Wednesday, August 18, 2010

Jangan Salahkan Jam Kalau Terlambat Sahur!

Morning Korang,

Dah lama x menulis time pepagi nie kan. Terperanjat gak rasanya nie. Nak tau sebab apa?


Hah lambat bangun sahur lah. Aku rasa inilah first time terbangun sahur dah hujung2 nyawa dah nie. Sebelum nie memang tak pernah pun.

Walaupun aku bukan penggemar bangun sahur yang tegar, aku tetap bangun untuk temankan mrBig makan. Normally dia akan makan cornflakes dengan susu je. Jarang makan nasi kecuali aku masak untuk buka jika ada lebih. Tapi makan benda cam nie lagi bagus kan. Nah korang leh baca kat sini.


"Utamakan makanan yang lambat hadam untuk sahur anda kerana ia boleh bertahan selama 8 jam berbanding makanan cepat hadam yang bertahan cuma 3 ke 4 jam sahaja. Antara makanan lambat hadam ialah beras perang, barli, gandum penuh, oat, semolina, kekacang (seperti dal, kacang hijau), roti gandum penuh, capati, roti nan. Makanan ini juga dipanggil karbohidrat kompleks.
Manakala makanan yang cepat hadam antaranya makanan yang mengandungi gula atau tepung gandum biasa (warna putih)"

So malam tadi, selalunya dia akan tidur dulu dari aku sebab aku nie heboh nar melayan bertweet2 dengan geng talibarut K Ina KL. Agaknya aku selalu conquer PC nie so dia plak duk melepak depan PC sampai tengahmalam kot ( aku tidur dulu) di samping itu hujan turun renyai2 plak kan. So agak nyenyak lah tidur memasing.


Tup tup, dia kejut aku dengan keadaan mengelabah. La rupanya lagi 10 minit dah nak waktu imsak. So kelam kabutlah dia kat dapur tadi. Capai apa yang dapat then trus makan. Aku teguk air suam je. By the time dia habis makan je, terus azan dah. Lepas abis makan tuh, terus dia membebel jam loceng tak bunyilah, dah kunci tapi sebenarnya terlupa nak kunci. Aku cakap, jangan salahkan jam okeh salahkan diri sendiri. Terus dia buat bodoh je.


Moral of the entry : Jangan salahkan jam loceng bila lambat bangun dan jangan jeles bila wife korang melepak dekat PC sampai larut malam (ala bukan buat apa pun kan!). hehehehhe

p/s: Korang jangan bagitau mrBig plak tau. Habis aku kene baham malam nanti! hehehehehe

Pics : Thank you Google

Tuesday, August 17, 2010

Baru Balik Dari Bazaar Gesel Bang..

Hi Korang,

Ewah2 bila entry pasal nuffnang je, terus meletops kan. Semua nak tau apsal aku I Love U sangat kan. Dah2 tak de entry pasal buffered earning lagi nie.

Nie aku nak tanya pandangan korang tak berapa nak terang tu kan, sebab sibuk melayan mata yang kuyu kan akibat banyak makan masa buka tadi tu kan.

Betul ke bazaar ramadhan nie bazaar gesel? Hah korang tengok gambo2 yang aku cilok dari pakcik google nie



Hah, betul tak apa yang aku tulis tu kan. Memang mana2 bazaar ramadhan sekarang nie memang sesak dengan orang. Tak kiralah melayu, cina, india, orang indon, mamat bangla dan nepal pun ada. Maklumlah memasing mencari juadah untuk berbuka puasa kan. Tapi bila dah ramai2 dah bergesel2 tuh, macam2 bau yang lalu kat hidung aku selain daripada bau2 ayam2 golek dan ayam percik yang harum tu kan. Lagi dekat bergesel lagi menusuk terus ke hidung. Kekadang tu aku rasa sampai tak boleh nak bernafas. Betul tak nyah?


Tapi tak boleh nak salahkan pengunjung yang datang jugak kan. Para peniaga pun penyumbang pada bazaar gesel nie. Mana tak nya, kalau pacak meja makin hari makin kedepan so ruang pengunjung nak berjalan tu dah makin sempit. Itu tak kira lagi pengunjung yang stop by nak beli makanan kan. Lagi ramai orang kat gerai tu, makin jem tempat lah so makin menjadi2 lah bergesel2 kan.


So untuk elakkan diri dari terus jadi mangsa geselan, korang pegilah awal sket. Kurang sket orang. Tapi kalau dah tak dapat nak elak, korang terus jelah bergesel tu ek. Tapi jauh2 sket lah janganlah dekat sangat. Mana lah tau jadi benda lain plak kan. La aku tak cakap pun pasal kena raba lah tapi pasal penyeluk saku. Jaga-jaga korang ingat bulan puasa nie diorang tak buat keje ke?

Hah, bazaar ramadhan tempat korang bergesel tak? Kalau tak bergesel tu, bazaar tempat korang tu tak popular la kan. hehehhehehe..

Monday, August 16, 2010

Thank You Nuffnang, I Love U Lah

Hi Korang,

Quick entry je. Simple but bangga gak lah.

Semalam kat hari ahad. Cuti. So godek2 website Nuffnang nie. Check sana check sini, update survey, baca2 entry bloggers lain kat innit. Then tetiba je, aku terperasan ini...



Jeng jeng jeng...

