Tuesday, May 17, 2016

Shell Electric Run 2016 Tetap Meriah Walaupun Hujan Lebat Tau...

Hi Korang,


Ini kira first time aku join event berlari-lari ni, selalunya jadi media je untuk cover event kan.



Apa mende alah lah Electric Run ni ek?

Ianya merupakan larian di waktu malam sepanjang 5km di kawasan yang di sinari lampu-lampu neon yang di reka khas bagi mencantikkan dan menjamu mata korang bila berlari, actually tak berlari pun sebab rugi berlari tak dapat nak selfie dengan lampu yang berwarna-warni ni. Kali ini Shell Electric Run 2016 ni di adakan di Selangor Turf Club.






Sekarang ni kan musim hujan petang so on that day, sebaik je aku sampai ke tempat tuh untuk register hujan plak selebat-lebat alam turun sampai ada setengah naik air tau. Tapi sebab semangat gak, bila time hujan dah reda sket ktorang pun turun lah.


Bayangkan dengan hujan lebat dengan orang ramai, memang kuyup baju semua kan, register pun dalam hujan lebat, sempat jugak ambil gambar time hujan-hujan tuh sebab rasa teruja wei. Once dah siap ambil gambar duduklah tepi kejap sementara menanti masa untuk flag off.

kosong je sebab belum bukak lagi kan

nampak sape yang excited lebih kan!

Lebih kurang dekat pukul 9.00pm kot baru dapat pelepasan untuk flag-off, yelah ko kira-kira 15,000 orang yang sertai larian ni tau. Sampai tempat makan yang ada food truck tuh kemain sesak lagi wei dengan ramai orang tambahan pulak ada voucher dari Shell iaitu deli2go lagi lah penuh kan.

Yeah berlepassss



Masuk-masuk je adalah pelbagai jenis laluan yang memang merentap jiwa aku, sebab apa? Lawo bebenau sungguh. Ada courseland 'Water Station', Neffmau5, 'weathered the storm', Rainbow Road, Under The Sea dan Candy Lane dan kesemua ini dibawakan oleh Shell dan juga official university partner iaitu Limkokwing University of Creative Technology.

Tengok ni,








Cantik-cantik belaka kan, kalau tak hujan lagi cantik oooo..

Participants pledge to a cause by placing glowsticks into coll

Yang ni memang aku nak share sangat dengan korang tau..

Final courseland iaitu The Powerhouse, ktorang dapat explore Shell FuelSave Do More LED Maze.


Do More LED Maze ini di reka untuk membantu dan menyebarkan lagi mengenai kecekapan bahan api iaitu minyak secara seronok supaya korang boleh praktikkan di dalam kehidupan seharian kita semua.


LED Maze ini diperbuat daripada gabungan bahan-bahan termasuklah plywood, metal poles, tarpauline visual wrap, emulsion finish, LED rope lights, LED strips dan LED rainbow lights.

Ada 7 seksyen di dalam LED Maze iaitu


1. Shell Station Zone
Visit a Shell Station unlike any you've ever seen

2. Shopping Zone
Strut alongside a display of the latest high fashion

3. Movie Zone
Pretend to be director on a movie set

Shell FuelSave Do More LED Maze - Sports Zone

4. Sports Zone
Get physical with a basketball hoop and football set

Shell FuelSave Do More LED Maze - Road Trip Zone



5. Roadtrip Zone
Take break at some of Malaysia's best tourist destinations



6. Food Hunter Zone
Have a drink at a hawker stall

Shell FuelSave Do More LED Maze - Party Zone

7. Party Zone
Party with dancing robots or spin tunes at the DJ Booth

Memang sangat seronok bila berada kat setiap zone ni dan lagi syiok ktorang boleh selfie sebanyak mungkin di setiap zone untuk redeem goodies bag tau, oh goodies siapa yang tak suka kan tapi Sebab lepas hujan dan jalan berlumpur sket aku malas nak keluarkan camera untuk snap, so ada beberapa keping gambar untuk tatapan korang ek


Best jugak goodiesnya tau, ada voucher Lazada, voucher Bfab, gym pass Celebrity Fitness, touch n go, Walls Ice cream dan memacam lagi lah


Abis daripada LED Maze tuh of courselah ada party kan, siap ada persembahan artis lagi tau. So lets party all night long.... Uahuauaha


Selain daripada dapat medal sebab berjaya lengkapkan larian, ktorang jugak dapat goodies yang best-best belaka daripada sponsor yang awesome belaka.


