Saturday, April 30, 2011

Pengalamanku Terbang Bersama Malaysia Airlines

Siapa tak kenal dengan Malaysia Airlines atau lebih dikenali dengan MAS?


Malaysia Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terulung di Malaysia malah terkenal di merata dunia. Ianya mula bertapak di sekitar tahun 70-an dengan memulakan 34 penerbangan ke destinasi domestik dan 6 destinasi antarabangsa. Dan berpengkalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sebelum berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hingga ke hari ini.

Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor Los Angeles, Amerika Syarikat. Manakala pada akhir tahun 1986, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline atau Penerbangan Malaysia. Bermula dari sini, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden di dunia. Penerbangan Malaysia juga dipilih untuk sebagai sepuluh penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax.
Indah Sungguh Pemandangan Dari Udara Ini

Satu ketika dulu, saya merupakan pengguna tetap kepada MAS. Boleh di katakan dalam sebulan hampir 4-5 kali saya akan terbang di seluruh pelusuk tanahair demi tuntutan kerja yang menghendaki saya memastikan segala perjalanan projek harus di pantau dari semasa ke semasa. Saya pernah merasai penerbangan seawal 7pagi dan juga hingga ke penerbangan malam yang terakhir sekali. Jadual penerbangannya sangat lancar dan tepat seperti yang telah di tetapkan jarang timbul masalah kelewatan.

Sarapan Pagi Semasa Penerbangan ke Bintulu.

Semasa dalam penerbangan para petugas sedaya upaya melayan setiap penumpang dengan begitu baik sekali. Segala keperluan semuanya dipenuhi. Bukan hendak memuji tetapi itulah hakikatnya. Penerbangan yang selalu saya ambil selalunya memakan masa selama 2 jam ini dan saya di hidangkan dengan pilihan menu yang menyelerakan. Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan MAS ini saya perhatikan kualiti makanan yang amat segar dan saya amat berpuas hati. Saya juga boleh membeli belah di dalam pesawat dengan menggunakan in-flight temptation iaitu membeli belah dengan menggunakan katalog yang telah disedia kan.


Semasa menunggu penerbangan ke Kuala Terengganu

Pernah sekali dulu, saya hampir ketinggalan dalam penerbangan balik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur tetapi dengan bantuan pihak khidmat pelanggan MAS, saya berjaya juga menaiki penerbangan tersebut walaupun pintu pelepasan sudah ditutup pada waktu itu.


Kesian Kepada Mereka Terkandas Ini

Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan MAS ini, saya jarang menghadapi masalah seperti rakan-rakan saya yang lain. Ada seorang rakan saya ini dalam perjalanan pulang dari Bintulu ke Kuala Lumpur. Dia terpaksa bertukar sebanyak 3 kali untuk mendaftar masuk (check-in) pesawat. Ini kerana pada ketika itu pihak pengurusan kaunter mengalami masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan.


Cadangan saya untuk memantapkan lagi perkhidmatan MAS ini.

1. Kekerapan Destinasi Penerbangan
Pihak MAS dapatlah kiranya memperbanyakan kekerapan destinasi penerbangan supaya dapat memudahkan rakyat Malaysia membuat pilihan penerbangan yang bersesuaian dengan kehendak mereka


2.Memberikan Cenderahati
Seperti yang kita tahu bukan mudah untuk menurunkan harga tambang sesuatu destinasi kerana ianya mesti mengambil kira segala jenis aspek tetapi sekiranya pihak MAS dapat memberikan sesuatu in-return seperti cenderahati kecil sebagai tanda terima kasih dan sokongan, saya rasa ramai yang akan memilih untuk terbang bersama MAS.

3. Lebihkan Muatan Barang-Barang
Sekarang ini yang kita tahu pelepasan muatan barang persendirian untuk seorang penumpang cuma 20kg. Jika lebih penumpang di kehendaki membayar harga lebihan muatan mengikut kilogram yang telah di tetapkan. Jadi dengan menambahkan kadar muatan hingga ke 30kg bagi seseorang penumpang saya rasa isu harga tiket mahal tidak menjadi soal bagi kami rakyat Malaysia ini.

4. Voucher Makanan Dengan HargaYang Berpatutan
Saya rasa sistem voucher makanan diberikan ketika penerbangan tergendala memang amat bagus sekali. Tetapi cuma bayangkan jika saya terkandas lebih 6 jam di lapangan terbang, adakah berbaloi voucher makanan bernilai kurang dari RM20.


