Sunday, February 9, 2014

Mencuba FAIRY BLOSSOM Dari HiShop Fairy Beauty

Hi Korang,

HiShop memang satu web menjadi kegemaran aku untuk cuci-cuci mata tentang makeup dan skincare kan. Rasa sangat tenteram gituh.


So baru-baru ni HiShop dengan baik hatinya menghantar produk Fairy Blossom ni untuk dicuba. Masa dapat tuh, bukan main besar lagi kotaknya. Ingat 1 kotak rupanya ada 3 kotak untuk dicuba. Jadilah cukup untuk 30 hari.


Rupanya Fairy Blossom ni satu minuman kesihatan khususnya untuk kaum wanita. Orang lelaki tak leh minum ek sebab khasiatnya memang untuk wanita sahaja. Kang kalau korang orang lelaki minum berubah plak dari macho ke lembut kan.


Di antara khasiatnya ialah:


1. Menjadikan payudara montel dan berisi (betul kan aku cakap tadi)

2. Menegangkan dan menaikkan payudara kendur

3. Menganjalkan pinggul

4. Memulihkan pelinciran vagina dan menambahkan kepuasan seks (untuk orang kawin cam aku)

5. Menambah kecergasan dan tenaga

6. Melegakan ketegangan sebelum haid dan masalah haid

7. Mengurangkan dan melengahkan gejala putus haid (menopaus)

8. Memperbaiki kualiti tidur dan mencegah pening

9. Memperbaiki kesihatan tulang dan sendi

10. Menyuburkan badan dengan khasiat vitamin, zat galian, asid amino dan antioksidan

Hah ko, sebenarnya banyak lagi but cukup-cukup la ek.


Cara nak minum?


Senang je, goncang botol dulu, kemudian bukak cap dan ambil straw cucuk jelah. Kalau nak cepat nampak result minum sebelum breakfast ye.


Testimoni Setelah 3 Minggu Menggunakan FAIRY BLOSSOM

1. Period dah keluar on time gaklah, +/- date je tak lari pun.

2. Bahagian payudara tuh, ada perubahan sket

3. Tenaga memang senantiasa ada, non-stop bergerak ke sana ke mari

4. Bab pelinciran vagina, memang betul. Orang dah kawin kan, sedikir sebanyak memang lain lah

5. Sakit lutut semakin kurang sket. Nowdays kalau bangun pagi tuh dah tak de rasa sakit kat bahagian lutut ni.


Cukuplah 5 info yang sempat aku kongsikan dengan korang. Sesunguhnya memang bagus minum kesihatan FAIRY BLOSSOM ni. Sangat-sangat membantu kaum wanita cam aku ni dah mula berumur ni lah.

Special Awards winner of the Beauty Supplements category in Cite Cosme Beauty Awards 2012/2013 organized by Beauty (女人我最大), Mina and ViVi magazines.


Ermm kalau korang berkenan dan berminat nak cuba boleh dapatkan di,


Website: www.fairy2u.my




Harga : RM89.00 per 1 box (10 botol dalam 1 kotak tau)


Mana tau kot-kot bersesuaian dengan korang. Bolehlah cuba, memula beli sekotak je dulu tengok serasi tak dengan korang. Lepas tu kalau ok je, hah apa lagi bolehlah di jadikan minuman harian kan.


Thanks HiShop for this special opportunity ye..




Saturday, February 8, 2014

Antabax Dan Giant Berjaya Meraih RM53,000 untuk Women's Aid Organisation (WOA)

Hi Korang,

Kira ini first time dapat jemputan dari Antabax ke charity event ni tau. Suker lah.


Antabax, jenama barangan antibakteria pelbagai penjagaan diri dipercayai dan inovatif yang menyediakan perlindungan 24-jam yang secara berkesan membunuh 99.9 % kuman, dengan kerjasama peruncit terkemuka Malaysia Giant telah berjaya mengumpul RM53, 672,26 dana untuk Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menerusi kempen Give Hope, Receive Good Health.


Kempen yang berlangsung dari 1 Oktober 2013 untuk November 30, 2013 menyaksikan 10% daripada jualan dari seluruh Antabax antibakteria pelbagai penjagaan diri dari mana-mana daripada 128 cawangan Giant di seluruh negara disalurkan kepada W AO bagi menyokong Pusat Perlindungan dan jagaan kanak-kanak .


