Wednesday, July 20, 2011

Premiere Screening Of 'Take Me Home' @ GSC Mid Valley, KL

Hi Korang,

Malam tadi sempat jugaklah sampai ke Mid Valley untuk premiere screening filem 'Take Me Home' ni. Nuffnang yang kasi tiket lepas jawab komen kat website dia kan hari tuh. 

Sesampai lebih kurang kul 7.30mlm. Kosong satu kaunter pun tak de. Ishk kene tunggu lah jawabnya. Lebih kurang 8pm cam tu, nuffies nie semua sampai. So kejut sket lah dengan nak susun badge, pasang banner kan. Berjaya juga aku dapat tiket walaupun depan aku tu, blogger tu melampau betul sekali amikkan tiket untuk 6 email. Dah kene sound baru lah nak blah kan.  Then pi makan kejap and masuk balik untuk citer nie.


Meh aku citer sket sinopsis citer nie:

Aku rasa citer dalam tahun 80an cam tu kan coz background music dan jalan citer cam old skool gitu. Mengisahkan Matt Franklin yang terlalu minat dengan Tori Federeking yang cun betul dari zaman sekolah sampailah diorg ni dah masuk alam pekerjaan kan. Hinggakan kakaknya Wendy dan rakan baiknya Barry sampai bosan dengar citer pasal si Matt ni. 


So one day diorg ni terjumpa balik dalam kedai yang Matt ni keje dan dari situ segalanya berlaku. Zaman sekolah kan memacam citer so start lah semua rahsia terbongkar. 

Apa macam? Simple je rumusan aku kan. Yelah kan citer sket2 je supaya korang lebih teruja nak pi tengok kan.

Bagi aku, citer ni ala romantik komedi. Jalan ceritanya simple, mudah difahami dan tak buat orang sakit kepala nak fikirkan endingnya. Totally kelakar but bahasa yang diorg gunakan cam  ganas sket lah.. Bebudak tak leh tengok citer. 18 tahun ke atas je ek. 

Not bad, sesuai untuk release tension lepas balik keje.

Mr Big kasi 3/5 je. Oklah tu kan.

Note : Kepada bloggers yang rasa2 selalu amik tiket untuk kengkawan korang tu banyak2 di harapkan dapatlah courtesy sket. Ingatlah orang lain yang datang awal. Ktorg orang yang datang awal selalu dapat seat yang mendongak ke langit disebabkan ko sibuk nak amikkan tiket untuk kengkawan ko kan.  Kalau amik untuk 1-2 orang tak kisahlah kan tapi kalau dah sampai 6-7 email itu kira melampau gak kan. 

Di harapkan jugak Nuffies pun strict sket lah. Jangan bagi muka sangat lah. 

WW - First Holiday

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week.


I really miss the teacher, the lecturer and the banker. Pendek kata i really miss them!

Kurus aku kan.. hakhakahkahkahakhakah...

Tuesday, July 19, 2011

Main Go Kart Lagi Dengan Geng In Trend Plak

Hi Korang,

Aku rasa citer ni 2 minggu lepas punya citer. Yelah dah banyak sangat event sampai boleh terlupa nak update kan. Actually Fara yang ajak aku jadi partner dia untuk event ni. Di sebabkan aku ada free sket pagi tuh so sampailah aku ke Sunway Lagoon ni.


Main Go Kart ni adalah anjuran majalah In Trend untuk pembacanya. Diorg ada war2kan kat FB page diorg so aku pun sent lah email. Tup tup dapat plak. Itu yang seronok tu kan. 


Tak ramai pun yang join dalam 8 orang termasuk Izi Sulaihi (OIAM) dan PA nya aku rasa. Sampai2 je kat Extreme Park tu hujan plak. So tak leh main coz track basah kena tunggu hujan reda dulu. 


Rasa cam lama juga hujan nak berhenti, ktorg di beri makan sket untuk alas perut. Alah nasi lemak je but nasi lemak dia sedap wei. Kari ayam yang marvellous. Sampai ikan bilis pun not bad. Ermm may be hujan kot itu yang semuanya rasa sedap tu kan.


