Monday, August 12, 2013

Cerita Syawal Yang Senantiasa Tak Habis

Hi Korang,

Hari ni dah mula keja pun. Aku tak amik cuti, malas lah.

Lagi pun kerja kat opis ni melambak2 plak dari sebelum raya so baiklah settlekan cepat kan.

berlatarbelakangkan Banjaran Titiwangsa

Tahun ni, ktorang berserdehana je dalam persiapan raya. Baju raya pun tak beli coz my M.I.L dah hadiahkan ktorang jubbah seorang 2 helai so haruslah manfaatkan sebaik mungkin. Siap dengan selendang dan kopiah bagai.


Raya tahun ni, first day tu ktorang beraya di rumah F.I.L Rembau. Rembau most wanted yo!. Pepagi lagi dah masjid untuk solat. Mak oi ramai betul orang sampai luar-luar masjid pun orang sembahyang gak. 

anak sedara yang nakal..

Abis solat balik dah terus bermaafan. Aduiyai bab ni yang touching sekali. Mintak maaf kan. Taulah memasing banyak dosa hehehehehhe

Siap semua, jom pi beraya plak.

suker ketupat asli ni

Rasanya lebih dari 10 rumah ktorg pi beraya. Maklum sedara mara duk dekat-dekat so senang sket nak terjah. Bab makan paling best ni, 10 rumah = 10 jenis menu yang berbeza. Memacam yang ditelan, ketupat, rendang, lemang, lodeh, sambal udang, nasi minyak. Ya ampun, aku rasa kalau perut tu boleh bercakap dan confirm-confirm menjerit mintak tolong.

Sampai rumah membungkang tengok TV kan.

welcome to family Nurul Maya 

air favourite time raya 

mastercHef yang di datanGkan dari Singapore

Esoknya balik Melaka plak, sambung beraya kat umah mak aku. Hah, makan lagi. Penat siang beraya plak buat BBQ plak. Yelah orang datang beraya, ktorang hidangkan BBQ je. Senang, lain daripada yang lain. Makan melantak sambil gossip-gossip kan.

Cam tu lah raya ke 3 dan ke 4. Beraya makan beraya makan. Memang tak akan abis punya lah.

lemang plakk

untuk masak lemak cili api daGinG salai

Sempat jugaklah ktorg bakar lemang dan salai daging untuk makan tengahari semalam sebelum balik KL. Kira bawak bekal gituh lah. Boring-boring dalam jem, makan lemang.

Hah itu dia cerita raya aku tahun ni. Serba sederhana tapi meriah. Yang penting dapat eratkan jalinan kekeluargaan, dapat jumpa sedara mara yang tak pernah kenal, dapat beraya dengan tersayang, dapat makan air tangan ibu dan yang penting happy je..

Itu je..

p/s : confirm weekend ni mesti tak lekat di rumah, yelah undangan OPEN HOUSE dah menunggu kan.

Thursday, August 8, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Hi Korang,


Untuk pembaca setia www.ciklilyputih.com


Kami berdua ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Ahli keluarga kami, saudara mara kami, rakan rakan sekerja kami, rakan rakan photographer, rakan rakan Blogger dan semua yang mengenali kami di dalam dan di luar negara.

Maaf Zahir Batin

Semoga Aidilfitri ini memberi kebahagiaan kepada semua.

Amin

Insyallah kalau ada rezeki lebih maybe buat open house kot. Nantikan jemputan ye…

CLP notes: Apmacam, dah boleh jadi orang Arab tak? Hehehehhehe


Wednesday, August 7, 2013

Mencari Workshop Kereta Bukannya Mudah, Untung Ada CARAMA

Hi Korang,

Yeah, dapat pun tulis tips SAYANGI KERETA ANDA. I like!

Aku bila bab nak cari workshop untuk service kereta ni memang payah.

Lebih-lebih kat tempat yang aku tak biasa. Macam kat area Bangi ni, aku belum jumpa lagi workshop yang betul-betul aku kenal mekaniknya. Sebab tu aku biasa pi service kereta kat area Sri Rampai, tempat rumah lama aku. Dah biasa kat situ.

