Saturday, October 12, 2013

Basah Ketika NESTLE DRUMSTIK ADVENTURE

Hi Korang,

Dalam sibuk-sibuk weekend last week, sempat gak aku pi beradventure dengan Nestle Drumstick ni.


Memula ingatkan event biasa-biasa je, tup-tup ada reminder kena bawah extra clothes plak. Alamak apa plak yang diorang nak suruh buat nie ek.


Bila sampai depan Sunway Piramid kat Blue Atrium tuh, dah nampak khemah NESTLE ni. Aik cam pelik plak khemahnya bertutup rapi cam tak kasi orang masuk je. Ermm apa lagi tawaf satu pusingan but still tak nampak pun pintu masuknya kan.

Ni betul-betul adventure di buatnya kan.






Lepas dapat briefing dari Anne dan Willie dan juga petugas NESTLE tu, barulah aku faham. Rupa-rupanya ktorang kena buat challenge dalam khemah tuh. Masalahnya sorang pun tak tau ni, ermm redo je lah. Ok isi form dulu, takut apa-apa jadi kan.



Dalam banyak-banyak blogger yang datang, diorang ni memang penakut betul bab-bab nak jadi yang first kan. Nak tak nak aku volunteer diri la dulu ek.



Diorang pakaikan aku all the safety gear, ada helmet siap camera Go Pro, google beso, elbow pad, knee pad kan. Ek dah macam masuk rancangan WIPEOUT je plak ni.

Instruction je simple je.



Masuk dalam khemah tu, amik NESTLE Drumstick Ice-Cream dan keluar dalam masa 5 saat. Ok mudah kan. So aku pun berkobar-kobar ni coz diorang cakap kalau dapat completed task before 5 saat dapat RM50 cash dan tiket all park Sunway Lagoon.

Yeah, I like money dan water.

Ok 1, 2, 3 masuk..

Hampeh ko gelap gelita dalam tu, dahlah aku ni rabun. Rupanya macam-macam obstacle ada dalam tu. Memang sebijik cam WIPEOUT but mode sederhana gitu. Meraba gak cari ice-cream walhal depan mata dalam tong je kan.

Ok dapat ice-cream, pintu tertutup plak. Meraba mencari dapat. Masa nak kuar tu yang aku perasan orang balik tayar, tilam, percik air sabun. Uiks menyerikan sungguh.




Aku berjaya bawak keluar NESTLE Drumstick Ice-Cream tu but lebih dari 5 saat, so dapat tiket all park Sunway Lagoon je lah. Ermm tak perlah daripada tak de lah.


Itulah korang masa ada roadshow hari tuh, kenapa tak datang? Kan dah rugi.


Anyway tak per coz NESTLE Drumstick Ice-Cream sedang menganjurkan NESTLE DRUMSTIK Most Adventurous Challenge

Senang je, korang cuma kena search dan locate NESTLE Ice Cream Freezers serata Malaysia. Tapi tak de lah suruh korang travel pun.

Caranya, mudah je. Ada 2 cara yang korang boleh join


Satu lagi


Kemudian ikut je instruction yang telah di sediakan. Alah duk depan PC je pun tak yah kuar ke mana-mana ek. 

Tapi hadiahnya bukanlah setakat  tiket all park Sunway Lagoon. Ni je hadiahnya


Mak engkau, menarik sungguh kan.


Ada tablet dan wang tunai beribu-ribu ringgit uols. Ko hado!




Kalau dah duit banyak cam tu, of courselah aku nak join lagi. So korang jangan lepaskan peluang especially geng compers. Korang memang suka bab-bab duit ni ye tak.

Anyway thank you NESTLE  dan Nuffnang for this adventures event. Abis kuyup baju dibuatnya. Aku kena sket je, ada bebudak lain sampai jelly-jelly, tepung semua ada tau.



Friday, October 11, 2013

Terglamer Plak Di LAZADA Fanpage

Hi Korang,

Pepagi Jumaat ni, tengah duk browse google yang baru je kena hack malam tadi ni, ternampak plak blog link aku kat sini




La rupanya diorang duk promo pasal pembelian pemanggang ajaib aku hari tuh.

Terglamer plak blog ciklilyputih.com ni ek.

Alah tak perlah, sekali sekala apa salahnya.