Terima kasih kepada Shell yang menganjurkan event yang awesome lagi berpengetahuan, selain daripada bersuka ria, dapat jugak ilmu mengenai penjimatan minyak serta dapat bersenam jugak ek

Untuk info lanjut korang boleh check it out di 


Twitter :

Instragram :

dan untuk mengetahui tentang cara-cara kita boleh jimatkan minyak kereta, korang boleh layari www.shell.com.my

Hopefully tahun depan ada lagi Shell Electric Run ni ek


Monday, May 16, 2016

Buffet Ramadhan 2016 | DORSETT GRAND SUBANG – Dapatkan Voucher EARLY BIRD Murah Sekarang Jugak Tau

Hi Korang,


Yeah citer pasal buffet Ramadhan lagi ek

Kali ni aku nak kongsikan buffet Ramadhan di Dorsett Grand Subang ni tau.


Actually pihak Dorsett Grand Subang menawarkan 2 pilihan tempat berbuka puasa di bawah satu bumbung. Hah amik ko, sekali 2 tempat diaorang buka sempena bulan puasa nanti yang bermula dari 7 Jun hingga 6 Julai 2016.

Ni aku sharekan 2 tempat berbuka puasa yang best ni ek.

Selera Kampung @ Melati

Selera Kampung membawa kembali nostalgia rumah, melalui masakan Malaysia yang asli dan dekorasinya. Pelbagai jenis hidangan buffet yang secara bergilir-gilir daripada pembuka selera hingga ke pencuci mulut yang bakal menggoda korangtau.

Selalunye roti john, now roti pak ali ek

Bagi mereka yang sudah pernah berbuka puasa di sini, pasti mereka mengharapkan hidangan sup ‘Gearbox’ akan ada di sepanjang bulan Ramadhan ini. Sup berkhasiat dan lazat ini adalah terkenal kerana pihak hotel menggunakan tulang lembu yang direbus dengan pelbagai rempah ratus yang membuatkan korang jatuh cinta padanya kan.


Selain daripada sup ‘Gear-Box’ yang fames tuh, korang jugak bakal menikmati pembuka seleraa seperti Kerabu Mangga, Ulam-ulaman segar dan Kerabu Jantung Pisang. Bagi hidangan utama pula, terdapat nasi briyani ayam, lemak nenas ikan, mee rebus dan pelbagai lagi.

Untuk menambahkan selera makan korang di waktu berbuka nanti, Geng Wak Long akan menghiburkan para tetamu dengan kehebatan muzik mereka yang terdiri daripada muzik tradisional Kelantan ke muzik pop Malaysia setiap hari di sepanjang bulan Ramadhan ini. 

Kalau korang datang berbuka puasa di hujung minggu iaitu dari Jumaat hingga Ahad, korang akan berpeluang untuk memenangi Hadiah-hadiah daripada cabutan bertuah mingguan yang ditaja oleh penaja-penaja yang hebat tau.

Bermula dari 6.00-9.30 malam pada harga RM140.00 seorang dewasa, warga emas dan kanak-kanak (6-12 tahun) akan mendapat 50% diskaun tau.

Untuk tempahan di Selera Kampung @ Melati, hubungi 03-5031 6060

Flavours of Ramadhan @ Terazza Brasserie

Daripada hiasan ala Mediterranean, Terazza Brasserie kini berubah menjadi Syurga bumi Arab. Dihiasi dengan kain-kain labuh berwarna-warni, khemah-khemah tersergam dan lampu yang bersinar, menerangi suasana di Ramadhan Terazza Brasserie.


Chef Shabani Sahan, Sous Chef dan pasukannya telah menyediakan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa yang diilhamkan oleh tema Arabian Ramadhan ini. Dari pembuka selera untuk korang, keluarga dan rakan-rakan akan jatuh cinta dengan pilihan menu pencuci mulut yang lazat, secara bergilir-gilir pada setiap hari.


Hidangan buffet yang ditawarkan meliputi hidangan tempatan dan antarabangsa di ilhamkan daripada menu makanan arab iaitu Shawarma, Kambing Panggang bersama Nasi Arab dan juga – Turkish ice cream yang cukup enak. 