Di antara masalah kita sebagai owner kereta bila bab memilih workshop ni ialah

1. Kita tak tau betul ke kita bayar harga yang betul dengan service yang kita buat tuh.

Memang ye, payah nak jumpa website yang senaraikan harga spare parts dan tempat service kan. Itu yang takut kita terlebih bayar tuh.


2. Kita tak sure boleh ke kita percaya dengan mekanik kereta tu kan

Itulah dia, memang banyak workshop dan mekanik dalam KL ni. Kekadang tu nampak mekanik ni cam iya iya je tapi ntah betul ntah tidak kan.


3. Kita tak pandai langsung bab kereta ni 

Yelah kalau kat sekolah dulu ada belajar kan bagus. Tak de plak subject kereta dalam sylibus. Sebab tu kita tak pandai.


Kalau tak caya, korang tengoklah graph yang aku letak tu kan.

Betul tak ? haruslah betul.

Ok ok pernah dengar CARAMA tak?

La tak pernah ke, meh aku citer sket lah untuk pemahaman korang ek.

Dengan masalah-masalah yang aku citer kat atas tu tadi, CARAMA telah mengajak aku untuk bantu rakyat jelata marhaien kita-kita ni mendapatkan mekanik yang di boleh di percayai. CARAMA yang akan di lancarkan dalam bulan ni, merupakan satu laman web yang direka khas untuk kita-kita yang buta pasal kereta ni mendapatkan maklumat, informasi mengenai workshop kereta, harga spare parts, mekanik dan memacam lagi.

Lagi plak tuan punya kereta boleh memilih workshop kereta berdasarkan kualiti, specialization, kemudahan, rekomen dari experts dan juga review dari tuan punya kereta yang lain

Sempena Hari Raya yang tak sampai 24jam lagi ni, CARAMA ada bagi tips keselamatan kereta yang aku rasa bagus untuk aku kongsikan pada korang.



Cuma 8 langkah je sebelum balik kampung.

Ok selamat sampai ke kampung halaman korang yang di cintai

Aku ni pun lepas kerja kang baru terhegeh-hegeh nak balik kampung. Tapi tak per biar lambat asal selamat.


Tuesday, August 6, 2013

Vanity Trove Exclusive RAYA Edition With SASA

Hi Korang,

Musim nak raya ni, memacam lah menda yang kita buat untuk jadi cantik dan berseri.

Yelah nanti orang datang raya ke rumah tak de lah terperanjat menengok muke korang yang ala-ala serabai tuh. So mestilah cantik-cantik gituh.

Kira bersesuaian gak lah Vanity Trove dan juga SASA menawarkan beauty box mereka Exclusive Hari Raya Edition 2013. Masa aku dapat beauty box ni, mak ai bukan main berat lagi. Rasa macam diorang letak batu je dalam lah.

Mehlah kita tengok apa ada kat dalam box ni ek


Hah ko, bukan main banyak lagi barang. Ada full size plak tuh, ada 2-3 barang gituh.


1. CYBER COLORS CLEANSING OIL (LAVENDER) – RM53.90 (200ml)

Kira macam make-up remover but boleh dicuci dengan air. Tak yah guna facial cotton. Titikkan 2-3 titik ditangan dan sapukan di muka rata-rata. Kemudian cuci. Ia membantu melembutkan kulit tau


2. NEOGENCE AMINO ACID CLEANSING MOUSSE -  RM 39 (180ml)

Pencuci muka yang mengandungi mild acidity of pH5.5 yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit aku yang berminyak ni. Jauh kedalam membersih dan juga melembutkan kulit mati so senanglah tertanggal kulit tu kan. Pakai cam cuci muka biasa je


3. HARUHADA YUZU PORE CLEANSING GEL -  RM 34.90 (50g)

Untuk hidung yang banyak bintik hitam tuh, eloklah guna pore gel ni. Dia bukan mask yang tarik kat hidung  tuh. Macam pencuci muka but untuk hidung. Boleh control minyak berlebihan dan hilangkan bintik hitam.