 
Bagi saya pula dengan terbang bersama MAS masih lagi menjadi pilihan rakyat di Malaysia walaupun terdapat pelbagai penerbangan tambang murah yang menawarkan pakej yang menarik. Ianya kerana kredibiliti yang di tonjol kan oleh MAS masih lagi menambat hati rakyat Malaysia. Sesuai dengan moto yang yang pihak MAS war-warkan iaitu MH- Malaysian Hospitality.

 
Nota : Entry ini di tulis bersempena Sponsored Post Contest yang di anjurkan oleh Bro Eyriqazz. Korang mesti akan perasan entry sama dengan entry yang di letakkan di blognya.
 
Segala yang ditulis adalah berdasarkan dari pengalaman aku sendiri bukan pengalaman orang lain tau.

Friday, April 29, 2011

“I’m a Pirate, Take Me To Stranger Tides!”

Hey Korang,

Kenal tak sape? Nie lah dia

Captain Lily

Aku suka jadi pirate nie. Seronok. Macam-macam boleh buat oo, di antaranya:- 


1. Ada kapal sendiri
Kapal sendiri tuh jadi kapten lagi. Siapa tak bangga kan. Boleh bawak kapal sendiri dengan tak payah amik lesen memandu kapal kan. Putar je stereng tu. Hah bergerak lah kapal Black Pearl aku tu kan.



2. Dapat melancong tak payah passport
Hah dapat pegi melancong seluruh dunia dengan tak payah passport pun. Jalan je. Rasa-rasa nak stop kat pulau-pulau yang cantik tuh, berhenti je tanpa segan silu dan rasa takut kan. Lepas tu sambung balik jalan kan.



3. Boleh merompak apa yang disukai
Ini yang paling best ni. Bila dan singgah memana pulau tu kan boleh amik apa yang yang disukai dengan erti kata lain merompak lah kan. Kalau nak makan amik je, nak duit or emas amik je, nak senjata plak kebas jelah coz tak sesiapa berani marah kan. Maklumlah aku kan lanun. Semua orang takut dengan aku kan.


Apa macam hebat tak? Angan-angan bukan main lagi kan. Nak itu nak ini tapi tak kesampaian pun.


Aku buat entry merapu ni bukan apa, si Nuffnang nak bagi tiket 3D free kat Nuffnangers dan partners untuk tengok filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides in 3D, 3 hari sebelum hari tayangan perdana kat Malaysia ni. Thanks to Walt Disney Studios Motion Pictures Malaysia!

Details of the screening are as below:

Date: 16 May 2011 (Monday)
Time: 9.30 pm
Venue: GSC MidValley


Pirates of the Caribbean 4












































Synopsis

'Captain Jack Sparrow (Johnny Depp) finds himself on an unexpected journey to the fabled Fountain of Youth when a woman from his past (Penélope Cruz) forces him aboard the “Queen Anne’s Revenge,” the ship of the formidable pirate Blackbeard (Ian McShane)'

Ye korang, Kapten Jack Sparrow dan krew kapalnya telah kembali sekali lagi untuk pengembaraan  ke Swashbuckling di Pirates of the Caribbean on Stranger Tides! dengan musuh yang lebih power lagi, jangan ketinggalan tau

Apa lagi, cepat buat tau..

Siaran Langsung Perkahwinan Prince William & Kate Middleton Berserta Lagu Tema - I DO

Hi Korang,

Baru aku perasan rupanya hari ni hari bersejarah bagi Prince William dan Kate Middleton, iaitu Putera Raja Britain yang ensem tuh. Kawin jugak akhirnya setelah banyak betul gossip pasal anak mendiang Lady Diana ni kan.


Comey jugak Kate Middleton. Cam ne lah dia pikat Prince William nie. So secara automatik Kate ni dapatlah jadi Princess kan. Aku agak jelah kan.

Anyway, dah 2 minggu bila iklan kat tv pasal diorg ni mesti ada lagu yang I do I do tu kan. So aku pun search lah kat google. Dapat. Rupanya penyanyinya Colbie Caillat. Dia ni pun cantik jugak, suara pun sedap.

Meh layan lagu dan video clip nie




It’s always been about me myself and I
If all relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody’s other half
I was happy to say that our love wouldn’t last
That was the only way I knew to that you
You make we wanna say

I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do doo

Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh, I did, I get myself into

You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Tell me is it only me

Do you feel the same?
You know me well enough to know that I’m not playing games
I promise I won’t turn around and I won’t let you down
You can trust and never feel it now
Baby there’s nothing, there’s nothing we can’t get through

So can we say

I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo

Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won’t live without it, I won’t let it go

Wooh Can I get myself into
You make we wanna say

Me a family, a house a family
Ooh, can we be a family?

