Tuesday, December 26, 2017

Seharian Di Sunway Lagoon, Kemain Penat Tapi Seronok

Hi Korang,


Ya ampun rasanya kemain lama betul kak lily tak masuk Sunway Lagoon, padahal selalu je masuk kalau ade event kan tapi masuk untuk event je lepas tu balik.



Bila hari tuh bebudak blogger ni sibuk mengajak masuk taman tema yang best ni, terus bagitau Mr Big then pun setuju. Ajak plak kawan kak lily yang duduk JB cikgu Mariana tuh sekali lagipun anaknya Marissa tak pernah masuk.


So pagi ahad tuh, lepas sarapan kat kedai mamak tepi Sun Inns hotel tuh terus jalan kaki dari situ. Dekat jelah tak sampai 10 minit je pun. Ambil tiket kat kaunter tiket tuh siap-siap. Book online je sampai depan pintu besar tuh pi redeem je.

Rupanya sebelum pintu gate di buka ada persembahan ek.


Once habis je persermbahan barulah pintu di buka. Kat sini lama sket sebab proses check beg bermula. Kalau korang nak tau minuman dan makanan tak boleh di bawa masuk. Kalau ade, diorang akan nasihatkan makan dulu kat luar then baru masuk. Tak de diorang nak rampas je eh.


Bila masuk tuh terus pening tak tau nak masuk Park yang mana dulu. Ada Amusement Park, Water Park, Nickelodeon Lost Lagoon, Scream Park, Wildlife Park dan Extreme Park. Giler banyak tuh ek hehehee, haruslah pening dibuatnya








Sebab kak lily ni kurang sket nak mandi manda dulu so kitorang berjalan-jalan ke Wildlife Park dulu. Alah pi tengok binatang-binatang yang ada di Sunway Lagoon ni. Harimau, burung-burung, landak, tupai, ular dan memacam lagi. Sejuk je bila berada di taman ni sebab pokok-pokoknya kemain rimbun.

Sempat jugak kak lily saksikan persembahan haiwan-haiwan comel ni.


Seronok kan

Show baru bermula

Birthday boy shakiddo dapat hadiah special dari Sunway Lagoon hahahaa. Kalau kak lily dah menjerit nak rak dah wei

Habis show kami ke Nickelodeon Lost Lagoon plak.


Rupanya taman tema ni yang terkini di Sunway Lagoon ni. Alah tempat mandi-manda jugak rupanya wah bolehlah mandi-manda lah ek.




Tapi sebab ada character ‘meet and greet’ masa kitorang sampai tuh, errm apa lagi ambil kesempatan untuk bergambar lah kan. Sempatlah kak lily bergambar dengan Spongebob, Patrick, Dora, Teenage Mutant Ninja Turtles dan lelain lagi.



Orite sangat yang di tunggu-tunggu, aktiviti mandi manda pun di mulakan. Kak lily segeng lepak kat Nickelodeon Water Park jelah sebab dah sampai situ. Hah letak bebarang then terus berendam.





Tup tup dah petang rupanye hahhahaaha






Memang tak terasa sungguh, sampai kak lily tak sempat ke park-park yang lelain. Seriously satu hari memang tak cukup sebenarnya nak melepak di Sunway Lagoon ni. Bebebudak lain hilang ntah kemana yelah bila dah dengan anak-anak memang lupa dunia lah kan.

Pasal makan minum, tandas, tempat salin baju, tempat simpan barang-barang dont worry semua ada. Kalau korang datang berdua pun ada tempat nak simpan bebarang dan korang boleh bersuka ria sampai petang.

Harga makan minum tuh biasalah, bila masuk theme park ni kena spend duit sket. Ada setengah tempat tuh, harga reasonable macam Marrybrown, Starbucks, kiosk jual ais krim, jual jajan dan memacam lah.



Itulah pengalaman kak lily ke Sunway Lagoon ermm rasanya memang kena datang lagi ni kemari, seriously tak puasssss

Anyway,

Selamat Ulangtahun yang ke 25 tahun Sunway Lagoon Malaysia! Moga terus berjaya dan terus menerus menjadi taman tema no. 1 terbaik di Asia, maybe satu hari di dunia plak kan

Dan kak liy nak bagitau ni, korang jangan lupa untuk rebut peluang untuk promosi FamFun yang merangkumi 2 tiket dewasa + 2 tiket kanak-kanak dengan hanya RM390* ataupun 4-To-Go untuk 4 orang dewasa dengan hanya RM456* atau Beli 3 Percuma 3 (Beli 3 dewasa PERCUMA 3 dewasa) pada harga RM510*.

Kemain ramai ek, 76 orang nak kena jaga hahahaha tapi best ooo


Sunway Lagoon Theme Park
3, Jalan PJS 11/11, 
Bandar Sunway
47500 Selangor

Hubungi:
+603 56390000

Waktu operasi : 10am – 3pm

Jom check it out diorang punya social media:

Website : 

Facebook page : 

Instagram page : 

Ermm meh rancang untuk Sunway Lagoon tahun depan ek!!