Shawarma adalah penyediaan daging Timur Tengah yang terkenal, di mana daging yang disusun dan di panggang secara menegak, berputar-putar sehingga masak. Kemudiannya daging ini lapisan demi lapisan dan dibuat menjadi sandwic terdiri daripada sayur-sayuran dan sos istimewa.

meh layan video turkish ice cream ni ek

Aiskrim Turki (atau Dondurma yang bermaksud pembekuan di Turki) adalah pencuci mulut biasa dijual di Turki oleh vendor jalanan troli dan dihadapan kedai. Aiskrim Turki lebih unik daripada Aiskrim biasa oleh kerana faktor tekstur dan ketebalan. Oleh kerana sifatnya yang tebal dan agak liat sedikit, Aiskrim Turki itu perlu sentiasa dikayuh ke kiri dan ke kanan dengan lebih lama untuk mendapatkan hasil yang menarik. Kita pun boleh jadi leka dibuatnya tau melihat sendiri bagaimana tukang ais krim mengayun pencedok ais krim tersebut.

Flavours of Ramadhan @ Terazza Brasserie bermula dari 6.00-9.30 malam pada harga RM150.00 seorang dewasa, warga emas dan kanak-kanak (6-12 tahun) akan mendapat 50% diskaun tau.

Untuk tempahan di Flavours of Ramadhan @ Terazza Brassiere, hubungi 03-5031 6060 ext 1912.

Tempahan awal adalah digalakkan untuk mengelakkan kekecewaan.

Dari 1 Mei hingga 7 Jun 2016, Dorsett Grand Subang menawarkan baucer 'Early Bird' untuk 25% off, korang boleh membeli di kaunter Ramadhan kami terletak di lobi hotel, di hadapan Piano Lounge.

Atau pun, 

Untuk pembaca blog CikLilyPutih.com ni ada berita baik untuk korang tau.

Flavours of Ramadhan @ Terazza Brasserie voucher code

Selera Kampung @ Melati voucher code

Just call dan bagitau voucher code dan korang dapatlah diskaun 25% off, so tak payah nak singgah ke Dorsett untuk beli voucher kan. 

Settle dah boleh pi berbuka puasa nanti ek

DORSETT GRAND SUBANG
Jalan SS12/1,
Subang Jaya 47500, Malaysia 

Email:

Telephone:

Ok ini baru satu hotel yang aku tulis, sebenarnya ada banyak lagi tau. 

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2016, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat danPROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2016 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.



Mari Sokong Cik Lily Putih Bersama ALAM FLORA Dalam Kempen ‘LOVE FOOD, HATE WASTE’

Hi Korang,


Bila citer pasal Alam Flora je dah tentu-tentu korang ingat aku akan citer pasal sampah kan ermm yesza memang betul pun tapi sampah in terms of kita sendiri pun tak pernah terlintas nak fikir kan

Iaitu

LEBIHAN MAKANAN

nampak ni, makan makan dan makan je kejanye kan

Jangan nak tipu cakap korang makan sampai licin senantiasa kan. Memang nampak nau tipunya, alah bukan korang je kekadang aku pun sama gak, maklumlah we’re not perfect human ek.


Bila time lapar, rasanye semuanya kita nak order dari appetizer sampai ke dessert lepas tuh makan sket dah kenyang sudahnya makanan tak abis tuh tinggal cam tu je terbiar. Ada pack bawak balik then masuk fridge, 2-3 hari baru teringat nak makan mane sedapa lagi so jawabnye ke tong sampah hitam jelah. 

Tak ke membazir tuh!!

So memandangkan keadaan lebihan makanan ni dah semakin meningkat so pihak Alam Flora untuk menlancarkan kempen ‘LOVE FOOD, HATE WASTE’ ni

Apa dia LOVE FOOD HATE WASTE ni?


Kempen Love Food, Hate Waste merupakan kempen yang berasal daripada United Kingdom pada tahun 2007 yang bertujuan untuk mengurangkan jumlah lebihan makanan. Kempen ini telah banyak di promosikan dan di sebarkan ke merata negara untuk membantu menjimatkan wang dan memberhentikan beribu-ribu tan makanan di buang begitu sahaja. 

Info yag bagus untuk pengetahuan korang tau

So Alam Flora mengambil inisiatif ini untuk menyebarkan informasi yang melalui kami bloggers yang comey-comey ni ek hehhhee

Sehubungan dengan itu, Alam Flora bakal mengadakan KL Bloggers Hunt 2016 pada 18hb Mei ni disekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi menyebarkan lagi pengetahuan orang ramai di luar sana mengenai kempen ‘LOVE FOOD, HATE WASTE’ ni.


Dan aku adalah salah seorang para peserta yang bakal menyertai kempen ni

Yeahhhh I like!!!