WAO, yang diasaskan pada tahun 1982, bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang bebas dari keganasan terhadap wanita. Ia menyediakan sokongan emosi, sosial dan material untuk wanita yang telah didera, menguatkan keupayaan wanita yang telah disalahgunakan untuk menguruskan diri mereka dengan menyediakan perkhidmatan perlindungan sementara dan mewujudkan kesedaran mengenai isu-isu keganasan terhadap wanita.

Pada tahun 2011, kempen mengumpul dana kebajikan bersama oleh Antabax dan Giant dibangkitkan RM21,955 untuk Rumah llham dan Rumah KIDS, manakala kempen 2012 menyumbang RM20, 953 untuk payudara Persatuan Kanser Kebajikan Malaysia (BCWA). Rangkaian pasaraya terpilih juga digunakan sebagai tempat untuk organisasi untuk menyebarkan kesedaran mengenai kanser payudara, secara percuma.


Satu penyampaian cek mudah telah diadakan di Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd (HQ) , diikuti oleh ceramah untuk Lam Soon dan kakitangan Giant mengenal pasti tanda-tanda keganasan terhadap wanita, dan apa tindakan susulan boleh diambil bertajuk ' Tiada Penggunaan untuk Penyalahgunaan '


Pengarah Eksekutif W AO, Cik Ivy Josiah berkata walaupun terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan untuk hak-hak wanita, sambutan kepada Antabax-Giant kempen Give Hope, Receive Good Health. Kesihatan pengumpulan data menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menyedari isu ini dan bersedia untuk menyokong organisasi yang menyediakan bantuan amat diperlukan.



"Bilangan kes yang dilaporkan mungkin hanya sebahagian kecil daripada jumlah sebenar insiden keganasan domestik. Kita perlu memahami apa yang menjadi keganasan rumahtangga dan bagaimana untuk melihat ia. Sama ada anda seorang wanita atau lelaki, mengambil langkah pertama untuk menawarkan telinga bersimpati dengan seseorang yang mungkin berada dalam hubungan yang kejam. Jika tidak pasti bagaimana untuk meneruskan, hubungi WAO seperti yang kita telah melatih kaunselor yang boleh membantu" kata Cik Josiah.

Di harapkan kita ni sendiri dapat gak membantu kepada mereka yang memerlukan ye

Happy Weekend Korang..



Friday, February 7, 2014

Restoran KohSamui Seafood, Suka Makan Di Sini

Hi Korang,

Area rumah ni memang agak payah nak makan makanan ala-ala tomyam tau.


Maklumlah terceruk dekat dengan area orang Cina so kenalah kuar sket dari kepompong. Masa merayau-rayau kat Seksyen 7 hari tuh, terjumpa kedai tomyam ni.

Padahal lalu lalang je depan jalan ni. So Mr Big cakap meh lah singgah. Mana tau sedap ke tak kan.

Nilah je yang ktorang order

Kerang bakar, tapi kecik-kecik lah

keropok goreng, sedap sos cicahnya

Itu baru appetizer sementara nak tunggu main dish sampai. Orang tak delah ramai pun penuhlah kerusi meja.

Siakap stim asam boi, sampai tak nampak ikannya kan penuh dengan daun-daunan

Telur bungkus, kecik je untuk makan 2 orang

Daging masak merah, sedap.

Hah itulah yang ktorang makan malam tuh. Rasa cam banyak plak bila sampai kat meja, dah macam makan untuk 4 orang. 

sebelum makan

selepas makan

Ermm ye tak ye plak kan, tengoklah siaz perut memasing. Dah macam perut doraemon pun ada.

apa tengok-tengok, lapo ni

Kira not bad la makan kat sini. Tak delah murah sangat but bolehla makan berdua kalau malas nak masak kan.

Selamat makan korang...

notes : dapat berita one of officemate kene terminated due to project dah abis. Cian gak kat dia tapi itulah nasib orang dalam bidang construction ni kan. Semoga dia tabah..




ZA True White EX Untuk Kulit Cerah Bersinar

Hi Korang,

Dapat jemputan ke ZA product launching baru-baru ni di Alexis Bistro. 


Ini beauty event yang pertama untuk tahun 2014 ni. ZA memperkenalkan rangkaian produk kecantikkan mereka yang terbaru ZA True White EX. 


Za True White Ex terdiri daripada enam produk iaitu Za True White Ex Cleansing Foam(Pembersih Wajah), Za True White Ex Toner ( Toner), Za True White Ex Essence Lotion (Esen / Losyen), Za True White Ex Day Cream (Krim Siang), Za True White Ex Night Cream (Krim Malam) dan Za True White Ex Exfoliating Clay.

Memang lengkap untuk kegunaan seharian kulit muka kita orang-orang Asia ni ek. 



