Monday, November 14, 2011

Gambar | Artis Popular Di Blue Carpet AIM 2011

Hi Korang,

Sabtu lepas sempat jugak lah ktorg ke Stadium Putra Bukit Jalil ni tengok AIM 2011. Thanks to Nuffnang coz sudi bagi aku last pair of this AIM ticket. Memang bernasib baik lah sebab aku dah frust masa Astro announce 40 winner untuk AIM tiket nie kat websitenya tapi nama aku tak de kan. 

Ktorg sampai dalam kul 7 lebih cam tuh, then gate bagi Blue Zone pun belum bukak kan. So menempek aku dengan Hazman dan Kid kat Blue Carpet untuk tengok artis lalu kan. Mr Big plak dah hilang pi amik gambo.

Mehlah tengok gambo yang tak seberape ni dari photographer yang tak bertauliah

Amanda Imani

Amy Search dan wife

Andrea Fonseka

Awal dan Azlan The Typewriter

Marsha 

Norman dan Edry KRU

Neelofa

Najwa Latif

Sarimah Ibrahim

Stacy

Shila Amzah

Qi dan Yuna - sweet couple

Ziana Zain

Bukan senang nak amik gambo diorg ni, eventho dekat pun ramai media lain yang blocking area lbue carpet tuh. So Mr Big cakap 3-4 orang depan dia masa dia nakamik gambo tuh. Ermm itu je yang aku rasa yang ok kot untuk letak kat entry ni, yang lelain tu aku simpan buat kenangan dan jugak study kenape gambo2 yang lelain ni tak berape nak cantik kan. 

Later bagi peminat Bang Nuar Zain, aku akan postkan beberapa gambo beliau masa dalam stadium ek.

Aku rasa Mr big ni dah macam paparazi dah, segala mak neka gambo orang semua dia amik sampai gambo yang tak sepatutnya pun dia amik jugak hehehehhehe

Hope kroang enjoy yeah..


Sunday, November 13, 2011

Teman Setia Di Hujung Minggu

Hi Korang,

Hari ahad cam ni korang buat ape ek? Confirm mestilah kuar berjalan cuci mata, shopping dengan love one kan. Tak kan nak memerap kat umah plak. 

Aku? malas lah. Letih lah nak merayap ke mana2 ari cuti ni sebab inilah masanya untuk aku rehat2 sambil kemas2 sambil luruskan pinggang kat umah kan. Mana taknya time keje, keje x henggat dah sampai cam bangla keje. Siang keje2 kat site, malam plak kene attend event. Mana tak patah pinggang kan. Sampai si gray aku pun mintak nyawa nak rehatkan enjin2 dan roda2 dia yang tak henti bergerak kan.

Agak-agak apa aku buat ek?


Jeng jeng dengan bertemankan 2 gadget penting time cuti2 ni memang dah cukup mereleasekan tension dan letih badan aku. Dengan melayan segala mak neka apa yang ada kat tv dan internet tuh, aku rasa dah cukup terhibur selain dari kena sakat dengan  Mr Big kan.

Korang buat ape plak ek petang2 nie, tidur ke?

Anyway, happy Sunday korang... 



Saturday, November 12, 2011

Kaki Fotografi Mari Kita Berpesta di Pantai Melaka

Hi Korang,


Kepada kaki2 yang suke nau amik gambo pemandangan, moh kite sertai Pertandingan Fotografi Pesta Pantai Melaka. 



Pertandingan ini berlangsung selama sebulan. Dengan hanya bayaran RM50 je, korang dah boleh join pertandingan ni.



Pertandingan & Galeri Fotografi bertemakan Pantai Tanjung Bidara ini akan dilestarikan bagi tujuan meningkatkan kesedaran tentang Keindahan Pantai Tanjung Bidara sebagai satu destinasi pelancongan terbaik di Melaka. 



PERTANDINGAN PERTAMA


Pertandingan fotografi ini mewajibkan peserta merakamkan keindahan Pantai Tanjung Bidara dari pelbagai aspek dan kreativiti peserta (panoramic, landscape, silhouette, life style, etc).

Penyertaan dibuka kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS dan orang awam. Pihak penganjur akan menerima sebanyak mungkin penyertaan sehingga tarikh akhir penyertaan dan akan diadili melalui proses saringan. Tiga pemenang utama dan sepuluh pemenang sagu hati akan dipilih. 300 hasil terbaik akan dipamerkan di Galeri Foto sepanjang pesta berlangsung. 


PERTANDINGAN KEDUA


Selain Pertandingan & Galeri Fotografi Pantai Tanjung Bidara 2011 ini, akan berlangsung satu lagi pertandingan fotografi bertemakan Kemeriahan Pesta Pantai Tanjung Bidara 2011. Peserta berpeluang merakamkan gambar-gambar menarik sepanjang pesta tiga hari itu sebagai satu penyertaan dan akan diumumkan pemenang selepas dua minggu dari tarikh akhir pesta (25 Disember 2011). Gambar terbaik akan digunakan dalam booklet Malacca Tourism. 

Gambar penyertaan boleh dihantar kepada pihak penganjur pada hari berlangsungnya Pesta Pantai Tanjung Bidara 2011. 

CARA MENYERTAI

1. Isi maklumat peribadi dan maklumat pertandingan seperti templat di bawah:

Nama : ______________________________________________
No. K/P : __________________________
Alamat: : ______________________________________________ 

No. Telefon : __________________
Alamat Emel : __________________

Tajuk gambar & : ____________________________________________ 
Penerangan gambar __________________________________________
______________________________________________ 

2. Buat pembayaran ke:
BIMB 04024010028989

Hantar malumat yg borang yg telah diisi ke:
- fotografitanjungbidara@yahoo.com ATAU
- fotografitanjungbidara@gmail.com

BERSERTA 

Slip pembayaran yang telah dilakukan ATAU 
faks salinan slip pembayaran ke: 06-5582027 UP: Ilya Yasnorizar.


** Sebarang pertanyaan sila hubungi, Zakimi 019-633 2446 atau Maisarah 019-633 2447 **