4. NATURAL AQUA GEL BY CURE -  RM 115 (250g)

Eh ni no. 1 brand kat Jepun tau. Berupaya menghilangkan kulit mati dan menyokong pengeluaran kulit baru. Semua FREE tak de preservative, coloring free, mineral oil free dan alcohol free tau. Cara pakainya lepas je bersihkan muka, keringkan muka. Kemudian sapukan Aqua Gel dimuka dan gosok perlahan-lahan.Lepas tu bersihkan.


5. BRTC JASMINE 3D MOIST POWDER - RM 55 (25g)

Macam loose power but more macam velvet cream once dah disapu kat muka. Boleh control minyak berlebihan, tutup cela-cela yang tak cantik dan juga memberi kecerahan dan kelembutan kulit di muka. Lepas je korang sapukan foundation atau BB cream, terus je tepek kat muka dengan amount yang bersesuaian.


6. NUXE HUILE PRODIGIUSE MULTI-PURPOSE DRY OIL - RM 148 (100ml)

Ramai betul beauty blogger duk bercerita mengenai minyak ni.  Bukan apa minyak ni boleh memperbaiki dan melindungi muka, badan dan rambut dengan kandungan Precious Plant Oils (30%) dan Vitamin E. Best seller gak produk ni. Boleh buat minyak wangi pun tau.

Cara nak guna :

Muka – Just campurkan setitik minyak ini kedalam foundation korang untuk kurangkan sticky effect.

Rambut – Spraykan kat hujung rambut gituh untuk nampakkan natural.

Badan – Renjiskan beberapa titik di dalam mandian dan enjoy..



Sekali dapat 6 jenis produk kan. Terbeliak mata kejap, semuanya menarik dan bersesuaian dengan kulit muka aku. Korang pun boleh cuba gak tau.

Nak lebih details, meh klik kat sini:


Facebook Vanity Trove :

Laman web Vanity Trove : 

Untuk subscribe Raya Exclusive Trove : 

Facebook Sasa Malaysia :

Apa lagi moh lah dapatkan ek..

Monday, August 5, 2013

Buka Puasa Dengan AMINA EL SHAFEI Masterchef Australia

Hi Korang,

Hari tuh, aku cerita pasal aku pi shopping dengan Amina comel MasterChef Australia ni kan. Now meh sambung citer berbuka puasa dengan beliau plak.


Aku dapat jemputan dari Nuffnang dan Lifetime Channel untuk pi buka puasa di Blu Med The Boulevard ni. Dapat invitation 2 so pi dengan Mr Big lah. Ktorang sampai awal, so jejalan pi tengok kasut raya dulu lah. Banyak gak yang berkenan tapi tak tahu yang mana satu nak pilih kan.


Ktorang turun ke Blu Med dalam kul 6.45pm cam tu, orang belum ramai lagi so cepat-cepat amik seat depan supaya senang sket amik gambar. Yang ada petang tu, aku, Hazman, Kidd dan Jokco. Biasalah geng-geng ni yang FREE time petang-petang cam ni kan.


Tak payah nak diperkenalkan lagi, semua orang kenal dengan Amina El Shafei ni, salah sorang peserta MasterChef Australia Season 4 ni. So selain dari buka puasa, Amina akan buat 2 cooking demo resipi ciptaannya bercitarasakan Malaysia.

Meh tengok buffet line buka puasa di Blu Med Restaurant ni.





Ermm sedap dan menyelerakan. Walaupun western tapi sedap bangat ooo. Lazat tak terkira walaupun dory fishnya agak masin sedikit.




So lepas buka tuh, baru Cooking demo Amina pun start.


First sekali dia masak Tamarind, Chili Prawn


Memang simple cara dia masak. Nama cam gaya kan but sebenarnya bila dah rasa lebih kurang macam sambal udang gituh tapi di fusion kan.

Kedua Pandan Cake
Adalah nama panjangnya tapi aku lupa plak. Yang ni aku tak sempat rasa coz aku kena pi cari ubat untuk Mr Big kan. So tak dapatlah nak rasa. Suruh bebudak lain yang rasa dah lah.



Anyway thank you to Nuffnang dan Lifetime Channel coz sudi forwardkan invitation ni kat aku. Eh bukan senang nak jumpa selebriti tau. Dapat peluang cam ni, terus grab ye..