Kandungan bahan yang terdapat produk terbaru ni khusus bertujuan untuk membersihkan bintik-bintik hitam, jerawat dan parut jerawat melalui gabungan sebanyak berteknologi tinggi dan pemutihan aktif bahan-bahan (4MSK). Ianya sangat melembapkan dan mengandungi bahan spa (Natural Spring Water from the Cazzaro Mountain in Tuscany, Italy, Aquainpool, Glycerol, TMG, Trehalose and White Lily) yang dapat memanjakan kulit muka korang tuh.

Selain itu, aroma hijau bunga Teh Rose, dicampur dengan aroma Jasmine dan bau segar Lilac cukup untuk menenangkan fikiran setelah seharian bekerja.


ZA True White Ex Cleansing Foam (RM19.90)

ZA True White Ex Toner (RM39.90)

ZA True White Ex Essence Lotion (RM54.90)

ZA True White Ex Day Cream (RM49.90)

ZA True White Ex Night Cream (RM49.90)

ZA True White Ex Exfoliating Clay (RM24.90)


Kesemua rangkaian produk Za True White Ex boleh didapati pada Mac 2014 di rangkaian farmasi, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara.



Sempat gak aku mencuba, ermm for me not bad gak teksturnya, lembut dan cepat meresap ke kulit.

Siapa yang nak cuba putihkan kulit muka tuh, boleh cuba kan. Mana tau putih macam selebriti Korea ke kan


Best makan kat Alexis wei, cocktail finger food nya sangat sedap tau.


Thursday, February 6, 2014

Sayangi Kereta Anda : Servis Kereta Baru Yang Dah 20,000km

Hi Korang,

Kejap je ko dah 20,000km berjalan 'Dak Oren' ni.

Pejam celik pejam celik je, padahal tak de pi mana pun. Setakat jalan sini-sini je. Alah balik Melaka, pi Rembau, KL tu jangan cakap lah kan.

amoi cantik yang gumuks


So apa lagi, terus je buat appointment kat Perodua Service Centre Bangi, Tempat Service Kereta Alza ni. 3 hari sebelum aku dah buat dah, yelah ko kang full dah susah.

Buatlah appointment Khamis lepas sehari sebelum CNY. 

Sesampai je, mak oi banyaknya kereta. Serius banyak giler, ramai orang dah cuti rupanya. 

Park kereta, terus masuk dalam office kat tempat registration. 


Bila dah 20,000km ni memang banyak menda nak kena tukau. Korang tengok jelah list kat ats tuh, banyak wei. Memacam menda kene tukar, yang kecik ke besar semua ye. 

Terus bagi kunci kereta dan buku service, then pi duk melepak kat lounge area tuh.


Yeah main internet lah, free wifi katanya. Buatla apa yang patut. Alah aku setakat main whataps dengan bebudak ex-UiTM ni jelah.. Mengarut-garut borak ntah apa-apa.


Sempat gak baca magazine, jumpe plak petua kecantikkan. Apa lagi meh snap gambo untuk buat rujukan, so tak yahlah nak tulis-tulis bagai.



Rasanya dalam 1 1/2 jam kot aku duk bertapa kat situ, tapi tak rasa sangatlah coz boleh tengok kereta aku di service sekali. Nasib baik dapat spot tepi tuh. Ok snap gambo sket.

Tengoklah harganya plak RM320.10 tapi disebabkan 'Dak Oren' ni still under warranty so seharusnya dapat harga diskaun sket. So dari RM320 terus turun ke RM160 je. Jimat duit, boleh buat shopping hehehhe.

Korang yang memana sibuk duk cari tempat untuk service kereta Perodua ni bolehlah hantar ke sini.


Frontline Motor Sdn. Bhd.
No. 7, Jalan P10/21,
Taman Selaman, Seksyen 10,
43650, Bandar Baru Bangi,
Selangor
Tel : 03-8926 8003
Fax : 03-8926 9060


In terms of harga aku tak berapa sure lah but kira selesalah untuk korang menunggu lama tapi yang penting mesti call buat booking dulu ye. Kalau tidak lagi lama lah korang menunggu.


Itu je, nanti kita sambung citer lagi ek





Bermula Dengan RM1, Ermm Boleh Berjaya Gak!

Hi Korang,

Aku terpanggil untuk baca suratkhabar Utusan Online 4/2/2014 last 2 days kan.

Mengenai kisah kejayaan usahawan muda Muhammad Zukermi Edi. Ermm apa yang dia buat ek, hingga dia berjaya menjadi jutawan muda yang rata-rata ramai yang tak sangka kan.