Macam tak percaya pun ada, sekali dapat sampai 7 buffered earning. Alhamdulillah. Berkat bulan puasa nie kot.

Anyway aku akan jadikan ini sebagai motivasi untuk berblogging lagi. Sepatah kata..

I Love U Nuffnang

p/s: Ada gak duit untuk beli langsir raya nanti kan.

Sunday, August 15, 2010

The Expandables Movie - Gaduh,Debar & Darah

Hi Korang,

Sehari tak update rasa cam tak keruan jelah. Maklumlah dah addicted to blog kan namanya. Nie nak story sket aktiviti yang kitaorang malam tadi.. (Wah, ayat cam tak ingat ek!)

Model yang Setia.

Friday nite semalam kitaorang ke Alamanda, Putrajaya. Bukan untuk shopping raya tapi untuk menonton filem The Expandables nie. Semalam official release cerita nie. Tapi yang nie bukan Nuffnang kasi tiket free okeh, mrBig book online. Senang katanya. Boleh pilih seat lagi kan.  Dalam pukul 9.00pm kitaorang sampai. Dapat parking pun just nice dekat dengan cinema. Beratur pun sekejap je coz dah siap bayar online.


So The Expandables nie mengisahkan sekumpulan lelaki yang merupakan pembunuh upahan (baik tau!) di kehendaki menjalankan tugasan sulit dari pihak CIA. So memacam bendalah mereka2 nie kene tempuh. Nak tau pasal citer nie, check it out review nie..



“The Expendables” is essentially a movie about Barney and Lee, where a bunch of other guys show up every now and then when people need killing. The gang’s latest job takes them to a small South American island currently under the despotic iron fist of General Garza (“Dexter’s” David Zayas), a cartoonish bad guy who is himself under the cruel thumb of ex-CIA scumbag James Munroe (Eric Roberts). Ol Munroe has strong-armed the General and his country on the strength of greed and able assists from his own two muscle-bound meatheads, Paine (Steve Austin) and The Brit (Gary Daniels). And if you’re wondering how Munroe and his two henchmen have managed to keep the entire country in line, keep in mind that Barney and his four guys have just been hired to kill the whole regime. So yeah, we’re not exactly dealing with the Iraqi Republican Guard here.

Antara aksi hebat.

Aku suker dia nie, macho siot!

Bagi pandangan aku citer nie memang best. Aksi ganasnya sangat meletops uolls. Aksi 18sx pun ada jugak tapi sket jelah. Bila ada aksi2 yang best, penonton dalam panggung nie siap tepuk2 tangan lagi lah kan.

Layan trailer nie dulu tau!

Jadi korang yang suka citer bergenre aksi ganas nie, wajiblah korang pi tengok. Tak rugi korang bayar memahal2 sebab majoriti para pelakon citer nie adalah hero2 hollywood yang top top lah.

p/s: Ramai plak orang tenok wayang dalam bulan puasa nie ek?

 

Friday, August 13, 2010

Sedap Ke Kurma Tuh?

Hi Korang,


Lama tak citer pasal makan ek. So hari nie nak citer sket lah.

Bila tiba je bulan puasa, dengan tiba-tiba kurma pun trus jadi top.Mana-mana korang pergi ada je orang jual kurma kan? Bazaar ramadhan, pasar malam,pasar tani, shopping complex tak kira tempat lah mesti korang terpandang orang jual kurma kan.

Maklumlah Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma. Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :


“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”.

Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;

1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)

3-Glukosa(50.0~57.0%)


Khasiat Kurma

1. vitamin A & C baik untuk kulit dan awet muda
2. potassium tinggi baik untuk sistem saraf, lemah otot, sengal-sengal, badan letih dan lesu, menghilangkan tekanan(stress) , menguatkan minda.
3. zat besi dan kalsium baik sebagai sumber tenaga, terutama untuk ibu mengandung, selepas bersalin dan menambahkan kandungan susu ibu.
4. Serat buah kurma amat baik untuk pelawasan serta mencegah barah usus besar
5. Ia juga berperanan dalam membantu pembesaran kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.
6.Kurma juga dikatakan menambah tenaga seksual atau tenaga batin
 
Sumber : PakarHowTo dan Google
 
Tapi korang nak tau tak satu rahsia pasal kurma nie? Meh sini aku cerita.

Aku Tak Makan Kurma!!!

Actually aku nie tak makan kurma. Bukan mak ayah aku tak ajar tapi aku tak boleh nak telan. Even dah kene paksa makan pun aku still tak boleh gak. Aku penah rasa dulu sekali je, masa berbuka dengan family mrBig. Masa tu, bila mak mertuaku suakan aku nak tak terpaksalah aku makan gak but aku simpan je dalam mulut pas tu terus pi toilet then buang. Sampai sekarang sorang pun tak tau pasal hal nie.


Aku sendiri pun tak tau kenape aku tak boleh telan kurma nie. So far rasanya not bad. But still tak boleh gak.Bukan setakat kurma segar,segala jenis menu yang ada kurma aku memang tak sentuh.  Aku rasalah sampai sekarang rasanya ramai lagi family members aku yang tak perasan aku tak makan kurma. Nasib baik mrBig ok je, dia jenis tak kisah pun kan.

p/s: Korang jangan nak pandai2 pi citer dengan sesape ek. Malu aku oooo. huhuhuhu...