Anyway terima kasih LAZADA Malaysia


Salam Jumaat korang...




Thursday, October 10, 2013

Pizza Hut BIG BOX For Dinner


Hi Korang,

Akibat dah tak tau nak makan apa lagi, so ktorang decide nak cari sesuatu yang cepat dan mudah. 

Nak masak, malas plak.

So best thing makan je apa yang ade. Tup tup Mr Big cakap order pizza je lah. Lagipun dah lama tak makan Pizza Hut. Terus je surf online mencari no tepon Pizza Hut.

Dah dapat, teurs je call.

Tak sangka plak aku diorang hantar exactly dalam masa 30minit. Cepat wei, selalu kat service diaorang ni kan lambat. Ermm bagus dah sekarang ni ek.


So inilah dia Pizza Hut BIG BOX.

Meh intai tengok apa ade kat dalam


Pizza Beef Pepperonni regular size


Spaggethi Carbonara


4 ketul Deli Wings


Fish Nugget kot, lupa plak namo ek


Garlic Bread


Lepas tu aku tambah order Mushroom Soup satu. Jadilah share-share kan.

Total semua sekali ialah RM45.25 ( BIG BOX RM39.00 + Soup RM2.80 + Tax RM2.56 kot ).


Sepatutnya BIG BOX ni makan untuk 3-4 orang tapi ktorang berdua ok je abiskan semua, nampak tak permainannya kat situ.

Nampak sangat ktorang buruk lantak kan. Hahhahahahha


Nak bisik sket: update pakai IpadMini je, senang. Tapi setting tak cantiklah rasa cam berterabur plak la..
 

Wednesday, October 9, 2013

PHILIPS 'Meaningful Innovation That Matters To You' - CONTEST Mudah Lagi Senang

Hi Korang,

Aku nak citer mengenai satu kempen yang PHILIPS Malaysia duk war-warkan sekarang ni.

Kempen mengenai 'Innovation That Matters To You'.

http://philips.to/innovationMY

Dalam kempen ni, Philip Malaysia mengajak kita semua rakyat Malaysia ni memberi idea cara untuk menjadikan rumah dan bandar kita lebih sihat dan selamat. Alah aku tau korang kalau bagi idea ni memang no. 1 kan. Mesti terrer punya.

Cara nak join, mudah saja. Tengok ni


Pilih samada nak bagi idea untuk rumah sihat ke bandar yang selamat.


Cam aku, aku pilih untuk Safer Cities. So klik dan masukkan idea korang


Ini idea aku, jangan tiru tau.

Kemudian submit dengan menggunakan ID account Facebook atau pun ID account Twitter korang


Tada siap dah


Ni yang aku dah share kat Facebook wall aku.

Simple je kan. Cepat plak tuh. Yang penting korang boleh submit sebanyak mungkin idea yang korang rasakan bernas, boleh di laksanakan dan tidak mengarut.


Ni cara idea korang di pilih oleh mereka-mereka ni ek



Tarikh tutup adalah 14th November 2013. Uiks banyak korang boleh hantar idea ni.

Di antara hadiah-hadiah yang boleh korang menangi adalah


Jeng jeng jeng.. best kan. Semuanya barangan PHILIPS. Mak memang suke ni noks...

Untuk nak tau lebih lanjut lagi, boleh je korang join chating di

#meaningfulinnovation di Facebook
@PhilipsMY di Twitter
http://philips.to/innovationMY  di official website Philips Malaysia

Alah korang tak payah susah-susah nak isi borang penyertaan pun, semuanya secara online. Tanpa bukti pembelian orang kata. Aku sendiri pun dah 3 idea aku hantar tau.


Shopping Pemanggang Ajaib Di LAZADA

Hi Korang,

Ini kira kali kedua aku mencuba online shopping ni.




Hari tu cuba kat ZALORA dan now cuba kat LAZADA.MY

Memang tak de apa nak beli pun but saje je usha-usha, mana tau ada barang BAIK punya kan. Untung-untung harganya murah daripada beli kat luar ni.

So banyaklah yang aku survery.

Dari gadget sampai ke barangan rumah especially barangan dapur. Cantik-cantik cookwarenya. Kemudian barangan beautynya pun not bad gak. Ada yang murah dan ada gak yang mahal sket.