And when I’m old and sit next to you
And when we remember when we said

I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo

Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won’t live without it, I won’t let it go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you

Hah, apa macam? best kan. Liriknya simple je but meaningful tau. Sangatlah sweet je.


Tak silap aku ada live telecast petang pukul 3 cam tu kat NTV7. Best nie dapat jugak kita tengok kan. Nak tau jugak betapa hebatnya cara orang2 Britain kawin kan.

Ermm nak sambung lagi nyanyilah lagu ni sambil buat keje.

Selamat Hari Jumaat

Thursday, April 28, 2011

Masuk Suratkhabar Kejap

Hi Korang,

Kan hari tuh aku ada citer pasal ktorg pi test drive Exora tu kan. Tak sangka plak 2 hari berturut-turut masuk suratkhabar ek.

Semalam kat harian metro tapi gambar grouping. Hari plak gambo Mr Big sorang je masuk suratkhabar.

Nie hah artikelnya :-



Kalau nak baca details, korang click kat sini. Hah bukan main suka Mr Big kan, memang dia yang terpampang besau kat suratkhabar tuh. Nyampahhhhh

Alah, tak per hari tuh gambo aku masuk Bernama TV lagi tau. Langsung tak jelesssss okehhhh

Wednesday, April 27, 2011

3D Media Screening Of THOR

Hi Korang,

Baru-baru ini aku dapat jemputan untuk menonton filem THOR di GSC Mid Valley dari Nuffnang. Yang di jemput 10 orang tapi yang datang 8 orang je. Ermm tak perlah kan. May be ada benda yang tak dapat di elakkan agaknya.


Lepas gather semua sekali dan Fresh pi check attendance then ktorg dapat pop corn and coke free. Uisk best2 jimat sket duit kan. Bila nak masuk cinema tup tup diorg bagi cermin mata plak. Wah 3D screening rupanya. Dah lah aku first time masuk panggung 3D ni, jakun jugaklah sekejap kan. Sempat bercamwhore dengan Hazman dan Bella kan.


Ok ok jangan mengarut lagi. Meh layan sinopsis citer nie:-


'Marvel Studios expands its film universe with a new type of superhero: THOR. This epic adventure spans the Marvel Universe; from present day Earth to the realm of Asgard. At the center of the story is The Mighty Thor, a powerful but arrogant warrior whose reckless actions reignite an ancient war. Thor is cast down to Earth and forced to live among humans as punishment. Once here, Thor learns what it takes to be a true hero when the most dangerous villain of his world sends the darkest forces of Asgard to invade Earth. Kenneth Branagh directs this fantasy epic which stars Australian actor Chris Hemsworth as the ancient Norse god, Tom Hiddleston as his evil brother Loki, Natalie Portman as Jane Foster, a young woman who befriends Thor on Earth, and Anthony Hopkins as Odin, Thor's father and king of Asgard. Expect to see agents of S.H.I.E.L.D., previously seen in ''Iron Man,'' to make an appearance, further forshadowing the coming of The Avengers!'


Citer ini mengisahkan kisah pertelingkahan keluarga dan perebutan tahta di Asgard dan salah seorang daripada anak raja (Thor) tu dihalau turun ke bumi dan diselamat oleh seorang saintis muda yang cantik gitu. So bila adiknya (Loki) memegang tahta Asgard tidak lagi aman dan mereka datang mencari Thor ke bumi untuk menyelamatkan Asgard. Dapatkan Thor menyelamatkan Asgard dan bertemu kembali dengan saintis cantik tuh? Korang kenalah tengok sendiri kan.


Wah bestkan bila dah sinopsis, kalau pi tengok lagi best. Yelah banyak action yang menarik sangat. Terbang sana sini. Costume pun menarik. Bila tengok 3D lagilah aku kagum. Sampai aku rasa salji2 tu kena kat muka aku lah. Itu belum lagi tengok api memercik macam kena mata kan. Terperanjat2 pun ada.

Bagi yang kaki komik, eloklah pi tengok citer ni sebab jalan citer filem ni agak berlainan sket dari yang komik punya.


Berapa nak bagi rate ek? Of course lah 4/5. Two thumbs up!

Best wei, ice terkena kat muka tau..