Monday, September 9, 2013

LUX Sensational Fine Fragrance Workshop


Hi Korang,

Dah lama tak pi media trip kan. Last aku pi, bulan 5 cam tu ke Singapore.

Bestnya kalau dapat pi lagi kan

Last 2 week, aku dapat invitation dari LUX Malaysia ke Fine Fragrance Workshop. Yeah, media trip ke Melaka tau. Walaupun 2 hari 1 malam je, but experience nya awesome tau.

Ini cerita PART 1 tau..


Nanti aku citer yang tuh ek, now meh aku citer pasal LUX Workshop ni.

Rupanya LUX ni wujud pada 1925, lama dah gak ni. Ianya telah merevolusikan dunia sabun buku kecantikan dan mandian badan dan berjaya menambat hati wanita di seluruh dunia. Ini seterurnya meletakkan jenama LUX ni sebagai jenama sabun kecantikan nombor satu dunia. Yelah ko menda yang wangi-wangi ni memang jadi kesukaan pompuan cam kita-kita ni.


Sebelum workshop start tu, sempat gak lah ktoorang bergambar ikut theme yang diberikan iaitu Chic Casual. Aku pakai simple je, janji ada purple disitu.


Host malam tu, Nazruddin. Alah artis gak lah. Comel, kecik molek orang Melaka. Eh sekampung plak kita ek. Sempoi je hosting this event.


Jom dengar sket Ms Tanya Teng kasi speech mengenai LuX workshop ni.

“Nadi dalam setiap mandian badan Lux ialah wangian kerana ia merupakan bahagian penting dalam  amalan kecantikan setiap wanita. Wangian membantu beliau merasa positif terhadap dirinya dan membenarkan beliau menggambarkan perasaan sebenar melalui haruman berpanjangan setelah menggunakan salah satu daripada mandian badan kami,” kata Tanya Teng, Pengurus Jenama untuk Pembersihan Kulit, Unilever (M) Sdn. Bhd.

Ok jom belajar mengenai perfume ni ek.

Mr David Boyd, Pengarah Wangian Global dari Givaudan yang mengendalikan LUX Fine Fragrance Workshop ni.

Ann Gottlieb telah bekerjasama dengan pasukan pembangunan pengkhususan wangian di pusat haruman kelas dunia, Givaudan, untuk menghasilkan haruman yang kompleks dan penuh misteri seperti Lux Magical Spell.

“Saya telah menghabiskan 50 tahun menghasilkan haruman eksklusif untuk individu-individu senarai A yang penuh glamor di dunia – daripada Calvin Klein ke Sarah Jessica Parker sehingga ke legenda industri kecantikan seperti Estee Lauder, dan saya sangat teruja dengan usaha sama yang menjanjikan satu penemuan baharu dalam kategorinya ini.”



Beliau menerangkan satu per satu cara pembuatan wangian LUX ni. Rupanya bukan main susah diorang ni mencari bahan yang bersesuaian dengan kulit orang Asia ni. Yelah dengan cuaca tak menentu, panas terik, hujan lagi so memacam kajian yang di lakukan untuk menjadikan setiap shower gel yang terbaik.



Pelbagai bahan rupanya yang terkandung di dalam sesuatu gel mandian ni. Kalau korang ada yang di ambil dari hutan-hutan di Asia, bunga-bunga yang unik dan juga ada juga bahan masakan juga di tambah bagi menghasilkan haruman ini.


Di antara wangian varian mandian badan LUX adalah:-

Lux Soft Touch
Lux Velvet Touch
Lux White Impress
Lux Magical Spell
Lux Wake Me Up

Mandian badan Lux disediakan dalam dua saiz botol berbeza. Botol 700 ml dijual pada harga RM15.90 dan 220 ml pada harga RM6.00, manakala pek isian semula ditawarkan pada harga RM8.90.