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

ANGELI AUTUMN SKY 2017 – Koleksi Produk Kecantikan Dan Wangian Dari Kayu Gaharu

Hi Korang,

Banyak betul produk-produk tempatan di keluarkan untuk kegunaan kita para rakyat-rakyat marhaien ni dan terbaru dan terkini adalah ANGELI ‘Autumn Sky 2017’ keluaran Forestry Oudh.

Ianya dihasilkan daripada sumber alam semulajadi khazanah dari negara sendiri iaitu Malaysia. Dalam lambakan produk penjagaan badan di pasaran pastinya kita akan mencari yang terbaik, HALAL dan berkualiti.


Minggu lepas kak lily berkesempatan untuk ke majlis pelancaran produk di Hilton KL. Dankak lily diperkenalkan dengan Angeli produk wangian dan penjagaan kulit semula jadi (home made) yang diinspirasikan daripada minyak gaharu keluaran Forestry Oudh. Ramuan utama koleksi Angeli ini ialah minyak asli gaharu dihasilkan dari pokok gaharu di Malaysia. Untuk pengetahuan semua pokok gaharu merupakan ramuan asli yang paling mahal di dunia dengan minyak gaharu gred berkualiti dijual sehingga AS$50,000 sekilogram.

Barulah kak lily tau ek, harga kayu gaharu ni ek, kemain mahal bebenau

Gaharu dikenali kerana ciri-ciri anti oksidan, anti-penuaan, anti-stres, antimikrobial, anti-ashmatik dan aphrodisiak, antara lain manfaatnya. Secara saintifik, minyak gaharu juga bersifat bahan penetap bermaksud minyak wanginya akan kekal lama pada kulit.

Majlis pengenalan produk ini telah dilancarkan oleh Dato' Dr. Jalaluddin Harun Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia di KL Hilton baru-baru ini.


“Tahun lalu, jumlah keseluruhan eksport gaharu hanya RM15 juta yang mana produk kayu dan balak mewakili RM40 bilion bagi eksport domestik dan antarabangsa. Kita memiliki ruang untuk berkembang, dan kita berharap untuk melihat Kumpulan Perhutanan menyumbang kepada eksport gaharu menerusi dagangan serpihan Gaharu Aset Perhutanan dan secara tidak langsung menerusi pemasaran jenama Angeli,’’ kata Dato' Dr. Jalaluddin Harun.

ANGELI AUTUMN SKY 2017 – KOLEKSI ARTISANAL DIINSPIRASIKAN DARI MINYAK GAHARU


Angeli memperkenalkan koleksi pertamanya, “Autumn Sky 2017” dengan 17 produk penjagaan kulit buatan tangan (home made). Nama diberikan adalah inspirasi dari tempoh tuaiannya yang unik. Koleksi artisanal eksklusifnya merangkumi oudh-based eau de parfum bagi lelaki dan wanita, dan produk penjagaan kulit asli termasuk sabun buku, gel mandian, bombs mandian, minyak pelembab badan, wap badan, losyen tandan dan badan, sapuan lumpur dan garam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Forestry Oudh, Pn. Ariza Norhalim, “Setiap produk dalam produk Angeli direka hanya daripada ramuan asli, dan direka untuk fungsi khusus – sama ada mengurangkan stres, penyucian kulit ataumanfaat-manfaat lain. Setiap produk mengandungi minyak gaharu yang sangat dicari-cari, yang datang dari pokok gaharu atau agarwood.

Penggunaan serpihan gaharu untuk tujuan perubatan dan kecantikan telah diketahui beribu tahun dalam kalangan kerabat di raja dari dinasty Moghul, kerabat Jepun, Raja Louis XIV di Perancis selain tokoh-tokoh dihormati dari pelbagai agama. Hari ini, ia telah menjadi bahan koleksi yang amat bernilai.”


Ariza juga menjelaskan bahawa minya gaharu menjadi matang berubah mengikut masa dan suhu badan – menjadikan ia minyak asli yang unik. Disebabkan itu, setiap koleksi yang diperkenalkan oleh Angeli akan menjadi koleksi edisi terhad.

“Faktor-faktor seperti keadaan cuaca semasa menuai, kehidupan organisme di dalam pokok, struktur tanah dan proses distilasi mempengaruhi hasil kualiti minyak asli gaharu dan bau. Oleh kerana perubahan ini bertukar dari semasa ke semasa, setiap kelompok distilasi minyak gaharu adalah berbeza antara satu dengan yang lain,’’ jelas Ariza.

Beliau menambah, “Setiap produk Angeli adalah buatan tangan bagi memastikan nilai dan bauan gaharu dan lain-lain ramuan minyak asli di dalam produk ini kekal dan tidak hilang akibat habas dan proses kimia disebabkanmesin pengeluaran yang besar. Produk-produk juga selamat daripada kimia berbahaya seperti sodium lauryl sulphate (SLS) dan parabens."


