Showing posts with label ratu the movie. Show all posts
Showing posts with label ratu the movie. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Review Filem : Ratu The Movie

Hi Korang,

Aku tengah minum manggo passion from Starbucks sambil update blog serta tengah tunggu citer Perempuan yang menang Anugerah Sri Angkasa hari tuh.. ishk tak start2 lagi lah plak.


Baru-baru ni aku datang jemputan dari Cik Helena untuk menonton pelancaran filem Ratu The Movie di The Curve Damansara.


File Ratu The Movie ini adalah arahan Prof Madya A.Razak Mohaideen dan di edarkan oleh Wayang Studio International (WSI) and Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.

With Eizlan Yusof & Wife

Filem ini mengisahkan cerita tentang 10 orang bakal ratu cantik terdampar di sebuah pulau akibat ribut kencang semasa percutian mereka bersama-sama krew pertandingan ratu cantik ini. Pelbagai kejadian aneh yang berlaku kepada mereka yang mengakibatkan mereka hilang satu per satu secara misteri.

Ermm nak cerita lanjut, kenalah tonton di panggung lah. Tak kan aku nak citer semua sekali kan.


Watak-watak utama di dalam filem ini merupakan pelakon-pelakon baru yang di ambil semasa sessi casting yang di jalankan ke seluruh negara. Mereka diberikan tunjuk ajar dan kursus lakonan oleh mereka2 yang berpengalaman.

Secara keseluruhan filem ini bagi aku biasa2 saja. Sesuai untuk tontonan sessi keluarga. Tak payah nak fikir secara mendalam sebab aku boleh predict kesudahannya.

Anyway filem Ratu the Movie akan di tayangkan secara serentak ke seluruh negara pada 17hb Mac 2011. So Selamat menonton!