Citernya cam ni, aku petik dari keratan akhbar tu ek

"Pada umur 21 tahun, saya pernah lalui kehidupan seperti remaja gelandangan di Rembau, Negeri Sembilan. Pengalaman hidup sebatang kara ketika itu betul-betul memeritkan.

Namun, Allah SWT telah turunkan keajaiban dalam hidup saya. Baki RM1 dalam poket ketika itu telah saya gunakan untuk melayari internet di kafe siber. Itulah saat saya mula berniaga secara dropship menerusi akaun Facebook"

Rupanya bermula dengan RM1 tu, beliau ke CC untuk melayari internet. Tup-tup ternampak plak iklan pasal dropship ni, so dia cuba lah. alah bukan kena bayar pun service dropship ni. Setakat yang aku tau, memang FREE pun registrationnya.



So dari situlah timbul minat beliau untuk berniaga secara dropship ni. Bak kata orang bukan senang nak kaya dengan mudah so usaha itu memang amat penting. Bayangkan dari mula berniaga secara dropship, kini beliau berjaya membina syarikat sendiri dengan keuntungan tahunan mencecah jutaan ringgit.

Pada tahun 2013, Muhammad Zukermi telah melancarkan beberapa rangkaian produk kecantikan seperti MZ Secret Soap dan MZ Secret Body Spray di bawah syarikat MZ Secret Sdn. Bhd. miliknya.

Menjadikan pakar pemasaran internet, Tuan Faisal Abdullah sebagai sumber rujukan utamanya, Muhammad Zukermi melihat 2014 sebagai tahun untuk mendidik lebih ramai rakyat Malaysia yang berminat dalam perniagaan atas talian ini.

Ok aku petik lagi, kata-kata jutawan muda ini

“Laluan kejayaan kita pastinya sukar, tapi saya percaya dengan izin-Nya, ia boleh dikecapi jika kita berusaha dengan gigih. Jangan jadikan kekangan hidup sebagai alasan untuk tidak berjaya.

Selain itu, saya akan tetap teruskan berkongsi kisah hidup saya menerusi akaun Facebook untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang,"


So apa rahsia untuk kaya?

Bagi aku simple je, kalau korang rajin, kuat kerja tanpa jemu serta ingat yang kat atas tuh. Mesti apa yang korang usahakan akan berbaloi. Tak payah nak dengar cemuhan, kritikan negative orang di sekeliling kita kan.

So kita jangan pandang rendah dengan orang yang ingin maju dalam hidupnya. Mana tahu satu hari nanti, orang tu datang membantu kita di saat kita perlukan bantuan. Who knows? Itulah rahsia Allah.

Korang boleh baca artikel pernuh kat link akhbar Utusan Online kat bawah ni ek

ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140204/ke_02/Bermula-dengan-RM1#ixzz2sSwJXWkj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hopefully lebih ramai lagi orang macam jutawan muda Zukermi Edi ni ek.



Wednesday, February 5, 2014

Makan Ayam Di Restoran TEXAS Chicken

Hi Korang,

Actually aku dah banyak kali pi makan kat restoran Texas Chicken ni.

Dah 3 branch aku pi makan, masa first time kat Mines sebab dekat dengan office. Time tuh, nak pi beli barang pantry office nampak kedai ni kat sebelah Giant then terus masuk. 2nd time kat Sunway Piramid, masa tu tengah survey BBQ set, nampak je restoran ni terus ajak Mr Big singgah makan. Now, last week aku pi makan kat Kajang branch lepas pi bayar hutang kat bank sebelah jalan restoran ni. 

So dah ada 3 experience makan kat Texas Chicken ni, ermm tapi ordernya sama je gak. 


Menu 3 pcs chicken untuk Mr Big


Tex sampler untuk Cik Lily tersayang hahahahahaha..

Itu jelah yang ktorang suka makan, malas nak order yang lain. Lagipun ayamnya ranggup, kurang berminyak and still ada rasa cam fresh-fresh gitu. Korang kalau kaki makan, memang taulah apa yang aku cakap ni kan.


Side dishnya like mashed potato dan coleslow pun not bad gak tau, infact Mr Big lagi berkenan daripada KFC punye. Aku semua makan, sebab sedap. So tak de nak complaint at all.


Friesnya garing dan tebal sket, order yang panas-panas punye so sedaplah makan. Ni order yang kedua, yang first tadi dah abis sental.

Sebab tu 4-5 kali datang ke restoran Texas Chicken ni makan. Tak kiralah dinner ke, lunch ke even petang-petang pun datang makan kat sini.