Koleksi Angeli direka cipta oleh Roman Abdullah, pakar minyak wangi yang merupakan waris generasi kelima keluarga yang telah berkhidmat dengan kerabat Moghul.

Pada masa ini, pokok-pokok gaharu dikategorikan sebagai spesies terancam dibawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa mengenai Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar (CITES) dan minyak gaharu dilabel sebagaiminyak asli paling bernilai tinggi di dunia disebabkan sumbernya yang terhad.

Produk-produk Angeli hanya boleh diperoleh secara pembelian dalam talian menerusi laman web, www.angeliessentials.com.my. Harga produk minyak wangi tersebut adalah antara RM 35 – RM 350. 

Memang harum baunya semerbak satu dewan hari tuh, sedapnya menenangkan sungguh..









Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, December 25, 2017

Restoran Arab SIHAF Seksyen 14 Shah Alam Sselangor

Hi Korang,


Yeszaaaaa.. food i love it!!!

Kalau sedap bak hang, lautan api pun sanggup aku harungi ek hehehehhe


Minggu lepas, kak lily dan Mr Big sempat ke majlis pembukaan rasmi Restoran SiHAF di Seksyen 14 Shah Alam. Ermm taulah area ni, dekat Vista Alam dan DEMC.

Kalau korang nak tau boleh dikatakan lebih 300 orang jemputan telah hadir sama bagi memeriahkan majlis pembukaan restoran ini, sampai ada yang tak dapat meja nak makan tau, kena ikut turn

Restoran SiHAF dinamakan bersempena dengan konsep yang disebutkan didalam Al-Quran yang membawa maksud pinggan emas. Ini juga boleh dirujuk daripada potongan ayat 7, Surah Az-Zukhruf;

"Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas dan didalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal didalamnya"

Jika dilihat secara jelas kepada logo restoran ini sememangnya ianya berkait dengan nama yang diberi. Ianya mengandungi 3 segitiga melengkung, kerana 3 (TIGA) adalah antar nombor ganjil yang selalu disebut dalam Sunnah dan juga jumlah hidangan dalam sehari seperti yang biasa diambil oleh masyarakat. Selain itu corak tradisional yang menghiasi segitiga melengkung ini melambangkan negara-negara Islam.



Pengasas bersama ahli keluarga yang bersama-sama berusaha menjayakan pembukaan Restoran Arab SiHAF. Kak lily difahamkan yang diaorang ni begitu komited bagi merealisasikan impian mereka untuk mempertengahkan hidangan dan masakan arab di Malaysia. Ini juga mengambil kira faktor respon yang baik masyarakat setempat terhadap masakan arab selama ini.

Kemain lagi dekorasi dalam restoran ini sangat cantik. 

Dengan lantai yang sepenuhnya marble, dekorasi lampu neon antik memang benar-benar menyuntik inspirasi dari negara Arab. Apatah lagi warna emas, coklat tanah dan putih menjadi nadi elemen warna yang dipertengahkan didalam dekorasi dalaman restoran ini.

Jom kak lily citer sket pasal majlis perasmian ni ek !!

Majlis dihoskan oleh saudara Richie Rachman alah dulu DJ radio tapi lupa plak kak lily station radio apo hehehehe… 

Seperti biasa ucapan daripada pengasas restoran megalu-alukan kedatangan tetamu. Terdapat juga persembahan nasyid dan kebudayaan arab menghiburkan tetamu yang hadir sambil mereka menikmati hidangan yang disediakan.



Di majlis pembukaan ini juga diselitkan acara pemotongan masakan Sharwama terpanjang. Ini adalah salah satu tarikan acara yang disediakan untuk disaksikan tetamu yang hadir, seriously pajjang sungguh


Ada satu lagi yang best, kak lily juga berpeluang merasai sendiri nasi beriani yang dimasak didalam buluh. memang sedap, lembut dan wangi baunya.

Of courselah kebab pun ada gak.


Banyak kali jugaklah kak lily ulang alik pi ambil untuk makan kan hehehe. Kekuatan rasanya adalah kepada daging perap yang dibakar dan dihiris nipis dan ianya dijadikan isi ramuan roti pita dan dibalut bersama sayuran serta sos samada mayonis dan sebagainya. 


Dari tetamu istimewa kenalan keluarga, media, orang awam dan ramai lagi memenuhi segenap ruang di hadapan Restoran Arab SiHAF Shah Alam. Masing-masing begitu teruja untuk mencuba sendiri masakan arab yan disajikan dan ke semua hidangan ini bakal juga ditawarkan didalam menu untuk pelanggan SiHAF.

Untuk tempahan dan pertanyaan:-

011-11110500

Untuk korang, kalau berminat nak mencuba sendiri hidangan arab dari Restoran SiHAF boleh datang terus ke:-

Restoran SiHAF
B-LG-1 Shop Lot Vista Alam, 
Jalan Ikhtisas
Seksyen 14 Shah Alam
Selangor


*Restoran ini terletak berdekatan dengan Hospital DEMC, so habis melawat orang sakit meh singgah ke sini makan ek







Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com