Fikir punya fikir ingat nak beli pemanggang ajaib lah. Yelah ko, lately ramai plak surirumah duk promote kebaikkan kuali ajaib ni. Selain daripada panggang ikan, boleh gak bakar kek, masak gulai, goreng nugget dan memacam lagi.

Ini yang buat aku teruja lebih ni.

So cari-cari under kitchen appliance. Rupanya dalam cookware. Ada 2 ke 3 choice pemanggang ajaib ni. Aku pilih brand HAPPYCALL dengan harapan dalam memasak dengan gembiranya lah.

So mula kan lah


(letak gambo)

klik je kat gambar kuali ajaib tuh then terus place order. Nampak dah kat sebelah kanan tuh Order Summary aku. alah murah je RM92.00 selepas di potong diskaun berapa % ntah.



Dapat confirmation Oder number. Ta da...


Lepas tu kat email pun dapat notification gak. Tarikh order, order number, harga.


Isnin malam aku order, tup-tup hari Rabu pagi dah dapat dah barang. Hantar kat office je senang coz aku siangkan kat sana.


Inilah dia pemanggan ajaib brand HAPPYCALL dari Lazada.


Berat dan tebal gak kan, siap ada spare getah kat tepi kuali tuh untuk digantikan kalau rosak ke terbakar ke terbocor kan.


Mudahkan online shopping kat LAZADA ni, sekejap je tak de nak tunggu lama. Service diorang ni pun dah semakin bagus ada improvement in dealing with customer.

Itu yang kita nak sebenarnya sebagai pelanggan kan.

Apa-apa pun tak sabar nak guna kuali ajaib ni, maybe weekend ni baru test masak guna kuali power ni kan.

Tuesday, October 8, 2013

Nuffnang FOOD FEST 2013, Makan Makan Dan Makan

Hi Korang,

Last saturday memang sangat hectic hidup aku.

kengkawan kite..

Bayangkan dari kul 8 pagi dah terpacak kat area Sunway Piramid ni sampai ke 10 malam. Dah macam aku keje kat shopping kat situ plak ek.

badge kita tak tau dah kat mane la

Yelah ko pagi tu ade event KISS ME kat Sunway Lagoon, lepas tu bersambung plak dengan Nuffnang Food Fest 2013. Mana tak sampai ke malam kan.



Nuffnang FoodFest ni adalah pesta makanan yang korang tak payah keluar duit 1 sen pun untuk makan. Cuma korang just tweet ke, instagram ke, like facebook ke then terus dapat makan. Aku sendiri pun cam tak caya gak but try 1 booth tu terus rasa seronok plak.

ini baru sket orang

scan je barcode then terus je boleh makan

model maggie betul Hafiz ni tau


Lagi plak ada apps untuk iOS user, lagilah senang. Aku cuma scan je barcode yang duk tergantung pada setiap booth dan secara automatiknya terus di share to Social Media. Tunjuk kat tukang jaga gerai then terus dapat makanan.

kita dalam frame Chatime

Disebabkan aku dah banyak makan sebelum tuh, so rasa 4-5 jenis menu je. Yang lelain tuh aku abiskan masa untuk chit-chit dengan bebudak blogger yang datang ni.

Selain daripada makan-makan, ada gak program macam workshop food photography, food blogger sharing, Maggi cooking competition dan memacam lah. Memang sangat seronok ooo. Aku sampai penat2 di buatnya.

yeah kite menang la

Masa pertandingan Maggi Bloggers Cook-Off tu la yang aku menang. Memang tak sangka betul coz menu aku simple sangat daripada orang lain. Orang lain beria-ria betul masak. hehehehe apa pun I suker ok.

Mintak maaf pada blogger-blogger yang aku sempat jumpa hari tuh adalah 5-6 orang coz aku tak berapa nak cam muka dan nama. Maklumlah time tuh dengan tengah panas lagi, badan rasa lemah longlai akibat memanjat bukit dalam Sunway Lagoon tu lagi kan. Hopefully korang boleh tinggalkan URL link dalam komen ni nanti ek. Boleh aku duk singgah kat blog korang tau.

Anyway terima kasih pada Nuffnang yang event makan-makan #NNFoodFest2013 yang terbesar ni. Semuanya sangat awesome dari segi makanan, programme dan memacam lagi.