Haruslah rasa seronok yang amat kan sebab terasa aku jadi one of ambassador bagi Alam Flora untuk menyampaikan maklumat yang berguna ni kepada masyarakat di luar sana especially pada korang yang sibuk duk baca entry berilmu aku ni ek

Di antara yang info-info yang menjadi topik semasa acara berlangsung adalah:

1. Mengurangkan kadar lebihan makanan


Dah tau kita tak berapa kuat nau makan why not plan apa yang nak di makan dan kuantitinya sekali, lets say time lunch nanti kita nak makan ayam seketul dan sayur sket so tetapkan iman dan pilih menu makanan yang kita dah plan. Jangan plak bila dah plan makan ayam tup-tup nampak ikan keli masak berlado terus tukar plan dengan menambah lagi menu makan korang, akibatnya makan sket je dah kenyang mana tak makanan berlebih kat situ. 

Duit pun jimat jugak kan

2. NO Styrofoam


Alah bekas tapau tulah, itu kan Styrofoam.
Menda alah ni mana boleh recycle, kalau dah banyak sangat tak ke susah nak dilupuskan. Sudahnya bertimbun-timbun lagi sampah ek


Bawak tempat tapau je senang, alah banyak ada jual kat luar lah. Beli ikut apa yang korang suka lah ek

3. Mewujudkan kesedaran mengenai cara merancang dan menyimpan makanan


Seminggu sekali kita ke pasar membeli bekalan makanan tak kira samaada untuk seminggu ke 2 minggu kan untuk menyenangkan dan menjimatkan masa untuk kita nak masak bila balik keje untuk family tapi cam ne korang simpan segala mak neka bahan-bahan masakan tu especially barang basah dan juga sayur-sayuran? Kalau letak sebarang je haruslah bahan makanan ni tak tahan lama jawabnya ke tong sampah jugak kan. So kat sini nanti kita akan belajar mengenai penggunaan bekas makanan yang betul dan bersesuaian.

4. Menekankan konsep pembahagian sampah kepada konsep 3R.

La konsep 3R ni pun korang tak tau ke?

REDUCE, REUSE dan RECYCLE


Selain daripada kita belajar asingkan sampah mengikut kategori seperti kertas, kaca dan plastic, aku juga akan kongsikan cara-cara untuk kita reduce, reuse dan recycle barang-barang buangan di sekeliling kita. Cara ni pun amat bagus untuk mengawal kadar pembuangan sampah yang semakin meningkat di negara kita ni kan.

tanah yang dalam Terrarium ni rupanya sampah yang di komposkan daripada lebihan makanan tau

Nampak macam berat nau kan??

Tapi sebenarnya TIDAK wokeh..

Kalau kita dah tau cara yang betul dan jadikan semua ini amalan seharian kita secara automatiknya kita Berjaya mengekalkan keindahan bumi kita yang tercinta ni tau.

So jangan lupa beri sokongan pada aku nanti pada 18hb Mei 2016 di social media aku, instagram, facebook dan twitter dengan hashtag 

#lovefoodhatewaste
#alamflorasdnbhd
#klbloggershunt2016

dan korang boleh LIKE, COMMENT dan SHARE sekali tau untuk sebarkan info-info bermanfaat ini semua ye

Jangan lupa tau!!!

Sokonglah kempen ‘LOVE FOOD, HATE WASTE’ dan selamatkan bumi kita..

Keterangan lanjut boleh layari:-







ABOUT ALAM FLORA

• Founded in 1995 and a subsidiary of DRB-Hicom, Alam Flora operates as an environmental management company in Malaysia.

• It provides waste collection services, including domestic/household, garden, bulky waste and recyclables.

• Other services such as cleaning public places, grass cutting, clearing of dumps, food waste composting, landscaping services and many more.

Saturday, May 14, 2016

‘Chilex’ dengan Teh Tarik Ais Monster di Sepiring

Hi korang,

Ni aku nak kongsikan info dihujung minggu ni...

Keenakan rasa pelbagai masakan tempatan Malaysia sudah sekian lama digemari oleh ‘kaki makan’ di seluruh negara, tanpa mengira bangsa, budaya atau latar belakang. Berilhamkan aneka sajian kegemaran ramai ini, Sepiring menyajikan pelbagai makanan tradisional Malaysia yang memenuhi menunya, daripada ‘Nyonya Nasi Ulam with Ayam Percik’ hingga ‘Durian Pancake’, dan banyak lagi.