Haruslah lepas ni cuba resipi Amina ni, memang nampak sedap je plak aku tengok kan.


Sunday, August 4, 2013

Berhari Raya Dengan iPhone 5 Baru Dari CELCOM

Hi Korang,

Kejap nak raya kan! serius aku sendiri pun tak sangka. Persiapan raya korang camne plak? dah ready ke...

Tepon raya, dah ada ke? 

Hah itulah dia.



CELCOM dengan bermurah hatinya menawarkan harga iPhone 5 bermula dari RM1,488 (Harga Asal : RM2,199) dengan Celcom First Data mPro Plus Plan pada kadar RM88/sebulan (24 bulan kontrak). Tawaran ini bermula dari 11 Julai - 15 September 2013.

Dengan Celcom First Data mPro Plus plan ni, korang boleh enjoy :-

·        Low monthly commitment fee of only RM88/month
·        Special price on the iPhone 5 at only RM1,488
·        5GB data volume monthly
·   FREE 60 mins & 60 SMS (Additional usage: 15 sen/min/SMS)


Dengan adanya gadget iPhone 5 bolehlah korang melaram di Hari Raya nanti.

Mana taknya, boleh bercamwhore bagai then terus upload ke media sosial macam Instagram, Facebook, Twitter, Keek dan memacam lagi lah. Lagi pulak, Celcom ni kan mempunyai rangkaian terbaik di Malaysia kan. Memana pergi  je semua tempat ada coverage.

Jangan lepaskan peluang tau.

Jom kunjungi memana Blue Cube atau Celcom Xclusive untuk dapatkan pelbagai keuntungan ye..

Meh check it out kat sini  https://www.celcom.com.my/personal/promotion/rayapromo?pid=1360826467841 memacam ada tau...

Baik cepat ek...



Friday, August 2, 2013

Semalam Dapat Cuti FREE Yeah!

Hi Korang,

Ni kejadian semalam ye..

Pepagi lagi supervisor aku dah call. Terperanjat plak kan. Apa plak yang tak cukup ni. Tup-tup dia tanya pasal kunci office. Haruslah aku ada simpan satu but untuk pintu kayu dan untuk glass door tak de. So dia pun citer, bos german besau aku sangatlah baiknya pi kunci semua pintu yang ada dalam office ni coz dia last balik hari tuh.

Now, dia terbang ke Penang plak.


So camne? Jawabnya haruslah bekerja dari rumah lah kan. Bebudak lain untunglah ada laptop so kerja dari hotel je lah. Cuma aku dan QS aku je yang guna desktop. So seharusnya ktorang bercutilah. Tak de apa nak buat.


Takde buat apa pun but dapatlah settlekan beberapa errands. Ktorang pi tukar duit raya kat Public Bank sg Chua ni coz ayah aku suruh tukarkan. Nak tunggu Mr Big lambat oo coz next week baru dia nak cuti. Tak ramai orang pun coz ada time boleh tukar duit. Bukan cam dulu, anytime boleh.

Settle tukar duit, ktorang berjalan ke Warta Bangi plak.

Tujuan asalnya kekonon nak pi tengok baju raya kat area luar-luar tuh. Sudahnya ktorang naik ke tingkat3 ada sale sport items dari banyak brand macam Adidas, Puma memacam lah. Apalagi duk usha kot-kot ada yang murah boleh sambar satu.

Memang banyak pilihan, rambang mata di buatnya ut sorry no picture ye coz diorang tak kasi amik gambo kat dalam tuh. Banyaklah pilihan macam kasut, baju, seluar, peralatan sukan, beg, botol air dan ntah apa lagi pun aku tak berapa nak ingat.


Dapatlah sambar kasut jogging untuk aku dan Mr Big kasut macam sandal tuh. Beli sport beg satu, jadilah. Ewah, macam dapat bonus plak kan.

Kemudian pi beli barang dapur sket coz nak masak petang tuh.

Itu jelah yang dibuat.

Anyway terima kasih kat bos aku yang baik benau hatinya bagi ktorang cuti FREE-FREE je semalam kan. Dapat gak lah aku settlekan mengemas rumah mana yang patut. 

Lain kali buat lagi ye bos….