Saturday, August 23, 2014

REXONA Spray for Women with FRESHPROTECT Untuk Kita-Kita Aje



Hi Korang,

Comel kan tagline untuk kita-kita aje.. 

Itulah


Hari tu aku dapat jemputan ke media launch Rexona Spray for Women ni di Sunway Piramid. Amik cuti ½ day sebab teruja sangat nak pergi kan.


Sampai-sampai je kat Blue Concourse dalam Sunway Piramid ni dah nampak dah ada big giant bubble kat tengah-tengah, ermm mesti dapat masuk dalam ni punya lah. Nasib baik masa register ramai plak kengkawan blogger dan media yang kenal ada sekali so tak delah rasa segan silu kan.


Sementara nak tunggu event start, mari bergambar dulu. Tengok apa yang terbaru di rangkaian Rexona ni. Kemudian sempat jugak aku pi cuba deodoran ni sendiri. Diaorang ada siapkan ruangan kecil yang bertutup untuk kita cuba sendiri. Apalagi, terus sebelah ketiak kan nak tengok samada betul ke tidak lebih wangi ketiak kita.


Sambil tu, meh aku citer pasal deodoran terbaru Rexona ni ek


Rexona telah melancarkan produk Rexona Spray baru (improved) untuk Wanita dengan Freshprotect ™ yang dirumuskan dengan mikro badan yang responsif teknologi (body-responsive microcapsules technology) yang melepaskan aroma tahan lama yang membolehkan wanita aktif seperti kita ni untuk menikmati kesegaran di sepanjang hari.


Bila dah senantiasa segar dan wangi sepanjang hari, haruslah sifat keyakinan kita akan bertambah untuk bergerak aktif. Bolehlah pi meeting, berkerja, pi gym even pi event lepas kerja pun rasa semangat je tau.



Acara di mulakan dengan persembahan magician menggunakan bubbles atau buih sabun. Kira first aku tengok ni, normally yang aku perasan ada kat Tasik Kepong tuh petang-petang. Best jugak ni tau.


Majlis pada petang tu di rasmikan oleh Ms Ashlee Ng, Personal Care Director, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd


“As the world’s leading deodorant brand, Rexona understands that women want a dependable and long-lasting solution to overcome those everyday moments of increased adrenalin and sweat – whether at the office, at the gym, or with friends. The new Rexona Spray for Women with Freshprotect™ is designed especially to provide women with burst of long-lasting fragrance for all-day freshness,”


“This unique patented technology, makes the new Rexona Spray for Women with Freshprotect™ the only antiperspirant that reacts directly to body movement with underarm friction that triggers the microcapsules to burst and release fresh fragrance when you need the most. Now, women are assured of a deodorant that won’t let you down.” kata Ms Ashlee Ng.


Habis je perasmian, ktorang para media dan bloggers ada special mini treasure hunt. Wow, best tuh. Ktorang dibahagikan kepada beberapa team yang mewakili rangkaian deodoran Rexona. Aku team powder dry terdiri daripada Cindy, Ashley, Nani dan aku. Sepatutnya 6 orang tapi ade plak yang tak nak join ermm its ok je.

matchingkan gambar 

kena memerize semua ni tau

best duk dalam bubble ni

Di antara task yang ktorang kena buat adalah jawab serba ringkas mengenai Rexona FrestProtect, matching gambar, buat jumpshot, bergambar dengan itik comel, main game bubble dan simple shopping spree barangan Rexona, alah dekat-dekat situ jelah.

Walaupun 5 task je, tapi penatnya masyallah meleleh keluar peluh jantan.

jump shot task

bergambar dengan itik comel

Tapi ktorang berjaya menyiapkan semua task tanpa menggunakan button penyelamat tuh. Tapi ada jugak salah sket kira cam hiccup gitulah sebab nak cepat.


Siap semua task, jom berehat kejap. Tengok magician buat belon bubble ni ek


Kemudian ada sharing session, aku dengan Innanie di panggil untuk naik ke pentas untuk share our experience menggunakan produk terbaru Rexona Women ni. Kan tadi aku dah spray sebelum event, so citer lah semua sekali. Sangat sesuai untuk kita-kita kaum wanita aktif yang mempunyai hectic lifestyle sebab kita bebas bergerak ke sana kemari, ianya mengeluarkan bau kesegaran yang berpanjangan dan juga mengurangkan bau badan. Memang freshprotect sungguh!


Okla tibalah masanya untuk mengumumkan pemenang Rexona mini treasure hunt. Memasing muka berdebar ni, yelah dah penat bersungguh-sungguh siapkan semua task kan. Dalam hati, tersimpan jugaklah rasa nak dapat hadiah. Tak kisahlah tempat ke berapa pun janji dapat hadiah kan. 

Tup-tup team ktorang merupakan juara mini treasure hunt tuh. Hah ko dapat bawa balik voucher Guardian sebanyak RM500. Happy sungguh time tuh, seriously memang tak sangka betul lah.

