Utama

Hi Korang,

La rancangan bebudak pun ko pi jugak kat Cik Lily Putih oit?

dapat free acess masuk tau

Errm apa salahnya,memang favourite show aku dari kecil lagi kan, aku belajar English pun dengan rancangan ni gak lah. Sampai mak aku cakap, kalau duk depan tv tengok burung kuning dengan gajah bulu mata lentik tu, langsung tak boleh nak bergerak.

Hahahahaha itu dulu zaman kanak-kanak aku, eh tapi betul lah aku memang belajar English dari show ni.


Of courselah bila dapat jemputan daripada Genting untuk ke press conference ni, haruslah jangan dilepaskan peluang kan, untung-untung dapat jumpa dengan Cookies Monster dan Elmo kata Mr Big.

MC event tuh, Pamela Chong. Dia pun minat elmo ni

So last weekend, pepagi lagi dah sampai ke One Utama untuk launch ni, Resort World Genting mengadakan Media Launch untuk Sesame Street Live - Elmo Makes Music bersama dengan Genting Mega Fun Roadshow sekali.

Sesame Street yang sangat popular dengan program pendidikan televisyen untuk kanak-kanak baru nak belajar telah menjadi bertahan selama 45 tahun dan menjadi rancangan yang terpanjang yang pernah ditayangkan di televisyen. Haruslah Elmo dan Cookie Monster jadi pujaaan hatiku


"The Sesame Street has not been back to Malaysia for few years. 'Sesame Street Live- Elmo Makes Music' is a new production that will definitely wow its audience. It's a high energy pack musical performance that will get all the kids excited," kata Mr. Kevin Tann, Vice President - Promotions & Entertainment of Resorts World Genting semasa ucapan pembukaan pada majlis tersebut

Sesame Street Live - Elmo Makes Music di Resort World Genting akan dipersembahkan hampir 20 buah lagu dan diikut dengan lagu klasik buat kanak-kanak boleh menyanyikan bersama seperti C is for COOKIES dan 'The Alphabet Song' semasa persembahan yang akan diadakan pada 28th November 2014 sehingga 3 January 2015 .
 

Christopher Harper the Director of 'Sesame Street Live - Elmo Makes Music' bekata, "Sesame Street Live - Elmo Makes Music' comes with brand new production that includes many new songs, kids can sing with and a lively musical performance by Elmo & Friends. I have choreographed and directed International UK, 1-2-3....1magine! with Elmo & Friends, When Elmo Grows Up, My Little Pony Live, Big Bird's Sunny Day Campout and many more. By far, I would highly recommend all to come watch 'Sesame Street Live - Elmo Makes Music' as it is very entertaining and the kids will love it! "


Semasa pelancaran Media di One Utama, turut juga dipersembahkan Elmo was with Cookie Monster, Bert dan Ernie dengan persembahan yang sangat menakjubkan kepada penonton dihadapan pentas, lebih energertic dan terbaik ! Kanak-kanak yang berada di kawasan sekeliling turut teruja untuk menyertai dan bergambar bersama-sama dengan Elmo.
 
aku siap nyanyi2 lagi time diorg ni perform

ewah kemain lagi ek..

Sesame Street Live - Elmo Makes Music ini adalah sebahagian dari Genting Mega Fun road show yang akan bermula pada 13 August. Sebanyak 1888 special preview tiket akan dijadualkan pada 27 November 2014 ini dan akan di berikan kepada pemenang bertuah dan disertakan juga dengan 'Reading Together, muppet making workshop .


Elmo, Abby Cadabby, Cookie Monster, Big Bird dan semua kawan-kawan dari Sesame Street akan menggegarkan Resort World Genting dengan persembahan Sesame Street Live-Elmo Makes Music bermula pada 28 November 2014 ini yang dibawakan khas oleh RWGenting dan produced oleh VEE Production.

Bagi pemegang Genting Reward dan CIMB bank card holder, korang akan mendapat exclusive discount tau.

ktorang dengan sesame street karektor, suker lah Mr Big tuh

Tiket bermula dari RM88 dan ke atas, so jangan lepaskan peluang ini untuk menonton Sesame Street Live - Elmo Makes Music di Genting International Showroom, Genting. untuk maklumat lanjut boleh layari di www.rwgenting.com atau telefon di 03-61011118

Ktorang plan nak pergi reramai tengok show ni nanti, maklumlah media diberikan 2 pass percuma untuk menonton show ni. Ermm tengah duk fikir-fikir ni, nak tidur sangat ke tidak kan.

Sarapan Pagi Yang Mudah Lagi Bertenaga

Hi Korang,

Tak sempat pulak nak singgah ke warung makcik nasi lemak beratur tu tadi sebab tak de tempat nak parking kereta, lepas tu plak hujan rintik-rintik dah mula turun. Jawabnya terus jelah ke office dengan rasa hampa.

jemput makan korang

Terbayang-bayang dah aku ni, nasi lemak lauk paru dan sambal kerang kan, namun apakan daya. Dahlah 2 minggu tak breakfast nasi lemak. Tak tertunailah jua hasrat di hati macam kata blogger K Ina KL kan.

Sampai office tengok apa yang ada kat pantry.

Selalunya memang ktorang ada stok simple makanan bila time lapar macam maggi, biskut, kek dan cereals. Fresh milk senantiasa ada coz bos memang nak minum kopi dengan susu segar je, creamer dia tak mau.

Tengok ni,

janji ada untuk alas perut

Terjumpalah koko krunch sekotak dengan susu coklat yang aku ada bawak last week yang belum buka lagi.

tuang bijirin dulu

baru tuang susu

Apalagi, terus jelah ambil mangkuk, bukak kotak, curah dua-dua masuk dalam mangkuk. Kemudian wallap terus ke mulut tanpa kira orang lalu lalang kat belakang. Mana taknya semalam aku dengan Mr Big had an early dinner dalam kul 6.30pm gituh. Kemudian langsung tak de makan apa-apa pun sampai lagi ni, kira macam dah puasa plak sebab tu cam lapar betul rasanya.

inilah dia sarapan mudah langi ringkas

Eh, baguslah makan cereals ni. Ni aku kongsi sket info mengenai koko krunch ni ek

Kandungan khasiat dalam semangkuk Nestle Koko Krunch: 

Protein bijirin dengan susu (6.6 gram) = Protein sebiji telur (5.9 gram)
 
Serat (1.7 gram) = Serat daripada dua keping roti (0.2 gram) 

Vitamin C (18 miligram) = vitamin C daripada 1/2 biji oren saiz sederhana (30.7 miligram)

Nampak cam banyak je kebaikannya, tapi untuk kanak-kanak lagi. Tapi bukan terhad pada bijirin ni sahaja, kalau kita makan bijirin lagi pun sama jugak khasiatnya.

Untuk remaja purba cam aku ni, dapat menambah tenaga sambil mengalas perut daripada lapar sebelum sampai waktu makan tengahari.

Itu jelah pun.

Macam aku secawan kopi is a must la, makan roti ke biskut je pun dah ok cuma sekali sekala je teringin nak heavy breakfast macam nasi lemak, roti canai, mee hoon bagai kan.

Kalau korang, apa jenis sarapan yang korang suka di waktu pagi ek? Atau pun makan apa jua makanan yang ada kat sekeliling korang

so malay food blogger ko sarapan apa plak?

Selamat bekerja!