Tambahan plak airnya boleh refill sesuka hati ko, nak campur-campur pun boleh. Asal jangan pening sudah. 

Oh ye, food blogger Hazman ada cakap dengan aku hari tuh yang mesin air kat Kajang branch rosak kan. Ye memang betul bro, still rosak lagi. Aku tekan ice lemon tea keluarnya air kosong. hahahhahaha

Dah cakap dengan budak waiter kat situ, memang betul pun mesin tu rosak walaupun dah betul banyak kali, nak kena tunggu yang baru datang katanya..

So Texas Chicken Kajang, sila betulkan mesin air anda. Kalau tak, aku pi makan kan Mines punya branch jelah.


Anyway, 
Selamat Makan Korang...





Wordless Wednesday - Cute Kan

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week



Morning Everyone..


Tuesday, February 4, 2014

Tersuka Plak Dengan ZALORA Maxi Dress

Hi Korang,

Bila citer pasal dress je, korang dah duk bayangkan baju gaun yang labuh-labuh, berkilau-kilauan nak selalu kite nampak pompuan-pompuan elit pakai masa pi dinner ke, party ke kan.

Itulah aku sendiri pun tak sanggup nak pakai wei, coz seganlah. Kang orang ingat aku perasan Diva-Diva plak kan.

Tapi sekarang maxi dress boleh di pakai pada bila-bila masa saja kerana fashion designer sekarang ni dah berani memberikan sentuhan yang lebih chic dan edgy terhadap koleksi dress sedia ada. So now terdapat pelbagai pilihan maxi dress yang ada malah semakin popular wokeh.


Maxi dress menjadi kegemaran wanita muda kerana pilihan terbaik untuk dipakai secara kasual, makan malam, parti malah untuk ke pantai! Ianya juga sangat versatile dan dilihat sebagai pilihan mudah bila korang nak keluar tanpa perlu berfikir panjang.Korang dah tak yah pakai top atau bottom bila memakai dress jenis ini. Oleh itu ianya sentiasa menjadi pilihan dan berguna – sekadar pakai dan terus keluar menikmati hari indah!


Ni tengok meh tengok gaya Kate Hudson mengenakan maxi dress berwarna putih ini. Beliau nampak begitu relax namun ketara cantiknya. Malah beliau menambahkan sedikit aksesori seperti rantai panjang dan sepasang subang besar untuk kelihatan lebih feminine. Anda boleh mencontohi gaya si cantik ini untuk keluar pada hujung minggu.



Yang ni plak, pasangan beliau untuk filem Bride Wars iaitu Anne Hathaway juga kelihatan cukup selesa dengan pilihan maxi dress bercorak bunga-bungaan beliau. Jelas sekali si jelita ini kelihatan cukup menawan dengan persalinan tersebut. Malah beliau begitu bijak untuk tidak terlalu penuh dengan aksesori dan sekadar memilih untuk memakai sepasang sunglasses dan sling bag bersaiz sederhana.

Maxi dress memberikan illusi kepada seseorang untuk kelihatan lebih tinggi dan kurus. Selain itu, korang sentiasa dapat bergantung kepadanya untuk kelihatan girlish. Almari pakaian korang tidak sempurna tanpa sehelai maxi dress.

Terdapat pelbagai jenis maxi dress seperti yang diperbuat daripada chiffon, cotton dan bercorak bunga atau lace. Ianya juga sangat selesa dan begitu flattering untuk dipakai. Malah ianya boleh dipakai oleh hampir sesiapa sahaja dengan bentuk badan serta saiz yang berbeza.

Pilihan 1 - aku suke yang ni sebab coraknya

Pilihan 2 - ni pun cantik gak bunga-bunga

Pilihan 3 - simple but nice


Aku pun rasanya cam teringin je nak pakai maxi dress ni, walaupun saiz aku agak comel-comel kan. Ermm tengah berura-ura gak ni.

Boleh je online shopping murah iaitu Zalora.my korang boleh dapatkan barangan fesyen di sana. Diorang menawarkan koleksi maxi dress yang cukup meluas daripada pelbagai jenama terkenal. Online shopping juga menjadi lebih mudah dengan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia seperti yang ditawarkan mereka! Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada mereka di Zalora Twitter juga.

Tengah fikir lagi ni, nak beli ke tak ek. Sebab banyak nau pilihan yang membukak mata aku ni.. ermm..

Korang tolong pilihkan, samada Pilihan 1, pilihan 2 or pilihan 3 ek.. 

Semuanya ada size aku ni. Tolong ek..