Sunday, September 26, 2010

DiGi iPhone 4 Real

Hi Korang,

Lagi cerita pasal iphone4 nie, dah 3 entry aku tulis pasal iphone4 nie kan. Suka lah iphone4 nie.


Kalau nak tau, Digi ada tawarkan package yang terbaik dari ladang untuk pembelian iphone4 nie.

Ala senang je, korang refer pics kat bawah nie:-

Apa macam? cool kan, taklah mahal sangat kan. Berpatutan. Sesuai dengan budget kan. Tapi korang rasa still mahal lagi, don't worry korang bolehlah discuss dengan Digi Customer Services. Mesti diorang nie ada solution.

 Hah, korang boleh check it out lebih lanjut lagi dengan click ke sini.

Settle, Task 3.

Saturday, September 25, 2010

DiGi iPhone 4 Play

Hi Korang,


Berikutan dengan entry semalam pasal iphone4 nie, aku akan sambung lagi citer pasal iphone4 nie lagi.

Selain boleh buat benda2 yang phone lain boleh buat, iphone4 jugak ada pelbagai function yang superb untuk digunakan.

So di antaranya, adalah:-


1. Glee Karaoke-Snag the Solo (App For Music)
All music available in the App is specially mastered and arranged. The unique pitch correction and vocal harmony software in Glee was developed by Smule for Glee and is not the same Antares Auto-Tune found in Smule's I Am T-Pain App.



2. iWriteWords (App for Mom & Dad)
iWriteWords teaches your child handwriting while playing a fun and entertaining game. Help Mr. Crab collect the numbers in sequence by dragging him with your finger - and drawing the letter at the same time. Once all the letters in the word are drawn properly, a cute drawing appears. Tilt your iPhone or iPod Touch and watch the letters slide into the rotating hole and advance to the next level.


3. Kitchen Calculator PRO ( App for Cooks)
How many of us struggle with "kitchen math?" The Kitchen Calculator PRO app makes cooking and measuring so much easier. Kitchen Calculator PRO does all the recipe conversions for you, and makes it simple to scale recipes up (or down) to change the number of servings the recipe yields.


Actually ada banyak lagi application yang canggih2 dalam iphone4 nie. Yang mana korang suka bolehlah share2kan dan bagitau aku eh. So apa macam agak2 korang lagi bertambah teruja tak nak guna iphone 4 nie. Aku nie lagilah kan, membaranya dalam hati nie lah.





So, settle task untuk Day 2!

MAGIKA! Dendangan Fantasi & Reality. Sangat Magiklah

Hi Korang,


Malam tadi, sempat jugak aku book tiket untuk tengok citer nie. Nasib baik maybank2u ada. So process book dan bayar tiket berjalan lancar.


Ktorg pi tengok ala dekat je, kat Alamanda Putrajaya. Ingatkan tak ramai orang la rupa-rupanye berlambak manusialah. Kecik besar tua muda semua adalah. Ktorg tengok show pukul 11pm. Seat pun dapat cantik. Belakang sekali.

Magika!

Sebuah muzikal filem arahan Edry KRU, buatan pertama kat Malaysia nie. Wah gah gitukan!.Nak korang baca sinopsis sket citer nie.

Filem ini mengisahkan dua beradik, seorang lelaki yang bijak dan kakaknya (lakonan Diana Danielle) telah tersesat dalam hutan belantara. Di situlah mereka termasuk dalam dunia Magica dan bertemu dengan pelbagai karektor popular dalam cerita dongeng dan mitos Melayu.Antaranya Badang ,(lakonan Mawi), Bawang Putih & Bawang Merah (Sharifah Amani & Aleya), Puteri Gunung Ledang ( lakonan Ning Baizura), nenek kebayan ( lakonan Ziana Zain) dan bermacam-macam lagi watak lakonan cameo ramai superstar Malaysia. Syabas diucapkan kepada KRU dan Edry kerana mampu mengangkat watak-watak terkenal dalam dongeng Melayu ke layar perak kerana ia sekurang-kurangnya dapat mengalih seketika tumpuan daripada Sleeping Beauty, Spider-Man, Cinderella, Zorro, Peter Pan dan macam-macam lagi watak rekaan Hollywood.


Ini di antara lagu dalam filem Magika nie. Aku suker sebab kelakar lah. Majoriti lagunya sedap. Tapi aku suka bila pokok menyanyi, ada muka lagi tau.