Duta Jenama Lux, Nur Fazura, menyertai senarai bintang-bintang glamor di serata dunia seperti Elizabeth Taylor, Marilyn Monroe, Aishwarya Rai, Shu Qi, Amy Mastura, Shiela Majid, Fauziah Latiff dan Erra Fazira yang menikmati ciri-ciri mengagumkan wangian eksklusif Lux scentsational.


Haruslah aku suka pada LUX Magical Spell, baunya memang sedap dan harum. Bukan yang lain tu tak best but this one is the best. Ianya diperbuat daripada black orchid yang hanya terdapat di hutan kat Malaysia. Kira special sungguh.

Sangat best workshop sebegini, at least memacam info yang aku dapat tahu pasal pembuatan wangian ni.

Terima kasih to LUX for this special media trip. I suker sangat tau.

Eh, ada lagi nak citer tunggu episod seterusnya. Maybe 2-3 entry lagi mengenai trip ni. Hotel yang awesome, SPA yang menyenangkan, makan-makan yang mengasyikan dan ada banyak lagi lah. Belum lagi dinner dengan FAZURA kan hahahahha. Aku rasa ramai yang jeles punya la..

So stay tune...

Happy 35th Birthday Cik Lily Putih

Hi Korang,

Jumaat lepas genap umur aku 35 tahun. 

Sekejap je rasanya.

Aku sendiri pun tak sangka, pejam celik pejam celik dah meningkat lagi setahun umur. 


Tak de apa pun celebration, hari tuh ktorang just pi makan dan tengok wayang je. Alah malas nak beria sangat lah celebrate coz da jadi remaja purba kan.


Hopefully apa yang di citakan sejak dari dulu lagi akan tercapai tak kira dari apa jua segi pun. Baik bab kerja, blogging mahupun keluarga. Asalkan apa yang baik, aku tetap bersyukur.


Kepada kengkawan yang masih mengingati hari lahir aku ini di ucapkan terima kasih berbanyak di atas tanda ingatan korang  semua. Segala ucapan dan doa-doa diharapkan dapat memberi rahmat kepada aku hendaknya.


Penuh timeline facebook, twitter, instagram dengan wish korang tapi aku suka sangat.


I love you korang...


Friday, September 6, 2013

EPHYRA, Minuman Kesihatan Kolagen Terkini

Hi Korang,

Lately ni aku makin suka plak mencuba produk minuman kesihatan ni. Bukan apa, senang nak hadam daripada makan ubat pahit.


Aku memang teringin nak cuba EPHYRA, dengar citer daripada orang-orang kat sekeliling aku ni kata bagus, ada perubahan dan memacam lagi.


Meh amik tau sket, apakah itu EPHYRA?

Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato)yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.


Nampak tak permainannya kat situ.

Di antara khasiat utama EPHRA adalah


Energy booster ~ Ramai yg beritahu, lepas minum EPHYRA kurang sangat2 rasa penat. Siapa yang mudah lesu mmg nampak kesan sbb balik kerja boleh terus bersilat kat dapur. 
Rambut kurang gugur.~ Kuatkan akar rambut, malah rambut baru banyak tumbuh. Mmg betul pun sebab collagen kan stimulate hair growth.
Sistem pembuangan jadi lawas.~ bantu utk kawal berat badan. Ramai pengguna yang turun berat badan selepas minum EPHYRA
Kuku jadi cantik dan bersinar. ~rawat masalah kuku mudah patah
Cracked heel berkurang.~ tiada lagi masalah tumit merekah & kering
Lingkaran hitam bawah mata berkurang. ~ lebih sekata tona kulit
Mengurangkan sakit radang & sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut minum EPHYRA dalam sebulan mmg dah Nampak kesan, utk golongan tua, dah boleh berjalan laju & tunaikan solat dgn mudah

Ini yang utama lah, more kepada kesihatan kulit. Baik luaran mahupun dalaman.