Selain pelbagai sajian lazat yang menambat selera, tawaran terbaru Sepiringternyata mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Manisan Teh Tarik Ais Monsteryang baru dilancarkan pasti akan menjadi kegemaran ramai, sama ada untuk menyejukkan badan pada tengah hari yang panas atau untuk menghilangkankeletihan selepas sepanjang hari bekerja.


Manisan baru Sepiring menggabungkan dua minuman kegemaran rakyat Malaysia, iaitu teh tarik dan ais kacang yang disatukan secara unik. Seperti yang digambarkan oleh namanya, sajian ini dibawakan dalam bentuk timbunan ais kacang yang tinggi, dengan inti ais kacang klasik seperti kacang, jeli, nata de coco dan biji sagu. Ia kemudian direnjis dengan teh tarik dari atas hingga ke bawah, kemudian ditambah pula satu sudu aiskrim lengkap dengan kon di atasnya.

Perisa Teh Tarik Ais Monster yang inovatif dijamin memberi kepuasan kepada peminat manisan dan menceriakan masa makan sambil bersantai dengan keluarga dan kawan-kawan. Saiznya yang besar menjadikannya sesuai untuk dikongsi bersama.

Lynn-ee Kwan, Pengurus Jenama Sepiring, berkata, “Sepiring memberi kesempatan kepada masyarakat Malaysia untuk bersama-sama menikmati sajian makanan yang kita gemari sejak kecil lagi. Kami amat berbangga menawarkan menu yang mencerminkan cita rasa Malaysia tersendiri kepada pelanggan kami. Tambahan terbaru kami, Teh Tarik Ais Monster, adalah satu lagi penghormatan kepada budaya Malaysia sejati.”

“Nama kami, Sepiring, bermakna berkongsi makanan dengan orang tersayang dalam piring yang sama. Dengan saiznya yang besar dan rasanya yang lazat, Teh Tarik Ais Monster mengeratkan hubungan melalui perkongsian hidangan.”


Untuk memperingati pelancaran Teh Tarik Ais Monster, Sepiring memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai bukan satu tetapi dua peraduan yang dianjurkan! Jika anda berani menyahut ‘10 Minutes Challenge’, cuba untuk habiskan Teh Tarik Ais Monster dalam 10 minit atau kurang bersama seorang rakan. Mereka yang berjaya menyahut cabaran ini boleh menikmati Teh Tarik Ais Monster secara percuma!

Mereka yang ingin menikmati manisan ini dengan cara yang lebih santai pula boleh menyertai peraduan ‘Capture the Monster’! Hanya perlu bergambar dengan Teh Tarik Ais Monster secara kreatif dan menarik, dan paparkan di Facebook atauInstagram. Pastikan anda tag Sepiring pada gambar dan sertakan hashtag #TehTarikAisMonster dalam keterangan gambar untuk mendapatkan peluang memenangi baucar makanan!

Teh Tarik Ais Monster yang menyegarkan ini adalah sajian hibrid dua-dalam-satu dan melambangkan manisan Malaysia sejati, yang pasti digemari oleh pelanggan dari segenap lapisan. Ia boleh didapati sekarang di semua restoran Sepiring dengan harga hanya RM19.90 nett.

Untuk maklumat lanjut tentang Sepiring, sila ke laman www.sepiring.com.my.

Friday, May 13, 2016

A Day with NATASYA

Hi Korang,

Kalau korang biasa dengan produk kecantikan tempatan ni, mesti kenal dan tau mengenai produk kecantikan NATASYA kan. Yelah packagingnya yang menggunakan warna keemasan tuh memang senantiasa aku ingat.


Ramai yang ingat produk NATASYA ni hampir hilang di pasaran kerana tiada berita or cerita mengenainya kan but TIDAK ye korang, mereka still standing lagi dan semakin kukuh dengan perniagaan-perniagaan yang lelain.


Bila di beri kesempatan untuk mengenali orang-orang yang bertungkus lumus menjadi tunggak produk Natasya ni rasa sangat excited sangat, yelah kita normally kenal produk je but now kenal orang-orangnya plak kan. Kami hanya bertiga sahaja blogger yang hadir, aku, iena dan Ayue Idris. The rest are online media yang sudah ada nama, rasa kecik je time tuh.


Sesampai je di Hampshire Place kami bertiga dibawa bersiar-siar menaiki LIMO tau bukan kereta biasa wokeh. Bawaklah pusing-pusing satu KL ni, sambil tuh kami diberikan penerangan mengenai sejarah Natasya, perniagaan di bawah Natasya, tunggak utama Natasya dan pelbagai info menarik lagi daripada En Ramadhan iaitu PA kepada Dato Suhaimy pemilik Perwanza Properties ini tau.