Rexona Shower Clean

Rexona Free Spirit

Rexona Passion

Rexona Powder Dry

Rexona Spray untuk Wanita dengan Freshprotect ™ boleh didapati dalam lima varian untuk disesuaikan dengan gaya hidup yang berbeza - Shower Clean, Free Spirit, Passion, Whitening and Powder Dry.

Rexona Whitening

Rexona Spray for Women with Freshprotect™ Shower Clean, Free Spirit, Passion dan Powder Dry didatangkan botol 150ml berharga RM11.90 manakalah untuk Whitening botol 150ml pada harga RM12.90. Korang boleh dapati kesemua varian ni di farmasi terkemuka, hypemarket, supermarket di seluruh negara.


Oh ye lupa plak, Rexona Women kini sedang mengadakan roadshow selama 5 hari di Blue Consourse Sunway Piramid. Alah tempat yang aku pergi ni lah. Korang akan diberi peluang untuk mencuba sendiri betapa powernya responsive microcapsules technology ni dalam Rexona Spray for Women with Freshprotect™ di dalam huge giant bubble ni. Di samping tu ada permainan, aktiviti, pertunjukkan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi.


Aku kalau tak de apa-apa hal ahad ni, singgah la ke sini sekali lagi kan. Tak puas masuk kat giant bubble hari tuh lah

Nak tau lebih lanjut mengenai Rexona Women Spray ni boleh layari www.facebook.com/RexonaMY






Friday, August 22, 2014

#Malaysia Berkabung Untuk MH17

Hi Korang,

Nothing much nak citer di pagi Jumaat yang sayu ni..


Al-fatihah

Dan kepada ahli keluarga dan waris, di harapkan redha dan tabah menghadapi semua ini. Memang its takes time but slowly terimalah berita ini.




Thursday, August 21, 2014

Raya Bersama Kengkawan Lama #UiTMFrens

Hi Korang,

Ni baru ada mood nak citer pasal raya ek. 

letak gambo laksa rumah bobo hari tuh

Sebab weekend lepas, 2 hari berturut-turut pi beraya rumah kengkawan lama. Ye sangat lama, rasanye lebih 10 tahun tak jumpa. Alah kengkawan masa belajar dulu bebudak Ex-CTRP kat ITM Sri Iskandar tuh. Yelah time aku masuk ITM bila graduate jadi UiTM. Hebat kan

gelak sakan kan ko..

Actually tak plan pun event ni, semuanya melalui whatsapp kan. Borak punya borak, so terbukak mulut one of team members ajak jumpa kat rumah kawan ktorang ni.


Abis je open house rumah blogger ruby.my petang sabtu tuh, terus pecut ke Kuang. Nasib baik dari Sri Damansara dah dekat kan, dengan tak tau jalan so ikut Waze jelah. Ermm sampai gak ke rumah Farid ni. Rumah kampong wei, cantik je tepi jalan besar. Mr Big suka keadaan rumah dia ni coz rasa aman je bila lepak kat depan rumah dengar bunyi katak, cengkerik bagai.

Alah tak ramai pun, cuma ktorang berdua, yang tukang ajak berdua, orang kuat Sime Darby dan tuan rumah yang merupakan orang kuat kat JPBD kat KL. Ermm duduk Kuang keje KL, nasib baik merempit dengan motor Roy gila-gila remaja tuh. Cepat sampai…

Makan, borak-borak tak henggat tapi aku balik dulu coz ahad paginya aku ada trip lawatan sambil belajar ke kilang yogurt kan.

geng balik awal, elle, ntah, bujal dan tuan rumah yang diri kat belakang bobo

Balik daripada rombongan tuh, terus ke rumah member lagi satu. Nasib baik dekat je dalam Kajang. Tapi lambat gak ktorang sampai coz dari umah mama. Ada yang dah balik pun masa ktorang sampai, tak perlah jumpa yang mana ada je.

ktorang lagi

gambo banyak gegar, pakai monopod auto beli dari China. thanks faroh yang tolong belikan untuk Z

sedap benau laksa bobo ni, sampai debe makan dok ingat

Sambung lagi sembang-sembang semalamnya yang tak abis. Mengimbau time belajar dulu, makan sampai terik perut ermm memacam lah

kuih raya, makan sambil borak-borak

amik ko, semua ni bobo masak tau

Sangat-sangat seronok.

Inilah dia friends forever…

Walau cam ne jauh, selalu bergaduh, kecik hati, mengutuk namun ikatan persahabatan tu tetap kukuh. I love you Elly, Bobo, Perchill, Debe, Z, Bjal, Farah..

Nanti buat kat umah aku plak, makan-makan ek. Teringin benau bebudak ni nak datang melawat #DakUban kat umah sarang burung merpati aku ni ek..