Bahan-bahan yang terkandung di dalam minuman kolagen EPHYRA ni
Memang berlambak produk kolagen di luar sana, tapi EPHYRA semakin mendapat tempat di hati ribuan pengguna setianya. Kenapa EPHYRA lain dari yang lain? jom kita kaji sket.

Apa beza EPHYRA dengan collagen lain?:
·      EPHYRA menggunakan kolagen ikan laut dalam jenis "white fish" yang hidup di laut dalam. Sebab ikan dekat perairan laut dalam ni bebas pencemaran.  
(Bukan sebarangan ikan yang mudah didapati di pasar seperti ikan tilapia, ikan keli tauuuu…)
·      EPHYRA menggunakan kolagen yg terhidrolisis. Kolagen terhidrolisis tu terdiri daripada pecahan asid amino yg kecik, yang mudah diserap oleh badan. 

Kolagen dalam Ephyra mudah diserap - part ni yang paling penting. Tau tak kenapa ramai amik collagen tapi lambat nampak kesan? Sebab berat molekul collagen yg tinggi, so badan susah nak serap. Berat molekul collagen sesuatu brand tu diukur dalam unit DALTON (Da). It's not about how many mg collagen content, tapi how small the protein is. Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesan kat badan.Fakta penting : Berat molekul collagen Ephyra = kurang dari 1500Dalton




Size collagen EPHYRA = kurang dari 1500Dalton, sangat mudah diserap oleh badan. Sebab tu dgn minum EPHYRA kita dah boleh nampak kesan seawal 7 hari. Most collagen di pasaran sekarang 3-4 kotak pengambilan baru nampak kesan.
·      Kandungan kolagen EPHYRA cukup untuk keperluan badan. Badan manusia tidak memerlukan kuantiti collagen yang banyak sekali ambil tapi amount yang sedikit tp berterusan.Hati-hati ya kawan-kawan, Lebihan kolagen yang diambil boleh membebankan buah pinggang! Akibatnya, boleh buat kegagalan buah pinggang!

EPHYRA terbukti berkesan seawal 7 – 14 hari! Best tuh. Meh tengok kat video yang aku attach ni ni.




Rasa EPHYRA paling sedap di pasaran, diakui ribuan pengguna EPHYRA



Baru-baru ni artis Memey Suhaiza pun dah mula mencuba produk EPYHRA ni, not bad gak katanya. Nampak perubahan lah.

Lebih teruja bila baca testimonial oleh Memey Suhaiza  (Selebriti/Pelakon) di Facebook Oceanlife2u yang berpuas hati dengan hasilnya.



Setelah mengambil ephyra, kulit Memey beliau lebih anjal, lembab halus dan tona kulit menjadi sekata serta melicin, mencerah dan menegangkan kulit (anti penuaan).  Memey dah habis menggunakan ephyra sebanyak 2 kotak dan sekarang ni nak masuk kotak ke 3.  Memey juga berbesar hati untuk berkongsi pengalaman beliau kat  Instagram dia @memeysuhaiza

EPHYRA terbukti halal oleh JAKIM dan selamat oleh KKM, Banyak lambakan produk di luar sana claim kata selamat & halal, tapi mengejutkan bila check mmg takde berdaftar dgn KKM & Jakim. Penting sangat sebab bila ada KKM & Halal, terbukti produk selamat dan tidak membahayakan kesihatan.



Aku?

Haruslah mencuba jugak. Baru je 2 hari aku minum ni sebelum sarapan. Sedaplah wei, rasa cam ala-ala citrus sket.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari
1)website official - www.oceanlife2u.com
3)instagram- ephyra2u
Untuk info @ pembelian boleh email kami di info@oceanlife2u.com atau hubungi HQ 0341417889 atau sms 019 3999 238



Untuk pembelian EPHYRA, sekarang ada harga promosi Hari Raya, dulu RM228 sekarang RM197 sekotak ( mengandungi 30 sachets – 15 gram setiap sachet utk sebulan)



Ada promosi khas utk pembaca www.ciklilyputih.com iaitu 2 kotak pada harga rm380 – email pada kami dgn tajuk blog utk dapatkan harga promosi 2 kotak beserta FREE GIFT (spt gambar di atas)

Kira best kan, jomlah kita cuba ek



Thursday, September 5, 2013

Winner Aluminium Double-Sided TanglePruf™ Ladder

Hi Korang,

Aku bukan menang tangga ye, suker benau buat kesimpulan sendiri kan.