Best tuh dalam LIMO selain daripada dapat enjoy view menarik, kalau korang nak karaoke pun boleh dan juga ada snacks dan titbit di sediakan sekali tau.. mana tak enjoy duk dalam LIMO ni ek



Balik ke Flora Café Hampshire Place untuk acara seterusnya..

Ada majlis sidang akhbar mengenai 

PENGUNDURAN PENGASAS & CEO PERWANZA PROPERTIES 


Serentak dengan majlis meraikan ulangtahun CEO baru Perwanza Properties, Puan Nur Suhaila Eliani binti Dato Suhaimy yang ke-30, detik ini dirasakan paling sesuai untuk menyerahkan mandat kepada‘birthday girl’ sebagai ‘hadiah’ hari jadi paling bermakna.

Keinginan untuk bersara daripada dunia perniagaan yang disuarakan oleh ayahanda selaku pemilik Perwanza Properties, Dato Suhaimy untuk bersara disambut baik malah dirasakan sudah sampai masanya, anakanda tercinta menguruskan empayar perniagaan yang sudah hampir belasan tahun diterajui.


Penyerahan tanggungjawab ini kepada Puan Suhaila diharap dapat mempertingkatkan kecekapan serta mutu pengurusan syarikat untuk meneruskan legasi empayar kecantikan jenama kosmetik Natasya termasuk beberapa anak syarikat yang lain. Adalah diharapkan dengan peralihan tanggungjawab ini mampu mengembalikan sekaligus mengekalkan populariti jenama Natasya di peringkat tempatan dan antarabangsa. 

Tahniah aku ucapkan kepada Puan Nur Suhaila Eliani binti Dato Suhaimy di atas perlantikan sebagai CEO Perwanza Properties. Bestnye muda-muda dah jadi CEO so all the best and good luck in your future undertaking.



Korang ni mesti tak berapa ingat mengenai produk Natasya kan, meh aku imbas sekali ek


Produk Natasya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai terutamanya wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan. Terdapat 2 jenis produk dalam rangkaian produk Natasya iaitu Natasya Herba dan Natasya Gold.

Ni aku citer serba sedikit mengenai beberapa produk terbaru keluaran Natasya Gold ni ek

Solution Treatment (15ml)


Natasya Gold Solution Treatment merupakan formulasi terkini bagi membentuk penyelesaian yang unik untuk pelbagai jenis masalah kulit. Gabungan beberapa bahan herba semulajadi yang terbaik serta penambahan Sel Stem Anggur membantu kulit bermasalah menjadi lebih sempurna dengan

• Menggalakkan pertumbuhan sel baru 
• Anti pengelupasan
• Agen pencerah kulit
•Menghilangkan parut, jerawat, jeragat, kecelaan dan mengecilkan pori-pori kulit
• Antioksidan semulajadi
• Anti radangan
• Sesuai untuk rawatan pada kulit bermasalah

Cara penggunaan:
Titiskan Solution Treatment ke atas tapak tangan, kemudian sapukan pada keseluruhan kulit wajah dan leher. Biarkan sehingga kering sebelum penggunaan krim.

Cleansing Milk


Cleansing Milk dirumus khas untuk menyingkirkan kekotoran dan menanggalkan alat solek tanpa mengeringkan kulit. Cleansing Milk membantu mendapatkan kulit yang lembut dan halus.

Cara penggunaan:
Sapukan Cleansing Milk keseluruh wajah dan biarkan sehingga beberapa saat. Bilas sehingga bersih dengan air suam.

Beauty Soap 999


Natasya Gold Beauty Soap 999 diformulasikan khas menggunakan hablur emas tulen, kolagen dan ekstrak timun yang bertindak sebagai antipenuaan dengan menghilangkan kedutan dan garis-garis halus, mengatasi masalah kemerahan dan menghapuskan bintik-bintik hitam. Penggunaan Natasya Gold Beauty Soap 999 secara berterusan mampu menjadikan kulit wajah lebih anjal, lembut, cerah, halus dan berseri.

NATASYA PRINCESS 

Selain daripada set sedia ada iaitu set Natasya Gold dan Herba, kini lahir set terbaru iaitu Natasya Princess yang terbahagi kepada set Pencerah dan Set Jerawat.


Natasya Princess Set Pencerah;

➡ Mengandungi White soap (60gm), Treatment toner (30ml), Krim siang & mlm (5gm)

Sabun White Soap (60 gm)
➡ Membersih & mencerahkan kulit kusam serta pudarkan jeragat

Treatment Toner (30 ml)
➡ Menyingkirkan sel kulit mati, mencerahkan & melembapkan kulit

Krim Malam (5 gm)
➡ Mengurangkan pembentukan jeragat, membina sel kulit baru & kurangkan kedutan

Krim Siang (5 gm)
➡ Mengurangkan minyak pd muka, memberikan perlindungan dr matahari terik dgn SPF 45

Sedikit info untuk pengetahuan korang ek

So bila orang cakap pasal produk NATASYA mesti korang akan ingat packaging yang gold tu kan..

PERWANZA PROPERTIES & TRADING SDN BHD


Bermula pada tahun 2003 produk penjagaan wajah Natasya diasaskan oleh Datin Hjh Muniroh binti Kasim di bawah syarikat Perwanza Properties & Trading Sdn Bhd dipasarkan secara 'offline' dan kecil-kecilan di sekitar Utara tanah air. Setelah hampir 13 tahun menggungguli industri kecantikan, jenama ini bukan sahaja diyakini malah turut diterima di pasaran antarabangsa. Keyakinan pengguna hadir berasaskan keberkesanan dan tahap kualiti tinggi menerusi penghasilan produk yang terjamin kualiti dan berkesan serta selamat digunakan. Ini menjadikan syarikat ini sangat berpengalaman tidak kira dalam bidang perawatan kecantikan mahu pun operasi penjualan.

Syarikat Perwanza Properties & Trading Sdn Bhd turut menubuhkan syarikat Bionano Herbs Pharma Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan untuk mengilang semua produk kosmetik Natasya. Setakat ini, produk penjagaan wajah berasaskan herba semulajadi iaitu set lengkap Herba; Sabun Herba, Toner, Krim Repairing & Lightening dan Krim Pelindung SPF25. Manakala, set Natasya Gold; Sabun Kolagen, Facial Toner, Krim Pelembap dan Krim Pelindung SPF30 pula menggunakan kaedah teknologi Nano iaitu proses pengewapan berulang-ulang kali sehingga menghasilkan produk yang betul-betul halus dalam saiz nanometer. Ini memudahkan produk tersebut meresap ke dalam kulit dengan cepat sekaligus menjaga kulit muka dari dalam.

Kini pengurusan syarikat ini diambil alih oleh anak perempuan tunggal, Puan Nur Suhaila binti Dato' Hj Suhaimy dan aktif memasarkan jenama ini secara online bermula tahun 2016.

IBU PEJABAT:

PERWANZA PROPERTIES &TRADING SDN. BHD. (827202-V) 
Blok H, Unit M 15 & 17,
Plaza Suria Jalan PJU 10/4B, PJU10, Damansara Damai,
47830 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: (6) 03 6141 3094
Faks: (6) 03 6141 4678

SUPER BOAT & LIMO SERVICES


Syarikat ini menawarkan perkhidmatan pengangkutan perkhidmatan sewa Limo dan Yacht bersama pemandu. Pihak syarikat sentiasa komited untuk memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan dengan visi dan misi menjadi syarikat pengangkutan yang terunggul di Semenanjung Malaysia denganjaminan perjalanan yang selamat, selesa dan menyeronokkan dengan harga yang sangat berpatutan.

Anda Boleh Gunakan Untuk :-

-City Tour
- Sewa Khas (Syarikat/Peribadi)
- Rombongan Kahwin
- Pengambilan/Penghantaran Ke Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA ILCCT
- Percutian Keluarga
- Rombongan Pemiagaan
- Lawatan Belajar
- Balik Kampung
- Kereta Pengantin Dan
Ke Mana-Mana Destinasi Di Seluruh Semenanjung (Outstation/Country Tour)

Untuk tempahan, boleh berhubung dengan Encik Mohamad Ramdhan bin Mohamad Radzi di talian +60 12-255 5376.

NATASYA RESORT CAMERON HIGHLAND

Dalam mempelbagaikan dan mengembangkan lagi pemiagaan sedia ada, Perwanza telah melibatkan diri dalam bidang hospitaliti dengan menubuhkan Natasya Resort yang terletak di Cameron Highlands. Ianya merupakanjenama resort tempatan, dinaungi oleh Dato' Hj Suhaimy bin Hj Othman milik 100 peratus bumiputera dan telah bertapak sejak tahun 2009. Semua kejayaan ini bukanlah datang secara bergolek dan mudah, pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa diharungi namun semua ini dapat diatasi dengan berbekalkan keyakinan diri, kecekalan dan usaha berterusan daripada semua peringkat warga Natasya.