Hujan pun reda so boleh kita start berlumba kan. Lepas diorg bersihkan track, sessi briefing pun bermula. Kena tau what Do & Don't kan masa racing, apa maksud flag dan memacam lagi kan. 


Game pun start, ktorg dibahagikan into 2 team. 5 minit untuk warming up, 10 round untuk race dan 10 round lagi untuk final race. So bersungguh2 ktorg ni, sampai terlanggar2 pun ada lah kan. Dapat jugak aku dengan Fara masuk final. 


Masa final ni memang ganas bebudak ni main, abis aku kena langgar kan. Berpusing lah kejap. heheheh best ooo Menang jugak dapat no. 5 je. Jadilah dapatlah t-shirt sekali buat kenangan.

Apa-apa pun memang best dapt join event2 cam ni. Selain dari dapat hadiah dapat jugak kawan baru kan.

TQ In Trend..

Monday, July 18, 2011

Jemputan Ke Malam Pratonton Filem Senario D' Movie OPS POCOT

Hi Korang,

Aku dapat jemputan lagi ke majlis pratonton Senario D' Movie OPS POCOT. Hehehhehe bestnya.



Tapi sayang, hari screening ni boleh sama plak dengan hari screening 'Take Me Home' dari Nuffnang. Cam ne ek?

Takpe2 nasib baik ada orang tu boleh tolong wakilkan aku tengok citer ni. Lagipun dia suka bergambo dengan artis. hehehehhe. TQ Hazman, nasib baik ko ada kan.

Thank you jugak MIG Online sebab selalu bagi aku ticket free ni. Aku rasa dah 4 kali kot aku dapat tiket wayang free ni.

Bergumbira D' ChurpOut Session @ Mark's Place

Hi Korang,

Jumaat lepas hujan lebat merata tempat kan, di tambah plak dengan everywhere jem kat memana pun kan but aku still sempat sampai Mark's Place, Plaza Kelana Jaya on time. Hehehehe.. Padahal keluar rumah time tuh dekat kul 7pm cam tu.


Tempat ini agak baru gaklah, banyak office so malam tak de lah nampak ramai sangat orang kan. Its actually bar and restaurant, tempat orang lepak2 pas keje kan.


Ini adalah first session bagi Churp-churp meet and greet with churpers semua and kenal dengan gorgeous churpies kan. So main aktivitinya borak2, main2 games dan makan2. Itu je.

4 ketul hotdog kena abiskan secepat mungkin

Aku memang tak boleh menanglah, beso tuh hotdognya kan

Buruk giler aku rasakan, sampai boleh lelap2 mata

Lepas registration, lepak borak2 dengan churpers yang lelain. Then ada acara makan hotdog yang paling cepat habis. Hazman lagi sket nak menang but telah di kalahkan oleh Simon Seow. It was very close competition lah kan. 

Churpies dengan makanannya.

Mr Big cakap mashed potato sedap

Then ada food presentation plak. Banyak but aku tak sempat nak amik gambo coz dah teliur sangat bila tengok, walaupun baru je bedal hotdoh sepinggan kan.

Bukan main seronok mr Big dengan Amir berjoget kan. Menang tiket wayang, jadilah kan. 
(Cilok dari Madammondoq)

Lepas makan ada lagi game which is cari partner tapi tak leh cakap cuma boleh cakap churp2 je. Memang kelakar, memacam bunyi keluar. Nasib baik bunyi kentut tak de kan. So first 5 couple menang tiket wayang but kena menari plak. Nie lagi lah kelakar kan. MrBig plak couple dengan Amir. Memacam aksi menari terkeluar lah kan.

Sempat bergambo dengan Juanita dan Madamondoq. Kira cam 1st jumpa diorg nie kan.

Ada live band perform which is not bad jugaklah, sekali 2 band tuh. Betul2 pack lah tempat tuh. Sampai ktorg duduk pun kena rapat2 dan share2. 


Anyway, thanks Churp-churp ajak ktorg makan2 dan bergumbira kan. Kasi tiket wayang dengan food voucher lagi. Lain kali kalau Churp2 buat event cam ni lagi, confirm aku nak pi okeh..


P/S : Aku tanya Michelle kenapa patung burung tu tak de, dia kata kene tunggu Churp2 punya next event..