Aku rasa baik korang pi tengok citer nie. Memang sesuai untuk tontonan semua golongan. Bebudak kecik bagus. At least diorg boleh kenal watak2 citer dongeng kita dulu. Tapi aku tau ramai yang tak berapa minat tengok cerita melayu kan. But filem nie tak melewe tau.

Pas nie nak tengok citer nie plak.

I recomend la kat korang!

Friday, September 24, 2010

DiGi iPhone 4 Me

Hi Korang,

Aku rasa semua orang dah maklum pasal iPhone 4 yang baru launch hari nie kat Malaysia kan, betul tak? Eleh jangan buat tak tau. Kat radio, tv even kat Nuffnang blog pun ada kan. Nak tipu aku la tu kan.


DiGi iPhone 4 Me?




Aku memang nak sesangat lah Iphone nie. Nampak macam cool bila ada handphone yang canggih cam nie. Rasa bangga pun ada. Betul tak?

Bagi aku extra special featuresnya yang menarik. Cuba korang tengok nie.

Facetime

Bila korang buat video call, boleh nampak sekali muka korang kat skrin tu. So tak payah nak pusing2 belakang lagi.
Retina Display.

Biasalah sebesar mana skrin hp ni, kalau tengah baca online news mesti jumpa font kecil2 kan. Dah tak nampak. So iphone nie ada special function yang ala2 kanta pembesar. So korang bolehlah view sebesar mana korang nak.


Multitasking

Dalam satu2 masa, korang boleh guna iphone nie untuk pelbagai benda. Sambil surfing boleh dengar mp3, boleh ambik gambo sekejap. Cam tu lah.


HD Video Recording

Aku tau sekarang nie ramai bloggers tengah gila VLog, kan? So dengan adanya function nie, boleh korang record pelbagai video kan.
Hah, mesti sekarang korang dah rasa teruja untuk guna iphone 4 nie kan. Aku nie bukan apa, sebenarnya sebab aku nak sangat iphone 4 nie, ermm sebab nie lah.


Aku nak challengge dengan minah sebab dia selalu cakap iphone dia canggih. Iphone dia baguslah, boleh itu inilah. Ishk.. geramm mak nyah!


Actually bukan apa punlah, Nuffnang ada anjurkan contest untuk dapat iphone. So cepat2lah korang join tau. Untuk first day, korang kena buat nie...
DAY 1

1. Write a blog post with the title, “DiGi iPhone 4 Me”.
2. In your post, tell us why you want an iPhone 4 from DiGi.
3. Choose one of the five nifty badges below, and copy and paste the code provided to include it in your blog post.

Untuk first task nie aku dah siap, so kena tunggu untuk task yang seterusnya.

So wish me luck tau!

Thursday, September 23, 2010

Episod Akhir Epilog Syurga Cinta - Memang Di jangka!

Hi Korang,


Aku baru je abis masak lepas tengok episod akhir citer Epilog Syurga Cinta nie. Memang dah di jangkakan kata mr Big. Mesti happy ending. Eventho 1/2 jam yang pertama tu menampakkan Siti Syuhadah masih lagi dengan egonya yang tinggi.


Lepas je Irham berterus terang dengan Mia yang dia adalah ayahnya, Mia menangis tak henti2 sebab takmau percaya tentang hakikat itu. Tapi akhirnya beralah dan terus mengajak Irham mencari Cikgu Siti.


Sebelum Cikgu Siti pulang ke teratak untuk berkahwin dengan Ustaz Ryan, sempatlah jugak dia ke rumah Irham untuk berjumpa kali terakhir sebelum dia menjadi isteri. Tapi sampai disana, dia dengan tidak sengaja terpandang gambar Irham sewaktu kecil dan dia teringat bahawa Irham inilah yang dicari2 selama ini. Apakan daya, janjinya kepada Ustaz Ryan harus di kotakan. Dia terpaksa jugak berkahwin dengannya.


So di terataklah segalanya terbongkar, kisah cinta Irham dan Xeera yang lalu, pertemuan Cikgu Siti dan Irham di jeti dan segala2nya lah. Setelah atuk memberi kata2 nasihat kepada mereka berempat, so dapatlah kata sepakat.



Seperti yang mr Big cakap, mesti happy ending. So memang happy ending pun, Irham disatukan dengan Cikgu Siti dan Suhaila dengan Ustaz Ryan dan yang paling bahagia sekali Mia lah.

That's all geng!