Tuesday, March 29, 2011

Memanjangkan Kaki Di Sini

Hi Korang,

Aku selalu citer yang aku ni keje kat site. Berpanas, berhujan, bermatahari, berbanjir dan memacam lagi ber kan. Tapi aku tak pernah expose kan cam ne rupa tempat aku cari rezeki kan.

So latety ni, rajin plak aku ke site. Yelah selain daripada tengok stage yang Adibah Noor nak nyanyi esok, aku pi lah melawat building2 yang dah siap tu  kan. Kalau korang tengok confirm tak larat nak jalan kan. Yelah betapa luas dan besarnya kawasan ni.



Nampak cam kecik je chimney tu, tapi bila dekat2 oit nampak mendongak ke langit ooo. Ini adalah sebahagian daripada apa yang ada dalam kawasan kilang ni.


Ni plak dalam one of the bangunan2 besau tuh. Aku sibuk nau mendengar explanation dari one of the supervisor ktorg ni. Ni kawasan dia so dia citerlah apa yang ada dalam bangunan tuh.


Kat sini plak, one of the tempat yang agak merbahaya sket. Yelah banyak bebarang chemical kat sini. Ada special jambatan tau depan aku tuh. Ewah2 tengok sibuk jugak dia nak interframe kan.

Itu jelah nak citer, actually banyak lagi tempat aku nak tunjukkan kat korang but  tak boleh lah kang marah plak tokeh kilang tu kan.

So itu dia serba sket tempat aku keje kan, tak lah bersih dan cantik macam opis korang tu kan.

Oklah nanti sambung citer lagi lah

P/s: kelakar plak bila aku tengok gambo aku pakai helmet tu kan, kedepan sangatlah

Mari Masak Telur Dalam Tar Jalan

Hi Korang,

Ktorg kat office ni ada je benda2 pelik yang suka sangat dibuat. Maklumlah selalu sangat tension dengan segala benda kat opis ni kan. Jadi banyaklah idea2 keji dan pelik timbul.

Hari tuh, tengah matahari tercarak kat atas kepala ni dan contractor tengah sibuk tar jalan. Ada sorang supervisor ni telah mengeksperimenkan masak telur dalam tar jalan tuh. La tar jalan pun tak tau, yang ni lah.



Masa dia masukkan tuh, ktorg tengok dari jauh coz malas nak keluar. Lebih kurang dalam 15minit cam tu suddenly dia datang bawak telur panas yang dah masak.


Inilah hasilnya. Telur setengah masak kan. Panas oi time dia kopek telur tuh. Dengan selambanya dia terus bedal pepanas tuh. Tak payah nak letak pepper or garam kan.

Actually, ada lagi benda2 pelik yang ktorg dah buat  kat site ni. Ermm nanti dulu lah citer ek.

Ok, nak chow pi tengok stage yang diorg ni dah buat untuk Adibah Noor perform esok petang kat site aku nie.


Monday, March 28, 2011

Sempat Lagi Membeli Belah Langsir di Warehouse Sale, Ampang Point.

Hi Korang,

Weekend lepas ktorg balik kampung. Mana lagi Sri Rampai, KL. Kampung sangat lah kan. Yelah mr Big kan orang KL. So itulah kampung ktorg.


Di sebabkan semalam tak de aktiviti nak buat lepas tengok pameran kucing kat Tasik Titiwangsa. So pegilah melepak ke Ampang Point. Lepas melantak mee mangkuk besau kat Taiwan House. Teruslah mencuci2 mata. Tengok2 ada plak warehouse sale bebarang rumah.


So singgah lah sekejap. Sekejap katanya, dekat 2 jam duk membelek barang2 murah tuh. Segala bendalah yang ditengok. Langsir, cadar, bantal, bantal sakit tengkuk, alas kaki dan memacam lagi lah.



Inilah yang sempat di sapu. Langsir tingkap, langsir sliding, langsir dapur, bantal lembu comel, bantal letak kaki. Mr Big cakap dah alang2 murah ni baik sambar, dahlah branded plak kan.

Shopping punya banyak barang, ingatkan mahal rupanya. Murah giler ooo. Tak sampai RM120.00 pun tau.

Ermm menggediklah korang tu kan, hah cepat pi ajak laki/mak/anak korang shopping kat Royel Ampang Point ni. Sempat lagi nie sampai 5th April 2011.

Cepat tau..