Kalau mentol kat siling terbakar, cam ne korang tukar? Aku selalunya suruh Mr Big panjat kerusi coz rumah ktorang tak de tangga. Nasib baik sampai, kalau tak sampai tak kan nak panggil tukang rumah untuk betulkan satu mentol. Membazir jelah!

Jadi tangga memang perlu dalam setiap rumah, yelah jadi kes cam aku ni tadi camne, sape nak tolong kan.



Nasib baik aku di beri peluang untuk buat review WINNER Aluminium Double-Sided TanglePruf™ Ladder. Ye bukan aku menang tangga ye, WINNER tu jenama tangga yang aku dapat cuba ni.

Beli tangga secara ONLINE wokeh, ko hado! tak do kan. Mehlah poie beli satu.



Aku pun duk order tangga ni di laman web  WINNER ladder ni untuk tangga yang boleh panjat double side ni. Dah siap masukkan code dan add to cart terus je submit. Esoknya tangga aku ni sampai kat office dalam tengahari cam tu.

Efisien sungguh kan.



Berangkut aku ke kereta dengan tangga ni, ingatkan berat siap ajak bebudak office ni tolong lagi. La rupanya ringan bebenau. Suka lah.



Sampai rumah terus bukak plastic bubble wrap ni, kemas kan kerja diorang. Balut cantik je. Once bukak, terus check it out apa istimewanya WINNER ladder ni

Ok belek sekeliling dulu.



Kalau korang perasan, tangga biasa dia punya pelipat atau orang pembuka untuk kasi tangga stabil tu selalunya sebelah luar. Bila dah duk sebelah luar, biasalah kemek lah, patahlah semua ada kan. Tapi dengan tangga WINNER ni,TanglePruf™ Hinge atau pun engsel pelipat ni sebelah dalam so tak delah boleh rosak ke kemek ke kan. Itu yang special kan.



Susunan mata tangga tu amat penting dalam memastikan kestabilan seseorang bila memanjat so WINNER ladder ni mereka mencipta mata tangga tu secara sama rata dari segi saiz dan jarak di antara satu sama lain dan lagi plak mata tangganya lebih lebar daripada tangga biasa. So haruslah lebih rasa selamat.


Yang ni lagi best, WINNER ladder ni menyediakan 'Tool tray' atau tempat letak barang-barang perlu semasa menggunakan tangga. Yelah kalau tak, kena pakai pouch bag tak pun sorang kena standby kat bawah dengan barang-barang tools tu.




Once dah bercamwhore dengan tangga ni, Mr Big terus pi panjat betulkan lampu tu kan. Ishk terbakar dah mentol ni wei.



Bagi pembaca blog CIKLILYPUTIH.COM yang amat kusayangi, aku ada berita baik punya nak citer kat korang



Bermula hari ini sehingga 30 SEPTEMBER 2013, korang boleh order WINNER ladder ni dengan tawaran DISKAUN 10% dengan pesanan link berikut :-


Korang masukkan kod 10PERCENT di ruangan kod promosi tau bagi menikmati potongan harga yang kaw kaw

La cepatlah order, korang nak tunggu apa lagi !!


CARAMA Castrol Di Malaysia - Online Portal Untuk Pengguna Kereta Masakini.

Hi Korang,

Hari tu aku ada citer sket pasal CARAMA ni. La lupa la tuh kan. Meh la baca kat SINI.


So pada 28 Ogos tuh, CASTROL melancarkan secara rasminya web portal CARAMA ni. Ianya merupakan satu web portal mudah alih yang memudahkan pengguna mengetahui cara penjagaan kereta, penyelenggaraan dan panduan bengkel.

