Wednesday, May 19, 2010

Cik LilyPutih di Terjah Lagi

Salam Korang,

Blog saya di terjah lagi. Kali nie direview oleh Cik Catlina kite. Beliau baru sahaja menambahkan lagi bilangan blog yang beliau ada sekarang nie. Blog barunya yang diberi nama Catlina on makan-makan.

Saya berkenalan dengan cik Catlina melalui MomBloggersPlanet. Kami sesama menjadi ahli. Beliau juga merupakan resident contributor dalam MBP nie. Seorang Vet di Kluang, Johor.

Disebabkan saya yang amat suka makan-makan di merata2 tempat yang janji sedap, jadi beliau memilih untuk menerjah blog saya untuk di review.

cilok dari blog Catlina

Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada cik Catlina kerana sudi menerjah blog saya yang tak seberapa ini dan juga sayang akan pastikan saya meletakkan  badge yang meyelerakan tu di sidebar blog saya nie.


p/s : Kalau korang nak kena review dengan Catlina, silalah singgah ke blognya. Confirm dia akan buat review lah, siap dengan lucky draw lagi tau.

Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai… ayam den lapeh

(korang paham ke lagu nie ek?)

Tag Dr Lady of Leisure

Salam Korang,

Aku dah lama dapat tag dari Lady of Leisure nie pasal Kasut Kegemaran Anda. Tq tq.

cari gambo kasut favourite tau


 
Brand : Adidas

Harga : RM290

Tahun beli : November 2009

Reason beli : Suka sebab design yang sangat funky gitu. Terasa muda sket lah kan. Pakai kasut banyak colours nie. Lagipun salah satu brand favourite mr Big, dia yang bagi sebenarnya. Kasut nie selesa sangat sebab lembut je tapaknya. Sesuai di pakai ke mana2 pun. Dan yang penting pernah jadi penyelamat aku baru-baru nie. Nak tau, korang baca kisah nie.

Jadi kerja sekolah tag akan ku hadiahkan kepada:

K Fid
Sendra
Jiji
Nadnye
Farah

Jawab jangan tak jawab tau, nanti kite datang spotcheck ye, biar lambat asal selamat okeh!

Tuesday, May 18, 2010

Bila Seluar Dah Meletup

Salam Korang,

Saje nak citer nie. Aku nie memang tak pernah hantar baju ke seluar ke baju kurung ke baju keje ke langsir ke tailor. Seumur hidup belum penah lagi. Maklumlah aku kan anak tukang jahit so haruslah mak aku yang buat semuakan.

So disebabkan mak aku tak berapa nak pakai buat seluar lelaki, so mr Big dengan tak berapa relanya mengajak aku pergi tailor untuk buat seluar keje. Maklumlah perut makin besar kedepan so haruslah tempah seluar yang baru supaya tak de nanti kejadian zip meletups terjadi kan.

Ktorg pergilah tempah kat one of the kedai kat area Bangi nie.

Memula tuh kenalah pilih kain dulu. Boleh tahan murah gaklah buat kat sini. Selalunya dia tempah kat Pertama Complex kat sebelah Sogo tuh.

Ukur pinggang. Tengok betapa besar pinggang sampai pakai seluar bawah perut.

Pas tu ukur panjang kaki plak, tengoklah betapa sukanya model seluar nie

Ukur tempat lain plak, lebar seluar kot.

Ayoi, U ukur kasi betul aa. Tengok saya punya perut banyak besat oo

Aku cuma tau yang atas sekali tu je, pinggang 45". Yang lain hancur siot! Tak leh aku jadi tailor nie kan.

Hah, apa lagi, siapkan duit. Bayar je terus. Senang. Takde hutang.

Ooo cam tu rupanya, baru aku tau. Mak aku selalu buat ikut ukuran baju lama so senanglah tak yah nak ukur orang kan.

Pakai baju kancing la suasa
Pakai mari baba la melaka
Biar saya rosak la binasa
Kerana dia tidak mengapa

Aku jadi tukang jahit? Hoi, tangan dah lah keras nak menjahit plak, jahit butang bolehlah.