Saturday, August 20, 2011

Majlis Buka Puasa 'Universal Music @Shazana Pau Cafe KL

Hi Korang,


Semalam sempat jugak aku sampai on time untuk majlis meraikan anak-anak yatim Rumah Maahad Tahfiz Baitul Ummah anjuran 'Universal Music' di Shazana Pau Cafe, Kg Baru. Di sebabkan ktorg selalu makan kat kedai ni so tak jadi masalah untuk sampai dan jadi tour guide untuk bebudak blogger yang tak pernah ke sini.

Bloggers havoc yang sempat hadir (cilok dr Blog Zaid)

Dengan Tuan Punya Shazana Pau Cafe (cilok dari Eyriqazz)

Banyak pilihan okeh

Bukan setakat bloggers sahaja di jemput malahan residen artis bagi 'Universal Music' juga turut memeriahkan majlis nie. Di antara rakan artis yang hadir seperti Ana Rafali, Man Kidal, Sixth Sense, Ahmad Ahmad dan Saujana.

Juan Danza MC malam tuh

Tuan punya Shazana Pau turut menyumbang kepada anak-anak yatim

Selain daripada acara berbuka puasa, persembahan daripada artis-artis dan juga pihak Universal Music dan Shazana Pau Cafe juga turut menyumbangkan duit raya dan goddies untuk anak-anak yatim ini.

Kugiran Tepi Pantai

Yazer menghiburkan anak-anak yatim

Kemudian ada acara execlusive untuk bloggers plak. Ktorg di hiburkan dengan persembahan dapipada kumpulan Ahmad & Ahmad dan kumpulan Saujana. Best jugak tengok perform kan. Yelah live gitu.

Kumpulan Ahmad dan Ahmad. Diorg ni sempoi betul lah

Comey Ana Rafali nie

Persembahan Saujana.

Man Kidal

Kumpulan Saujana

Semoga acara seperti ini akan menjadi acara tahunan dan  menjadi ikutan badan-badan korporat yang lain. Syabas 'Universal Music'. Kami bloggers sentiasa menyokong usaha-usaha murni ini.






Buka Puasa With Universal Music

Hi Korang,

Aku baru je balik dari majlis buka bersama anak-anak yatim anjuran Universal Music


Di sebabkan dah banyak sangat bergambo dengan artis jadi baik letak gambo bloggers yang havoc tak ingat nie. Ini baru sebahagian je. Ada lagi bloggers yang duk tepi malas nak bangun amik gambo kan...

Later aku update lagi lah citer...

Thank you Hilal for inviting us. Lain kali ajak lagi tau.

Friday, August 19, 2011

R U Ready - Busco

Hi Korang,

Meh layan video clips dari one of new indie band yang meletup dengan lagu R U Ready nie




So ini lah diaorg


Comey kan.. bebudak nie. Kelakar plak tuh.. Ok nanti aku citer lagi lah BUSCO dan apa kena mengena dengan Prudential Inssurance kan...

Sementara tuh, layan je lagu R U Ready.. sedap jugak lah
See yea...

Thursday, August 18, 2011

Sayangi Kereta Anda : Jangan Sayang Sangat Nak Bagi Signal

Hi Korang,

Bertemu kembali dalam segmen sayangi kereta anda. Rasalah lama betul aku dah tak tulis pasal kereta ni kan.So meh lah kita sambung citer lagi.

Hari ni aku nak citer pasal...

Signal Kereta

Agak-agak kalau kita beli kereta baru, ada tak dalam kereta tu signal kereta. Of course lah ada kan. Belum pernah aku dengar lagi orang beli kereta tapi tak de signal kereta kan. Menipu namanya kalau tak de.

Sebagai pengguna setia lebuhraya KL - Seremban ni aku nak citer lah hal signal ni. Bukan apa, bila dah ada tuh tolong lah gunakan. Jangan lah menyusahkan driver yang lain. Especially bila nak masuk simpang. Aku banyak perhatikan majoriti driver2 kurang gunakan signal kereta ni. 


Kalau overtake tuh, lagi lah kan. Bila nak potong tuh, terus je masuk mendadak dengan tak tengok kereta belakang kan. So kita yang kat belakang nie kenalah mengalah kan sebab takut berlanggar. 

Aku pernah tengok accident yang puncanya daripada tak bagi signal. Kadang-kadang kita ni tercongok lah depan simpang nak kuar tapi tak boleh kan sebab banyak sangat kereta. Tapi kereta2 tu senang je masuk simpang tanpa bagi signal. Kan dah rugi time kat situ. Itu yang sesetengah driver jadi tak sabar dan terus menerpa untuk kuar simpang, so jadilah kejadian yang tak ingin berlaku.

So aku harap lepas korang baca luahan hati aku pasal signal ni, diharapkan korang lebih effisien lagi bila bawak kereta kan. Tapi attitude manusia ni susah di sangkal kan.

Bersopan-santun di jalan raya okeh.. Dah nak raya nie.. jaga diri dan kereta tau


P/S : Pics from Google

Wednesday, August 17, 2011

Boleh Menang RM10K Dalam Nescafe Chill Lah

Hi Korang,

Perasan tak, kat blog korang bahagian letak iklan tu kan ada iklan pasal Nescafe Chill Lah nie. Lah, tak perasan cam nie lah rupa iklannya.


Hah, perasan kan. Aku plak selalu perasan iklan nie dari Churp-churp social sharing Nescafe Chill Lah campaign ni. Banyak keluar iklan pasal contest nie.


Nak menang RM10K? Senang je. Meh sini aku nak citer.

Nescafe dengan baik hatinya nak bagi RM10,000 kepada mereka-mereka yang begitu kreatif untuk design tin air Nescafe Original. Konon-kononnya redesign balik lah kasi lebih cung lagi. Alah bukan korang kena fikir teruk-teruk lah, diorg ni dah siapkan template sebagai guideline untuk korang berkarya. Janji korang masuk je facebook ni Nescafe Chill Lah ni.


Nak tau lebih lanjut korang leh masuk facebook Nescafe Chill Lah ni (click je kat atas tuh). Dalam fanpage ni macam2 info yang korang nak tau pasal contest nie.