Satu survey telah pun di lakukan baru-baru ini kepada lebih 400 responden di sekitar Lembah Klang menunjukkan keperluan untuk bengkel bebas untuk membina hubungan yang dipercayai dengan pemilik kereta, menyediakan mereka dengan ketelusan dalam penentuan harga dan jaminan dalam kualiti mutu kerja, kemahiran dan peralatan.

Carama Certified Shops* telah direka untuk menangani isu ini dengan menyediakan skor kualiti keseluruhan, berdasarkan pemeriksaan 40 titik ketat oleh panel pakar-pakar pihak ketiga yang bebas, memastikan bahawa kedai-kedai memenuhi standard kualiti tertinggi, kemahiran, ketelusan, perkhidmatan pelanggan, kesihatan dan pematuhan keselamatan.

Portal ni kira sesuai macam pengguna cam aku yang pandai bawa kereta tapi tak reti nak jagalah, biasalah orang pompuan memang cam tu. Mana tau kena tipu dengan tokeh workshop kan, rosaknya sket je tapi bila kita tak de ilmu pengetahuan bab-bab ni memang kena tipu manjanglah gamaknya.

Di antara features yang terdapat di dalam CARAMA.COM ni ialah repair shop locatorspare parts calculator, my car** logbook and Carama rewards***.

**My Car is a feature that provides car owners with service reminders. Its core value is helping schedule users' car servicing and ensuring well-maintained vehicles.

***Carama Reward is a money-saving, cash-back redemption model that rewards car owners for their usage, engagement, reviews and sharing of Carama.

Pemilik kereta juga akan dapat berkongsi ulasan pengguna berdasarkan pengalaman sebenar Carama Certified dan Kedai Disenaraikan. Sebagai portal penjagaan kereta yang pertama Malaysia, Carama menghubungkan pemilik kereta untuk berkongsi pengalaman dan tips penyelenggaraan kereta dengan rakan-rakan, keluarga dan masyarakat umum

Lagipun, dengan adanya CARAMA ini, rasanya pemilik bengkel yang kecil-kecilan akan mendapat kebaikan, yelah dapat mempromosikan lagi bengkel mereka. Tak payah susah-susah nak buat website ke blog untuk bengkel sendiri, semuanya mudah dengan adanya CARAMA ni.

Menurut Roy Williamson, Pengarah Urusan Castrol InnoVentures, "wawasan Carama adalah untuk menjadi website portal nombor satu dalam penjagaan kereta selepas pasaran dan ruang perkhidmatan dengan menyambungkan pengguna, bengkel dan sekutu-sekutunya, melalui stop web satu platform mudah alih yang dibolehkan, memanfaatkan warisan Castrol kepercayaan dan perhubungan pelanggan. Kami yakin bahawa Carama akan mengubah pasaran selepas kereta pengalaman penjagaan untuk semua pemilik kereta, memudahkan penyelenggaraan kereta mereka. "

Korang,

meh check it out website CARAMA ni di http://www.carama.com/. Alah cepat-cepat sign up, mana tau ada promosi early bird bagi mereka yang mendaftar awal. Dengar-dengar blogger Myvitrd dah pun menggunakan CARAMA ni untuk mencari spare parts bateri kereta, katanya mudah.

Aku?

sebelum launching lagi aku dah register dan sudah semestinya aku ada dapat tawaran baik punya dari CARAMA.

So tungguuu....


Wednesday, September 4, 2013

Rumah Terbuka Nestle Bersama Media


Hi Korang,

Ramai plak ingat aku keje dengan Nestle ek. Eh bukanlah aku ni blogger picisan yang kaki pi event je.


Lepas daripada launching bonanza Hari Keluarga Nestle tuh, ktorang di jamu makan yang enak-enak di Rumah Terbuka Nestle. Alah diorang buat di Hilton Hotel , KL. 

