Hi Korang,
Just simple entry untuk Wordless Wednesday this week.
Means a lot right for us. Satu hari nanti kita akan kembali jua kepadanya
Wednesday, March 2, 2011
WW - Ingatlah Kamu Semua
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
batu nisan
,
kubur
,
wordless wednesday
at
11:31 AM
2 comments
:
Tuesday, March 1, 2011
Its Mr Big Sweet Birthday Celebration.
Hi Korang,
Aku boleh plak terlambat nak tulis pasal ni. Kalau dia tau ni mesti dia kecik hati kan walaupun dia tu besau sebenarnya. hehehehehhehe dear jangan marah tau..
So this year, celebration untuk Mr Big sesangat simple. Yelah kena time hari keje kan, monday plak tu. Aku dah lah memang balik lambat kan. So ktorg celebrate kat restaurant area Bangi je. Ingat nak belanja kat Tony Romas jawabnya weekend nantilah ye.
Pas makan terus je balik umah dek kekenyangan sangat but sempat singgah ke Tutt Fruitti lagi kan. Terangkat ooo rasa yogurt ice-cream ni.
Happy 33th Birthday My Dear.. May all our wishes come true!. Hehehehe i tau u nak apa kan. I Lap U Very Strong tau..
Acara hembus lilin dan potong cake semua buat kat umah je. Sesangat simple. Buat kat depan tv je. Nasib baik aku dah siap2 beli cake sebelum sampai umah kan. Dia agak terperanjat gak sebab tak sangka aku beli cake untuk dia. Lepas dah nyanyi2 trus potong dan bedal.
So itu je, simple but sweet birthday celebration. Tapi kelakar jugak aku rasa. Yelah sambut berdua je
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
birthday celebration
,
birthday present
,
Happy Birthday
,
mr Big
at
11:21 AM
6 comments
:
Monday, February 28, 2011
Sepanjang February 2011
Hi Korang,
Ermm hari ni nothing much to write. Bukan sebab apa-apa pun. Tup2 hari ni aku naik pangkat jadi IT Support plak. Rupanya dari weekend lagi server opis ni dah down so hari ni aku baru tau. Itu yang letih tu, nak kena cari port2 yang yang kosong untuk dipindahkan ke switch yang lain. Ala kalau aku cerita details pun korang mesti tak paham kan. So tak yah citer lah.
Bulan ni, tak banyak aktiviti lah eventho banyak cuti public holiday kan but keje2 berblogging masih diteruskan jugak. So far ada a few activities yang dapat aku join.
Event
Aku dapat invitation for Hi-Tea with PM kat Putrajaya. Aku dapat juga tengok teater di Actor Studio Lot 10. Dapat jugak pegi Money Workshop.
Premiere Screening
Aku dapat jemputan dari Cik Hel untuk filem Ratu The Movie. Citer2 omputih aku tak dapat pun huhuhu
Outing
Tak kemana pun, cuma balik kampung tolong mak aku bersihkan umah masa time banjir hari tuh dan lepak dengan familly mrBig kat Pavillion je.
Skills
Ini lagi teruk, bulan ni jarang masak coz asyik balik lambat je. So aku mengasah skill mengorder kat kedai mamak bawah umah aku ni je.
Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang. So thank you nuffnang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya.
Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan Februari ni.
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
family outing
,
movie invitation
,
Nuffnang Event
at
5:55 PM
3 comments
:
Sunday, February 27, 2011
Review Filem : Ratu The Movie
Hi Korang,
Aku tengah minum manggo passion from Starbucks sambil update blog serta tengah tunggu citer Perempuan yang menang Anugerah Sri Angkasa hari tuh.. ishk tak start2 lagi lah plak.
Baru-baru ni aku datang jemputan dari Cik Helena untuk menonton pelancaran filem Ratu The Movie di The Curve Damansara.
File Ratu The Movie ini adalah arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen dan di edarkan oleh Wayang Studio International (WSI) and Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.
With Eizlan Yusof & Wife
Ermm nak cerita lanjut, kenalah tonton di panggung lah. Tak kan aku nak citer semua sekali kan.
Watak-watak utama di dalam filem ini merupakan pelakon-pelakon baru yang di ambil semasa sessi casting yang di jalankan ke seluruh negara. Mereka diberikan tunjuk ajar dan kursus lakonan oleh mereka2 yang berpengalaman.
Secara keseluruhan filem ini bagi aku biasa2 saja. Sesuai untuk tontonan sessi keluarga. Tak payah nak fikir secara mendalam sebab aku boleh predict kesudahannya.
Anyway filem Ratu the Movie akan di tayangkan secara serentak ke seluruh negara pada 17hb Mac 2011. So Selamat menonton!
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
artis cantik
,
Cathay Cineplex
,
filem review
,
press blogger
,
ratu cantik
,
ratu the movie
at
9:58 PM
1 comment
:
Saturday, February 26, 2011
Tolong Hentikan Penderaan, Aku Takut!!
Hi Korang,
Baru-baru ini aku dapat invitation untuk ke 100th International Women's Day + sessi teater Life Sdn Bhd : Abuse di The Actor Studio Lot 10 KL.
Jemputan ini merupakan 90 minutes yang pertama dalam meraikan 100th International Women's Day. Kagum jugak aku kerana di jemput ke event2 yang menarik seperti ini.
Penderaan bukan sekadar secara fizikal tetapi penderaan juga boleh datang dalam bentuk mental dan emosi dan yang paling teruk penderaan juga boleh berlaku di persekitaran kita tanpa kita sedari. Di dalam sessi teater Life Sdn Bhd : Abuse ini, para-para pendukung watak ini berjaya menceritakan semula segala jenis penderaan yang sering berlaku setiap hari tanpa kita ketahui.
Bermula dari anak-anak kecil yang tidak kenal erti kehidupan sehingga ke para isteri, para ibu serta haiwan yang tidak berdosa ini didera mengikut sesuka hati. Ini lah lumrah alam yang kita harus tempuhi. Walaupun mereka ini boleh bersuara tapi mereka ini tidak berdaya untuk melakukannya cuma segelintir sangat yang mampu bebas dari penderitaan ini.
Totally menarik sessi teater ini, aku rasa sangat terhibur dan hiba bila mendengar rintihan2 mereka ini sehingga tak sangka aku hampir menitiskan air mata.
Mesti korang teruja kan, dengan apa yang aku cerita ini tadi. Sessi teater ini akan berlangsung sehingga 27hb Febuari 2011, dan ianya percuma tetapi kenalah buat tempahan tiket di www.kakiseni.com. Pengarah ialah Dato' Faridah Merican.
Sekiranya korang tak berkesempatan korang boleh sama-sama menyumbang kepada Matlamat para pelakon ini iaitu dengan menyokong dan menyebar link dibawah untuk kesedaran kita semua.
Actually pelbagai cara jugak kita boleh banteras gejala penderaan. Ayuh! lakukan lah sekarang!
As usual, bloggers memang tak boleh tinggal untuk bergambar kan. Walaupun tak ramai yang di undang tapi kemeriahan tetap dirasakan. So terima kasih Nuffnang di atas jemputan ini.
MANifesto is also a partner to Churp Churp and Nuffnang.
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
100 women
,
actor studio lot 10
,
fizikal
,
kakiseni
,
manifesto
,
mental
,
penderaan
at
12:15 PM
2 comments
:












