Tuesday, March 25, 2014

Dance Marathon Di World Kidney 2014


Hi Korang,

Pepagi ahad lepas, aku sempat pi menari samba ria kat One Utama.


Ala korang, suka-suka je join charity event ni yang di anjurkan oleh National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) dan Celebrity Fitness Malaysia.


Walaupun event start kul 9.30pagi tapi dah ramai dah tunggu dari kul 7pagi lagi, yelah sebelah tu kan ade Central Park, so diorang jogging dulu then terus kemari.




Majlis di rasmikan oleh Yang Berhormat P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia sebelum beliau melawat booth-booth kesihatan yang telah pun disediakan.


Memang ramai orang tau, semuanya pakai warna merah sebagai tanda menunjukkan sokongan pada NKF. Yelah tema untuk tahun ni ialah “Kidney’s Age, Just Like You”.



Memang betul korang, menari 3 jam non-stop, ada tarian Zumba, Kukuwa African Dance, Les Mills Sh’bam dan juga Dance N Attitude (DNA), semuanya dari Celebrity Fitness punye instructor.

Aku?


Melompat-lompat, pusing kiri kanan, kiri kanan dalam 10 minit dah semput, ermm memang metabolism aku rendah betul lah.





Sudahnya aku duk amik gambar orang menari jelah..

mentedarah ayam grill kat BBQ chicken

Ishkk memang kena bersenam gak la aku ni, berjalan tu memanglah ada but fizikal exercise tak de ooo. Kira bahaya gak aku ni

Ok ok aku bersenam lepas ni nanti ek..



Monday, March 24, 2014

Ke Pejabat ABNxcess Di Puchong



Hi Korang,

Pernah dengar ABNxcess ni?


Of course lah pernah kan. Memang ramai yang tak familiar dengan ABNxcess ni, just setakat dengar nama ada lah ek.

Ok meh story sket pengenalan,




ABNxcess adalah pengendali televisyen kabel tunggal di Malaysia, yang dilancarkan pada 8 Jun 2013. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan televisyen kabel melalui rangkaian kabel yang telah beroperasi sejak 2012.

ABNxcess dimiliki dan dikendalikan oleh Rangkaian Penyiaran Asia (M) Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh ini ABN Media Group. Ia mempunyai operasi di Pusat PERNIAGAAN Suria Puchong terletak di Puchong, Selangor, Malaysia.

Dapat tangkap kan? Ermm



Kira macam Telco service provider yang ada kat Malaysia ni yang menawarkan servis televisyen dan high speed internet melalui satu cable dengan harga berpatutan.



Terdapat pelbagai jenis siaran TV dan radio boleh di dapati dan juga kepelbagai jenis kelajuan internet yang korang boleh nikmati.

Ni di antara pakej yang di sediakan


Ermm not bad harganya, memacam channel boleh tengok.

banyaknya TV, berpinau mata nak tengok

main game pun boleh ye

nak surfing-surfing lagi la boleh

Bab coverage ni yang aku tak berapa nak gemar ni, mehlah check it out ABNxcess dah boleh pasang ke belum kat tempat korang


Sebab tu aku marah coz area rumah aku Bangi belum masuk lagi, so cam ne aku nak pasang kan. Dahlah memacam citer ada kat channel diorang ni.




Inilah device nya kalau di pasang kat umah korang ni. Kecik je kan. Nak pasang pun nampak senang je.



Lepas ni boleh korang buat pilihan yang sesuai dengan budget korang kan.




Erm kalau kat area rumah aku dah ada coverage mau rasanya aku tukar ek but tengok dulu lah cam ner.

Ok itu je info mengenai ABNexcess yang terkini, kalau ada lagi yang hot-hot atau pakej yang best-best aku update lagi kat korang ek






Sunday, March 23, 2014

GAMBAR | Pemandangan Di Genting Highlands, Outdoor Theme Park


Hi Korang,

Hari ahad ni entry simple-simple je lah. Malas nak tulis pepanjang.


La bukan apa, time cuti ni agak kurang sket orang baca blog coz baik pi cuci mata kat shopping complex kan untung-untung dapat sambar baju sehelai dua.

Meh aku tunjukkan korang keadaan terkini di puncak Genting Highlands. Aku amik ni masa ktorang naik Genting hari tuh, last week.







Memang dah tak de langsung outdoor theme park, semua game-game yang havoc tu dah tak de. Yang ada cuma rumah orange tempat dulu pun kereta kabel. Even tasik kat tengah tu pun dah lenyap.

Cam tu sekali ek, kering kontang tandus.




Lama lagi rasanya taman tema baru tu nak siap maybe 2015 agaknya, ermm aku pun tak sure.

Tapi indoor theme park, snow world still ada lagi. Apa yang ada bahagian indoor ada lagi.


Korang boleh je naik atas ni, indoor theme park pun best jugak la, memang yang kita boleh main. Aku taklah main pun just jejalan je.

Anyway, happy Sunday korang!



ASTRO TUTOR TV SPM Rai Pelajar Cemerlang SPM 2013



Hi Korang,

Kan baru-baru keputusan SPM 2013 dah pun keluarkan. Ramailah anak-anak sedara aku yang berjaya, berderet A aku tengok dalam results diorang. Nampaknya generasi Y ni makin hebat walaupun masih muda lagi.

Ni aku kongsikan sket citer mengenai aktiviti Astro Tutor TV yang meraikan anak-anak yang cemerlang ni ek


Bersempena dengan hari pengumuman keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013 yang berlangsung pada hari ini, Astro Tutor TV SPM mengambil kesempatan untuk turut bersama meraikan para pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut di sekolah-sekolah terpilih di sekitar ibu kota.


Pihak penerbitan Astro Tutor TV SPM telah berada di beberapa buah sekolah ini bagi menemu ramah para pelajar, guru dan ibu bapa akan keberkesanan menggunakan Astro Tutor TV SPM saluran 603 sebagai medium bagi mengulang kaji dan seterusnya menghadapi peperiksaan SPM. 

Sekolah-sekolah yang terbabit dalam menjayakan kempen ini adalah SMK Taman Seraya, Ampang, SMK Sri Serdang, Sri Kembangan dan juga SMK Kota Kemuning, Shah Alam. Selain itu, penyampai radio Hitz.fm, Ean dan Jinnyboy turut membuat penampilan istimewa mereka di SMK Kota Kemuning untuk memeriahkan suasana bagi meredakan debaran yang dirasai di samping memberikan sokongan serta meraikan para pelajar di sekolah tersebut.


“Kami di Astro Tutor TV sentiasa komited dalam menyampaikan kandungan ilmiah terbaik berdasarkan sukatan pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi pelengkap bagi pembelajaran di bilik darjah dengan menggunakan pendekatan secara menyeluruh meliputi saluran-saluran ulangkaji bagi sekolah rendah dan menengah. Ini merangkumi lima saluran televisyen yang dilengkapi dengan butang merah interaktif, pembelajaran atas talian, penganjuran variasi aktiviti sama ada di sekolah atau kawasan awam, produk-produk penerbitan dan media sosial”, kata Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro. 

Katanya lagi, Kempen Keputusan SPM 2013 ini adalah bagi para pelajar untuk meraikan keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan SPM setelah memerah keringat dan masa untuk mengulang kaji demi mendapatkan keputusan yang terbaik.


Astro Tutor TV SPM ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelajar, ibu bapa dan guru yang telah memilih saluran ini untuk menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran pelajar. Rasai pengalaman pembelajaran interaktif terhebat yang berkesan, menghiburkan dan padat dengan ilmu pengetahuan hanya di Astro Tutor TV.

Tahniah kepada mereka yang berjaya dan selamat menyambung pelajaran ke menara gading. Yang kurang bernasib baik tu janganlah bimbang, banyak lagi peluang lain yang korang boleh explore untuk memajukan diri sendiri..

Saturday, March 22, 2014

Fashion Culture Box, Menariklah…


Hi Korang,

Aku dapat ni fashion box dari Fashion Culture ni dah lama, cuma aku dah terhilangkan gambar yang nak di upload kat entry ni. So tersadailah lama gak dalam folder nie


Fashion Culture Box ni yang pertama aku terima, bukan beauty box yang selalu tu ek. Mostly di dalam kandungannya penuh aksesori/perhiasan diri. Unik kan.

So pilihan aku untuk first time ni adalah koleksi Fashion Culture Box Fairytale Series.

Aku pilih koleksi ni sebab aku rasanya cam sesuai dengan jiwa aku, cam lembut-lembut gituh kan. Lagipun koleksi ni kalau nak pi kenduri kahwin ke senang, sebab warna gold kan so tak delah serabut nak pakai ramai emas yang betul tuh.

Fashion Culture Box Fairytale Series aku ni ada :


Rantai: Midas Filigree Necklace
Cincin: Gentle Wing Ring
Anting-anting: Dropped of Feather Earrings
Gelang: Flight of Butterflies Bangle


So dalam banyak-banyak aksesori aku paling suka cincin dan gelang tuh lah. Coraknya yang simple memikat hati den. Anting-anting tu kureng sket kot coz white feathers tu tak sesuai dengan penampilan aku.

TQ beauty blogger JEN, cilok dari dia ni

Selain daripada aksesori, ada gak 2 item beauty product yang enhance lagi fashion box ni iaitu Bloop Nail Polish in Pink dan Timeless Truth Snail Extract with Sakura Repairing Mask. Kira cam bonus gituh la ek


Best kan, korang pun boleh subscribe fashion box ni.

Mehlah check it out details kat bawah ni ek


Instagram: @fashionculturebox

Now mesti dah bertambah koleksi yang terbaru di Fashion Culture Box ni, tak caya meh la singgah ke sana ek.