Memacam ada, korang tengoklah sendiri ek








Masa tu tengah lapo plak kan, hah apa lagi bedal tak ingat lah. Sorrylah gambar dapat amik sket je.

Cuma aku nak tunjuk ni je

Jeng jeng jeng..


Aku di kalangan orang pertama yang menang peraduan Bonanza Hari Keluarga Nestle ni. Hehehehe aku sendiri pun tak sangka, lucky draw kan. Kira hadiah harijadi aku minggu ni la.

Anyway, terima kasih Nestle for this special invite, walaupun tak de blogger pun yang hadir but still aku boleh mingle around gak, janji mulut manis. Ye kan..


Peraduan Bonanza Hari Keluarga NESTLE, Boleh Menang Banyak Hadiah


Hi Korang,

Keluarga haruslah no. 1 priority dalam hidup kita.


Walaupun apa pun terjadi, keluarga tetap berada di belakang kita untuk menyokong kita. Tapi kita? sentiasa sibuk manjang sampai ada yang terabai. Sebab tu kita kena meluangkan masa bersama keluarga kerana ia merupakan kunci kebahagiaan.

Betul tak?

Haruslah betul.


Jadi Nestle Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Hari Keluarga Malaysia Nestle yang berobjektif untuk meningkatkan kualiti kehidupan berkeluarga melalui makanan yang lebih lazat dan sihat serta aktiviti meyeronokkan, lantas mendorong rakyat Malaysia supaya menghargai keakraban ikatan kekeluargaan.

Kempen ini memperkenalkan peraduan Bonanza Hari Keluarga NESTLE yang akan berlangsung dari 1 - 30 September 2013 di mana para pengguna berpeluang memenangi hadiah berjumlah sehingga RM2,600,000.


Banyak tuh, RM2.6K. Aduiyai boleh pengsan dibuatnya kalau aku yang dapat kan.

Cara nak memenangi hadiah Bonanza Hari Keluarga NESTLE ni? Mudah bangat dong.

1. Beli memana produk NESTLE yang korang suka macam Milo, Maggi, Nescafe dan memacamlah kan

2. Isi borang penyertaan yang korang boleh dapati di memana supermarket, kedai runcit, hypermarket kan.

3. Jawab 3 soalan yang amat mudah dan isi segala butir peribadi korang

4. Hantarkan borang penyertaan bersama bukti pembelian. Ikut dalam borang penyertaan tuh.


Lepas hantar tuh, perbanyakkan berdoa agar borang penyertaan korang di pilih.

Hadiahnya:

Di cabut kepada 2 peringkat iaitu

Peringkat 1 - cabutan harian yang menawarkan 600 hadiah harian yang terdiri daripada baucer pilihan bernilai RM1,000

Peringkat 2 - 20 pemenang hadiah pertama bakal membawa pulang wang tunai sehingga RM100,000 setiap sorang, 5 pemenang tempat kedua berpeluang memenangi wang tunai RM6,000 dan 5 pemenang tempat ketiga berpeluang memenangi wang tunai RM3,000.

Bestkan semua orang boleh menang kalau korang hantar sebanyak mungkin.


Lagi satu yang bestnya, setiap penyertaan yang di terima, pihak NESTLE akan mendermakan RM1 kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih. Dengan menyertai peraduan Bonanza ini, para pengguna bukan sahaja sapat menyambut keakraban keluarga apabila memenangi hadiah-hadiah bertemakan kekeluargaan tetapi juga membantu mereka yang tidak berkeluarga seperti anak-anak yatim yang bakal menerima hasil kutipan yang di kumpul.

Rasanya geng-geng compare mesti bersungguh-sungguh nak join contest ni, bagi aku senang bangat coz cara pemilihan diorang secara rawak bukan base kepada slogan ke apa kan.

So everyone can win.

Aku ni duk sibuk nak hantar borang, mana tau ada rezeki tersangkut boleh lah berholiday bersama family.