Untuk makluman, setiap penginapan mempunyai keistimewaan tersendiri yang dilengkapi dengan kemudahan dan pelbagai fasiliti moden terkini yang cukup dan lengkap. Resort ini mengamalkan konsep mesra, cekap, bersih dan halal. Antara misi utamanya adalah menjadikan Natasya Resort Cameron Highland satu jenama yang dikenali dalam industri perhotelan di Malaysia serta memastikan kepuasan pelanggan melalui pengurusan perkhidmatan yang cemerlang. Ini menjadikan Natasya Resort Cameron Highlands sentiasa diingati berkat perkhidmatan yang cemerlang dan kemudahan yang unggul menjadikan penginapan pengunjung tidak dapat dilupakan.

Layari www.natasyaresort.com untuk keterangan lebih lanjut ATAU berhubung dengan;

Sales/ Reservation Office

Natasya Resort (Cameron Highland) Sdn. Bhd. (1000191-X) 
Lot 6, Entertainment Complex,
KeaFarm,
39100 Cameron Highlands, 
Pahang Darul Makmur.
Tel: +605-496 1030
Fax: +605-496 1028

Ok ok nanti ktorang ada trip ke Natasya Resort plak so stay tune tau untuk update seterusnya...

Senarai Panduan & Cadangan Hadiah Menarik Istimewa Sempena Hari Guru


Hi Korang,

Minggu ni mesti anak-anak sibuk mengajak parents mencari hadiah untuk Hari Guru yang akan datang pada 16hb Mei ni nanti. Aku ni dapat tau pun sebab group whatsapp sekolah aku ni ada cikgu sorang so yang mak-mak sibuk je tanya hal ni.


Even anak sedara aku si Aakif ni pun, mamanya sibuk jugak mencari hadiah nak bagi teacher kat sekolah, padahal nursery je tuh tau. Ermm untungnya jadi cikgu zaman sekarang ni ek. 

Lepas tu plak ada plak mak-mak dalam group aku tuh duk share satu website ni. 



Nah korang baca ni:-

Sudah semestinya pada saat-saat ini ramai guru-guru yang mencari idea untuk membeli hadiah sama ada dari pihak sekolah, atau untuk anak-anak murid kepada guru-guru. Lebih-lebih lagi para guru yang menguruskan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Jadi berikut di senarai pendek beberapa cadangan hadiah sebagai panduan mudah kepada semua guru.

a) Hadiah dari Pihak Sekolah atau Kelab Guru kepada semua guru. ( Khas untuk AJK KELAB GURU dan disarankan dicop dahulu dengan logo sekolah)

- Pen Hitam
- Beg sandang
- Selimut
- Tuala
- Topi
- Vast
- Set Marker
- Botol air
- Tupperware
- Set alat tulis ( kertas laminate, dll)
- Cawan / Mug

b) Hadiah dari Murid & Kelas untuk semua guru.
( Khas untuk Guru Kelas atau AJK Kelab Guru untuk jualan semasa hari guru) *boleh ikat reben, wrap plastik, dll

- Buah Epal
- Penanda Buku
- Bunga Plastik
- Pen hitam/ pen merah
- Marker

c) Hadiah untuk aktiviti Pertukaran Hadiah semasa guru.
(Khas untuk aktiviti hari guru sahaja. Tidak semua sekolah buat)

- Pakaian solat
- Sejadah
- Jam dinding
- Bekas makanan
- Periuk
- Buku

Sebenarnya, banyak lagi hadiah-hadiah yang boleh diberikan sempena Hari Guru ini dan yang kami senaraikan ini hanyalah sekadar panduan sahaja.

Akhir kata, semoga sambutan Hari Guru kali ini lebih meriah di sambut oleh para guru.

Nampak tak ?

Siap ada panduan lagi nak bagi cikgu-cikgu ni ape hadiah yang bersesuaian. So aku rasa tak delah korang pening kepala memikirkan apa yang patut ek. Kata kawan aku tuh, selalunya setiap tahun dia akan dapat mug melambak yang siap printed gambar tuh. Wah kemain bertuah ek

So bertabahlah wahai ibu bapa zaman sekarang ni ek hehehhehee

Jangan gelak-gelak mana tau, turn aku plak kena kan tahun-tahun depan…

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru sekolah aku dimana mereka jua berada..