Wednesday, May 4, 2011

MAK LAGENDA GIVEAWAY

Hi Korang,

Tengah lepak2 layan youtube sambil nyanyi ni aku pun sempat jugak berblogwalking jugakkan. Tup tup terpandang kat kat shoutbox aku ada orang ajak join giveaway lah. Ishk aku suker join benda2 cam ni kan. Mana tau ada chance menang kan. Hehehehe


Hah giveaway ni daripada Mak Mahsuri Lagenda tu lah. Ermm aku kenal dia ni masa ktorg sesama join Exora VIP Day tu lah. Dari situlah aku kenal dia kan.

Antara entry si mak mahsuri yang aku suka ialah


dan juga


Aku yang betul nak tau pasal mak mahsuri ermm

1. Betul ke hubbynya mak mahsuri tuh mat tiarap ek? Rasa cam ye tapi tak sure lah kan

2. Mesti busy kan nak tulis blog lain, nak jaga anak lain, nak jaga laki lagi kan. Citer sket lah.

Ermm itu jelah kot aku nak tanya. So aku tag ada 2 orang nie which is K Ina KL dan Daydeck86. Diorg berdua ni memang rapat giler dengan aku jugak lah.

Hah itulah jelah kot. Hopefully ada 'ong' lah kan.

hehehhehehe Wish me luck

WW - Nak Minum Tak?

Morning Korang,

Ermmm geli lah kan...



Kalau korang nak minum tak? Siap Marigold, aku nak buat complaint ke tak ek?

Korang rasa cam ne?

Nanti bagitau ek...

Tuesday, May 3, 2011

Apa Saja Di Bukit Bintang

Hi Korang,

Selamat hari selasa. Dah seronok2 cuti weekend hari tuh sampai semalam jangan plak malas keje kan.

Memandangkan cuti panjang nie, ktorg plan malas nak balik kampung coz takut jem instead ktorg bercuti di KL je. Tak kemana pun abiskan masa kat umah, pi orang kawin, service kete, beli barang dapur sket dan memacam lagi lah.


And semalam aku ikut bebudak opis aku ni pi Bukit Bintang alah sesaje je nak cuci2 mata kan. Sorang nak cari camera DSLR baru dan sorang lagi tak penah ke BB, maklumlah dia tu foreigner mesti tak tau jalan kan. Before 12 ktorg dah terpacak kat depan pintu masuk BB ni lah. Brunch kejap then ktorg merayap ke Low Yat Plaza dulu.


Pusing punya pusing jumpalah idaman hati minat ni kan, CANON 550D. So belek2 lah camera nie tanya harga tambah accessori sket tukar lens panjang sket upgrade memory card 8gb yang boleh main HD recording tuh agak berbaloi jugaklah harga yang ditawarkan. Kira mengigil jugak minah ni kan bile time nak bayo. Nasib baik ktorg bawak org expert pasal camera ni so senang lah sket. Tak de lah cam rasa kena tipu kan.

Pas tu plak, cari bag camera untuk mamat sorang ni plak. Banyak jugak pilihan yang best2 but harga melantun2 mahal jugak. Tawar punya tawar dapat jugak harga yang berkenan di hati.


Lebih kurang 2 jam jugak lah kat dalam plaza ni kan, uisk tak sangka payah jugak nak beli gadget2 IT ni kan. Masa mr Big beli dia punya dulu senang dan cepat je coz dia dah survey 3-4 kali kat sini.

Lepas tu ktorg sambung shopping + lepak kat Sg Wang Plaza plak. Ramainya manusia semalam kat sini sampai nak lepak pi minum kat Old Town pun tak de tempat lah. Lepak2 kejap minum sambi Borak2 Mr Big datang then after that ktorg split coz nak cari baju untuk photoshoot weekend nie.


Anyway bagi aku area Bukit Bintang ni memang seronok dijelajahi. Macam-macam benda kita boleh jumpa lah terutama sekali bab shopping2 ni. Macam aku ni cakap tak de nak beli apa2 last2 hangkut jugak handbag dan pump shoes. Tak taulah bila nak pakai standby beli je.

Sekali sekala hang out dengan bebudak opis time2 cuti ni cool jugak kan. Korang plak bercuti ke mana plak ek?

Sepanjang April 2011 - Kita Enjoy!

Hi Korang,

Macamana aku boleh terlambat update pasal summary keje berblogging aku untuk bulan April ni kan. Yelah cuti weekend ni sampai 3 hari kan sempena 'Labour Day'



Ya Allah, memang hectic betul. Memacam benda jadi. Bebanan kerja yang tak berapa busy sangat tapi aktiviti bersosial pun makin hebat. Uishk tak terkata lah. Korang check it out ni.

Event
Merasa jugak bawak Exora masa Exora VIP test drive day. Seronok oo hari tuh memacam ilmu dapat, makan dapat, upah pun dapat. Yang best tu dapat masuk suratkhabar lagi tau.

Premiere Screening
Ermm aku bernasib baik dapat tiket tengok citer Scream 4 dan juga dapat media screening 3D citer Thor. Jakun sekejap lah kan sebab first time tengok wayang pakai cermin mata.

Outing
Merasa jugak aku pi tengok wayang kat Gold Class kan. Dahlah tiket mahal tapi servis baik punya.Nasib baik free kalau kena bayar tak do lah nak pi kan.


Skills
Banyak jugak aku menbuat cubaan untuk memasak benda2 yang aku langsung tak reti masak kan seperti spagetti aglio olio, nasi lemak, murtabak maggie dan memacam lagi lah. Tapi sayangnya satu gambo pun aku tak amik coz betul2 terlupa. Yelah masak2 then terus je makan, bila dah kenyang baru ingat. Jawabnya bulan nie mesti amik full attention bila time nak masak kan.


 
Eh, skill berblogging pun banyak jugak. Bulan nie banyak betul product aku kena review. Kebanyakan make up lah. Itu yang seronok tuh. Sambil2 mereview dapat jugak aku bermake-up2 kan.

Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang dan juga personal media invitation. So thank you tau korang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya.

 
Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan April ni.

Monday, May 2, 2011

Jom Join The Churp2 Great Race, nak tak?

Hi Korang,

Kat Churp2 sekarang ni tengah heboh pasal The Great Race. Ala macam F1 race cam tuh. Tapi bukan lah lumba kat Sepang Circuit tau. Cuma lumba online je.


Caranya ? Senang je tak yah ada skill nak bawak kete pun. Korang cuma kena invite kengkawan yang lelain join sekali The Great Race ni then korang dapatlah jumlah KM berdasarkan point yang korang dapat kan.


Cuma tengok point aku sekarang nie. Kosong okeh zero.. Sebab aku tak rajin nak ajak korang main jugak kan game nie.


Wei join game nie bukan suka-suka tau. Ada habuan yang menanti seperti IPAD2, Blackberry, tiket wayang dan memacam lagi lah.

Hah, apa lagi cepatlah join kan. So kita leh sesama menang hadiah. Betul tak?

Meh klik sini